Pengasas/ CEO/ Presiden Facebook/ Billionaire |
Ini antara berita yang saya dengar sekitar 2 minggu lepas. Emel yang dihantar oleh seorang rakan mengenai berita yang kononnya facebook (laman web sosial) akan ditutup dan dihentikan mulai 15 Mac 2011. Menurut sumber, Mark Zuckerberg (CEO/President of Facebook - pemegang saham sebanyak 24% dan seorang billionaire muda) mengumumkan akan memberhentikan operasi Facebook kerana menguruskan Facebook amat memenatkan dan memberi tekanan yang amat sangat kepada beliau.
Malah, menurut Zuckerberg lagi, Facebook semakin di luar kawalan beliau dan menguruskan Facebook telah memusnahkan kehidupan harian beliau.
Vice President bahagian teknikal turut menasihatkan pengguna Facebook untuk menyimpan atau menyalin , video, gambar dan data yang penting sebelum 15 Mac.
Komen dari sesetengah ibubapa mengenai pengumuman ini, mereka amat gembira dan merasa lega sekali. Ini kerana kebanyakan anak-anak mereka mengabiskan masa berjam-jam setiap hari melayari internet dan Facebook serta laman web sosial yang lain. Malah masa bersama keluarga juga tidak ada.
Selain itu, antara kesannya kepada masyarakat...seperti laporan dari hmetro.com.my 23 Jan2011-
LONDON: Laman sosial Internet, Facebook didakwa menjadi punca kepada peningkatan kes perceraian apabila semakin ramai suami atau isteri ditangkap berkelakuan curang dalam laman itu.
Peguam menasihatkan pasangan yang bertelingkah supaya berhenti menggunakan Facebook dan laman lain seperfti Second Life, Illicit Encounters dan Friends Reunited sehingga prosiding perceraian masing-masing berakhir.
Emma Patel dari Syarikat Guaman Hart Scales & Hodges di Dorking, Surrey berkata, pihaknya menangani 30 kes perceraian sejak Mei lalu dan semuanya membabitkan Facebook.
Katanya: “Suami isteri yang curiga terhadap pasangan masing-masing menggunakan laman itu untuk mengintip dan mencari bukti kelakuan curang pasangan mereka.
“Penemuan bukti itu akan membawa kepada peceraian,” katanya. Emma juga berkata, beliau sering memberi amaran kepada pasangan yang bertelingkah supaya mengelak daripada menggunakan laman itu selagi kes perceraian mereka belum berakhir. - The Sun
Yang menarik perhatian saya ialah bagaimana Facebook ini telah berjaya meningkatkan popularitinya sebagai satu jenama hebat di kalangan remaja masa kini dalam tempoh 2 tahun. Malah, jumlah penggunanya sehingga Mei 2010 adalah seramai 500 juta pengguna.
Khabarnya banyak syarikat gergasi bercadang membeli Facebook yang bernilai 7.9 billion itu.
Apa-apa pun, kita tunggu dan lihat apakah ini akan berlaku pada 15 Mac 2011 nanti...