28 Jun 2011...genap umur saya yang ke 36. Apa ada dengan nombor atau angka tersebut? Itu menandakan usia saya meningkat lagi setahun..Dan Allah memberi nikmat hidup setahun lagi kepada saya...
Lagi 4 tahun akan menjejak ke 4 series.. huhuhu...Dan rasanya banyak lagi yang perlu saya lakukan dan capai dalam kehidupan ini. Kalau dulu sasaran hidup saya sebelum mencecah usia 3 series adalah:
1) Menunaikan Umrah 2) Membeli dan memiliki rumah sendiri 3) Menyambung pelajaran ke peringkat Sarjana (MBA).. dan Alhamdulillah, semua itu telah tercapai...
Apa lagi matlamat hidup saya? Membesarkan anak di depan mata sendiri sebaik mungkin..menjadi isteri dan ibu yang solehah... dan membina keluarga bahagia.. Kadangkala, kita ada duit ringgit bertimbun-timbun, tapi tiada kebahagiaan dan kurang nikmat hidup (tiada anak dll) ....ada orang ada family yang cukup bahagia dan anak berduyun2, tapi menghadapi kekurangan wang ringgit sehingga kadangkala kebajikan anak2 terabai..
Saya berdoa agar Allah memberi nikmat hidup yang seimbang di muka bumi ini dan di akhirat kelak.. Dan syukur Allah kerana memberi nikmat hidup yang tidak pernah putus2 serta memanjangkan umur saya untuk menghidup udara di muka bumi yang sementara ini...
Thursday, June 30, 2011
Wednesday, April 20, 2011
Marketing Day - 8 April 2011
| Creative and Daring,,no wonder they are the winner of booth competition |
| Very unexpected no. of crowd and responses received for this event |
We also managed to get sponsorship from F&N Beverages. Thank you to the lecturers involved and participated in this event.
| Students show their talent in operating and organising the booth and event by applying the 4 P's |
| Thank you to the Tuan Pengarah (Rektor UiTMJ) for his support and time |
Good Luck to all students (especially for MKT243 students ) for this coming final exam...
Saturday, April 16, 2011
Hari Terakhir Minggu Terakhir Semester Jan-April 2011
Pejam celik, pejam celik dah berakhir pun semester Jan-April 2011.
Sememangnya minggu terakhir ini adalah minggu yang paling sibuk bagi semua pensyarah dan pelajar. Mana tidaknya, masa itu lah nak settlekan marking kertas test 2, presentation, tugasan individu atau kumpulan dan sebagainya. Itu belum termasuk lagi meeting jabatan, meeting kelab, nak follow up dan kejar students yang tak hantar assignment dan tak attend test dan sebagainya.
Mungkin itu lah rutin yang dilalui oleh semua pensyarah. Dan kini genap lah dua tahun saya melalui fasa hidup dan liku2 kehidupan sebagai pensyarah. Alah bisa tegal biasa... kalau dulu kerja manager, dok mengarah dan monitor je orang, kali ni kena monitor orang jugak, tapi students.. monitor dari awal semester, sampailah tamat semester.
Sudah menjadi kelaziman bagi pendidik, guru, pensyarah dan seangkatan dengannya, mereka pasti mahukan kejayaan dan kecemerlangan dalam akademik bagi pelajar2 mereka. Itu lah amanat yang dapat saya kongsikan kepada pelajar2 saya di hari terakhir. Antara nasihat untuk mereka :
1) Sebelum peperiksaan akhir, cuba bertemu ibu dan bapa semasa minggu ulangkaji atau sekurang2nya menghubungi mereka bagi memohon keberkatan dan doa dari mereka.
2) Jika mereka telah berjaya kelak dan berada di puncak kejayaan, jangan lupa diri.
3) Jika ada peluang sambung belajar, sambung pelajaran setinggi yang mungkin bagi memajukan diri dan bersaing dengan bangsa lain.
