Thursday, February 8, 2018

Kembara bersama anak kecil ke bumi Kiwi, New Zealand Disember 2017 (Part 8)

Part 8: Pengalaman memetik buah cherry di ladang

(Amaran: Terlalu banyak gambar di sini.. jika tak sanggup lihat, boleh scroll laju-laju).



Hari Ketujuh: Mengembara di Pulau Selatan, New Zealand
QUEENSTOWN – ARROWTOWN – KAWARAU RIVER – CROMWELL – WANAKA (116 KM)

Ringkasan Perjalanan 4 Disember 2017 (Isnin)
QUEENSTOWN – ARROWTOWN (melalui Arthurs Point 21 KM – 21 min)
ARROWTOWN- KAWARAU GORGE SUSPENSION BRIDGE (10KM – 9 min)
KAWARAU – CROMWELL Jones Family Fruit Stall (31 KM – 23 Min)
CROMWELL – WANAKA melalui Luggate (54 KM - 40 Min)

·         7.30 AM Sarapan di bilik dan menyediakan bekalan makan tengahari
·         10.00 AM Daftar keluar apartment di Holiday Park. Hanya serahkan kunci di kaunter pejabat.
·         10.30 AM Tiba di tengah bandar Queenstown. Bersiar-siar di sekitar Bandar Queenstown dan Tasik Wakatipu. Membeli cenderamata di DF Souvenir Shop.
·         12.30 Bergerak menuju ke pekan Arrowtown melihat pekan kecil lama yang unik dengan bangunan lama.
·         1.00 PM Bergerak ke Kawarau River Bridge untuk melihat aktiviti Bungy Jumping dan Zipzap.
·         1.45 PM Bergerak ke Cromwell untuk membeli buah dan yogurt ice cream di ladang buah Jones Family. Bergambar di taman bunga ros yang indah (percuma).
·         2.30 PM Memetik buah di Dam Good Fruit Cherry Farm iaitu ladang cherry di Cromwell
·         3.45 PM Perjalanan dari Cromwell ke Wanaka
·         4.30 PM Tiba di Archway Motels & Chalets, 64, Hedditch Street, Wanaka 9305, NZ ( 1 Apartment – 1 Queen, 4 singles)
·         Rehat, makan tengahari dan solat di motel.

6    6.00 PM Bergerak ke Tasik Wanaka dan sekitar bandar Wanaka.
Mencari lokasi The Lone Tree di tengah tasik Wanaka. Ke Wanaka Playground. Membeli kebab halal di sebuah kedai orang Turki. Dan ke pasaraya membeli barang keperluan.
8.30 PM Pulang semula ke apartment. Rehat, solat dan makan malam di bilik.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pemandangan di waktu malam dari balkoni bilik

Pemandangan waktu siang dari balkoni bilik

Setelah bersarapan dan berkemas, kami daftar keluar dari apartment ini jam 10 pagi. Setiap hari kami check out jam 10 pagi. Sayang betul nak tinggalkan bilik awal-awal. Rehat kena cukup untuk semua peserta rombongan kecil kami ini. Baru la anak-anak tak meragam. Kami hanya serahkan kunci bilik di receptionist di pejabat. Sempat juga la bergambar dengan bunga-bunga mawar yang gemuks dan besar-besar di sini.  
Selamat pagi Queenstown

Unit /flat/apartment ni terasing dari kawasan holiday park hostel dan parking untuk motorhome. Privacy sikit..

Kaunter receptionist . Sangat cepat dan effisien.

Gemuks betul bunga ros di sini


Nampak tak, lebih besar dari tapak tangan

Berlatarbelakang kan apartment kami..  dekat je dengan lobby/office

Kami terus menaiki kereta menuju ke tengah bandar Queenstown kerana semalam kami tak berkesempatan melihat-lihat bandar ini. Jadi pagi ini terus ke sini untuk mencari kedai cenderamata DF Souvenir yang dikatakan boleh tahan murah berbanding kedai-kedai lain di QUeenstown. Jadi kami mencari tempat meletak kenderaan. Ada signboard yang ditulis 120 yang bermaksud kita boleh meletak kenderaaan selama 2 jam atau 120 minit secara percuma. Ianya tak la berapa jauh dari Queenstown Mall. Tapi jika motorhome agak susah sikit nak parking. Kena cari kawasan parking yang jauh sikit dan lebih luas. Berkereta lebih senang nak mencari parking dekat-dekat kedai atau tengah bandar. 

