Melancong ke Seoul ( 20-24 April 2013) : Bahagian 1
Annyeong Haseyo....
Hari Pertama: 20 April (Sabtu) tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon sekitar 8.20 pagi waktu tempatan. Penerbangan selama 6 jam 30 minit dari Kuala Lumpur. Suhu sekitar 5 darjah Celcius di Incheon. Agak sejuk dan beragin kerana hujan. Rombongan kami terdiri dari kami 6 orang sekeluarga (termasuk dua orang kanak-kanak), dua orang saudara dan tiga orang rakan dari Kuala Lumpur.
Kami di bawa ke Kwangmyong Market ( kalau tak silap saya). Di sini terdapat pelbagai jenis kain cotton yang sesuai untuk di buat baju kurung.. pembeli boleh membeli kain yang telah siap dipotong 4 meter atau kain yang masih belum di potong. Pelancong juga boleh membeli kain sutera Korea di sini. Namun, tiada ada ahli rombongan kami yang membeli kain sutera. Kesemua nya membeli kain cotton yang sejuk dan berkualiti. Harga lebih kurang RM35 sepasang.
|
Kain cotton dan sutera yang dijual di market |
Selepas membeli-belah kain cotton, kami di bawa makan tengahari ke kawasan yang banyak kedai-kedai Muslim. Kami menjamu selera di Restoran Little India Seoul yang halal. Selepas makan, kami berjalan kaki menuju ke Seoul Central Mosque, Masjid Prince Sultan Islamic untuk solat Zohor dan Asar. Di sini kami jumpa ramai sangat pelajar-pelajar Malaysia dan orang Malaysia yang datang kursus dan training. Dan pelancong dari Malaysia, tak payah cakap la.. .memang ramai....
|
Central Mosque |
Selepas makan dan solat, kami ke Seoul N Towel. Pemandangan dari Menara Seoul N ni sangat cantik sebab kedudukannya di atas bukit dan banyak pokok sakura dan magnolia di sini. Masing-masing berposing sakan untuk bergambar.
|
Seoul N Towel |
Masing-masing teruja untuk bergambar dengan pokok sakura yang bunganya sedang mekar. Menurut kata pemandu pelancong, Ms Lucy, kami datang pada waktu yang tepat dan bernasib baik sebab bunga Sakura tengah mekar berkembang. Malah bunga tulip pun sedang banyak di Everland.
Pada asalnya kami agak ragu-ragu juga untuk ke Seoul pada ketika itu kerana beberapa hari sebelum itu, terdapat khabar negatif yang mengatakan Korea Utara akan menyerang Korea Selatan. Tawakal pada yang Esa sahaja la .....
|
Bergambar dengan mak dan abah |
Dah semakin petang... anak-anak pun dah semakin penat. Maklum la, malam tadi menunggu di LCCT Sepang dari jam 10 malam. Ketika sampai di Istana Kyongbok (Gyeonbok place dan folklore
Museum) dan Blue House, anak-anak dah kepenatan dan tidur di dalam bas. Jadi, saya tak berkesempatan turun dan melawat Istana tersebut. Ahli rombongan yang lain turun dan dapat bergambar di dalam istana tersebut. Selepas melawat Istana dan kawasan sekitarnya, kami ke hotel di kawasan Gangnam (kawasan elit dan mewah) untuk daftar masuk di Seoul Star Hotel.
|
Tembok batu di luar istana Kyongbok |
Hari Kedua: 21 Hb April 2013 (Ahad)
Awal pagi semuanya sudah bersiap sedia dengan beg/bagasi kecil sebab kami akan bermalam di kawasan Mount Soerak. Barang-barang dalam bagasi besar kami tinggalkan di hotel. Hanya baju dan keperluan untuk semalaman sahaja yang kami bawa bersama.
