Tuesday, September 15, 2009

Ramadhan Al-Mubarak

BAZAR RAMADHAN

Setiap kali tiba bulan Ramadhan, bazar ramadhan adalah antara tempat paling popular untuk dikunjungi. Tak kira bangsa, kaum dan agama, ramai yang mengunjungi bazar ramadhan untuk mencari juadah berbuka puasa.


Ketika itulah segala macam dan pelbagai jenis makanan boleh didapati di sini. Daripada lauk-pauk, kuih-muih, buah-buahan, pelbagai jenis air, ayam percik, lemang, buah kurma boleh didapati di bazar ramadhan ini. Pendek kata, macam-macam ada....

Paling menarik dan best sekali bila tiba di rumah dan dapat berkumpul berbuka puasa dengan seluruh ahli keluarga yang ramai dan saudara-mara yang turut sama pulang ke kampung. Hidangannya dari hujung ruang tamu, hingga la ke hujung ruang dapur. Yang paling best lagi, duduk bersila ramai-ramai sementara menanti azan Maghrib, dan berebut-rebut memilih makanan untuk berbuka puasa.


Itu lah pengalaman di bulan Ramadhan Al-Mubarak yang sentiasa menjadi kenangan manis bagi seisi keluarga ketika pulang berbuka puasa di desa. Pendek kata, majlis berbuka puasa bersama ahli keluarga dan orang yang tersayang ini dapat mengeratkan silaturahim dan hubungan kekeluargaan. Semoga anda di luar sana turut gembira dan meriah menunaikan ibadat puasa yang hampir ke penghujungnya.