Saturday, October 12, 2013

Misi Kemanusiaan dan Qurban di Kemboja 16-19 Oktober 2013

Petikan dari Emel yang saya hantar kepada semua staff UiTM Johor bertarikh 25 September 2013.
 
Misi Kemanusiaan dan Kesukarelawan Kemasyarakatan anjuran Persatuan Marketeers UiTM Cawangan Johor.


Kemboja ialah antara negara yang paling miskin di sebabkan peperangan sesama sendiri oleh regim Pol Pot atau dikenali dengan Khmer Rouge yang telah mengorbankan rakyat 1.67 juta daripada jumlah penduduk 7.89 juta pada tahun 1975. Pada keseluruhannya 90,000 atau 36% umat Islam telah terbunuh di antara tahun 1975-79. Kini bilangan penduduk Islam Champa dianggarkan lebih kurang 500,000 daripada jumlah penduduk Kemboja 14 juta. Mereka hidup berselerakan di seluruh Kemboja dengan serba kedhaifan. Anak-anak Islam Kemboja tidak bersekolah secara formal kerana ibu bapa tidak mampu untuk menyekolahkan mereka. Meraka tidak kenal air paip, televisyen, radio, telefon bimbit, kereta, pakaian cantik, rumah besar, saham, wawasan dan masa depan. Tidak ada klinik di kampung mereka. Tidak ada balai raya. 
 

Kebanyakan mereka tidak dapat makan daging,kerana daging di Kemboja amat mahal, Sekilo RM26 mata wang disana sama dengan 29ribu Rial. 29 Ribu Rial bagi orang Kemboja nilainya sangat tinggi. Kebanyakan mereka tidak dapat mencari 29ribu Riel itu dalam masa sebulan.  Oleh itu mereka hanya akan dapat makan / merasai daging itu setahun sekali di musim qurban saja, itu pun jika ada insan-insan yang bermurah hati untuk berqurban disana.
           Sumber :
http://smartqur.com/fakta-benar-umat-islam-dikemboja/
 
Kemboja mempunyai 3 musim iaitu musim sejuk, musim hujan dan musim panas/kemarau. Sepanjang enam bulan (Disember sehingga Mei), Kemboja akan mengalami kemarau di dalam musim panas. Terutamanya di kawasan yang sukar untuk memperolehi sumber air,maka dengan adanya perigi / telaga ini,masyarakat setempat dapat menggunakannya untuk beribadah,kegunaan harian,makan,minum, untuk ternakan,tanaman dan sebagainya. Bayangkan selama mana air itu ada, selagi itu ganjaran pahala dihitung ALLAH tanpa putus, maka berkekalan walau seseorang itu telah meninggal dunia dan berada di alam barzakh,insyaAllah kekal ke hari akhirat sebagai bekalan.
            Sumber:
http://www.korbanaqiqah.com.my/bmportal/?page_id=177)


Daripada Anas Bin Malik seperti hadith dari Abu Hurairah kecuali riwayatnya berbunyi , tujuh perkara akan berterusan pahala kepada hamba Allah walhal dia sudah berada di alam kubur ialah seorang yang telah mengajar ilmunya atau membina tali air atau menggali telaga atau menanam pokok (kurma) atau membina masjid atau mewakafkan Al-Quran atau meninggalkan anak yang soleh yang beristighfar untuknya selepas mati. (Hadith Anas Riwayat Bazzar)
         Sumber:


Bayaran Penyertaan
1) KORBAN /AQIQAH 1 Bahagian Lembu = RM280---> Penyertaan telah ditutup
                Seekor RM1,960 Termasuk kos untuk memasak/kenduri (Sijil akan diberi)
2) WAKAF TELAGA/PERIGI/PAM AIR 1 Perigi = RM700 (Termasuk kos pembinaan dan pengurusan  - Sijil dan Gambar akan diberi kemudian)
3) WAKAF TELEKUNG RM15 sepasang. Telekung akan di beli di Kemboja
4)WAKAF TANDAS RM1,500 (dua bilik air bertutup) di perkampungan Islam Cham (Termasuk kos pengurusan dan pembinaan)
 
 
Kami juga mengalu-alukan kepada anda yang ingin menyumbang pakaian yang masih elok tetapi tidak lagi digunakan, alatulis, buku tulis, pensil warna, sejadah, kain sarong/pelikat, kopiah, tudung, cadar, selipar, kasut dan apa-apa barangan lain yang sesuai untuk disedekahkan kepada anak-anak yatim, ibu tunggal, dan fakir miskin di perkampungan Melayu Champa di Kemboja.