Cuaca sangat baik dan cerah untuk hari kedua ini. Perjalanan selama dua jam setengah menaiki bas untuk ke destinasi pertama, iaitu Nami Island. Pulau Nami ini adalah tempat yang wajib dikunjungi jika anda ke Korea Selatan. Drama popular Winter Sonata turut dirakamkan di sini. Walaupun saya tidak berkesempatan langsung menonton drama Korea Winter Sonata ini, mungkin selepas balik dari Korea, saya kena cari dalam YouTube cerita Winter Sonata ini..baru la dapat feel dan gambaran sebenar... ni setakat tengok basikal buruk yang digunakan untuk penggambaran drama tersebut..dan batu-batu yang disusun tinggi..saya amat tidak faham kenapa dan mengapa (sebab tu la kena tengok dulu drama ni).
|
Di atas feri menuju ke Nami Island |
Kami berkobar-kobar untuk menjejakkan kaki ke Nami Island. Sungguh ramai rakyat Korea yang beratur untuk menaiki feri ke Nami Island ini. Nasib baik kami awal sampai, sekitar jam 10.30 pagi, jadi tak perlu la beratur panjang...
|
di Nami Island |
Pulau Nami ni tidak la terlalu besar. Tapi agak memenatkan juga untuk berjalan mengelilingi pulau ini. Yang menariknya di sini adalah pemandangannya yang indah dan unik, ciptaan Yang Esa. Memandangkan Korea mempunyai 4 musim iaitu Musim Sejuk, Musim Bunga, Musim Panas dan Musim Luruh , oleh itu, pemandangan di Nami Island ini amat cantik dan berbeza ketika musim-musim tersebut.
April adalah musim bunga. Jadi pokok-pokok masih menghijau dan sedang berbunga. Ramai yang kata datang musim sejuk (winter) ketika salji lebat adalah paling cantik.
Pemandu pelancong saya kata datang musim luruh (Autumn )sekitar bulan September pun cantik sebab semua pokok menguning dan daun pokok luruh.... Apa-apa pun, kalau dapat datang keempat-empat musim tersebut lagi best.....
|
Agak jauh juga nak berjalan di Nami Island ni |
Lebih kurang dua jam kami berjalan dan bergambar di Nami Island. Masing-masing bergambar kenangan dengan tugu replika drama Winter Sonata. Siapa pelakon ni? Saya pun tak kenal...sebab saya bukan peminat fanatik filem Korea...hehehe... sori....
|
Bergambar kenangan di replika tugu drama Winter Sonata |
|
Pokok-pokok tirus yang telah keguguran daun dan baru nak berputik semula.. |
|
Baby Arissa Qairina sempat bagi pose yang istimewa di Nami Island |
|
Sejuk dan berangin di sini.. cepat lapar... |
|
Bergambar bersama bonda Noraini |
|
Lihat la Dunia......posing jugak |
|
Basikal yang digunakan dalam drama WInter Sonata |
|
Apa simboliknya batu-batu yang disusun tinggu ni? Kena tengok drama winter Sonata... |
|
Sapa la mamat ni.. .posing je la...ni hero WInter Sonata... |
|
Unik dan kreatif lampu-lampu taanglung yang dihias.. |
|
Cucu dan Atok...pohon sakura @ cherry |
|
Di Nami Island... baju sejuk yang amat besar.... |
|
Ni la ferry yang kami naiki untuk ke Nami Island...
|
|
Gambar di atas di Nami Island ketika musim sejuk dan musim luruh |
Selepas 20 minit perjalanan menaiki feri dari Nami Island, kami sampai ke tanah besar semula... SEterusnya kami berhenti makan tengahari dan solat di restoran tempatan di situ.. Makanan yang dihidangkan kali ini adalah makanan tradisi korea.. ini la pertama kami kami dihidangkan dengan Kimchi.. iaitu makanan wajib orang Korea... Pertama kali saya melihatnya...
Tunggu... keesokkan harinya kami dijanjikan oleh pemandu pelancong untuk membuat sendiri Kimchi, makanan tradisi orang Korea ini....
|
Ruang makan yang kecil ini kami gunakan untuk solat selepas makan. Ruang ini ditutup kepada pelanggan ketika kami solat.. Pemilik restoran yang prihatin dengan keperluan pelanggan dan pelancong....
Saya amat mengagumi dengan keprihatinan pemilik restoran ini.. pemiliknya orang Korea.. walaupun tidak tahu dengan agama Islam dan tiada ruang solat, namun mereka membenarkan kami menggunakan ruang makan yang diperuntukkan untuk kami solat.. selepas solat, meja-meja akan disusun semula untuk pelanggan lain makan di situ..
Bersambung....
Nota: Walaupun kurang kemudahan surau atau masjid di Korea, kebanyakan rakyat Malaysia yang kami temui, tetap solat, tak kira di mana jua.. ada yang solat di ruang legar airport, di tempat parking kenderaan, di belakang bas , di restoran dan shopping centre.... Masih boleh berjalan dan melancong tanpa batasan tempat solat...
|
No comments:
Post a Comment