Dah jalan kaki di celah-celah lorong kedai di Queenstown Mall ni, boleh pula tak jumpa. GPS dah tunjuk area kedai tu, dalam 7 minit je jalan kaki, tapi pusing-pusing tak jumpa pula.. puas juga bertanya orang. Ntah macam mana tak perasan signboard kedai. Setengah jam menapak baru la sampai depan kedai ni.. Terus la ronda dan cuci mata dalam kedai ni... banyak juga la yang dibeli dari sini..  Tapi tak boleh banyak sangat, sebab nanti di SYdney nak beli lagi...  Pekerja kedai ini pun orang Asia.. Ada dari Taiwan, dari China... 



Ini lah QUeenstown Mall... jalan terus di lorong ini  akan jumpa lah DF Souvenir shop tu

Bekang tu tasik Wakatipu di tengah bandar QUeenstown

Rambang mata di sini

Atok pilih Tshirt untuk cucu-cucu

Najis haiwan pun boleh dijadikan barang jualan tau...

Antara local product NZ. Madu Manuka

Geram nya la...gebu je sheep ni


Inilah kedai DF Souvenir yang dicari.. setengah jam juga pusing-pusing nak cari.. tengok GPS dah dekat.. tapi tak perasan.


Seterusnya kami ke pekan Arrowtown. Ada jalan short cut tak jauh dari Holiday Park ini untuk ke pekan Arrowtown. Ianya tidak la berapa jauh dari bandar Queenstown. Tiba di Arrowtown, kami tak berhenti lama kerana anak-anak tidur pula dalam kereta. Tapi sempat juga la meninjau beberapa buah kedai yang kelihatan klasik dan lama di sini. Dan sempat juga ke bilik air di sini. Banyak tandas awam di ngera ini. Cuma kena bawa apa yang patut sebab dalam tandas tu tak ada paip air. Perlu ambil air di luar dari sinki. Cenderamata pun kami tak beli di sini kerana ianya lebih mahal berbanding di Queenstown dan Te Anau.
Di pekan kecil Arrowtown yang klasik


Pantang nampak bunga je nak bergambar



Ini lah peta NZ

All Blacks rugby

Souvenir di sini lebih mahal

On the way to Kawarau Bridge.. di sini pada musim sejuk adalah tempat peluncur-peluncur salji berkumpul.. 

Jika musim sejuk, gunung-gunung di sini dilitupi salji tebal untuk pemain luncur salji @Ski.

Seterusnya kami menuju ke Kawarau Bridge untuk melihat aktiviti lasak bungee jumping dan zip ride. Terpaksa kejutkan anak-anak untuk turun melihat aktiviti ini. Kami memang tak plan pun nak lakukan aktiviti ini…. Tapi nak sangat melihat dan merasai pengalaman berada di sini. Sungguh cantik interior dalam bangunan ini. Dari aspek keselamatan, memang ianya sangat terpelihara dan dijaga. Mereka utamakan keselamatan pengunjung, penerjun dan crew mereka. Dan crew tersebut sangat cepat dan cekap mengikat tali keselamatan pada badan penerjun atau pengunjung yang ingin lakukan aktiviti lasak itu.
 
Entrance Kawarau Bungy Centre

Masuk dari atas, tak ada tangga... jalan menuruni ke bawah dalam kedai ni.. cantik interior nya.

Tak ada tangga pun... jalan je ke bawah.. creative mereka... dalam ni nampak gempak...


Dengar tu orang menjerit... huhuhu.. kita pula yang seram... tengok tergantung tu


Air sungai yang sangat cantik warnanya

Ni jambatan jalan dari Arrowtown tadi..

Tu la tempat mereka yang nak berbungy jumping menunggu giliran dan dipasangkan belt keselamatan

Sejarahnya... 


Kejernihan dan warna biru turquoise air sungai Kawarau sangat cantik dan memukau mata memandang. Panas mentari sangat terik tengahari itu. Namun sukar nak gambarkan betapa beraninya penerjun yang membuat terjunan bungy jumping ini. Memang hati kering betul mereka ini.. Fuhhh..  tak terkata seramnya. Memang idok ler kami mencuba lagak ngeri ni..  Tercapai juga hajat nak tengok aktiviti lasak bungy jumping depan mata di NZ ini.
Ini pula untuk zipride

Zipride nampak lebih selamat... tapi tetap tergantung juga... 

Crew perempuan yang cekap.. cepat betul setting nya.. 