 

Sila hubungi :
1. Pn. Norshahniza Sahari (013-7522227) atau
2. Cik Mazlina Ismail (012-9711219) atau
3.Saudara Mohd Nairul Naim – Ketua Projek (012-5928092) bagi penyertaan korban/waqaf  dan sumbangan wang/barangan.


Jika ada unit/jabatan atau persatuan/kelab yang ingin berkongsi menyumbangkan wang untuk pembinaan wakaf telaga/pam air, anda juga boleh berbuat demikian. Telaga tersebut akan dinamakan (ada papan tanda) dengan nama penyumbang. Melakar nama Jabatan/Persatuan/Kelab dan UiTMCJ di peta dunia dalam misi kemanusiaan dan kemasyarakatan ini.

“Anda Buat..Anda Dapat.. Anda Hebat”, Insya Allah...

 

 
Norshahniza Sahari
Penasihat Program Misi Kemanusiaan dan Penasihat Persatuan Marketeers
Pensyarah Pemasaran
UiTM Cawangan Johor

 

Thursday, July 18, 2013

Renungan dan Buka Minda di bulan Ramadan


Saya tertarik dengan artikel yang dikirim dan dikongsi melalui emel oleh Dato' VC UiTM hari ini.
 
Suspen dan terkesima seketika.. ia boleh berlaku kepada kita dan sesiapa jua. Adat hidup di dunia ini.. kita mahukan yang terbaik.. kita impikan yang terbaik.. kita mahu macam-macam dari pasangan kita .. dari ibu bapa kita.... kita nak itu..kita nak ini.. kadangkala tanpa kita sedari, kita mungkin melukakan hati mereka.. Ia juga mungkin berlaku antara kita sebagai anak dengan ibu bapa, adik beradik mahupun pasangan hidup kita sendiri atau antar pelajar dan guru/pensyarah atau rakan-rakan sekerja. Sama ada  disedari atau tidak,  mahupun secara sengaja atau tidak sengaja.
 
Semoga masih ada ruang dan peluang untuk kita meminta maaf dan berubah sebelum terlambat...
 
Renungan buat semua....semoga kita mendapat manfaat darinya...
 
 


Petikan dari Emel VC UiTM, Tan Sri Dato' Sri Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar

AKAN ADAKAH PELUANG KEDUA?

 

Mereka telah berumahtangga melebihi tiga dekad dan kedua-dua anak mereka telah membina keluarga masing-masing, tinggal berasingan di daerah lain.  Aishah kini melalui empty nest syndrome, hanya tinggal bersama suaminya, Mohd Razif yang masih bekerja, di penghujung kerjayanya.  Saban tahun mereka meraikan hari ulang tahun perkahwinan, hinggalah sejak beberapa tahun kebelakangan ini hubungan mereka melalui perubahan.  Kerapkali berlaku perselisihan antara mereka walaupun atas perkara remeh sahaja.  Sesungguhnya jauh di sudut hati, mereka tidak suka kepada perubahan dalam hubungan mereka itu.

 

Pada hari ulang tahun perkahwinan mereka yang lepas, Aishah begitu teruja menunggu kepulangan suaminya, Mohd Razif.  Sejak mereka menjadi suami isteri, banyak perubahan telah berlaku dalam hubungan mereka, namun kali ini Aishah berazam untuk cuba memperbaikinya.  Pasangan itu yang suatu masa dahulu umpama tidak boleh dipisahkan, kini telah semakin ‘hangat’ dek perselisihan antara mereka yang tidak habis-habis.  Seolah-olah sekarang ini mereka hanya nampak kelemahan dan kesilapan pasangan, bukan lagi seperti baru-baru mereka berkahwin dahulu, semuanya baik belaka.  Hari itu Aishah ingin melihat kalau Razif ingat pada tarikh penting dalam hidup mereka suami isteri.


Apabila terdengar bunyi loceng di pintu, Aishah meluru membukanya dan dapat melihat suaminya basah kuyup, sambil tersenyum menggenggam sejambak bunga di tangannya.  Aishah tergamam lalu tanpa banyak bicara kedua-duanya terus ke ruang tamu.  Aishah ternyata sangat gembira dengan ingatan Razif terhadap hari ulang tahun mereka.  Di saat itu mereka seolah-olah dapat melupakan masalah yang dihadapi, pertengkaran yang sering terjadi dan kerenggangan hubungan yang sedang mereka lalui.  Masing-masing meluahkan penyesalan terhadap apa yang berlaku sebelum ini dan berazam untuk memperbaikinya.


