MESYUARAT AKADEMIK BIL 1/2011
Semalam merupakan perjumpaan pertama bagi semester ini antara para pensyarah dengan Pengarah Kampus dan Timbalan Pengarah UiTM Johor. Mesyuarat akademik ini biasanya di adakan pada awal semester dan juga di akhir semester.
Mesyuarat dimulakan dengan bacaan al-Fatihah untuk disedekahkan kepada seorang pensyarah Bahasa Inggeris di UiTM Johor yang telah kembali ke Rahmatullah dua hari lepas. Khabarnya, beliau jatuh di dalam kelas. Hmm.. begitu rapuhnya usia kita, bak kata Pengarah UiTM Johor, PM Dr. Omar.
Antara perkara lain yang perlu diambil iktibar seperti yang disampaikan oleh En. Bad dari Pejabat Pentadbiran ialah pentingnya kakitangan UiTM mendaftar dan menjadi ahli Khairat Kematian. Seperti kes arwah En Ikram ini, beliau tidak menjadi ahli. Bayangkan keadaan balu dan anak-anak beliau yang ditinggalkan secara mengejut ini... setidak-tidaknya jika dapat bantuan Khairat Kematian, urusan pengebumian jenazah dan wang sumbangan yang diberikan oleh ahli2 yang lain dapat melegakan keluarga ini di saat2 mereka memerlukan.
Kadangkala apa yang kita buat pada hari ini, membeli impak kepada orang lain di masa hadapan. Dan ada masanya, kepentingan keluarga perlu diambil kira dalam membuat sesuatu keputusan. Yang pergi, biarkan ia pergi..kita yang hidup sementara di bumi Allah ini, perlu menginsafi dan menanam azam untuk berubah dan berjaya pada tahun ini..
Jika ditanya, apa azam saya pada tahun nie? Semestinya saya nak siapkan Research Paper saya. Sebagai seorang pensyarah, ini adalah salah satu kriteria untuk pengesahan jawatan bagi penjawat awam. Kursus Asas Pengajaran (KAP) telah saya lalui pada Mei 2009. November 2010 pula saya telah lalui Kursus Induksi Khusus dan Umum di Kg Gajah, Perak. Dan hanya tinggal Research Paper saja lagi yang belum saya siapkan. Mudah2an ianya dapat disiapkan sebelum bulan Jun ini. Dan mudah2an juga saya dapat bentangkan ia di International Conference pada tahun ini. Dan seterusnya disiarkan dalam mana2 journal pada tahun hadapan. Itulah target dan azam saya pada tahun ini, seperti kata Timbalan Pengarah BPJI yang baru di UiTM Johor, PM Ustaz Nawawi...1 tahun, 1 pensyarah, 1 penerbitan.... InsyaAllah..
No comments:
Post a Comment