Harga untuk bungy

Harga untuk zipride lebih murah

Dalam bangunan ni ada juga tempat untuk taklimat kepada peserta, ada café dan kedai souvenir. Selesai melihat aktiviti lasak yang sangat popular di NZ ini, kami segera menuju ke kereta untuk ke Cromwell. Dalam kereta, masing-masing dah kelaparan. Cari la sandwich, roti, biskut dan buah-buahan untuk alas perut.

Ada stage..taklimat sedang dilakukan oleh crew untuk mereka yang nak berbungy jumping



Pantang jumpa tester produk.. semua nak test hand lotion




Bunga ni pun cantik jugak


Hari yang sangat panas dan terik


Dari Kawarau River untuk ke Cromwell kami melalui Gibbston Hiway. Perjalanan lebih kurang 30 minit atau 37km dari Kawarau Bridge ke Cromwell. Ianya kawasan pergunungan yang  sungguh berbatu kerana pada ketika ini awal musim panas. Sesekali ada pemandangan bukit dan pergunungan yang indah, tapi kami tak pula turun bergambar sebab anak-anak tidur semula dalam kereta kerana kepenatan. Jalan ini menyurusi Kawarau Gorge River. Dan menghampiri Cromwell akan jumpa Goldfield Mining Center. Seterusnya baru terjumpa beberapa ladang buah. Di kawasan pergunungan di sini ada tempat bernama dan Cardrona dan Cronet yang merupakan tempat ski yang agak popular di kalangan kaki-kaki luncur ski ini. 

Ada satu lagi jalan shortcut dari Wanaka ke pekan Arrowtown iaitu melalui Cardrona. Ada beberapa traveller dan blogger yang beri info bahawa jalan di sini agak curam dan berliku kerana melalui kawasan bukit serta pergunungan. Namun kami tidak mengikut jalan shortcut ini untuk ke Wanaka. Kami memilih melalui Cromwell kerana ingin ke tempat yang popular dengan ladang-ladang buah-buahan di sini. Sebab tu kami bercadang untuk bermalam di Wanaka, jadi kami tak perlu tergesa-gesa dalam perjalanan dan boleh menikmati keindahan di sini. Di kiri kanan jalan yang bergunung –ganang ini sesekali kelihatan ladang-ladang ternakan biri-biri dan lembu juga. 


Driver relax sikit hari ni sebab perjalanan tak jauh sangat..

Kiri kanan jalan yang bergunung ganang. Jalan lurus dan cantik... 


Kawasan berbukit dan bergunung ganang

Ada sesetengah tempat view nya cantik...

Menghampiri Cromwell, dah mula nampak banyak gerai buah-buahan




Perjalanan hari ini agak pendek berbanding hari-hari lain dan ianya lebih dekat. Driver pun drive relax je hari ni.. Tak ada terkejar-kejar nak drive laju pun.. Masih mematuhi had laju iaitu 100 km/jam. Setiap hari kami cuba sampai di sesuatu tempat untuk check in lebih awal supaya dapat rehat dan tidur sebentar di bilik serta solat di apartment/motel tanpa perlu solat di tepi jalan untuk keselesaan.


Tak sampai setengah jam kemudian kami tiba di kawasan ladang buah-buahan. Ada beberapa buah ladang buah yang besar di sini. Kami tiba di sebuah ladang buah dan gerai buah tepi jalan yang dikenali dengan nama Jones Family Fruit Stall. Ianya terletak sebelum tiba pekan Cromwell. Kami segera menuju ke tempat aiskrim dan kedai buah yang agak popular ini. Boleh lihat info ini untuk mengetahui ladang buah di Cromwell   http://www.cromwell.org.nz/fruit-stalls.html .

Nanas batu yang glemer kat Malayia pun ada banyak di sini. Tapi untuk perhiasan saja.. lagi besar ni

Madu Manuka

Aiskrim yang sedap ni Real Fruit Ice Cream NZD5 - rasa buah segar

Buah cheeries memang murah di sini

Cherries dalam kotak



Orang Cina Asia yang bekerja di sini.. buat aiskrim

Nampak tak GST mereka berapa percent? 15 % hokey... 

Anak-anak tak suka pula aiskrim rasa real fruit ni.. mereka suka aiskrim biasa...

