Percutian ke Ho Chi Minh ( Bahagian 2)
Hari kedua (1 Mac 2014). Menyusuri Delta Mekong (My Tho City)
Hari kedua selepas bersarapan pagi di hotel, kami menaiki bas untuk ke Delta Mekong. Perjalanan kira-kira 2 jam setengah ke sana. Kami melalui lebuhraya yang mempunyai 3 lorong. Namun pemandu di sini amat patuh kepada had laju sedia ada. Kerana pemandu bas kami baru sahaja kena saman dua hari sebelum kami tiba, jadi pemandu bas tersebut amat berhati-hati dan tidak terlalu laju.
Bas berhenti di satu perhentian / restoran Rehat dan Rawat (Rest and Stop) bagi tujuan ke bilik air @ kamar kecil. Dapat juga la kami cuci-cuci mata sepanjang perjalanan ke Delta Mekong.
Handmade Vietnam Tie Silk antara cenderamata yang boleh dibeli di sini |
Di kiri kanan jalan terdapat banyak sawah padi. Ketika ini adalah musim menuai padi.
Dan jika diperhatikan, ada terdapat kubur-kubur penduduk atau tuan punya tanah di tengah-tengah sawah padi tersebut.
Sebaik tiba di Delta Mekong ini, tour guide terus membeli tiket bot untuk kami. Kami sempat cuci mata sekali kali di sini. Pengunjung perlu menawar harga ketika membeli cenderamata. Tapi tak perlu risau, kerana biasanya harga yang ditawarkan tersebut lebih mahal ketika /sebelum kita menaiki bot. Selepas kita menaiki bot, harga barang akan menjadi lebih murah.
Dan cenderamata di sini jauh lebih murah jika dibandingkan di Ben Thanh market. Kerana di daerah /wilayah ni terdapatnya kilang-kilang dan industry perusahaan cenderamata dan kraftangan. Itu antara punca mengapa cenderamata yang dijual di sini jauh lebih murah. Contohnya harga key chain untuk 10 pcs berharga RM10 di Pasar Malam atau Benh Thanh Market. Tetapi di sini anda boleh dapatkan dengan harga RM5.
Di sini terdapat beberapa buah pulau. Kami menaiki bot yang boleh memuatkan antara 30 ke 40 orang. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk ke lokasi pertama iaitu tempat menternak/lading lebah (honey farm).
Antara 3D kad yang dijual di gerai-gerai di tepi jeti |
Di jeti Sungai Mekong |
Bot yang akan dinaiki.. buah kelapa muda yang akan disajikan kepada pelancong |
Bergambar kenangan di jeti sebelum menaiki bot |
Relaks |
Cuaca amat panas |
Kami diberi minum air yang telah dicampur dengan madu lebah dan limau kasturi secara percuma. Kami turut disajikan dengan beberapa jenis kerepek@ kuih tradisional seperti kerepek pisang dan kerepek kacang tumbuk. Enak rasanya madu lebah yang asli ini dan harganya amat berpatutan.
Selepas melawat tempat peliharaan lebah (bee farm), kami menaiki bot semula untuk ke satu lagi lokasi iaitu Dragon Island. Ia adalah tempat pengembaraan filem Kombat suatu masa dahulu.
Antara kontena yang diangkut menggunakan pengangkutan air - barging |
Di Dragon Island ini, kami disajikan dengan buah-buahan tempatan yang segar seperti buah longan/mata kucing, nanas, betik, ciku yang amat besar dan buah naga.
Sambil menikmati buah-buahan segar ini, kami disajikan dengan muzik dan nyanyian lagu tempatan oleh penyanyi tempatan. Penutup nyanyian tersebut, mereka mendendangkan lagu Kalau rasa Gembira Tepuk Tangan dan Si Jantung Hati. Dan mereka akan menyediakan bakul bagi sesiapa yang ingin menghulurkan duit/wang/tips untuk kumpulan muzik tersebut.
Selepas makan dan berehat sebenar serta mencuci mata untuk membeli belah cenderamata di sini, kami sekali lagi berjalan kaki sejauh kira-kira 300 meter untuk ke tebing sungai. Di sini kami beratur untuk menaiki sampan kecil bagi menyusuri sejauh kira-kria 10 kilometer sungai bakau ini.
