Wednesday, March 14, 2018

Kembara bersama anak kecil ke bumi Kiwi, New Zealand Disember 2017(Part 10)

Part 10: Selamat Tinggal New Zealand (Hari terakhir di bumi NZ)




Hari Kesembilan: Mengembara di South Island, New Zealand
LAKE TEKAPO – CHRISTCHURCH (201 KM)

Ringkasan Perjalanan pada 6hb Disember 2017 (Rabu)

LAKE TEKAPO – FAIRLIE - GERALDINE - CHRICSTCHURCH (230 KM – 2 Jam 30 Min)
  • 7.00 AM Sarapan pagi dan berkemas untuk daftar keluar.
  • 9.30 AM Bergambar kali terakhir di Lake Tekapo dan Church of the Good Sheperd.
  • Perjalanan pulang ke Christchurch melalui Fairlie dan Geraldine. Melalui ladang-ladang ternakan kambing, lembu dan kuda sepanjang perjalanan.
  • 12.00PM Singgah di Geraldine untuk ke bilik air dan sebuah kedai cenderamata.
  • 1.00 PM Tiba di Christchurch City. Terus ke Botanical Garden dan jalan di sekitar bandar Christchurch.
  • 2.30 PM Menuju ke Christchurch International Airport.  Isi minyak kereta. Terus ke depoh kereta Omega Car Rental untuk menghantar pulang kereta. Shuttle van dari depoh ke Airport.
  • 3.30 PM Check in Flight Emirates. Solat Zohor/Asar di airport.
  • 18.45PM@6.45PM Berlepas dari Christchurch ke Sydney Airport. (3 jam)
  • 8.05 PM Tiba di Sydney
  • 9.00 PM (waktu Sydney) Menuju ke Homestay Melayu Sydney, No 11, Moro Avenue  Padstow, NSW 2211  (diambil oleh kawan En Fikri – Pn Mehrimah Amat +61438 728 313)
  • Makan makan disediakan dan rehat di homestay di Sydney

Dua tetamu datang awal-awal pagi

Seronok bagi itik liar makan roti

Breakfast time mengadap Tasik Tekapo

 Selamat pagi Lake Tekapo!!!

Celik je mata, Mak dah bangun rupanya. Dah siap sediakan breakfast sambil kemas-kemaskan dapur. Hari ni segala stok bekalan makanan perlu dihabiskan atau ditinggalkan jika tak perlu. Mana yang perlu dibuang perlu dibuang bagi mengurangkan berat beg bagasi dan aspek keselamatan. Sebab nak melalui pemeriksaan kastam di Sydney bukan lah sesuatu yang mudah.
Anak-anak punya lah seronok pagi ni. Sebab ada dua tetamu comel mengunjungi kami untuk meminta belas ehsan makan pagi dan mengucapkan selamat tinggal untuk kami pagi itu. Dua itik liar datang terkedek-kedek di depan pintu apartment ni. Anak-anak menggunakan kesempatan ini untuk bermain dan memberi makan itik-itik ini. Maklumlah, di Malaysia pun mereka jarang tengok atau bermain dengan itik. Jadi jakun lah sekejap kan..

Nasi lemak in d house

Haa... kiwi style

Suasana nyaman dan damai mengadap tasik pagi itu. Sungguh cantik pemandangan mengadap tasik Tekapo ini. Kami turut menyediakan bekalan untuk makan tengahari siap-siap. Rancangan kami adalah untuk makan tengahari di Christchuch sebelum memulangkan kenderaan dan ke airport. Memandangkan flight kami pada sebelah petang, jadi perut perlu dialas sebelum menaiki kapal terbang. Namun makanan perlu dihabiskan sebelum menaiki kapal terbang.


