Part 9: Tasik berwarna biru turquoise yang
memukau.
Lindis Pass yang penuh dengan bunga lupin.
Malam terakhir di bumi NZ.
|
Lindis Pass yang penuh bunga Lupin |
Hari Kelapan:
Mengembara di South Island, New Zealand
|
Lake Pukaki berlatarbelakangkan Mt Cook |
WANAKA – TWIZEL
– LAKE PUKAKI – LAKE TEKAPO (201 KM)
Ringkasan
Perjalanan 5 Disember 2017 (Selasa)
WANAKA – OMARAMA –
TWIZEL (144 KM – 1 Jam 40 Min)
TWIZEL – LAKE PUKAKI-
LAKE TEKAPO (57 KM – 38 Min)
·
7.00 AM Sarapan Pagi dan masak untuk makan
tengahari di Motel (ada dapur). Mendobi basuh baju.
·
10.00 AM Daftar keluar motel dan bergerak ke
Wanaka Puzzling World.
·
10.40 AM Menuju ke ladang bunga lavender di
Wanaka dalam perjalanan ke Twizel.
·
11.30 AM Bergerak melalui Lindis Pass ke Omarama
untuk melihat aktiviti mengetam bulu biri-biri di The Wrinkly Rams (optional
berbayar)
·
2.30 PM Singgah di High Country Salmon untuk
merasa/beli ikan salmon segar atau memberi makan ikan salmon.
·
Bergerak ke Twizel dan berhenti makan tengahari
di mana-mana park di tepi jalan.
·
4.00 PM Perjalanan diteruskan ke Tasik Pukaki.( Terpaksa skip ke
Mt Cook kerana keletihan)
·
Setelah
bergambar di Tasik Pukaki, teruskan perjalananan ke Tasik Tekapo (tasik besar
berwarna turquoise dan penuh bunga lupins yang berbunga setahun sekali sahaja
pada musim panas November-December).
·
5.00 PM Check in Lake Tekapo Motel and Holiday Park (1 unit cabin/aprtmnt – 1 katil
Queen, 2 katil double decker)
·
Rehat, solat dan minum petang. Masak untk makan
malam (ada dapur untuk memasak) untuk menghabiskan stok makanan.
·
8.00 PM Bergerak ke Church of the Good Shepherd
dan Tasik Tekapo untuk melihat matahari terbenam. Lake Tekapo terkenal dengan
“stargazing” bintang2 di langit dan aurora (cahaya hijau di langit).
·
9.00 PM Balik motel untuk makan malam dan rehat.
|
View dari bilik dekat dengan jalan besar |
Selamat Pagi Wanaka!!!
|
Pagi-pagi disajikan dengan bunga yang segar di sekitar motel |
Perjalanan
hari kelapan ini pun tidak lah jauh sangat. Namun banyak juga perhentian yang
perlu kami lakukan sepanjang perjalanan ke Lake Tekapo. Kami sempat membasuh
pakaian di bilik laundry yang disediakan. Semua baju yang dipakai dibasuh sebab
tak nak bawa banyak-banyak pakaian kotor. Jika berlaku apa-apa emergency senang
dah ada pakaian bersih. Mesin membasuh
dan pengering di motel ni agak lama jika dibandingkan dengan motel atau
apartment yang lain. Namun masih baik kondisinya. Cuma tak berapa nak faham
cara nak uruskan mesin lama ini, jadi terpaksa lah panggil owner motel ini
untuk tunjukkan cara untuk menggunakannya. Mrs Bridget jika tak salah nama
owner ni. Sangat peramah dan mesra.