Perbualan mereka terhenti apabila telefon di bilik tidur berdering.  Aishah menjawabnya dan seorang lelaki di hujung sana berkata, “Assalamualaikum puan, saya membuat panggilan daripada balai polis.  Adakah ini nombor telefon Encik Mohd Razif Osman?”  Jawab Aishah, “Ya” dan lelaki itu berkata lagi, “Maafkan saya puan, ada kemalangan dan seorang lelaki telah meninggal dunia.  Kami dapat nombor ini daripada dompetnya.  Kami perlukan puan datang ke sini untuk mengecam jasadnya”.


Hancur luluh hati Aishah dibuatnya, dia tidak percaya apa yang didengarinya.  “Tapi suami saya ada di sini bersama saya!” katanya bersungguh-sungguh.  “Maaf puan, kejadian itu berlaku pukul 2 petang tadi, semasa dia hendak menaiki keretapi,” lelaki itu meyakinkan.  Aishah hampir hilang pertimbangan mendengar penjelasan lelaki itu.  Bagaimana perkara sebegini boleh berlaku, bisik hatinya kebingungan.  Sebelum ini dia pernah terdengar juga ada cerita mengenai roh yang datang menemui orang tersayang sebelum ia meninggalkannya.

 

Aishah bergegas semula ke ruang tamu dan mendapati Razif tiada di situ.  Ya, betul! bisiknya hampa.  Razif telah pergi buat selamanya.  Rohnya yang datang tadi ingin mengucapkan selamat tinggal! Aishah tersungkur ke lantai merasai hidupnya begitu kosong seraya berdoa, “Ya Allah, berilah aku peluang sekali lagi bertemu suamiku, ingin ku cium tangannya memohon ampun terhadap apa yang berlaku dalam kehidupan kami.  Ingin ku perbaiki hubungan kami suami isteri.  Berilah aku peluang menjadi penawar dalam hidupnya, penyejuk hatinya dan jadi isteri yang solehah, ya Allah.”  Bercucuran air mata Aishah penuh keinsafan dan pengharapan daripada Allah.


Tiba-tiba dia terdengar bunyi dari bilik air dan kelihatan Razif membuka pintu sambil berkata, “Sayang, abang terlupa nak bagitau yang dompet abang dicuri orang tengahari tadi.”


KITA MUNGKIN TIDAK DAPAT PELUANG KEDUA, JADI JANGAN SIA-SIAKAN SAAT-SAAT YANG TERLUANG UNTUK MEMPERBAIKI APA JUA KESILAPAN KITA.


Jika diizinkan Allah kita akan menemui sekali lagi bulan Ramadan yang penuh keberkatan dan kebaikan dalam beberapa hari sahaja lagi, jadi marilah sama-sama kita berubah ke arah membuat kebaikan, terutamanya kepada kedua orang tua kita, suami atau isteri kita, adik-beradik, rakan taulan dan ramai lagi.

 

Kita tidak tahu sama ada kita akan ada lagi di hari esok atau tidak, maka eloklah kita menikmati kehidupan ini dengan sebaik-baiknya tanpa perlu apa-apa penyesalan di kemudian hari.


Famili besar saya .. ahli keluarga Mat Dong di Raub.Pahang


Wednesday, June 19, 2013

Travelog Korea Selatan (20-24 April 2013)

Terpegun dengan keindahan Tulip

Sambungan ( Part 3)


Annyeong Haseyo
 
Hari Ketiga (22 April 2013) - Selepas lawatan ke Kimchi School dan bergambar dengan pakaian tradisional Korea, Hanbook, kami dibawa ke Everland iaitu taman tema terbesar di Korea Selatan.

Everland adalah di bawah pengurusan Everland Samsung. Ia merupakan salah satu anak syarikat Kumpulan Samsung. Everland menerima kunjungan pelancong dalam dan luar negara sekitar 6.6 juta setiap tahun. Pada tahun 2011, Everland diiktiraf sebagai Taman Tema ke 11 terbaik di dunia.

Banyak tarikan menarik di Everland. Antaranya adalah Double Rock Spin dan T-Express iaitu roller coaster yang ke enam terpanjang di dunia yang dibina pada tahun 2006. Ia juga merupakan roller coaster yang pertama di dunia yang diperbuat daripada kayu.
Ini lah rupanya Double Rock Spin yang sentiasa menjadi tumpuan pelancong... Menakutkan dan gayat, tapi ramai jugak yang nak naik...


Stroller yang dipinjam dari Everland. Disewakan kepada pengunjung dengan harga lebih kurang RM10 satu..

