Part 10: Selamat Tinggal New Zealand (Hari
terakhir di bumi NZ)
Hari Kesembilan:
Mengembara di South Island, New Zealand
LAKE TEKAPO –
CHRISTCHURCH (201 KM)
Ringkasan Perjalanan pada 6hb Disember 2017 (Rabu)
LAKE TEKAPO – FAIRLIE
- GERALDINE - CHRICSTCHURCH (230 KM – 2 Jam 30 Min)
- 7.00
AM Sarapan pagi dan berkemas untuk daftar keluar.
- 9.30
AM Bergambar kali terakhir di Lake Tekapo dan Church of the Good Sheperd.
- Perjalanan
pulang ke Christchurch melalui Fairlie dan Geraldine. Melalui
ladang-ladang ternakan kambing, lembu dan kuda sepanjang perjalanan.
- 12.00PM
Singgah di Geraldine untuk ke bilik air dan sebuah kedai cenderamata.
- 1.00
PM Tiba di Christchurch City. Terus ke Botanical Garden dan jalan di
sekitar bandar Christchurch.
- 2.30
PM Menuju ke Christchurch International Airport. Isi minyak kereta. Terus ke depoh kereta
Omega Car Rental untuk menghantar pulang kereta. Shuttle van dari depoh ke
Airport.
- 3.30
PM Check in Flight Emirates. Solat Zohor/Asar di airport.
- 18.45PM@6.45PM Berlepas dari Christchurch
ke Sydney Airport. (3 jam)
- 8.05
PM Tiba di Sydney
- 9.00
PM (waktu Sydney) Menuju ke Homestay Melayu Sydney, No 11, Moro Avenue Padstow,
NSW 2211 (diambil oleh kawan En
Fikri – Pn Mehrimah Amat +61438 728 313)
- Makan
makan disediakan dan rehat di homestay di Sydney
|
Dua tetamu datang awal-awal pagi |
|
Seronok bagi itik liar makan roti |
|
Breakfast time mengadap Tasik Tekapo |
Selamat pagi
Lake Tekapo!!!
Celik je mata,
Mak dah bangun rupanya. Dah siap sediakan breakfast sambil kemas-kemaskan
dapur. Hari ni segala stok bekalan makanan perlu dihabiskan atau ditinggalkan
jika tak perlu. Mana yang perlu dibuang perlu dibuang bagi mengurangkan berat
beg bagasi dan aspek keselamatan. Sebab nak melalui pemeriksaan kastam di
Sydney bukan lah sesuatu yang mudah.
Anak-anak
punya lah seronok pagi ni. Sebab ada dua tetamu comel mengunjungi kami untuk
meminta belas ehsan makan pagi dan mengucapkan selamat tinggal untuk kami pagi
itu. Dua itik liar datang terkedek-kedek di depan pintu apartment ni. Anak-anak
menggunakan kesempatan ini untuk bermain dan memberi makan itik-itik ini. Maklumlah,
di Malaysia pun mereka jarang tengok atau bermain dengan itik. Jadi jakun lah
sekejap kan..
|
Nasi lemak in d house |
|
Haa... kiwi style |
Suasana nyaman
dan damai mengadap tasik pagi itu. Sungguh cantik pemandangan mengadap tasik
Tekapo ini. Kami turut menyediakan bekalan untuk makan tengahari siap-siap.
Rancangan kami adalah untuk makan tengahari di Christchuch sebelum memulangkan
kenderaan dan ke airport. Memandangkan flight kami pada sebelah petang, jadi
perut perlu dialas sebelum menaiki kapal terbang. Namun makanan perlu
dihabiskan sebelum menaiki kapal terbang.
|
Depan office serah kunci bilik |
|
Brochure berkenaan stargazing |
Selesai
sarapan pagi, kami mengangkat semua beg ke dalam kereta. S
usun cantik-cantik
dan teratur. Kereta pun perlu dibersihkan sebelum pulangkan kenderaan ini. Tapi
tak perlu lah basuh kereta ini… Syarikat sewa kenderaan tersebut tak kisah pun
kotor macam mana sekali pun. Dan kami check out jam 9.30 pagi dan hantar kunci
apartment atau cabin ini ke pejabat Holiday Park yang berada dalam 500 meter.
Hantar kunci aje pun, dah selesai. Mereka tak ada pun check dulu apartment kot
ada ambil apa-apa barang. Sungguh mudah dan mereka percayakan customer atau
tetamu mereka. Sempat juga lah bergambar di papan tanda depan office ni sebelum
balik.
|
Jika lewat sampai di tengah malam, mereka akan tinggalkan kunci bilik kita di sini |
|
Berlatar belakang kan Lake tekapo di waktu pagi |
|
Lupin merata-rata di sini |
|
Semua hotel/holiday park di sini check out jam 10 pagi.. |
|
Bergambar kenangan di hari terakhir di NZ |
Jam 1
tengahari kami tiba di Christchurch. Memandangkan mobile data handphone dah
abis dan kami tak nak top up, jadi kami bergantung sepenuhnya pada navigator
device yang disewa dari syarikat kereta sewa ini. Namun perisian device ini
bukan terkini. Jadi masjid Al-Noor Christchurch yang kami cari tak ada dalam
list GPS ini. Maka tak tercapai la hajat kami nak singgah di masjid ini.
Kami hanya
perlu pulangkan kunci kereta sahaja. Tak ada inspection kenderaan dan
sebagainya. Mudah sungguh urusan di sini. Staff mereka sangat professional.