Atok dan Wan pun nak rasa juga


Namun kami tidak membeli sayur-sayuran atau buah-buahan di sini walaupun ianya nampak segar. Kerana jika diamati dan dibandingkan beberapa jenis buah seperti kiwi, cherry, epal dan strawberry, di pasaraya jauh lebih murah. Kami cuma menjamu mata dan beli aiskrim di sini dan bergambar di taman bunga ros di sebelah kedai ini. Pekerja-pekerja di kedai dan ladang ini juga kebanyakannya adalah orang Asia iaitu dari Malaysia, Thailand, Taiwan dan Hong Kong. Namun di ladang kepunyaan Mr Jones ini tidak membenarkan pengunjung memetik buah cherry di ladang. Pekerja ladang memberitahu kami, kami boleh cuba ke ladang buah cherry di seberang jalan untuk memetik cherry di ladang.
Kita bergambar dengan bunga ros pula..

Besar nya bunga ros ni Mama..

Boleh guling-guling di taman

Bau wangi sangat bunga ni Mama...

Suka nya mereka bergambar

three sisters

Jom lompat

Bersih dan segar di sini.. yeayyy

Kenapa daun warna ni Mama?


Posing la nak...

Happy sisters


Tak tau la cari apa ni


Dah nampak buah cherry di atas pookok.. tapi tak boleh masuk untuk petik.



Tepi jalan je tempat ni.. pasti jumpa.. 

 Kami memang berhajat juga nak memetik cherry ini… Mak saya yang paling teruja dan gembira bila diberitahu ada ladang yang membenarkan pengunjung untuk memetik buah-buah ceri segar dari pokok. Kami menaiki kenderaan dan berpatah balik ke seberang jalan yang mempunyai simpang jalan yang kecil. Di kiri kanan jalan ini terdapatnya ladang-ladang buah cherry yang sangat luas. Sesekali kelihatan tanaman anggur, pokok apricot dan bunga ros. Pokok epal ada juga, tapi belum berbuah lagi. Kerana ketika itu adalah musim buah cherry, raspberry, strawberry, apricot dan berries yang lain.

Jom layan gambar...  ((jika tak nak, boleh scroll laju-laju). 
Puas nak cari simpang... jumpa .. tepi jalan je... tapi masuk jauh ke dalam. 

JIka ada tulis PYO - pick your own cherries, boleh gi ladang ya.. . Depan tu adalah Mrs Jones Fruit Stall tadi  Patah balik belakang sikit.

Dalam 2 atau 3 km.. jumpa dah.. 

Tak sabar

ladang cherries ya Mama?

Dengar penerangan staff ni.. nak petik buah di lorong yang mana...

Kami bergerak dalam 3 atau 4 kilometer ke dalam melalui jalan yang tak berapa besar ini. Terdapat beberapa buah ladang kepunyaan beberapa pemilik. Akhirnya kami sampai di satu ladang yang membenarkan ‘fruit picking’ tertera pada signboard di hadapan kedai. Ada beberapa buah kenderaan persendirian lain juga yang berhenti dan mereka juga ingin memetik buah cherry di sini. Ketika bertanyakan harga untuk masuk ke sini, crew di kaunter terdengar kami berbahasa Melayu. Serta-merta seorang gadis TiongHua ini menyapa kami dalam Bahasa Malaysia. Rupa-rupanya seorang dari Johor Bahru, dah seorang lagi dari Ipoh. Mereka telah 4 bulan datang ke situ untuk bekerja di ladang buah ini. Sungguh seronok mereka dapat berjumpa orang Malaysia

Okay.. dah jumpa.. 

Yang ni boleh petik ke Mama? 

Petik je la anak oiii.. rasa manis ke masam

Gumbiranya

INi lah poko cherry ya mama?

Macam ni pun boleh la...

Manis nya buah ni..

Besar pulak tu.. gred A

Tumpang tengok je la..

Happy betul Wan dapat petik buah cherries. Yg ni warna merah oren belum cukup manis dan masak

Sampai tak tahu nak ambil yang mana

Pekerja baru di ladang

Makan dulu la.. makan sampai kenyang

Bawah umur.. tak boleh kerja ladang sini lagi

Ada permit tak ni? 