Taman Tema Everland terbahagi kepada 5 segmen iaitu Global Fair, Zoo-Topia, European Adventure, Magic Land and American Adventure. Di Global Fair, pengunjung boleh membeli makanan di gerai-gerai makanan dan restoran yang disediakan. Pengunjung juga boleh menyewa locker @ peti simpanan dan menyewa stroller untuk anak kecil di sini dengan harga yang murah.


Harimau putih antara tarikan dan mascot di sini
Manakala Zoo-Topia pula menyajikan hidupan liar dan jinak untuk pengunjung. Pengalaman menaiki bas Safari untuk melihat haiwan liar seperti harimau putih, beruang gunung dan singa dari dekat amat mengujakan buat saya dan anak-anak. Kami dapat melihat sendiri beruang gunung yang besar seberat 200 kg dan setinggi 7 kaki berdiri di sebelah kami. Selain itu, pengunjung boleh menunggang kuda, memberi makan kambing, zirafah dan hidupan liar lain.
Kawasan European Adventure
European Adventure pula menyediakan pelbagai restoran yang berkonsepkan Eropah. Rekabentuk bangunan-bangunan di sekeliling kawasan ini semuanya bertemakan English.Yang paling menarik adalah bunga-bunga di taman di sini yang sentiasa bertukar-tukar mengikut musim di Eropah. Ketika saya berkunjung pada bulan April, bunga tulip yang pelbagai warna sedang mekar menarik perhatian pengunjung. Ketika itu berlangsung Festival Tulip. Masing-masing bergambar sakan dengan bunga tulip merah dan kuning. Manakala bulan Mei dan June dijangkakan musim bunga ros/mawar.  

Malah terlalu luas kawasan taman tema ini untuk kami habiskan dalam masa 4 jam yang diperuntukkan. Kebiasaannya bagi pengunjung tempatan, mereka akan menghabiskan masa seharian di Everland ini. Tiket masuk juga agak mahal untuk ke sini. Malah, lokasinya agak jauh memakan masa beberapa jam perjalanan dari Seoul. Namun, amat berbaloi untuk masuk ke taman tema ini dan pengunjung pasti dapat merakamkan pengalaman baru yang berbeza.


http://www.everland.com/web/multi/english/everland/everland_guide/ticket/Tickets_and_Coupons.html

Ticket Usage Guide

  • Admission hours : Day Ticket - Opening ~ 30 Minutes before closing,
    Night Ticket – 5 p.m. ~ 30 Minutes before closing
  • Operating hours : Day Ticket - Opening ~ closing.
    Night Ticket – 5 p.m. ~ closing

Tickets


Tickets view
TypeAdultTeenagerChildren/SeniorNote
One-day Ticket44,000won37,000won34,000won
  • Free admission to Hoam Gallery
    for the day and extra charges for
    coin-operated rides, rental, animal
    rides, and special exhibitions
  • No online purchase is available for
    Night Tickets or Two-day Tickets
  • No double discount option including
    the use of discount cards is
    available for Two-day Tickets
Night Ticket36,000won30,000won27,000won
Two-day Ticket70,000won59,000won54,000won

Tickets view
TypeAdultTeenagerChildren/SeniorNote
Day ticket
(One-day ticket)
36,000won30,000won27,000won
  • No online purchase is available
    for admission tickets.
Night Ticket29,000won26,000won24,000won



Antara lain, pengunjung juga boleh menyertai persembahan-persembahan yang mereka lakukan di jalanan. Penduduk Korea amat sporting.. mereka akan bersama-sama menyanyi, menari dan bertepuk tangan melihat persembahan di jalanan.


Safari Ride - dalam bas yang disediakan

Satu patung white tiger yang kecil ni berharga lebih kurang RM60.00

Cable car yang boleh mengangkut stroller di belakang tempat duduk


Gambar stroller yang disangkut belakang cable car.. sungguh simple tapi canggih


Sesekali terasa seram dan gayat bila melihat bawah


Nak bawa balik satu.. satu pokok berharga lebih kurang RM4.00

Kepenatan hingga tertidur

Kedai cenderamata yang menjual gula-gula. Hiasan dan cara susunatur yang menarik

Akhirnya, masa untuk pulang

Kawasan parking bas yang luas.. semua bas dan kenderaan perlu ditinggalkan di kawasan ini.
 
Setelah beriadah selama lebih kurang 4 jam di dalam taman tema Everland, tiba masanya untuk pulang ke Seoul. Semua pengunjung akan menaiki bas transit yang panjang (dua coach yang disambung) untuk dihantar ke kawasan parking kenderaan dan bas yang disediakan. Ianya adalah satu kawasan lapang yang amat luas dan sejauh kira-kira 4 kilometer dari Everland.