Dan yang pasti, tips-tips menghadapi peperiksaan akan saya bagi dan ingatkan kepada mereka. Mudah2an mereka akan berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan akhir yang akan bermula 20 April depan.Dan mudah2an mereka dapat menggunakan segala ilmu dan maklumat yang telah dikongsi sewaktu mass lecture dan tutorial di masa akan datang, di samping menjawab soalan peperiksaan dengan mudah.

Thursday, February 24, 2011
Blog lain
Ada pembaca bertanya, ke mana saya menghilang sebab dah lama tak update blog nie.
Ada..tak hilang ke mana-mana pun..cuma kadangkala sibuk ke sana sini di hujung minggu dan tak sempat nak update blog.
Tapi pada masa yang sama, saya juga menulis blog khas untuk anakanda Annisa Qaisara... segala aktiviti, rutin harian atau pengalaman Annisa Qaisara ditulis di blog tersebut.
Mungkin ada pembaca yang ingin mengetahui atau membaca blog tersebut, boleh la melayari blog ini.
http://qaisara-nebuchadneeza.blogspot.com/

Sunday, January 23, 2011
FACEBOOK nak ditutup dan hentikan operasi?
![]() |
| Pengasas/ CEO/ Presiden Facebook/ Billionaire |
Ini antara berita yang saya dengar sekitar 2 minggu lepas. Emel yang dihantar oleh seorang rakan mengenai berita yang kononnya facebook (laman web sosial) akan ditutup dan dihentikan mulai 15 Mac 2011. Menurut sumber, Mark Zuckerberg (CEO/President of Facebook - pemegang saham sebanyak 24% dan seorang billionaire muda) mengumumkan akan memberhentikan operasi Facebook kerana menguruskan Facebook amat memenatkan dan memberi tekanan yang amat sangat kepada beliau.
Malah, menurut Zuckerberg lagi, Facebook semakin di luar kawalan beliau dan menguruskan Facebook telah memusnahkan kehidupan harian beliau.
Vice President bahagian teknikal turut menasihatkan pengguna Facebook untuk menyimpan atau menyalin , video, gambar dan data yang penting sebelum 15 Mac.
Komen dari sesetengah ibubapa mengenai pengumuman ini, mereka amat gembira dan merasa lega sekali. Ini kerana kebanyakan anak-anak mereka mengabiskan masa berjam-jam setiap hari melayari internet dan Facebook serta laman web sosial yang lain. Malah masa bersama keluarga juga tidak ada.
Selain itu, antara kesannya kepada masyarakat...seperti laporan dari hmetro.com.my 23 Jan2011-
LONDON: Laman sosial Internet, Facebook didakwa menjadi punca kepada peningkatan kes perceraian apabila semakin ramai suami atau isteri ditangkap berkelakuan curang dalam laman itu.
Peguam menasihatkan pasangan yang bertelingkah supaya berhenti menggunakan Facebook dan laman lain seperfti Second Life, Illicit Encounters dan Friends Reunited sehingga prosiding perceraian masing-masing berakhir.
Emma Patel dari Syarikat Guaman Hart Scales & Hodges di Dorking, Surrey berkata, pihaknya menangani 30 kes perceraian sejak Mei lalu dan semuanya membabitkan Facebook.
Katanya: “Suami isteri yang curiga terhadap pasangan masing-masing menggunakan laman itu untuk mengintip dan mencari bukti kelakuan curang pasangan mereka.
“Penemuan bukti itu akan membawa kepada peceraian,” katanya. Emma juga berkata, beliau sering memberi amaran kepada pasangan yang bertelingkah supaya mengelak daripada menggunakan laman itu selagi kes perceraian mereka belum berakhir. - The Sun
Yang menarik perhatian saya ialah bagaimana Facebook ini telah berjaya meningkatkan popularitinya sebagai satu jenama hebat di kalangan remaja masa kini dalam tempoh 2 tahun. Malah, jumlah penggunanya sehingga Mei 2010 adalah seramai 500 juta pengguna.
Khabarnya banyak syarikat gergasi bercadang membeli Facebook yang bernilai 7.9 billion itu.
Apa-apa pun, kita tunggu dan lihat apakah ini akan berlaku pada 15 Mac 2011 nanti...