Depan office serah kunci bilik

Brochure berkenaan stargazing

Selesai sarapan pagi, kami mengangkat semua beg ke dalam kereta. Susun cantik-cantik dan teratur. Kereta pun perlu dibersihkan sebelum pulangkan kenderaan ini. Tapi tak perlu lah basuh kereta ini… Syarikat sewa kenderaan tersebut tak kisah pun kotor macam mana sekali pun. Dan kami check out jam 9.30 pagi dan hantar kunci apartment atau cabin ini ke pejabat Holiday Park yang berada dalam 500 meter. Hantar kunci aje pun, dah selesai. Mereka tak ada pun check dulu apartment kot ada ambil apa-apa barang. Sungguh mudah dan mereka percayakan customer atau tetamu mereka. Sempat juga lah bergambar di papan tanda depan office ni sebelum balik.
Jika lewat sampai di tengah malam, mereka akan tinggalkan kunci bilik kita di sini

Berlatar belakang kan Lake tekapo di waktu pagi

Lupin merata-rata di sini



Semua hotel/holiday park di sini check out jam 10 pagi..  

Bergambar kenangan di hari terakhir di NZ

Isi minyak di stesenminyak ni dulu. Satu-satunya stesen minyak yang ada di sini. Jika kita sampai mlm dan dah tutup, boleh tinggalkan duit di tempat yang disediakan..  
Seterusnya kami ke mercu tanda Lake Tekapo iaitu Church of the good Shepherd yang kami kunjungi petang semalam. Ini adalah kerana semalam macam tak puas sangat sebab hari dah nak gelap ketika bergambar. Jadi kami mengharapkan cuaca cantik hari ini untuk bergambar bersama bunga lupin untuk kali terakhir di bumi NZ. Kami ada terjumpa dua buah motorhome orang Malaysia dari Gombak di sini. Mereka pun akan berangkat pulang petang ni ke Auckland dan seterusnya ke KL. Mereka menaiki domestic flight Air New Zealand dari Christchurch ke Auckland, dan AirAsia dari Auckland ke Kuala Lumpur. Ketika di airport, sekali lagi kami terjumpa dua keluarga ini.

Jom layan gambar lautan  bunga lupin sekali lagi untuk kali terakhir di Lake Tekapo..

I love lupins

I love purple

Menyorok sini la jap

Lagi tinggi bunga ni dari Zarra la 

Pink colour

Penuh lautan lupins..

Mendung di belakang di pagi hari

I've been here... Lake Tekapo


Alhamdulillah... sampai sudah...

This is lupin..






Oppss... bau apa nie...







Perjalanan hari kesembilan dan terakhir di NZ ini pun tidak lah jauh sangat. Dua jam lebih sahaja ke Christchurch. Tapi kami ada juga berhenti di Geraldine untuk ke bilik air dan ke sebuah kedai cenderamata. Di kedai cenderamata ini sempat lagi la membeli-belah untuk kali terakhir. Agak mahal juga barangan di sini berbanding di Queenstown atau di Te Anau. Tapi ada sesetengah barangan di sini yang tiada di jual di Queenstown atau Te Anau. Dan di sini produk nya semua original, tiada made in China. Mungkin sebab tu harganya pun mahal.

Tenang...

Muka happy dah nak balik

Arah ke Geraldine

Sempat lagi posing dengan roses

Singgah sini.. sebelah stesen minyak... last shop utk souvenir


Tengok aje ya.... 

All black fans

landing time...

Bestnya jika boleh bawa balik satu...

Haa... mahalnya lah...

Nice to see... 


Salah seorang pekerja Asia yang lama bekerja di kedai cenderamata ini.. 


Jam 1 tengahari kami tiba di Christchurch. Memandangkan mobile data handphone dah abis dan kami tak nak top up, jadi kami bergantung sepenuhnya pada navigator device yang disewa dari syarikat kereta sewa ini. Namun perisian device ini bukan terkini. Jadi masjid Al-Noor Christchurch yang kami cari tak ada dalam list GPS ini. Maka tak tercapai la hajat kami nak singgah di masjid ini.


Ada diskaun untuk beli minyak . sila check resit barang yang dibeli di pasaraya
Kami akhirnya tiba di Botanical Garden Christchurch. Kami berkelah di sebuah meja dan bangku yang disediakan di sini. Kami kemas semua bekas makanan yang dibawa dan tinggalkan mana yang tak perlu. Sempat juga la ke bilik air di sini sebelum bergerak ke airport.


