
Wednesday, April 28, 2010
Cahaya Mata Pertama

Thursday, March 11, 2010
Lawatan Akademik ke Kumpulan Karangkraf dan Royal Selangor (Pewter)
Family Gathering & Birthday Ngah
Sedar tak sedar dah meningkat setahun lagi usia adik kedua saya (Ngah). Bila ada ahli keluarga yang menyambut ulangtahun mereka, kami adik-beradik pasti meluangkan masa bersama-sama untuk meraikannya. Selain itu, dapat la bertukar-tukar cerita, bertanya khabar dan yang penting...makan-makan..
Nampaknya ahli keluarga pun semakin ramai. Insya Allah, tahun ini akan bertambah lagi anak saudara dan cucu baru mak dan abah saya.... Insya Allah, 3 orang cucu baru akan lahir pada tahun ini.. Rezeki...rezeki....
Kali ini kami berkesempatan pergi makan di Genting Sempah. Bagi mereka yang biasa melalui Lebuhraya Karak, mereka pasti tahu di mana R&R Genting Sempah ini. Ianya berdekatan dengan terowong Genting di Karak Hiway...
Apa yang menarik di situ? Pastinya pengunjung yang belum pernah lagi singgah di sini akan teruja bila dapat menikmati makanan barat seperti Lamb Chop, Chicken Chop dan Fish and Chips yang dijual oleh salah satu gerai di R&R Genting Sempah ini.
Pemilik Restoran/ gerai ini adalah En Rosli yang merupakan bekas chef yang telah lama berkhidmat di beberapa buah hotel mewah di Malaysia dan Brunei. Beliau juga pernah 3 kali ditawarkan berkhidmat di tanah suci Mekah oleh Tabung Haji untuk menyediakan makanan kepada jemaah haji... Selain itu, beliau juga pernah menjadi tukang masak kepada kerabat diraja Brunei.. Jadi, tak syak lagi,makanan yang disediakan di sini amat enak dan apa yang penting, adalah harganya juga murah. Tak sampai pun RM10.00 sepinggan, tapi kualiti ikut standard hotel...
Malah, sejak 7 tahun yang lepas, setiap kali kami sekeluarga makan di sini dan meraikan sambutan ulang tahun, pasti empunya restoran akan memberi diskaun dan pengecualian bayaran kepada "birthday boy/ girl" ini...
MAJLIS REUNION (BEKAS PELAJAR2 DAERAH BENTONG)
Walaupun sambutan kali ini kurang menggalakkan dari kawan2 kerana ramai yang menarik diri di saat akhir serta tidak dapat hadir pada majlis ini atas sebab-sebab peribadi, saya rasa cukup bertuah kerana dapat menjemput beberapa orang bekas guru yang pernah mengajar kami. Antaranya ialah Tn Hj Abd Aziz (bekas guru besar SRKS),Cikgu Noraziah Jaafar, Cikgu Rohani (ex-SRKS) dan Cikgu Nasir.
Kehadiran mereka amat dinanti-nantikan. Beberapa orang guru juga tidak dapat menghadiri majlis ini pada saat-saat akhir di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Baby Cup Cakes sebagai cendarahati kepada ahli Bentong Gang
Bagi guru-guru ini apa yang penting dan menggembirakan hati mereka tidak lain dan tidak bukan adalah melihat anak murid mereka berjaya menjadi manusia berguna dan memperolehi ilmu sehingga ke peringkat tertinggi di menara gading.. . Sesungguhnya keberkatan ilmu yang diperolehi dari guru-guru serta iringan doa mereka yang membuatkan pelajar-pelajar berjaya menjadi insan berguna.
Sedar tak sedar, rupa-rupanya sejak dari kecil lagi nilai-nilai kemanusiaan SATU MALAYSIA telah kami terapkan dalam diri sewaktu di zaman persekolahan. Mana kan tidak, kami boleh belajar dan bermain dalam kelas yang sama seperti adik-beradik, boleh mengikuti lawatan belajar bersama-sama dengan berkongsi bilik dengan kawan-kawan dari bangsa lain serta mengikuti perkhemahan dan tidur sebantal dengan kawan-kawan dari berlainan agama...
Semoga usaha ini berterusan malah menjadikan persahabatan kami lebih erat, akrab dan mesra sampai bila-bila...
Friday, January 8, 2010
Selamat Tahun Baru 2010
Mungkin masih belum terlewat untuk saya ucapkan selamat tahun baru masihi dan Tahun Baru Hijrah kepada semua pengunjung-pengunjung blog ini, kawan-kawan, pelajar-pelajar dan ahli keluarga saya yang sentiasa dalam ingatan.
Semoga tahun baru ini membawa lebih kebahagiaan, kenikmatan, kejayaan kepada kita semua...
Ketika meniti penghujung tahun 2009, banyak juga aktiviti yang saya lalui.. tapi masih belum berkesempatan untuk dikongsi di blog ini. Dan di penghujung tahun, biasanya pensyarah mula sibuk dengan penyediaan pengajaran dan pembelajaran pelajar serta cuba memantapkan skil dalam pengajaran supaya dapat menjadi pensyarah yang kreatif dan inovatif.
Sasaran kerja saya pada tahun 2010 ini adalah untuk membuat penyelidikan (Research atau Paper) dan menghadiri kursus induksi yang dijalankan oleh JPA untuk tujuan pengesahan jawatan. Seterusnya... menanti penghujung bulan Mac atau awal bulan April 2010 bagi kehadiran ahli keluarga baru (first baby).
Mudah-mudahan apa yang kita rancang akan terlaksana dan tercapai pada tahun ini...
Tuesday, November 24, 2009
Langkawi
Pengalaman pertama menaiki Kereta Kebel di Gunung Mat Chincang memang tak dapat dilupakan. Saya sangkakan ia seperti menaiki kereta kebel di Genting Highlands. Namun sangkaan saya meleset sama sekali. Kenapa?
Ketika kami sampai di kaki gunung iaitu stesen kereta kebel ini kira-kira jam 3.30 petang, cuaca amat cantik sekali. Tiada tanda-tanda hari akan hujan, mendung atau berangin.
Namun, ketika sampai di ketinggian kira-kira 300meter dari aras laut, mula terasa debaran dan gugup menaiki kereta kebel ini. Angin mula bertiup dan terasa goyang kereta kebel yang dinaiki.
Kalau ikutkan hati, nak je turun semula ke bawah, tanpa perlu menaiki semula kereta kebel ke stesen kedua di puncak Gunung Mat Cincang tu. Tapi, apakan daya.... dengan perut yang membuyot, terpaksa la menahan ketakutan dan seram sejuk menaiki kereta kebel tu.