|
Office Motel |
|
Owner Motel |
|
Pagi yang kelat |
|
Suka bergambar budak kecil ni |
|
Ini lah bunga lavender |
Sambil
bersarapan pagi, kami menyediakan makanan tengahari untuk bekalan. Untuk
tambahan, kami juga sediakan roti sandwich dan roti disapu butter serta
strawberry jem supaya senang dimakan dalam kereta jika kelaparan. Maklumlah,
banyak perhentian dan jauh lagi perjalanannya. Selesai mengemas barang-barang
dan selesai mendobi, kami pun daftar keluar dari motel. Terima kasih motel…
sangat selesa bilik dan tilamnya.
|
Bye bye Motel |
|
Macam ni tar jalan di sini. Lengkap uniform nya |
|
Ni mandur nya la kot.. seluk tangan dalam poket seluar |
Lokasi pertama
kami pada hari ini adalah Puzzling World. Petang semalam kami dah melalui
Puzzling World ini ketika hendak check in ke motel. Namun disebabkan hampir jam
5 petang, jadi kami terus ke motel sahaja. Jadi pagi yang indah ini, kami terus
menuju ke sini untuk bergambar. Memang kami dah plan tak nak masuk ke dalam
untuk bermain lorong-lorong sesat dalam tu. Mungkin jika ada anak remaja, ianya
sesuatu yang menyeronokkan. Itu pun mungkin akan memakan masa selama dua atau
tiga jam. Namun dengan anak kecil dan warga emas ni, ia mungkin kurang sesuai.
Jadi kami hanya bergambar di depan bangunan ini dan main beberapa puzzle game
yang diletakkan atas meja-meja di dalam kedai ini. Setelah kira-kira 40 minit
berada di sini, kami ke lokasi kedua iaitu Lavender Farm. Ianya tidak la jauh
sangat dari Puzzling World. Lebih kurang dalam 5-10km sahaja ke hadapan.
|
Harga tiket untuk masuk ke sini |
|
Main la puas-puas... free je yang di luar sini |
|
Macam-macam puzzle dan mainan silap mata ada dijual di sini |
|
Kenangan keluarga |
Lavender farm
ni bukan sentiasa mengeluarkan bunga. Kebetulan waktu kami tiba di sini, bunga
lavender sedang banyak berbunga dan berkembang. Dari pintu masuk dah bau bunga
lavender yang wangi. Ada sebuah kedai di sini. Dan jika kita nak masuk ke taman
lavender yang luas itu kita dikenakan bayaran. Tapi disebabkan di keliling
kedai ini dah ada banyak ditanam bunga-bunga lavender, jadi kami hanya
bergambar di sekitar kawasan ini. Itu pun dah memadai rasanya. Maka hati pun
berkembang juga la dapat bergambar di sini. Produk berasaskan bunga lavender
turut dijual di dalam kedai tersebut. Tapi harganya pun boleh tahan. Maka, kami
tahan nafsu untuk membeli di sini. Saya pun baru tahu di sini ada animal farm. Ada juga binatang seperti Alcapas atau Illama tu. Kami tak masuk pula sebab tak tahu.. dah balik baru la terbaca info ini. Bayaran masuk hanya NZD5 untuk dewasa. Kanak-kanak hanya NZD2 untuk umur 5-12 tahun. Info lanjut di sini:
https://www.wanakalavenderfarm.com/
|
Entrance masuk. Ada kedai di sini |
|
Ini pun cantik. Pokok krismas |
|
Cantiknya... mampu tengok je |
|
Lavender pun ada macam-macam jenis |
Dah puas
bergambar di sini, kami meneruskan perjalanan ke Twizel. Perjalanan dari Wanaka
ke Twizel adalah dalam 144 km. Lebih kurang sejam lebih jika non-stop. Tak
berapa jauh dari ladang Wanaka Lavender Farm ni terletaknya muzium kenderaan iaitu National Transport and Toy Museum
http://nttmuseumwanaka.co.nz/.
Macam-macam jenis kenderaan lama, permainan dan pesawat turut dipamerkan di sini. Yang ni kami tak
masuk sebab kena bayar. Budak-budak pun tak berminat sangat nak tengok
kenderaan lama ni. Dan di sini juga ada landasan kapalterbang untuk skydiving.