 
Selepas keluar dari Everland, kami dibawa untuk menikmati makan malam di sebuah restoran halal yang menyajikan makanan Thai. Semuanya makan dengan berselera kerana ianya memenuhi citarasa kami dan hampir sama dengan selera orang Malaysia.

Pemandangan sakura atau cherry blossom di kiri-kanan jalan

Exit tol dari Everland
Akhirnya jam 9 malam kami tiba di Seoul. Perjalanan sejauh 2 jam yang panjang dan amat memenatkan. Namun kami berasa sungguh puas sebab dapat bergambar dengan Tulip yang sangat cantik dan beli beberapa pasu Tulip untuk dibawa balik ke Malaysia...
 
 
 Tips: Bawa jaket tebal ketika musim sejuk/winter kerana cuaca lembap dan hujan. Pakai sarung tangan dan stoking untuk mengelakkan sejuk. Pakaian yang dipakai masa musim sejuk kurang berbau, tak seperti kita di Malaysia... cepat berbau dan perlu selalu basuh pakaian tersebut. Muka dan bibir akan cepat kering..so, sentiasa bawa losyen atau pelembap bibir bersama.

Thursday, May 30, 2013

Travelog ke Seoul, Korea Selatan (April 2013)

Bahagian 2 (Sambungan):
Melancong ke Seoul, Korea Selatan (April 2013)

 
Laluan ke Taman Negara Gunung Seorak yang dipenuhi bunga sakura
 
Hari Kedua 21 April (Ahad): Selepas ke Nami Island, kami ke kawasan pergunungan pula. Mengikut kata pemandu pelancong, semalam cuaca amat sejuk dan salji turun di pergunungan ini. Tetapi tidak la lebat macam musim sejuk.  Perjalanan agak jauh juga..lebih kurang dua jam, kami sampai di Taman Negara ini. Kami perlu menaiki kereta kabel (cable car) sebelum jam 5 petang.



Dari tempat parking kereta, kami perlu berjalan sejauh kira-kira 1.5km untuk sampai ke stesen kereta kabel ini. Kalau musim salji, memang amat cantik sebab tanah akan dipenuhi salji yang memutih. Kereta kabel ini agak besar, boleh memuatkan kira-kira 30-40 orang. Lebih kurang 20 minit, kami tiba di atas Gunung Seorak. Masih kelihatan kesan-kesan salji yang telah cair kerana cuaca yang panas pada hari tersebut. Ramai yang terus mendaki untuk sampai ke puncak. Tetapi kami berempat beranak hanya tunggu di stesen kereta kabel atas faktor keselamatan kerana membawa kanak-kanak dan juga cuaca yang sejuk dan berangin. .


Sejarah dan lagenda Taman Negara ini juga dikenali dengan cerita beruang hitam. Di kaki gunung juga kelihatan satu patung Buddha yang amat besar, kebanggaan penganut beragama Buddha


Kaki tangan menggigil kesejukan



Mount Seorak yang kami tinggalkan....

Bergambar dengan Sakura lagi...
Kumpulan kami 11 orang ini, kebanyakannya perempuan...  semuanya suka bunga. Sampaikan pemandu pelancong tu menggelarkan kumpulan kami "ketagih bunga". Lucy, pemandu pelancong pandai beberapa bahasa, termasuklah bahasa Malaysia/Indonesia. Mana-mana tempat yang kami jumpa banyak pokok sakura, kami akan minta Lucy untuk berhenti dan mengambil gambar.  Dan beliau serta pemandu bas amat sporting...

Hotel Maremons
Selepas turun dari Seoraksan (Gunung Seorak), kami terus ke restoran tempatan untuk makan malam. Kebetulan hari tu adalah ulangtahun ayahanda saya. Pemandu pelancong telah membeli sebuah kek untuk beliau.. wah, menyambut birthday di Korea tahun nie.. Semoga panjang umur dan dilimpahi rezeki yang melimpah ruah serta diberi kesihatan yang baik oleh Nya.
 
Selepas makan malam iaitu menu rakyat tempatan Korea, kami pulang ke hotel. Dalam perjalanan ke hotel iaitu tidak jauh dari kaki gunung Mount Seorak, kami singgah ke night market yang menjual perlbagai jenis makanan laut yang dikeringkan seperti sotong besar kurita, udang, ikan bilis dan lain-lain.  Tapi harganya amat mahal... satu pek sotong kering dekat RM50.... beli satu pek je sekadar untuk merasa... Dan kami daftar masuk ke hotel Maremons. Ala-ala Doraemon.... Hotel 4 star yang mewah dan selesa. Ramai pulak jumpa pelancong dari Malaysia di hotel tersebut... Rehat dan caj tenaga untuk keesokkan hari nya...
 