Setelah mengucapkan selamat tinggal, kami terus menuju ke airport.
|
Flight ke Sydney.. by Emirates |
Patut lah
ramai je pelancong yang menyewa kenderaan boleh memulangkan kenderaan di
airport sahaja jika selepas waktu pejabat. Mereka perlu letak kunci kereta di
suatu tempat yang dijanjikan oleh staff. Atau pun jika kita tiba pada waktu
malam dan ingin mengambil kenderaan pada waktu malam atau awal pagi, kita juga
boleh membuat arrangement dengan syarikat sewa kenderaan tersebut. Mereka akan
maklumkan di mana kita perlu mengambil kunci kereta dan kereta akan diletakkan
di kawasan parking tertentu. Tak perlu nak sign borang bagai. Caj terus ke
dalam kredit kad je. Tapi biasanya syarikat sewa kenderaan ini akan syorkan
kita untuk berehat dan bermalam dulu di motel atau hotel untuk berehat bagi
mengelakkan kejadian yang tak diingini. Tapi ada juga pelancong yang tiba jam 1
atau 2 pagi dan mereka berehat sahaja di kerusi ruang menunggu di kawasan
lapangan terbang.
|
Jom Check in di kaunter... boleh guna self check in di kiosk juga |
Sebaik sampai
di Christchurch International Airport, kami terus menuju ke kaunter Emirates
untuk daftar masuk. Kami tak buat web check in atau kiosk check in pun. Jadi
kami terus ke kaunter dan staff Emirates
tolong check in dan keluarkan boarding pass untuk kami. Flight lambat lagi..
kami ada masa dua jam lagi sebelum berlepas. Kebetulan bila ke tandas, ada
cleaner orang Muslim berbangsa India atau Pakistan. Setelah bertanyakan mereka
prayer room atau surau, mereka memaklumkan ada surau di tingkat bawah (ground
floor). Maka kami mengambil wuduk di bilik air dan terus ke surau di tingkat
bawah iaitu sebelah escalator.
|
Surau di ground floor |
|
Surau Baru Dibina Julai 2017..Alhamdulillah... |
Surau ini agak
baru dibuat iaitu pada bulan Julai 2017. Mungkin kerana bilangan pelancong
Muslim yang semakin bertambah, mereka menyediakan surau ini sebagai kemudahan
pelancong. Ada beberapa orang Turki yang solat dalam surau tersebut. Ianya
tidak lah besar, dan berkongsi untuk Muslimin Muslimat. Dapat juga la
melunjurkan kaki dan berehat sekejap di
sini sebelum masuk ke balai berlepas.
Sebaik naik ke
dalam pesawat yang besar dua tingkat ini, anak-anak sangat teruja. Crew terus
bagi beg kartun yang mengandungi selimut. Kanak-kanak juga dapat satu goodie
bag berisi alatulis dan mewarna serta buku mewarna dan origami. Ketika makanan
dihidangkan, kanak-kanak juga diberi awal meal kanak-kanak yang sedap. Ada ice
cream juga. Dan yang paling best, dah sudah makan, ada pula dua orang stewardess
yang bawa polaroid camera dan berjalan dalam pesawat untuk merakamkan gambar
kanak-kanak dalam pesawat secaara percuma untuk kenang-kenangan. Memang
pengalaman baru dapat merasa naik pesawat dua tingkat yang mewah dan servis
yang sangat baik.
|
Hadiah dari Santa Claus... opps..dari Emirates untuk kanak-kanak |
|
Ada pula polaroid picture oleh pramugari dalam flight ni... hanya untuk kanak-kanak |
|
Buku untuk kanak-kanak.. |
Setelah tiga
jam penerbangan, kami tiba di Sydney International Airport. Kali kedua kami ke
sini dalam masa sepuluh hari. Dulu hanya transit sebelum ke Christchurch. Kami
ni kami akan bermalam di Sydney pula. Kami buat strategy macam sebelum ini.
Saya seorang sahaja yang akan berjalan di lorong yang ada declare makanan. Yang
lain akan melalui green lane.
Tapi nasib tak
baik kali ni. Sebab buah cherry yang kami bawa dari Christchurch terpaksa
ditinggalkan di kaunter pemeriksaan kastam di sini. Ada pelancong Cina depan
kami yang bawa buah epal pun terpaksa merayu supaya tak dikenakan denda.
Mungkin mereka tak declare buah yang dibawa. Maka, bila masuk ke Australia atau
New Zealand, pastikan kita tidak membawa langsung buah-buahan atau hasil
tenusu. Rasa ralat la juga tak habiskan cherry yang tinggal dalam setengah kilo
tu. Terpaksa lah cari Cherry di Sydney nanti untuk dibawa balik.
Selesai
pemeriksaan kastam dan keluar dari balai ketibaan, kami disambut oleh pihak
homestay. Setengah jam kemudian, kami tiba di homestay milik orang Melayu Malaysia.
Makan malam telah dihidangkan dengan ikan patin masak kari, sayur campur dan telur dadar. Setelah makan malam, kami solat dan berehat... Cuaca sejuk di malam hari..
Selamat Malam Sydney....
Maklumat lanjut mengenai homestay
Muslim rakyat Malaysia ini:
Homestay Melayu Sydney, No 11, Moro Avenue Padstow, NSW 2211. (En Fikri – atau Pn Mehrimah Amat +61438 728
313)
Kelebihan Homestay ini:
1. Sebuah
rumah yang memiliki tiga buah bilik.
2. Kita
boleh ambil pakej makan dan kenderaan dengan mereka juga.
3. Sangat
mesra dan boleh customise tempat yang hendak kita pergi lawati.
Bersambung… to be continued ke
Part 11 (terakhir)
No comments:
Post a Comment