Ramai yang buat aktiviti skydiving dan helicopter ride untuk melihat puncak
banjaran dan gunung Cook. Tapi harganya mencecah ratusan ringgit juga.
|
TIba di jambatan yang selorong, kena tengok arah signboard tu. Jika merah sebelah kiri kita, kena berhenti dulu dan bagi laluan kenderaan dari hadapan yang datang. |
|
nampak banyak je Moo Moo tu... |
|
Di sini dah mula banyak pokok bunga laveder |
|
Melalui jalan Lindis Pass yang cantik |
|
Kiri kanan jalan penuh lavender |
|
Lembah dan gunung... dipenuhi bunga lupin |
|
Capture the moment... Lindis Pass |
Jadi
perjalanan seterusnya adalah melalui Lindis Pass untuk ke Omarama. Lindis Pass ini adalah kawasan lembah dan pergununganan antara Lindis dan Ahuriri River. Ia terletak di antara Cromwell di Central Otago dan dan Omarama di utara Otago. Pemandangan
di sini sangat cantik. Di New Zealand ni tiada satu pun tak cantik.. semua
cantik pemandangan country side nya. Mungkin disebabkan bentuk muka buminya
yang sedemikian dan ditambah dengan pula cuaca cerah menjadikan langit membiru.
Dan banyak sangat bunga-bunga lupin liar di kiri kanan jalan. Terleka seketika.
Dan masih terdapat juga ladang ternakan biri-biri di kiri kanan jalan. Namun
sukar untuk melelapkan mata sepanjang 100 kilometer nak ke Omarama kerana warna
rumput kuning keemasan di bukit dan pergunungan memukau mata memandang.
Kami tiba di
The Wrinkly Rams di pekan kecil Omarama. Di sini adalah tempat persinggahan
pelancong. Ada kedai makan@cafe dan kedai cenderamata. Dan yang paling utama,
di sini juga ada pertunjukan mengetam biri-biri secara ‘live’. Pada asalnya
hati berbelah bagi samada nak masuk atau tidak melihat pertunjukan biri-biri
ini. Ini kerana Mak, Abah dan saya telah melihat pertunjukan biri-biri seumpama
ini di Australia beberapa tahun dahulu. Namun bila bertanyakan kepada
anak-anak, mereka teruja untuk melihat biri-biri ini. Maka, saya dan anak-anak
serta ABah yang masuk ke dalam sebab kami ambil pakej family 2 dewasa dan 2
kanak-kanak. Zarra berumur bawah 5 tahun masih percuma. Suami dan Mak tinggal
di luar dan di restoran situ. Jadi kami tunggu show jam 1.30 petang.
|
Show jam 1.30 petang.. kita tunggu dulu |
|
Crew ini yang tolong translate dalam bahasa Jepun |
|
Manja betul sheep ni.. |
|
TEngok demo ketam bulu biri-biri |
|
Wah.. besar betul.. tebal bulunya.. |
|
Habis sebotol..lapar betul |
|
Bagi minum susu di lamb ni |
|
Biri-biri Merino.. dapat la pegang biri-biri ini akhirnya |
|
Menyaksikan demo anjing pengembala kambing biri-biri |
|
Sekumpulan biri-biri |
Abah wajib
masuk sebab diakan cameraman. Memang sentiasa merakamkan setiap detik moment
terindah. Show tersebut lebih kurang sejam suku. Mula-mula kami diperkenalkan
kepada pengembala biri-biri dan seorang penterjemah Bahasa Jepun. Ramai juga
pelancong dari Jepun ni.. dekat-dekat 40 orang satu bas yang datang melihat
pertunjukan ini. Kami ditayangkan sebuah video mengenai sejarah dan cara bulu
biri-biri yang dijadikan produk serta kehidupan biri-biri di ladang di sini.