Annyeong Haseyo
Bilik air di R&R Korea - bersih dan selesa
Hari Ketiga (22 April) Isnin: Sarapan pagi di hotel. Hanya makan telor separuh masak, roti tuna dan buah-buahan. Bekalan serunding dan rendang yang dibuka turut dibuka dan dimakan dengan roti. Selepas sarapan, kami check out dari Hotel Maremons ini. Sempat bergambar di depan hotel yang mengadap laut.


Dalam perjalanan melalui hiway, kami dapat lihat Yeoju Premium Outlets , ala-ala JPO (Johor Premium Outlets) di Kulaijaya yang terletak di tepi highway Utara-Selatan. Ianya menjual barangan berjenama tshirt, pakaian, jam, kasut dan pelbagai lagi.

Menarik untuk ibu-ibu yang ada anak kecil - tidak perlu bimbang tinggalkan anak di luar bilik air, ada kerusi khas
Dalam perjalanan yang memakan masa 3 jam untuk ke Everland, kami singgah rehat di R&R. Memang bersih dan cantik tandasnya. Setiap bilik air yang saya lihat, ianya menyediakan kemudahan bilik air untuk orang tua, OKU, orang mengandung dan untuk family atau ibu yang ada anak kecil. Gambar di atas antara contoh tempat duduk yang menyediakan kerusi untuk anak kecik supaya ibu-ibu boleh ke bilik air tanpa risau meninggalkan anak di luar bilik air. Ruang bilik air tersebut juga amat luas. Dulu di Tokyo juga mereka menyediakan tempat duduk khas seperti ini di dalam bilik air. Agaknya, bila di Malaysia akan mempraktikkan tempat duduk sebegini.
 
Satu lagi, tempat duduk tu berlapik plastic kan.. kenapa? sebab apabila musim sejuk, tempat duduk ceramic tu akan lebih sejuk. Bila berlapik dan berspan macam ni, tak de la sejuk sangat bila duduk. Ada sesetengah tempat duduk yang canggih, turut menyediakan butang khas untuk memanaskan tempat duduk pelapik tu. Pertama kali mencuba, habis basah lantai dan dinding sebab salah tekan butang yang arahannya dalam Bahasa Korea... ada air yang boleh keluar dari bawah  dan dalam mangkuk tersebut untuk basuhan.. patut la tak ada paip air disediakan di dalam tandas ni.... semua main tekan button je...

Cikgu yang mengajar cara membuat kimchi di Kimchi School

Sebaik sampai, kami di bawa ke KimChi School. Di sini semua peserta rombongan berpeluang untuk belajar membuat makanan tradisional rakyat Korea iaitu Kimchi. Bahan asasnya adalah kobis Jepun/Cina dan lobak. Antara bahan lain adalah serbuk cili, daun bawang, halia muda, bawang putih, garam, sos ikan, gula perang dan serbuk perasa. Kobis atau sawi putih ni akan direndam dengan air garam semalaman. Bahan-bahan lain akan dikisar dan gaul dengan pes cili. Tengok macam senang kan...

Berjaya membuat kimchi...


Masing-masing tunjuk skill

Selepas belajar membuat kimchi, kami ke tempat pakaian Hanbok pula. Hanbok adalah pakaian tradisional rakyat Korea. Hanbok pada saat ini mengacu pada "pakaian gaya Dinasti Joseon" yang biasa dipakai secara formal atau semi-formal dalam perayaan atau festival tradisional.


Baby Qairina tak bersempatan nak mencuba hanbok sebab tiada size yang sesuai

Nak jugak cuba Hanbok
Sukanya Annisa dapat cuba Hanbok

Annisa dengan pakaian hanbok


Masing-masing tidak melepaskan peluang mencuba pakaian tradisonal orang Korea ini. Bila lagi nak melaram kan.. peluang di depan mata, jangan di lepaskan... Free dan dah masuk dalam pakej...

ini la bilik persalinan untuk pakaian tradisional Korea

Selepas abis photo shoot ini, kami makan tengahari (lunch box) di luar Everland. Seterusnya adalah ke EVERLAND.... themepark yang paling terkenal di Korea Selatan.. ala-ala Disneyland.

Jumpa lagi di lain entri... Bersambung...

