Melancong ke Seoul, Korea Selatan (April 2013)
Laluan ke Taman Negara Gunung Seorak yang dipenuhi bunga sakura |
Hari Kedua 21 April (Ahad): Selepas ke Nami Island, kami ke kawasan pergunungan pula. Mengikut kata pemandu pelancong, semalam cuaca amat sejuk dan salji turun di pergunungan ini. Tetapi tidak la lebat macam musim sejuk. Perjalanan agak jauh juga..lebih kurang dua jam, kami sampai di Taman Negara ini. Kami perlu menaiki kereta kabel (cable car) sebelum jam 5 petang.
Dari tempat parking kereta, kami perlu berjalan sejauh kira-kira 1.5km untuk sampai ke stesen kereta kabel ini. Kalau musim salji, memang amat cantik sebab tanah akan dipenuhi salji yang memutih. Kereta kabel ini agak besar, boleh memuatkan kira-kira 30-40 orang. Lebih kurang 20 minit, kami tiba di atas Gunung Seorak. Masih kelihatan kesan-kesan salji yang telah cair kerana cuaca yang panas pada hari tersebut. Ramai yang terus mendaki untuk sampai ke puncak. Tetapi kami berempat beranak hanya tunggu di stesen kereta kabel atas faktor keselamatan kerana membawa kanak-kanak dan juga cuaca yang sejuk dan berangin. .
Sejarah dan lagenda Taman Negara ini juga dikenali dengan cerita beruang hitam. Di kaki gunung juga kelihatan satu patung Buddha yang amat besar, kebanggaan penganut beragama Buddha
Kaki tangan menggigil kesejukan |
Mount Seorak yang kami tinggalkan.... |
Bergambar dengan Sakura lagi... |
Kumpulan kami 11 orang ini, kebanyakannya perempuan... semuanya suka bunga. Sampaikan pemandu pelancong tu menggelarkan kumpulan kami "ketagih bunga". Lucy, pemandu pelancong pandai beberapa bahasa, termasuklah bahasa Malaysia/Indonesia. Mana-mana tempat yang kami jumpa banyak pokok sakura, kami akan minta Lucy untuk berhenti dan mengambil gambar. Dan beliau serta pemandu bas amat sporting...
Hotel Maremons |
Selepas turun dari Seoraksan (Gunung Seorak), kami terus ke restoran tempatan untuk makan malam. Kebetulan hari tu adalah ulangtahun ayahanda saya. Pemandu pelancong telah membeli sebuah kek untuk beliau.. wah, menyambut birthday di Korea tahun nie.. Semoga panjang umur dan dilimpahi rezeki yang melimpah ruah serta diberi kesihatan yang baik oleh Nya.
Selepas makan malam iaitu menu rakyat tempatan Korea, kami pulang ke hotel. Dalam perjalanan ke hotel iaitu tidak jauh dari kaki gunung Mount Seorak, kami singgah ke night market yang menjual perlbagai jenis makanan laut yang dikeringkan seperti sotong besar kurita, udang, ikan bilis dan lain-lain. Tapi harganya amat mahal... satu pek sotong kering dekat RM50.... beli satu pek je sekadar untuk merasa... Dan kami daftar masuk ke hotel Maremons. Ala-ala Doraemon.... Hotel 4 star yang mewah dan selesa. Ramai pulak jumpa pelancong dari Malaysia di hotel tersebut... Rehat dan caj tenaga untuk keesokkan hari nya...
Annyeong Haseyo
Bilik air di R&R Korea - bersih dan selesa |
Hari Ketiga (22 April) Isnin: Sarapan pagi di hotel. Hanya makan telor separuh masak, roti tuna dan buah-buahan. Bekalan serunding dan rendang yang dibuka turut dibuka dan dimakan dengan roti. Selepas sarapan, kami check out dari Hotel Maremons ini. Sempat bergambar di depan hotel yang mengadap laut.