Dah sampai Bandar Christchurch

Buka bekal makanan .. lunch di Botanical Garden Christchurch

Isi perut dulu sebelum ke airport

Sesi menghabiskan stok makanan

Dah serah kereta... naik van shuttle ke airport

Moh la balik

Mengantuknya la...

Dah sampai International airport
2.30 petang kami bergerak ke arah lapangan terbang. Ada sebuah stesen minyak di sini. Kami harus pulangkan kenderaan ini dengan tangka penuh. Maka, maki isi minyak di sini sebelum pulangkan ke depoh. Depoh atau pejabat sewa kenderaan ini tidak la jauh sangat.. dalam 1 km atau 2 km sahaja dari sini. Selesai mengisi minyak, kami terus ke depoh. Sebuah shuttle van telah siap menunggu kami  di situ. Memang masa sewa dulu dah bagitahu kami mungkin akan tiba jam 3 petang untuk menaiki flight jam 6.45 petang. Jadi sebaik sampai, terus kami punggah barang-barang dari kereta ke dalam van shuttle tersebut.

Kami hanya perlu pulangkan kunci kereta sahaja. Tak ada inspection kenderaan dan sebagainya. Mudah sungguh urusan di sini. Staff mereka sangat professional. Setelah mengucapkan selamat tinggal, kami terus menuju ke airport.

Flight ke Sydney.. by Emirates
Patut lah ramai je pelancong yang menyewa kenderaan boleh memulangkan kenderaan di airport sahaja jika selepas waktu pejabat. Mereka perlu letak kunci kereta di suatu tempat yang dijanjikan oleh staff. Atau pun jika kita tiba pada waktu malam dan ingin mengambil kenderaan pada waktu malam atau awal pagi, kita juga boleh membuat arrangement dengan syarikat sewa kenderaan tersebut. Mereka akan maklumkan di mana kita perlu mengambil kunci kereta dan kereta akan diletakkan di kawasan parking tertentu. Tak perlu nak sign borang bagai. Caj terus ke dalam kredit kad je. Tapi biasanya syarikat sewa kenderaan ini akan syorkan kita untuk berehat dan bermalam dulu di motel atau hotel untuk berehat bagi mengelakkan kejadian yang tak diingini. Tapi ada juga pelancong yang tiba jam 1 atau 2 pagi dan mereka berehat sahaja di kerusi ruang menunggu di kawasan lapangan terbang.  

Jom Check in di kaunter... boleh guna self check in di kiosk juga










Sebaik sampai di Christchurch International Airport, kami terus menuju ke kaunter Emirates untuk daftar masuk. Kami tak buat web check in atau kiosk check in pun. Jadi kami terus ke kaunter dan  staff Emirates tolong check in dan keluarkan boarding pass untuk kami. Flight lambat lagi.. kami ada masa dua jam lagi sebelum berlepas. Kebetulan bila ke tandas, ada cleaner orang Muslim berbangsa India atau Pakistan. Setelah bertanyakan mereka prayer room atau surau, mereka memaklumkan ada surau di tingkat bawah (ground floor). Maka kami mengambil wuduk di bilik air dan terus ke surau di tingkat bawah iaitu sebelah escalator.


Surau di ground floor

Surau Baru Dibina Julai 2017..Alhamdulillah... 








Surau ini agak baru dibuat iaitu pada bulan Julai 2017. Mungkin kerana bilangan pelancong Muslim yang semakin bertambah, mereka menyediakan surau ini sebagai kemudahan pelancong. Ada beberapa orang Turki yang solat dalam surau tersebut. Ianya tidak lah besar, dan berkongsi untuk Muslimin Muslimat. Dapat juga la melunjurkan kaki  dan berehat sekejap di sini sebelum masuk ke balai berlepas.

