Tuesday, November 16, 2010

Berakhirnya Semester..

Semalam merupakan hari terakhir peperiksaan akhir bagi pelajar-pelajar UiTM bagi semester July-Nov 2010.

Kebanyakan pensyarah juga telah menghantar skrip dan telah siap menanda kertas peperiksaan akhir pelajar-pelajar. Amat lega sekali setelah selesai menanda kertas atau skrip serta markah telah dimasukkan dalam sistem dalam masa yang ditetapkan.

Minggu ini merupakan minggu yang agak sibuk sebab ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan sebelum bercuti hari raya Aidil Adha dan mengikuti Kursus Induksi Umum di Kg Gajah Perak selama 2 minggu, bermula minggu hadapan.

Hujung minggu lepas agak sibuk juga kerana menghadiri 'dinner' atau jamuan makan malam bersempena anugerah yang diterima dari FUSION EXCEL. Tahniah untuk diri sendiri kerana telah mendapat 'title' DIRECTOR dari FE. Dan juga Tahniah kepada adik, Shahnita kerana telah mendapat title Executive Director dua hari yang lepas. Semoga rezeki kita akan semakin bertambah dan diberkatiNya....