Nota: Jauh berjalan luas pandangan... ada yang bertanya, tak membazir ke duit pergi melancong ni? Bagi saya, dengan melancong dan mengembara, saya akan dapat banyak ilmu yang mungkin tidak dapat dipelajari dari dalam buku. Saya akan dapat banyak pengalaman dan pengetahuan yang dapat dikongsi dengan pembaca dan terutamanya anak didik saya.. Dan yang penting, dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan dan mendedahkan anak-anak saya dengan dunia luar yang dapat mematangkan mereka dengan pelbagai budaya.






Wednesday, May 29, 2013

Travelog ke Seoul, Korea

Melancong ke Seoul ( 20-24 April 2013) : Bahagian 1
 
Annyeong Haseyo....


Hari Pertama: 20 April (Sabtu) tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon sekitar 8.20 pagi waktu tempatan. Penerbangan selama 6 jam 30 minit dari Kuala Lumpur. Suhu sekitar 5 darjah Celcius di Incheon. Agak sejuk dan beragin kerana hujan. Rombongan kami terdiri dari kami 6 orang sekeluarga (termasuk dua orang kanak-kanak), dua orang saudara dan tiga orang rakan dari Kuala Lumpur.

 Kami di bawa ke Kwangmyong Market ( kalau tak silap saya). Di sini terdapat pelbagai jenis kain cotton yang sesuai untuk di buat baju kurung.. pembeli boleh membeli kain yang telah siap dipotong 4 meter atau kain yang masih belum di potong. Pelancong juga boleh membeli kain sutera Korea di sini. Namun, tiada ada ahli rombongan kami yang membeli kain sutera. Kesemua nya membeli kain cotton yang sejuk dan berkualiti. Harga lebih kurang RM35 sepasang.

Kain cotton dan sutera yang dijual di market
 Selepas membeli-belah kain cotton, kami di bawa makan tengahari ke kawasan yang banyak kedai-kedai Muslim. Kami menjamu selera di Restoran Little India Seoul yang halal. Selepas makan, kami berjalan kaki menuju ke Seoul Central Mosque, Masjid Prince Sultan Islamic untuk solat Zohor dan Asar. Di sini kami jumpa ramai sangat pelajar-pelajar Malaysia dan orang Malaysia yang datang kursus dan training. Dan pelancong dari Malaysia, tak payah cakap la.. .memang ramai....


Central Mosque
 Selepas makan dan solat, kami ke Seoul N Towel. Pemandangan dari Menara Seoul N ni sangat cantik sebab kedudukannya di atas bukit dan banyak pokok sakura dan magnolia di sini. Masing-masing berposing sakan untuk bergambar.

Seoul N Towel
 Masing-masing teruja untuk bergambar dengan pokok sakura yang bunganya sedang mekar. Menurut kata pemandu pelancong, Ms Lucy, kami datang pada waktu yang tepat dan bernasib baik sebab bunga Sakura tengah mekar berkembang. Malah bunga tulip pun sedang banyak di Everland.
 
Pada asalnya kami agak ragu-ragu juga untuk ke Seoul pada ketika itu kerana beberapa hari sebelum itu, terdapat khabar negatif yang mengatakan Korea Utara akan menyerang  Korea Selatan. Tawakal pada yang Esa sahaja la .....
Bergambar dengan mak dan abah
 Dah semakin petang... anak-anak pun dah semakin penat. Maklum la, malam tadi menunggu di LCCT Sepang dari jam 10 malam. Ketika sampai di Istana Kyongbok (Gyeonbok place dan folklore Museum) dan Blue House, anak-anak dah kepenatan dan tidur di dalam bas. Jadi, saya tak berkesempatan turun dan melawat Istana tersebut. Ahli rombongan yang lain turun dan dapat bergambar di dalam istana tersebut. Selepas melawat Istana dan kawasan sekitarnya, kami ke hotel di kawasan Gangnam (kawasan elit dan mewah) untuk daftar masuk di Seoul Star Hotel.

Tembok batu di luar istana Kyongbok

Hari Kedua: 21 Hb April 2013 (Ahad)

Awal pagi semuanya sudah bersiap sedia dengan beg/bagasi kecil sebab kami akan bermalam di kawasan Mount Soerak. Barang-barang dalam bagasi besar kami tinggalkan di hotel. Hanya baju dan keperluan untuk semalaman sahaja yang kami bawa bersama.

