Wednesday, April 25, 2018

Kembara Bersama Anak Kecil ke NZ dan Sydney (Part 11- Akhir)

Part 11: Cuaca yang cukup cantik dan pengalaman bersama kangaroo (Akhir)

Opera House

7 Disember 2017: Hari  ke sepuluh: Terakhir pengembaraan dan percutian

SYDNEY TOUR – SYDNEY- KUALA LUMPUR
·         7.00 AM Sarapan sendiri di homestay dan berkemas untuk daftar keluar dari homestay
·         9.00 AM Bergerak dari Homestay ke Featherdale Wildlife Park (beli tiket sendiri) untuk melihat kangaroo, koala, Tasmanian Devil.
·         12.30 PM Bergerak balik ke bandar Sydney. 
·         1.30 PM Makan tengahari dan solat di NurMuhammad Café
·         2.30 PM Melawat sekitar bandar Sydney – Darling Harbour, Paddys’ Market, Harbour Bridge, Hard Rock Cafe, Sydney Opera House, dan Botanical Garden.
·         5.30 PM Bergerak ke Sydney Kingsford International Airport
·         Check in 6.40 PM untuk penerbangan D7 221 Air Asia X jam 2140 (9.40PM)
·         9.40 PM Flight balik dari Sydney ke KL

8 Disember 2017: Tiba di KLIA2 jam 3.15AM (pagi).  Pulang ke Bentong

Sydney Bridge

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Cuaca yang nyaman dan sejuk di waktu pagi. Subuh yang awal di Sydney. Setelah bersarapan pagi dengan roti yang dibawa dan lebihan nasi malam tadi yang digoreng, kami bersiap dan berkemas untuk daftar keluar dari homestay.


Depan Homestay dengan caretaker homestay

Tak hilang penat lagi


Tepat jam  9 pagi, pihak pengurusan tour telah tiba. Ada dua wakil syarikat. Mereka ini anak-anak Melayu yang kedua ibubapa mereka telah lama tinggal di Australia. Kami membawa sekali beg-beg agar dapat menjimatkan masa untuk terus ke airport setelah tamat tour nanti.

On the way to Featherdale

Harga tiket masuk.. Kami ambil package family
Perjalanan ke Featherdale Wildlife Park agak jauh kerana ianya terletak di luar bandar. Namun sepanjang perjalanan tidak berapa sesak kerana kami keluar dari bandar ke arah kawasan di luar bandar. Tiba di taman hidupan liar ini, kami terus membeli tiket masuk. Untuk warga emas ada diskaun yang diberikan. 

Waktu show... kena tahu ni supaya kita tak terlepas melihat show ini. 
Di pintu masuk ini juga ada dijual makanan untuk kangaroo. Kami memberi tiga cawan makanan untuk haiwan di dalam taman ini. Banyak haiwan-haiwan tempatan yang ada di dalam taman hidupan liar ini. Kangaroo bebas dan kita boleh memberi makan mereka. 
Entrance Fees

Selain kangaroo, ada juga haiwan seperti koala, dingo, pelican. wombat dan peguin yang sentiasa menjadi tumpuan pelancong. Terdapat juga beberapa tempat yang membenarkan pelancong untuk bergambar bersama haiwan seperti koala dan dingo. Namun ada bayaran tambahan yang dikenakan.

Teruja nak bagi makan kangaroo

Dingo adalah sejenis anjing di Australia.. digunakan untuk menjaga biri-biri di ladang ternakan



Pelican


Pelican la yang mulut besar tu..


Suka tidur aje koala ni.. 22 jam dia tidur dalam sehari... 

Selain itu ada juga beberapa tempat haiwan yang kita boleh lihat staff taman ini memberi makanan kepada haiwan seperti penguin, pelican dan koala. Seronok anak-anak dapat melihat dengan dekat penguin, kangaroo dan koala. Cuma tak dapat nak pegang koala aje.Nak bergambar dengan koala dan pegang koala secara dekat pun kena bayar lain. Tapi dapat lah lihat koala di ata pokok yang sedang tidur ni di sini. 
Dapat lihat dari jauh je koala ni... Nak bergambar dekat dan pegang, kena bayar lain



Bayaran tambahan jika nak bergambar dekat.. Tapi tak boleh peluk dukung koala pun. Tak berbaloi..






Penat juga jelajah dalam ni selama 2 jam. Secara peribadi, saya lebih sukakan wildlife park di Adelaide yang lebih banyak binatang dan kangaroo nya lebih banyak dan mesra. Tapi jika dibandingkan dengan Sydney Zoo, di Featherdale ini lebih bagus kerana kangaroo nya bebas. Jadi, tak lengkap ke Australia jika tak dapat bergambar dengan kangaroo dan koala.
Wallabies


Ini baru kangaru




Penguin

Show bagi makan penguin

Landak

Ular dan reptile






Wombat



Burung Emu

Jam 12.30 tengahari, kami bergerak semula ke arah Sydney CBD. Bandar metropolitan Sydney ini dipenuhi dengan bangunan pencakar langit. Kami menuju ke Nur Muhammad Cafe yang menyediakan hidangan Malaysia. Semua pekerja di sini 100% adalah Melayu dan Muslim. Mereka mempunyai ladang ternakan haiwan seperti lembu, ayam, unta, kuda dan sebagainya. Sudah tentu ramai orang Malaysia dan Islam yang ke sini kerana ia menawarkan makanan yang halal.