 Akhirnya kami diberi dua buah bakul kosong. Setiap bakul ini boleh mengisi satu kilo buah cherry dengan bayaran NZD15 satu kilo. Jika lebih, kita kena bayar lebih. Dengar aje sekilo NZD15, masing-masing sangat teruja. Mana tak nya, sebelum ini kami dah beli di pasaraya pada hari kedua di NZ ni dengan harga NZD29.99 sekilo. Di pasaraya di Queenstown pun harganya NZD19.99 sekilo. Tanpa membuang masa, kami terus melangkah ke dalam ladang cherry. Mereka mengarahkan kami ke lorong kedua belakang kerana cherry di situ lebih ranum dan masak. Jika nak tau cherry tu dah masak dan manis, kita kena pilih cherry yang berwarna merah maroon atau kehitaman. Jika merah terang, maknanya ceri tersebut masih muda dan belum masak sepenuhnya serta masam.

Bersama owner ladang in yang berusia 71 tahun
Beza setahun sahaja usia mereka berdua
Dalam pada memetik cherry untuk dimasukkan ke dalam bakul, mulut tak henti-henti makan buah cherry yang manis ni. Anak-anak sangat gembira melalui pengalaman ini. Ketika sedang seronok bergambar, datang seorang uncle yang cukup peramah dan mesra. Rupanya beliau adalah owner dan pemilik ladang ini. Luas betul ladang kepunyaan beliau. Memang buah cherry di sini katanya untuk jualan pasaran tempatan sahaja. Sempat juga la bergambar dengan pakcik yang berusia 71 tahun ini. Orangnya masih tegap dan sihat. Rupanya memang pekerja ladang beliau ini ramai orang Malaysia. Dan beliau tak suka bila bas rombongan ramai-ramai datang. Dia lebih suka jika orang perseorangan atau kereta dengan family kecil yang datang. Akhirnya bila kedua-dua bakul telah penuh, kami terus ke kaunter untuk menimbang. Kami dikenakan bayaran dalam NZD35 kerana terlebih dua kilo. Tapi puas hati sangat-sangat sebab rasanya sekilo dah masuk dalam perut masing-masing. Dan buah-buah di sini besar-besar, gred AA.


 
Last posing sebelum pulang

Ini salah seorang rakyat Malaysia dari Johor yang bekerja di sini


Bunga ni pun cantik

Selesai menjadi pekerja ladang part time di sini untuk hari ini, kami meneruskan perjalanan ke Wanaka untuk check in hotel. Dari Cromwell ke Wanaka tidak la jauh sangat lebih kurang 40 minit atau 54km. Tapi anak-anak sempat juga melelapkan mata dalam kereta. Di Wanaka ni, terdapat museum transport dan juga airport kecil untuk mereka yang berminat untuk melakukan aktiviti skydiving. Dan di Wanaka ini juga terkenal dengan ladang bunga lavender, puzzling world dan sepohon pokok di tengah Tasik. Akhirnya kami tiba di motel jam 4.30 petang.

Banyak sungguh ladang buah di Cromwell ini.. boleh pick your own (PYO) cherry

Ladang buah epal. Tapi masuh belum masak lagi..tunggu bulan Mac atau April. 

Masih tak banyak kenderaan di sini.. pergunungan yang cantik

Seronoknya motel ni kerana ianya interior dalaman motel sangat cantik dan selesa. Peralatan dapur sangat lengkap. Kereta pun boleh parking depan motel. Senang nak angkut barang-barang dan beg. Kami masak nasi goreng dan makan tengahari di bilik. Selesai makan dan solat, masing-masing rehat dan tidur sebenar. Sejam kemudian kami keluar menuju ke pekan kecil Wanaka. Menuju ke arah Tasik untuk mencari pokok yang menjadi mercu tanda dan kegilaan photographer professional. Angin agak kuat di tepi tasik ini. Taka da pula papan tanda di depan tasik ini. Kami bertanyakan beberapa orang yang kami jumpa di tepi tasik ini, namun mereka juga tak tahu kedudukan pokok ini.

Ruang dapur yang kemas

Bilik kedua


Di living room ada dua katil bujang yang diletak langsir tebal sebagai pembahagi

Master bedroom katil King . Banyak bantal dan kusyen.. memang empuk dan lena tidur

Complete kitchen facilities

Bilik air dan ruang tamu yang luas. Macam di rumah sendiri... lantai pun ada karpet


Seronok dapat motel macam nie.. senang angkat beg. Letak kereta depan bilik aje.. selamat.