Seterusnya pengembala biri-biri ini mula memanggil seekor biri-biri Merino
untuk membuat demo cara mengetam bulu biri-biri. Baik pulak kambing ni.. diam
je semasa bulunya di ketam.
Rupa-rupanya
mereka memang kena ketam bulu biri-biri yang tebal ini pada musim panas. Nanti
masa musim sejuk, sempat la tumbuh bulu biri-biri ini. Jika tak ketam bulunya,
kesian biri-biri pada musim panas. Memang tebal sungguh agak-agak dalam 2 atau
3 inchi panjang bulunya. Selesai demo mengetam bulu biri-biri ini, kami diajak
keluar untuk melihat cara seekor anjing mengembala dan mengarahkan kambing
biri-biri ini masuk ke kandang. Anjing ini telah dilatih oleh tuannya
menggunakan beberapa isyarat bunyi dari siulan atau mulut tuannya. Maka anjing
pengembala ini akan mengikut arahan untuk ke kiri atau kanan, depan atau belakang.
Pandai pulak anjing ni.. nampak macam senang je… Jika tak guna anjing, mereka
akan guna kuda untuk menghalau biri-biri balik dan masuk kandang. Sebab di sini
ladang ternakan terlalu luas.. seorang pemilik mempunyai entah berapa hektar…
Kami juga
diberi peluang untuk memberi makan kepada biri-biri ini. Pengujung boleh
memberi minum susu dalam botol yang disediakan. Manakala untuk biri-biri dewasa
akan diberi rumput kering. Ooh..baru tau, ini lah gunanya rumput-rumput kering
dan banyak gulungan besar rumput kering yang kita nampak di ladang-ladang.
Untuk kegunaan ternakan di sini dan ada juga dieksport keluar negara. Rumput di
sini sangat tinggi kualiti mutunya. Patutlah gemuk-gemuk biri-biri di sini.
Mungkin kerana jenis tanah dan kesuburan tanahnya.
Anak-anak
takut pula nak bagi minum susu kepada biri-biri ini. Jadi saya lah yang bagi
minum susu dan makan rumput kering tu kepada biri-biri. Sungguh seronok
anak-anak dapat memegang anak biri-biri ini. Selalu tengok dari jauh sahaja.
Kali ni dapat pegang biri-biri comel ini. Pengalaman baru bagi mereka. Berbaloi
untuk mereka yang pertama kali melihat cara mengetam bulu biri-biri ini. Hampir
dua jam kami di sini, perut pula terasa semakin lapar…. dah pukul 2 petang
rupanya…
|
Banyak lembu di sini |
|
Sini banyak lembu pula |
|
Okay.. dah sampai... |
Jadi kami
terus set GPS untuk ke High Salmon Country sebelum pekan Twizel untuk melihat
tempat ternakan ikan salmon. Ianya terletak di tepi jalan sahaja dan pasti kita
tak akan sesat untuk mencari tempat ini. Di sini ada disediakan makanan ikan
(macam pallete) secara percuma untuk pengunjung memberi makan ikan-ikan salmon
di sini. Seronok pula tengok ikan-ikan salmon ni menerkam makanan yang diberi.
Ada pula itik-itik liar di sini yang turut menumpang untuk bergambar dengan
ikan salmon. Hampir setengah jam juga kami di sini untuk berehat dan ke bilik
air. Disebabkan kami bukan penggemar ikan salmon atau sushi, maka kami tak ada
pun ambil tester yang disediakan di situ. Dan tengok harga ikan di sini pun
boleh tahan mahal juga.. mungkin sedap kot.. Tapi tak membelinya pun sebab
tinggal sehari sahaja lagi kami di bumi Kiwi ini dan kami nak habiskan semua
makanan yang kami bawa.