Kedudukan Nur Muhammad Cafe sangat strategik. Selepas makan tenghari dan solat di sini, kami berjalan kaki menuju Paddy's Market, dan melalui Sydney Darling Harbour, Botanical Garden dan Hard Rock Cafe. Sempat juga lah bergambar dan membeli sedikit souvenir di Hard Rock Cafe.















Dalam perjalanan menuju ke Paddy's Market, ada juga tempat permainan kanak-kanak. Ianya percuma. Seronok lah anak-anak dapat bermain di sini sebentar. Dan permainan yang ada di sini agak unik dan berbeza.



















Seterusnya kami tiba di Paddy's Market. Di sini memang penuh dengan orang Malaysia dan Asia yang datang untuk membeli cenderamata. Wow... memang murah sangat cenderamata di sini.. Cenderamata di NZ jauh lebih mahal jika dibandingkan di NZ. Jika nak beri cenderamata untuk kawan-kawan atau saudara mara, memang lebih baik beli yang di Paddy's Market ini. Lebih banyak pilihan dan murah. Rambang mata dibuatnya.
Paddy's Market yang jual cenderamata murah.. Ramai peniaga orang Malaysia juga.






Perempuan Melayu tu dari Kelantan.. bekerja di kedai orang Malaysia ni.



Di lorong belakang dalam pasar ini ada juga dijual sayur-sayuran dan buah-buahan. Jadi kami dapat membeli buah cherries Australia dan Australian Manggo yang besar dan lemak ini untuk dibawa pulang ke tanahair. Tapi tak dapat nak beli banyak sebab berat luggage pula nanti. Sebenarnya kita boleh suruh mereka packing buah ni dalam kotak, dan boleh hand carry juga naik atas kapal terbang nanti. Tapi dah bawa budak-budak ni, malas la pula nak handcarry banyak barang.

AUstralian Mango ada dua jenis

Ni pun pekerja dari Malaysia



Dah puas berbelanja, kami menaiki van yang telah sedia menunggu kami di parking bay. Kami kemudiannya di bawa ke Sydney Opera House. Hati teruja dapat melihat keunikan bangunan yang senibinanya sangat cantik dan unik. Ada pernah juga melihat dalam national geography, kesukaran yang dilalui oleh arkitek dan engineer yang membina bangunan ini. Namun ianya suatu tempat yang wajib dilawati jika ke Sydney. Cuma kami tak berkesempatan untuk menaiki feri ke Manly. Jika kita menaiki feri ke Manly, kita akan melalui Sydney Opera House ini dan ianya sangat cantik berlatar belakangkan Opera House.















Dalam cuaca yang panas terik, anak-anak pun berposing lah di Sydney Opera House. Dah puas bergambar di sini, kami ke suatu tempat lain iaitu sebuah taman rekreasi untuk mengambil gambar Opera House dari sudut lain. Ianya sangat cantik dapat melihat Opera House dan Sydney Bridge dari sini.



Nak lepak macam mat salleh sebelah tu.






Kepenatan.... tidur dalam van menuju ke airport



Selesai bergambar, kami terus dibawa menuju ke airport. Alhamdulillah, kami tiba awal di airport. Jadi dapatlah check in dengan selesa. Memang ramai penumpang yang check in. Alhamdulillah, luggage pun hanya terlebih dua kilo.. dan minah salleh tu tak berapa nak kisah sangat.. Jadi semuanya lepas...


Sempat pulak saya singgah di sebuah pejabat Pos di dalam airport ini untuk membeli setem dan poskad untuk dihantar ke rumah sebagai kenang-kenangan. Setelah tiga minggu baru terima poskad ini di rumah. Lama pula nak sampai.. naik kapal laut agaknya.




Ada kedai makanan halal di sini..


Jam 9.40 tepat, pesawat AirAsia X bergerak meninggalkan landasan Kingsford International Airport. Masing-masing kepenatan kerana seharian berjalan. Anak-anak tidur lena dalam kapal terbang menuju Kuala Lumpur. Syukur alhamdulillah, perjalanan dan penerbangan sangat lancar tanpa apa-apa gangguan cuaca buruk. Kami mendarat jam 3.10 pagi di KLIA2. 


Dah siap pemeriksaan imigresen, kami mengambil beg. Alhamdulillah, tiada pemeriksaan beg oelh pihak kastam. Buah-buahan yang dibawa semuanya lepas dan selamat. Dan akhirnya kami tiba di Bentong jam 9 pagi.



Yang pasti, perjalanan sebelas hari ini adalah antara kenangan yang amat indah kerana dapat mengembara bersama atok dan wan secara santai. Ianya bukan lah perancangan yang telah lama dibuat. Dua atau  tiga minggu sebelum pergi, kami membeli tiket dan membuat keputusan untuk ke NZ dan sydney. Jadi tak banyak pilihan apartment atau holiday park yang ada. Harga tiket pun agak mahal. Tapi memandangkan kesihatan Abah ketika itu masih segar dan sihat, jadi kami tak teragak-agak untuk memilih tarikh tersebut.



Selamat tiba di Bentong
Ketika blog ini ditulis (25 April 2018), Abah baru sahaja disahkan oleh doktor pakar pada minggu lepas menghidap cancer lymphoma semula... Kali terakhir Abah menjalani kimoterapi limfoma kanser ini pada penghujung tahun 2016. Dan kini, ianya berulang. Moga Abah terus diberi kesihatan yang baik dan sembuh seperti sediakala hendakNya. Aamiin.


Terima kasih kepada anda yang sudi membaca blog ini... Semoga ianya bermanfaat dan boleh dijadikan sedikit panduan jika anda merancang untuk ke sana... 

-- TAMAT--