Cuaca sangat baik dan cerah untuk hari kedua ini. Perjalanan selama dua jam setengah menaiki bas untuk ke destinasi pertama, iaitu Nami Island. Pulau Nami ini adalah tempat yang wajib dikunjungi jika anda ke Korea Selatan. Drama popular Winter Sonata turut dirakamkan di sini. Walaupun saya tidak berkesempatan langsung menonton drama Korea Winter Sonata ini, mungkin selepas balik dari Korea, saya kena cari dalam YouTube cerita Winter Sonata ini..baru la dapat feel dan gambaran sebenar... ni setakat tengok basikal buruk yang digunakan untuk penggambaran drama tersebut..dan batu-batu yang disusun tinggi..saya amat tidak faham kenapa dan mengapa (sebab tu la kena tengok dulu drama ni).

Di atas feri menuju ke Nami Island
 Kami berkobar-kobar untuk menjejakkan kaki ke Nami Island. Sungguh ramai rakyat Korea yang beratur untuk menaiki feri ke Nami Island ini. Nasib baik kami awal sampai, sekitar jam 10.30 pagi, jadi tak perlu la beratur panjang...

di Nami Island
 Pulau Nami ni tidak la terlalu besar. Tapi agak memenatkan juga untuk berjalan mengelilingi pulau ini. Yang menariknya di sini adalah pemandangannya yang indah dan unik, ciptaan Yang Esa. Memandangkan Korea mempunyai 4 musim iaitu Musim Sejuk, Musim Bunga, Musim Panas dan Musim Luruh , oleh itu, pemandangan di Nami Island ini amat cantik dan berbeza ketika musim-musim tersebut.

April adalah musim bunga. Jadi pokok-pokok masih menghijau dan sedang berbunga. Ramai yang kata datang musim sejuk (winter) ketika salji lebat adalah paling cantik.

Pemandu pelancong saya kata datang musim luruh (Autumn )sekitar bulan September pun cantik sebab semua pokok menguning dan daun pokok luruh.... Apa-apa pun, kalau dapat datang keempat-empat musim tersebut lagi best.....
Agak jauh juga nak berjalan di Nami Island ni
 Lebih kurang dua jam kami berjalan dan bergambar di Nami Island. Masing-masing bergambar kenangan dengan tugu replika drama Winter Sonata. Siapa pelakon ni? Saya pun tak kenal...sebab saya bukan peminat fanatik filem Korea...hehehe... sori....
Bergambar kenangan di replika tugu drama Winter Sonata

Pokok-pokok tirus yang telah keguguran daun dan baru nak berputik semula..

Baby Arissa Qairina sempat bagi pose yang istimewa di Nami Island

Sejuk dan berangin di sini.. cepat lapar...

Bergambar bersama bonda Noraini

Lihat la Dunia......posing jugak

Basikal yang digunakan dalam drama WInter Sonata

Apa simboliknya batu-batu yang disusun tinggu ni? Kena tengok drama winter Sonata...

Sapa la mamat ni.. .posing je la...ni hero WInter Sonata...

Unik dan kreatif lampu-lampu taanglung yang dihias..

Cucu dan Atok...pohon sakura @ cherry

Di Nami Island... baju sejuk yang amat besar....

Ni la ferry yang kami naiki untuk ke Nami Island...

 
Gambar di atas di Nami Island ketika musim sejuk dan musim luruh
 
Selepas 20 minit perjalanan menaiki feri dari Nami Island, kami sampai ke tanah besar semula... SEterusnya kami berhenti makan tengahari dan solat di restoran tempatan di situ.. Makanan yang dihidangkan kali ini adalah makanan tradisi korea.. ini la pertama kami kami dihidangkan dengan Kimchi.. iaitu makanan wajib orang Korea... Pertama kali saya melihatnya...
Tunggu... keesokkan harinya kami dijanjikan oleh pemandu pelancong untuk membuat sendiri Kimchi, makanan tradisi orang Korea ini....
 
Ruang makan yang kecil ini kami gunakan untuk solat selepas makan. Ruang ini ditutup kepada pelanggan ketika kami solat.. Pemilik restoran yang prihatin dengan keperluan pelanggan dan pelancong....


Saya amat mengagumi dengan keprihatinan pemilik restoran ini.. pemiliknya orang Korea.. walaupun tidak tahu dengan agama Islam dan tiada ruang solat, namun mereka membenarkan kami menggunakan ruang makan yang diperuntukkan untuk kami solat.. selepas solat, meja-meja akan disusun semula untuk pelanggan lain makan di situ..
 
Bersambung....
 
Nota: Walaupun kurang kemudahan surau atau masjid di Korea, kebanyakan rakyat Malaysia yang kami temui, tetap solat, tak kira di mana jua.. ada yang solat di ruang legar airport, di tempat parking kenderaan, di belakang bas , di restoran dan shopping centre.... Masih boleh berjalan dan melancong tanpa batasan tempat solat...