Perut dah
semakin lapar. Roti sandwich dan roti strawberry serta buah-buahan yang
dipotong pun dah kehabisan. Maka kami mula mencari-cari tempat perhentian untuk
makan tengahari. Alhamdulillah tak jauh dari sini ada sebuah taman kecil untuk
berehat dan berhenti makan. Di sini memang banyak taman-taman kecil yang
menyediakan kerusi dan meja untuk makan serta berehat. Ada signboard juga
disediakan di tepi jalan bagi memberitahu pemandu akan ada tempat untuk
berehat. Itulah gunanya bawa bekalan. Tak perlu tunggu sampai motel, kami pun
berkelah di taman kecil ini. Zarra sibuk pula mengutip bunga-bunga kuning
kecil. Makan tengahari sambil berlatarbelakangkan puncak Gunung Cook, memang
berselera sekali. Walaupun cuaca panas, tapi masih sejuk dingin di sini. Tapi
tak perlu lah memakai jaket sebab tak sejuk mana pun.
|
Nampak di belakang tu Mount Cook |
|
Buka bekal... dah lapar ni |
Pada awal
iterinery yang dirancang, kami masukkan Mt Cook dalam aturcara tersebut. Tapi
memandangkan ketika itu dah jam 4 petang dan anak-anak pun dah keletihan, maka
kami membuat keputusan untuk tidak ke Mt Cook. Yalah, untuk ke Mt Cook ia akan
memakan masa selama 45 minit. Pergi balaik dah sejam setengah.. berhenti ambil
gambar lagi.. makan masa juga dua jam lebih. Dari Twizel nak ke Lake Tekapo pun
dah 57 kilometer. Mungkin kami akan sampai ja 8 malam jika kami ke Mt Cook.
Walaupun hari masih cerah, sebab musim panas ni Maghrib jam 9 malam, namun kami
tak nak ambil risiko.
Bila
bertanyakan kawan-kawan yang dah ke sini, mereka kata mereka ke sini hanya
untuk bergambar latarbelakang Mt Cook. Tak ramai yang hiking pun. Sebab jika
nak tengok glacier di sini, memang kena hiking jalan kaki jauh juga sejam dua
ke sana. Dengan anak kecil dan ada mak Abah sekali, kurang sesuai untuk
berjalan hiking ke kaki gunung Mt Cook. Maka ini antara sebab kenapa kami
terpaksa ‘skip’ dan lupakan Mt Cook. Mana tahu, ada rezeki pada masa akan
datang, kami ke sini juga nanti. Kami banyak meluangkan masa di The Wrinkly Ram
untuk melihat pertunjukan biri-biri tadi. Jika tak singgah lama melihat
pertunjukan, mungkin sempat ke Mt Cook dan tak lah terkejar-kejar ke Lake
Tekapo pula selepas itu.
|
Biru nya air di tasik Pukaki ini |
|
Itu lah Mount Cook |
|
Masa kami ke sini, air tasik ni tak berwarna turqiose sangat |
Maka,
perjalanan kami diteruskan ke Tasik Pukaki. Kami nampak signboard kiri ke Mt
Cook. Dalam hati macam meronta-ronta aje nak ke sana… tapi apa kan daya,
anak-anak dah kepenatan. Jadi kami singgah di Lake Pukaki untuk bergambar.
Memang benar, ianya sangat cantik dengan air yang berwarna biru turquoise. Ia
adalah tasik semulajadi yang besar di Pulau Selatan ini. Untuk ke Mt Cook juga,
kita kena menyusuri Tasik Pukaki ini. Dari sini juga kelihatan salji putih di
puncak gunung Cook. Disebabkan panas terik, kami tak lama bergambar di sini.
Masing-masing masuk kereta untuk melelapkan mata.