Dalam perjalanan melalui hiway, kami dapat lihat Yeoju Premium Outlets , ala-ala JPO (Johor Premium Outlets) di Kulaijaya yang terletak di tepi highway Utara-Selatan. Ianya menjual barangan berjenama tshirt, pakaian, jam, kasut dan pelbagai lagi.
Menarik untuk ibu-ibu yang ada anak kecil - tidak perlu bimbang tinggalkan anak di luar bilik air, ada kerusi khas |
Dalam perjalanan yang memakan masa 3 jam untuk ke Everland, kami singgah rehat di R&R. Memang bersih dan cantik tandasnya. Setiap bilik air yang saya lihat, ianya menyediakan kemudahan bilik air untuk orang tua, OKU, orang mengandung dan untuk family atau ibu yang ada anak kecil. Gambar di atas antara contoh tempat duduk yang menyediakan kerusi untuk anak kecik supaya ibu-ibu boleh ke bilik air tanpa risau meninggalkan anak di luar bilik air. Ruang bilik air tersebut juga amat luas. Dulu di Tokyo juga mereka menyediakan tempat duduk khas seperti ini di dalam bilik air. Agaknya, bila di Malaysia akan mempraktikkan tempat duduk sebegini.
Satu lagi, tempat duduk tu berlapik plastic kan.. kenapa? sebab apabila musim sejuk, tempat duduk ceramic tu akan lebih sejuk. Bila berlapik dan berspan macam ni, tak de la sejuk sangat bila duduk. Ada sesetengah tempat duduk yang canggih, turut menyediakan butang khas untuk memanaskan tempat duduk pelapik tu. Pertama kali mencuba, habis basah lantai dan dinding sebab salah tekan butang yang arahannya dalam Bahasa Korea... ada air yang boleh keluar dari bawah dan dalam mangkuk tersebut untuk basuhan.. patut la tak ada paip air disediakan di dalam tandas ni.... semua main tekan button je...
Cikgu yang mengajar cara membuat kimchi di Kimchi School |
Sebaik sampai, kami di bawa ke KimChi School. Di sini semua peserta rombongan berpeluang untuk belajar membuat makanan tradisional rakyat Korea iaitu Kimchi. Bahan asasnya adalah kobis Jepun/Cina dan lobak. Antara bahan lain adalah serbuk cili, daun bawang, halia muda, bawang putih, garam, sos ikan, gula perang dan serbuk perasa. Kobis atau sawi putih ni akan direndam dengan air garam semalaman. Bahan-bahan lain akan dikisar dan gaul dengan pes cili. Tengok macam senang kan...
Berjaya membuat kimchi... |
Masing-masing tunjuk skill |
Selepas belajar membuat kimchi, kami ke tempat pakaian Hanbok pula. Hanbok adalah pakaian tradisional rakyat Korea. Hanbok pada saat ini mengacu pada "pakaian gaya Dinasti Joseon" yang biasa dipakai secara formal atau semi-formal dalam perayaan atau festival tradisional.
Baby Qairina tak bersempatan nak mencuba hanbok sebab tiada size yang sesuai |
Nak jugak cuba Hanbok |
Sukanya Annisa dapat cuba Hanbok |
ini la bilik persalinan untuk pakaian tradisional Korea |
Selepas abis photo shoot ini, kami makan tengahari (lunch box) di luar Everland. Seterusnya adalah ke EVERLAND.... themepark yang paling terkenal di Korea Selatan.. ala-ala Disneyland.
Jumpa lagi di lain entri... Bersambung...
Nota: Jauh berjalan luas pandangan... ada yang bertanya, tak membazir ke duit pergi melancong ni? Bagi saya, dengan melancong dan mengembara, saya akan dapat banyak ilmu yang mungkin tidak dapat dipelajari dari dalam buku. Saya akan dapat banyak pengalaman dan pengetahuan yang dapat dikongsi dengan pembaca dan terutamanya anak didik saya.. Dan yang penting, dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan dan mendedahkan anak-anak saya dengan dunia luar yang dapat mematangkan mereka dengan pelbagai budaya.