Sejam sebelum waktu berlepas, kami masuk dalam untuk pemeriksaan imigresen. Dan kami menunggu sehingga dipanggil untuk masuk ke dalam pesawat. Untungnya bila travel dengan anak kecil ini, kita diberi keutamaan untuk masuk dahulu. Jadi dapat lah kami masuk awal sebelum orang lain masuk. Dan ketika check in juga, kami request untuk duduk sebaris. Alhamdulillah, kami dapat duduk sebaris.
Keutamaan diberikan kepada kanak2 dan warga emas.. tak pelu beratur



Mama... kita naik flight tu ya..

Canggih nya... semua ada... games dan movie yg banyak.. sesuai utk long distance



Macam-macam ada... sampai tak sempat nak tidur


Yang ni paling best.. ada camera atas, bawah boleh tengok kedudukan kita... 


Sunset lagi.. di Sydney... 



Landing time..


Untung lah ada kusyen dan dapat selimut..



Sebaik naik ke dalam pesawat yang besar dua tingkat ini, anak-anak sangat teruja. Crew terus bagi beg kartun yang mengandungi selimut. Kanak-kanak juga dapat satu goodie bag berisi alatulis dan mewarna serta buku mewarna dan origami. Ketika makanan dihidangkan, kanak-kanak juga diberi awal meal kanak-kanak yang sedap. Ada ice cream juga. Dan yang paling best, dah sudah makan, ada pula dua orang stewardess yang bawa polaroid camera dan berjalan dalam pesawat untuk merakamkan gambar kanak-kanak dalam pesawat secaara percuma untuk kenang-kenangan. Memang pengalaman baru dapat merasa naik pesawat dua tingkat yang mewah dan servis yang sangat baik.
                                      
Hadiah dari Santa Claus... opps..dari Emirates untuk kanak-kanak

Ada pula polaroid picture oleh pramugari dalam flight ni... hanya untuk kanak-kanak

Buku untuk kanak-kanak..

Setelah tiga jam penerbangan, kami tiba di Sydney International Airport. Kali kedua kami ke sini dalam masa sepuluh hari. Dulu hanya transit sebelum ke Christchurch. Kami ni kami akan bermalam di Sydney pula. Kami buat strategy macam sebelum ini. Saya seorang sahaja yang akan berjalan di lorong yang ada declare makanan. Yang lain akan melalui green lane.

Tapi nasib tak baik kali ni. Sebab buah cherry yang kami bawa dari Christchurch terpaksa ditinggalkan di kaunter pemeriksaan kastam di sini. Ada pelancong Cina depan kami yang bawa buah epal pun terpaksa merayu supaya tak dikenakan denda. Mungkin mereka tak declare buah yang dibawa. Maka, bila masuk ke Australia atau New Zealand, pastikan kita tidak membawa langsung buah-buahan atau hasil tenusu. Rasa ralat la juga tak habiskan cherry yang tinggal dalam setengah kilo tu. Terpaksa lah cari Cherry di Sydney nanti untuk dibawa balik.

Selesai pemeriksaan kastam dan keluar dari balai ketibaan, kami disambut oleh pihak homestay. Setengah jam kemudian, kami tiba di homestay milik orang Melayu Malaysia. Makan malam telah dihidangkan dengan ikan patin masak kari, sayur campur dan telur dadar. Setelah makan malam, kami solat dan berehat... Cuaca sejuk di malam hari.. 

Selamat Malam Sydney.... 

Selesa sangat... macam rumah sendiri

Boleh request untuk makan sekali... kami ambil dinner sekali. 

Bilik 1

Bilik 2

Bilik 3




Maklumat lanjut mengenai homestay Muslim rakyat Malaysia ini:
 Homestay Melayu Sydney, No 11, Moro Avenue Padstow, NSW 2211.  (En Fikri – atau Pn Mehrimah Amat +61438 728 313)

Kelebihan Homestay ini:
1.       Sebuah rumah yang memiliki tiga buah bilik.
2.       Kita boleh ambil pakej makan dan kenderaan dengan mereka juga.
3.       Sangat mesra dan boleh customise tempat yang hendak kita pergi lawati.

Bersambung… to be continued ke Part 11 (terakhir)