Sepanjang
jalan dari Lake Pukaki ke Lake Tekapo sangat cantik. Ada beberapa terusan atau
cannal yang airnya juga berwarna biru. Tapi tak sempat nak ambil gambar dari
kereta yang sedang bergerak. Maka, bila kita berada di sini, mata yang lelap
atau berkelip pun… dan tangan harus sentiasa standby dengan camera. Jika
sanggup, berhenti dan ambil lah gambar banyak-banyak sampai memori dalam
handphone atau camera tu penuh.. Memang bila balik Malaysia nanti, pening la
nak pilih gambar mana yang nak dicuci atau print… huhuhu… (saya lah tu).
|
Tiba di Holiday Park Lake Tekapo |
Lake Tekapo
Holiday Park ni paling popular di sini. Ianya adalah yang terbesar di sini. Dan
selalunya memang cepat lah sold out atau fully booked. Saya dah check trivago,
expedia, booking.com, skyscanner dan beberapa agent yang lain, semuanya penuh
pada tarikh yang kami nak pergi. Cuma ada rezeki kami untuk apartment unit yang
terakhir ni untuk kami bila saya cari melalui local service provider. Terus
booking dan bayar la takut habis apartment tu. Cuma apartment unit ini jauh
sikit dari kawasan Lake tekapo holiday park atau office nya. Dan di sini pun
tiada wifi. Line telefon pun bukan di semua kawasan ada. Maka tiada lah wifi di
sini.
Kami terus
unit cabin atau apartment yang diberi. Hanya ada 4 unit sahaja. Memang kami
request unit bawah, jadi dapat lah kami unit bawah. Apartment ni luas dan besar.
Sesuai untuk 6 orang dewasa. Belakang apartment ini ada backyard yang sangat
luas. Ada pula ampai kain. Maka, saya pun terpaksa memilih kain yang tak berapa
kering tadi dan menjemurnya semula. Jam 5.30 petang, tapi masih panas terik.
Ketika jemur kain ni, ada pula arnab-arnab liar berkeliaran. Suka la
budak-budak ni kejar arnab tu..
Pekan ini agak
sunyi. Ada beberapa motel atau hotel di sini. Kami terus menuju ke tempat wajib
bergambar di Lake Tekapo iaitu The Church of the Good Shepherd. Ia adalah
sebuah gereja lama sejarah Lake Tekapo. Ketika kami sampai, matahari hampir
terbenam. Maka ramai lah photographer professional dan photoshoot wedding
sedang berlangsung di sini. Masing-masing dengan kamera muncung panjang. Kami
sempat juga lah bergambar di tepi tasik dan latarbelakang matahari terbenam.
Memang sungguh cantik pemandangan di sini. Pasti esok hari kami akan ke sini
semula kerana hari dah semakin gelap.
|
Sejarah gereja lama ini |
|
Mereka menanti sunset |
Di sini kami
terserempak juga dengan pelajar-pelajar dari Australia yang sedang bercuti.
Seorang dah tamat dan tunggu untuk konvokesyen. Kawan-kawan yang lain temankan
beliau untuk bercuti di sini. Memang ramai rakyat Malaysia yang kami jumpa di
South Island ni. Ada juga pelajar dari Auckland, ada yang bercuti dengan
kawan-kawan dari Kuala Lumpur, dan ada family yang muda-muda dengan baby pun
bercuti bersama keluarga mereka dari Gombok. Kebanyakan mereka ini drive kereta
bersendirian dan tak ikut trip mana. Ada konvoi motorhome orang Malaysia yang
kami jumpa di Dunedin pun dah balik. Memang popular South Island ni. Kalau lah
Air Asia masih buat penerbangan direct KL-Christchurch ni semula, memang lah
sangat best… Tak pasti kenapa dulu Air Asia hentikan laluan ini… selepas gempa
bumi besar di Christchurch atau sebelum tu… mungkin mereka ada sebab
tersendiri.
|
Bersama students Malaysia dari Melbourne |
|
Dulu Mama pun teringin nak ke NZ masa zaman belajar di Ostalia, tapi tak kesampaian... |
Selepas puas
bergambar dengan matahari terbenam, kami pun pulang ke apartment/cabin.