Saturday, January 8, 2011
Lagi berita Kematian
MESYUARAT AKADEMIK BIL 1/2011
Semalam merupakan perjumpaan pertama bagi semester ini antara para pensyarah dengan Pengarah Kampus dan Timbalan Pengarah UiTM Johor. Mesyuarat akademik ini biasanya di adakan pada awal semester dan juga di akhir semester.
Mesyuarat dimulakan dengan bacaan al-Fatihah untuk disedekahkan kepada seorang pensyarah Bahasa Inggeris di UiTM Johor yang telah kembali ke Rahmatullah dua hari lepas. Khabarnya, beliau jatuh di dalam kelas. Hmm.. begitu rapuhnya usia kita, bak kata Pengarah UiTM Johor, PM Dr. Omar.
Antara perkara lain yang perlu diambil iktibar seperti yang disampaikan oleh En. Bad dari Pejabat Pentadbiran ialah pentingnya kakitangan UiTM mendaftar dan menjadi ahli Khairat Kematian. Seperti kes arwah En Ikram ini, beliau tidak menjadi ahli. Bayangkan keadaan balu dan anak-anak beliau yang ditinggalkan secara mengejut ini... setidak-tidaknya jika dapat bantuan Khairat Kematian, urusan pengebumian jenazah dan wang sumbangan yang diberikan oleh ahli2 yang lain dapat melegakan keluarga ini di saat2 mereka memerlukan.
Kadangkala apa yang kita buat pada hari ini, membeli impak kepada orang lain di masa hadapan. Dan ada masanya, kepentingan keluarga perlu diambil kira dalam membuat sesuatu keputusan. Yang pergi, biarkan ia pergi..kita yang hidup sementara di bumi Allah ini, perlu menginsafi dan menanam azam untuk berubah dan berjaya pada tahun ini..
Jika ditanya, apa azam saya pada tahun nie? Semestinya saya nak siapkan Research Paper saya. Sebagai seorang pensyarah, ini adalah salah satu kriteria untuk pengesahan jawatan bagi penjawat awam. Kursus Asas Pengajaran (KAP) telah saya lalui pada Mei 2009. November 2010 pula saya telah lalui Kursus Induksi Khusus dan Umum di Kg Gajah, Perak. Dan hanya tinggal Research Paper saja lagi yang belum saya siapkan. Mudah2an ianya dapat disiapkan sebelum bulan Jun ini. Dan mudah2an juga saya dapat bentangkan ia di International Conference pada tahun ini. Dan seterusnya disiarkan dalam mana2 journal pada tahun hadapan. Itulah target dan azam saya pada tahun ini, seperti kata Timbalan Pengarah BPJI yang baru di UiTM Johor, PM Ustaz Nawawi...1 tahun, 1 pensyarah, 1 penerbitan.... InsyaAllah..
Saturday, January 1, 2011
Selamat Datang ke tahun 2011
Tahun Baru datang lagi...Usia kita berganjak setahun lagi..Syukur kepada Illahi kerana kita telah diberi ruang untuk bernafas di bumi ciptaNya ini sehingga ke hari ni. Namun dalam kegembiraan kita menyambut tahun baru 2011, ada berita yang mengejutkan berlaku di tanahair. Pelakon lelaki, Faizal Yusop telah kembali ke rahmatullah pagi tadi kerana serangan jantung.. Amat mengejutkan kita semua...dalam usia 32 tahun, Allahyarham telah meninggalkan keluarga dan dunia ini...AL-FATIHAH buat Allahyarham.
Apa perubahan yang nak kita lakukan untuk diri kita pada tahun ini? untuk keluarga kita? untuk majikan kita? Banyak dan serba serbi yang nak diperbaiki jika diizinkanNya...
Sempena tahun baru 2011, blog ini pun berwajah baru.. tapi masih mengekalkan warna "pink" kemerah2an...
Kepada semua pembaca...Selamat Tahun Baru 2011...Semoga apa yang diimpikan akan menjadi kenyataan pada tahun ini...hidup anda bertambah bahagia dan ceria serta dirahmatiNya.

Subscribe to:
Posts (Atom)