Tuesday, April 10, 2012

PertandinganDebat Piala Johor 2012

Pembahagian tugas dan kumpulan serta taklimat dari saudara Halis

Baru-baru ini telah berlangsung Pertandingan Debat Piala Johor 2012 di Dewan Sri Temenggung, UiTM Segamat. Acara ini telah disertai oleh 48 pasukan dari beberapa buah IPTA di seluruh Malaysia. Ada yang datang dari Sabah dan juga Sarawak. Pertandingan ini berlangsung selama tiga hari, dari 6-8 April 2012.
Pusingan kedua yang bertajuk Fitnah Darah Daging Politik

Saya telah diundang untuk menjadi panel hakim semasa pertandingan debat peringkat kumpulan. Ada lima pusingan kesemuanya dan terdapat 5 kumpulan. Ini lah kali pertama saya menjadi panel hakim yang arif lagi bijaksana. Agak lama juga saya tidak terjebak dan terlibat dalam debat dan pidato ini. Kali terakhir saya mewakili sekolah adalah semasa di tingkatan tiga pada tahun 1990. Selepas saya memasuki MRSM, dek kerana jadual yang padat dan komitmen lain yang dipertanggungjawabkan, saya terpaksa melepaskan minat kepada acara ini. Saya terus meninggalkan aktiviti ini walaupun sayang dan minat saya pada aktiviti ini amat mendalam.
Pasukan dari USIM yang hebat
 Kerana minat itu lah yang membuatkan saya menerima jemputan sebagai barisan hakim ketika tawaran sebagai barisan hakim diwar-warkan kepada pensyarah. Oh, ia agak berbeza jika dibandingkan debat pada zaman saya muda-muda dahulu....memang amat berbeza... kalau dulu ia adalah debat konvensional, kini pertandingan debat telah diberi nafas baru..ala-ala parlimen.. siap ada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan ketika perbahasan.

Pasukan Johan - UPNM A
Ketika bengkel kehakiman debat dilakukan oleh Saudara Syamsul, iaitu pengerusi debat Malaysia baru-baru ini, saya amat teruja kerana format debat kali ini amat berbeza. Bila 'mock-up' debat dilakukan oleh pendebat-pendebat hebat seperti Halis dan Sumi (bekas pendebat UiTM Kedah/Shah Alam dan Johor) dibuat ketika bengkel...huhuhu..meremang bulu roma melihatnya.

Pentas Pertandingan Akhir Debat Piala Johor 2012
Ianya pengalaman yang sukar dilupakan apabila menyaksikan semua pendebat-pendebat hebat ini bertutur, berbahas dan membidas. Saya kagum dengan ketangkasan mereka mengolah dan menyusun ayat serta mengatur strategi bagi membidas pihak lawan. Bukan senang untuk seseorang itu menyusun ayat-ayat manis bagi menyakinkan panel hakim serta membidas pihak lawan dalam keadaan yang tertekan dan masa yang singkat. Benarlah, mereka amat berbakat dan memiliki anugerah yang diberi oleh Allah.

Tahniah diucapkan kepada pemenang pada pertandingan tersebut. Pasukan dari UPNM A telah dinobatkan sebagai Johan Pertandingan. Manakala naib johannya adalah dari UKM A.
Serta tahniah kepada tuan rumah yang telah menganjurkan pertandingan debat ini yang menghimpunkan pendebat-pendebat terbaik masa kini.