Masing-masing kelaparan dan keletihan. Dalam pada tu sibuk juga nak lipat kain
dan kemas semua beg sebab esok dah nak fly ke Sydney. Mana yang tak perlu kita
terpaksa buang atau lupuskan atau tinggalkan.
|
Masih malu-malu bulan ni... jam 10 malam |
|
Bintang pun tak berapa banyak waktu ni. macam mendung aje |
|
Try guna flash pula... |
|
Jam 10.30 malam.. bulan masih belum penuh dan tinggi. |
Jam 10.30
malam anak-anak masuk tidur. Sementara melipat pakaian dan kemas beg, sempat
juga la saya meninjau-ninjau depan apartment yang mengadap tasik Tekapo ni.
Kononnya di sini lah tempat melihat aurora Australis dan juga stargazing. Namun
melihat dengan mata kasar, tak ada banyak pula bintang malam tu. Bulan pun tak
berapa nak tinggi lagi ketika tu jam 10.30 malam. Tapi bila dah habis mengemas
sekitar jam 2 pagi, bila jengok tingkap apartment, wow… bulan penuh yang
sungguh cantik dengan pembalikan cahaya bulan di atas air tasik. Subhanallah,
mempesonakan sungguh. Sempat juga lah snap gambar bulan dengan handphone camera.
|
Jam 2.30 pagi dah penuh dan tinggi bulan ini. |
|
Cantik ada pembalikan cahaya. Cuaca cantik dan terang |
Selesai
mengemas beg, dapur dan segala yang patut, maka tibalah masa untuk beradu di
malam terakhir di bumi New Zealand ini. Terasa sayu juga nak meninggalkan New
Zealand. Beribu batu kali mengembara untuk melihat ciptaan indah Yang Maha Esa,
ternyata ianya suatu pengembaraan yang sangat berbaloi. Rehat lah badan dan
minda, lena lah mata.
|
Lena... sejuk... |
Selamat malam Lake Tekapo …. Selamat
malam NZ.. Malam terakhir kami di bumi kiwi..
Maklumat lanjut mengenai hotel: http://laketekapo-accommodation.co.nz/
Lake Tekapo Motel and Holiday Park, Lake Tekapo, NZ or Lakeside Drive Lake Tekapo
NZ Phone:
(64) 3 6806 825
Kelebihan Motel dan Apartment
ini:
1. Kedudukan
apartment ini agak terasing dari Receptionist dan kawasan penginapan Holiday
Park yang lain. Hanya ada 4 unit apartment di jalan masuk untuk ke kawasan
Holiday Park ini. Sebab kawasan holiday park untuk motorhome, campsite dan
hostel agak jauh dari apartment ini namun masih mengadap tasik.
2. Kedudukannya
tepat mengadap tasik Lake Tekapo. Sangat cantik di waktu pagi dan malam.
3. Dekat
dengan pekan kecil dan deretan kedai di Lake Tekapo.
4. Hanya
ada empat unit apartment. Dua atas dan dua di bawah (ground floor). Kami
request unit bawah, dan permintaan ini dipenuhi oleh crew motel semasa check
in. Boleh parking kereta betul-betul depan bilik.
5. Ada
ruang besar backyard di belakang rumah. Sempat juga jemur baju yang tak sempat
kering sepenuhnya di ampai kain besar di backyard ini.
6. Bilik
yang selesa dan kemas. Interior dalam bilik yang cantik. Bantal dan tilam yang
enak empuk.
7. Ada
haiwan liar seperti arnab dan itik dua tiga ekor yang datang berdekatan
apartment ini pagi dan petang. Anak-anak suka bagi makan.
8. Namun
tiada kemudahan free WIFI disediakan di sini. Line telefon pun tiada wifi.
9. Kemudahan
dapur yang lengkap. Microwave dan peti sejuk juga disediakan.
Bersambung… to be continued ke
Part 10
No comments:
Post a Comment