Monday, September 14, 2015

Hang Tunggu Kami Mai.. Penang...

 
Ziarah Singkat Ke Penang 10 & 11 September 2015
 
 
Panorama indah dari atas bukit Balik Pulau
 
Kami bergerak dari Sitiawan sekitar jam 6 petang dan tiba di Teluk Kumbar jam 9.15 malam. Ini adalah pengalaman pertama kami menggunakan Jambatan baru iaitu Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah yang menghubungkan Batu Kawan di Tanah Besar dan Batu Maung di pulau. Jarak sejauh 24 kilometre ini menjadikan jambatan ini adalah yang terpanjang di  Malaysia dan Asia Tenggara Sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/Jambatan_Sultan_Abdul_Halim_Muadzam_Shah

 Sebaik tiba di rumah sepupu di Teluk Kumbar, kami disajikan dengan nasi kadar dan kari kepala ikan, atas permintaan Abah. Keesokkan harinya kam dihidangkan roti canai dan nasi dagang yang dimasak sendiri oleh anak saudara Abah yang telah lama bermastautin di sana.


Keadaan di Batu Maung dan Teluk Kumbar semakin berubah. Banyak kondominium dan rumah tiga tingkat berharga sekitar RM700 ribu dan 1 juta di jual di kawasan ini. Kebanyakan rumah-rumah kayu lama dan deretan kedai-kedai lama telah diruntuhkan dan telah dibangunkan. Begitu lah pesat nya pembangunan di sini. 
 
Kami sempat ke Balik Pulau melalui jalan baru yang telah siap beberapa tahun lepas. Jalan dari Teluk Kumbar ke Balik Pulau menggunakan tiga atau 4 lorong. Kini untuk sampai ke Balik Pulau hanya mengambil masa kurang dari 10 minit dari Teluk Kumbar. Panorama yang indah dari atas bukit serta kiri kanan lereng bukit masih terdapat pokok durian dan buah pala.
 
Masa kecik-kecik dulu dok makan asam katuk ni..
 MRSM Balik Pulau adalah tempat nostalgia bagi saya kerana pernah belajar di sini selama dua tahun pada tahun 1991-1992. Kami hanya lalu di hadapan sekolah untuk mengimbau kenangan kerana kesuntukan masa. Destinasi seterusnya adalah pekan Balik Pulau. Tidak sah kalau ke Penang tanpa jeruk Pak Ali... Tidak jauh dari terminal bas yang sebaris dengan Restoran KFC terdapat sebuah kedai Jeruk Pak Ali..Sempat la kami beli sedikit buah tangan untuk saudara-mara di sini.



Kuah Rojak yang ada 3 variasi rasa - manis, pedas dan original


Rahsia Memikat Hati Bakal Mertua

Pantun Pak Ali
Makan tengahari kami disajikan pula dengan mee udang yang dimasak sendiri oleh sepupu saya, Kak Long Jah. Udangnya amat besar. Biasanya Teluk Kumbar dan Teluk Tempoyak amat popular dengan Mee Udang.
 

Famili foto dengan tuan rumah
Sekitar jam 5 petang kami bergerak pulang ke Bentong. Sepanjang perjalanan, keadaan jerebu berlaku di seluruh tempat. 
Keadaan yang berjerebu
Perjalanan pulang terpaksa ditangguhkan selama sejam di R& R Tapah kerana saya mengalami alahan kerana makan udang. Sakit kepala yang amat sangat, pitam, muntah, sakit perut,badan seram sejuk dan gatal-gatal. Alhamdulillah, akhirnya kami sampai di Bentong jam 11 malam.
 
Jambatan kedua
 


Friday, May 1, 2015

Majlis Aqiqah dan Berendoi Azzalea Qaizarra

 
Alhamdulillah... majlis cukur jambul, aqiqah dan berendoi selamat di adakan pada 17 Januari 2015 (Sabtu) di rumah atok Sahari dan Wan Ani di Bentong. Majlis kesyukuran ini diadakan serentak untuk dua orang cucu Atok dan Wan iaitu Azzalea Qaizarra bt Anuar dan Raeeda Dariya bt Shahnizal.
 

Semoga kedua-dua anak ini akan menjadi anak yang solehah dan mendatangkan kebahagiaan kepada keluarga.

 
Mak Ngah Ain, Pak Su Ijai, Mak Su Fazillah dan Pak De Hazali begitu sibuk menyiapkan "jajan's corner" untuk tetamu.


Guest Book untuk coretan dari tetamu ditempah khas dari ex student mama. Bagi yang berminat anda boleh lihat di sini. https://www.facebook.com/pages/Pinkheartcraft/154795321211812?fref=ts

Bagi yang berminat dengan buaian pula, mama tempah khas dari kawan mama yang satu sekolah rendah dahulu.. boleh lihat di sini : https://www.facebook.com/pages/Buaian-Berendoi-Mysara-Inspiration/157021251169829?fref=ts

Fotografi pula oleh https://www.facebook.com/ahmad.s.zainudin?fref=ts

Harga memang amat berpatutan .. yang penting hasil kerjanya yang kreatif dan berkualiti serta menepati kemahuan pengguna.

Buah tangan kuih karas sarang burung ditempah dari Muar... juga melalui kenalan di facebook..

Kumpulan Marhaban adalah dari Kg Baru Bentong...
















 
Terima kasih yang tak terhingga kepada ahli keluarga, saudara mara, jiran tetangga serta rakan taulan yang datang dari jauh dan dekat yang telah banyak membantu dan memeriahkan majlis ini. Semoga Alah membalas jasa baik kalian semua.



Keesokan hari nya, tiba la waktu untuk mencucur semua rambut Zarra.. taaa daa.... dah botak dah dia.. comey tak?

A.Q.A - Anugerah Qurniaan Allah ketiga

KELAHIRAN PERMATA HATI KETIGA






Tanggal 12 November 2014, hadir seorang cahaya permata hati ketiga yang di beri nama Azzalea Qaizarra seberat 2.8kg di Tey Maternity Specialist, Muar tepat jam 1.12 tengahari.

Contraction yang perlahan .. tiba jam 8.30 pagi di Tey Maternity Muar

Suasana di bilik bersalin sementara menunggu doctor Tey


Mama di bilik selepas selamat bersalin


Setelah semalaman di Tey Maternity ini, tiba masa untuk bawa baby balik rumah

AZZALEA QAIZARRA

Terpaksa dimasukkan ke Hospital Bentong







12 Jam baby Azzalea kena puasa tak boleh minum susu untuk pemantauan

Celebrate ulagtahun Qairina ke 3 tahun di Hospital Bentong
Semoga kehadiran kurniaan Illahi ini menambah rezeki dan kebahagiaan kami sekeluarga.

Dah tak perlu masuk drip .. semakin berkurangan kuningnya


Kandungan kali ini lebih mudah dan senang jika dibandingkan dengan kakak-kakaknya yang terdahulu.


Semalaman di Muar, baby Azzalea dibawa balik ke Bentong. Menempuh 5 buah negeri iaitu Johor, Melaka, N.Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur dan Pahang yang mengambil masa lebih kurang 4 jam setengah perjalanan.

Kesan cucuk di tangan dan kaki...setiap 4 jam kena cucuk ambil darah

Hari keempat baby Azzalea didapati sakit kuning (juandice) dan dimasukkan ke hospital selama 4 hari 3 malam.. banyak kali kaki dan tangan Azzalea dicucuk untuk diambil darah.


Alhamdulillah, baby Azzalea sihat setelah keluar wad dan hingga kini tidak pernah demam atau sakit lain.