Pada mulanya agak gementar dan takut memandangkan kami langsung tidak dibekalkan dengan apa-apa jaket keselamatan. Dan kedalaman sungai ini juga boleh melepasi paras kepala orang dewasa. Sesekali, bot terpaksa bersesak-sesak dan perlahan bagi memberi laluan kepada sampan lain yang berselisih. Sungai tersebut agak kecil dan sempit. Namun pengalaman ini sukar dilupakan dan amat menarik bagi pelancong yang datang. Tidak sah kalau anda tidak ke sini untuk merasai pengalaman menyusuri sungai ini , jika anda ke Saigon.
Kebanyakan pendayung adalah perempuan |
Laluan dua hala |
Pendayung perempuan yang memakai topi |
Pokok nipah dan bakau di tebing/tepi sungai |
Selepas menaiki sampan, anda boleh menghulurkan tips kepada pendayung ini. Setiap sampan mempunyai dua orang pendayung. Satu di depan dan satu di belakang. Mereka akan menghantar anda terus ke bot besar di tengah-tengah sungai/Delta. Jadi, jika anda takut untuk menaiki sampan ini..lupakan sahaja.. nak tak nak..anda pasti kena menaiki sampan ini juga untuk ke bot besar tersebut.
Seterusnya kami di bawa untuk sebuah lokasi lagi iaitu perusahaan kecil di sini yang menjual candy atau gula-gula kelapa serta makanan trandisional penduduk tempatan seperti kuih bawang, biskut kelapa, biskut gulung, kerepek dan jajan.
Mereka menunjukkan cara untuk membuat gula-gula tersebut di sini. Dan tiada peralatan moden yang digunakan. Mereka menggunakan tangan dan kudrat manusia. Dari mula memerah santan menggunkan alatan secara manual sehingga proses memotong dan membungkus gula-gula tersebut menggunakan kudrat manusia.
Biskut Kelapa |
Antara cenderamata dari buah kelapa yang menarik perhatian |
Barangan dari kulit dan minyak buaya, dan ular turut dijual di sini |
Setelah hamper 4 jam di sini, kami meninggalkan delta Mekong untuk makan tengahari sekitar jam 3 petang. Kami makan di Restoran Halal Mekong. Di sini turut menjual telekung, tudung, kain cotton dan pelbagai barangan lain untuk pengunjung mencuci mata selepas makan.
Telekung di sini agak murah. Bunga 11 kuntum kain sejuk berharga RM29. Telekung Lycra berwarna dan berenda berharga RM35. |
Walaupun kebanykan penduduk di sini bukan beragama Islam dan mereka tidak menggunakan telekung atau jubbah dan baju kurung, namun barangan ini amat banyak dijual di sini untuk rakyat Malaysia yang datang membeli belah. Upah pekerja bagi menjahit dan sulaman atau manik juga amat murah di sini jika dibandingkan dengan di Jakarta atau Bandung.
Antara kain cotton yang dijual |
Ini antara kedai dan tempat menjahit pakaian di rumah. |
Selepas pulang dari Delta Mekong, kami berkesempatan untuk melihat persembahan The Golden Water Puppet Show. Ia adalah persembahan patung di atas air. Agak kagum dengan persembahan tersebut kerana mereka menyanyikan lagu secara 'live' dan memainkan alat-alat muzik tradisional. Walaupun dalam bahasa tempatan dan sukar difahami namun persembahan puppet tersebut amat memukau dan sukar diperolehi.Rupa-rupanya puppet tersebut dikelolakan oleh 6 orang lelaki di dalam air dari belakang pentas.
Antara kad 3 D yang kreatif |
Shopping lagi di night market |
Selepas persembahan puppet tersebut, kami ke kedai makanan halal sekali lagi di Malaysia Street berdekatan dengan pasar malam Ben Thanh Market. Dan selepas makan, kami membeli belah sekali lagi..Night market adalah tempat paling popular untuk membeli belah. Harga nya jauh lebih murah dari Ben Thanh market. Namun ada perlu menawar 2/3 dari harga yang ditawarkan.
Kami balik ke hotel sekitar jam 11 malam setelah kepenatan seharian berjalan...
Bersambung...
Tips: Anda perlu memakai pakaian yang bersesuaian untuk ke delta Mekong ini kerana anda perlu berjalan jauh dan pakai kasut/sandal yang bersesuaian untuk menaiki sampan.