Entrance Motel

Macam pelik tengok daun pokok warna maroon

Setelah google gambar pokok yang dikenali dengan nama That Lone Tree atau The Lone Tree, kami cuba ‘match’dan padankan kedudukan tasik dan gambar tersebut. Sebab dalam GPS tak ada sign pun untuk pokok ini. Jadi kami bergerak menaiki kereta untuk ke hujung tasik berpandukan gambar Wikipedia dan encik google. Bila tiba di suatu tempat di hujung tasik yang ada taman permainan, baru nampak sebatang pokok di tengah tasik. Dan ada ramai juga pengunjung ke sini untuk bergambar. Kami berjalan sejauh kira-kira 500 meter untuk ke pokok ini. Keunikan sebatang pokok yang hidup di tengah tasik ini yang menjadi kegilaan photographer. Kami pun apa lagi… snap sana snap sini dengan kamera phone dan video camera. Sempat juga buat live di FB. Memang sangat cantik. Tapi ketika itu sedikit berawan dan mendung, jadi gambar tak berapa nak cantik sangat. Jika cuaca cerah, mungkin lebih cantik jadinya.


Tiba di Lake Wanaka.. Tak jumpa lagi THat Lone Tree

Alhamdulillah Atok sihat 

Puas nak mencari pokok nan sebatang ni.. jalan tepi-tepi tasik ke arah orang yang ramai 

Dah jumpa...tempat orangramai tu

Tu dia Mama... pokok dalam air

Angin yang cukup kuat

Jumpa juga pokok yang dicari.. 

Great view.. tapi sedikit mendung

AQA2 bersama pokok Lone Tree

Ayah pun nak posing juga
Ramai orang di sini.. bukan senang nak cari angle terbaik yang tak ada orang

Love forever

Akhirnya ini satu-satunya shoot yang tak ada orang.. single Lone Tree. Gambar camera HP sahaja... Ini aje yang mampu diambil. Itu pun dah tunggu lama orang tak ada.. 
 Nah... cuba bandingkan dengan camera professional ni pula... jauh beza... memang cantik..
sumber dari encil gugel je ni..Menjadi inspirasi.  Inilah  yang menjadi tarikan photographer semua... Wajib datang sini tau jika dah ke WANAKA...  sila jealous tengok gambar2 professional ni..









Alhamdulillah.. sangat-sangat puashati dapat ke sini dan bergambar dengan pemandangan indah di sini..

Alhamdulillah dah sampai sini.

INi lah pokoknya..THAT WANAKA TREE  antara tarikan di Tasik Wanaka


 Selepas puashati dapat bergambar di sini, kami berjalan semula menuju ke kereta. Kami biarkan anak-anak untuk bermain di taman permainan yang ada di situ, sebagai ganjaran mereka yang sentiasa baik sepanjang perjalanan. Suka sangat mereka dapat main di playground sini. Memang best.. tak sama la macam di Malaysia..

Nampak tak..safety nya naik buai ni untuk baby atau anak-anak kecil... 

Taman di sini tak ada rumput atau tar atau batu.. hanya serpihan  kayu-kayu digunakan. 

Sebelum pulang kita ke playground pula
Dah puas bermain, kami menuju ke pekan Wanaka semula. Ada beberapa deretan kedai di depan tasik Wanaka ini. Ada sebuah kedai Fish and Chip yang sangat popular di sini dan cawangannya di Queenstown. Tapi bila lihat papan menu ada jual ‘pork’ terus tersentap dan tak berani nak beli di kedai tu. Kami ke kedai Kebab sebelahnya untuk membeli fish and chip. Pemiliknya beragama Islam yang berbangsa Turki. Namun beliau ada menerangkan yang kebab dikedainya sahaja halal. Namun fish and chip tak halal sebab minyak yang digoreng bercampur dengan makanan lain yang tak halal, walaupun di kedai tu taka da jual ‘pork’. Tapi beliau tidak memaksa. Penjual tersebut bersikap jujur. Terpulang katanya kepada pembeli nak beli atau tidak, tapi sebagai Muslim, wajib bagi beliau untuk beritahu kepada pelanggan Muslim. Allah, syukur Alhamdulillah, Allah nak tunjuk rupanya, ada insan-insan jujur di sini yang memberitahu kami agar dapat memelihara dan melindungi kami dari makan apa yang tak sepatutnya.  Akhirnya kami membeli dua kebab di sini. Dan membatalkan hasrat untuk membeli fish and chip di sini. Tak apa lah, tak mati pun jika tak makan fish and chip tu di sini. Banyak lagi makanan lain.

Kedai Kebab

Ini aje yang halal


Deretan kedai ini mengadap Lake Wanaka

Selesai membeli, hari semakin gelap. Kami mencari pula pasaraya untuk membeli roti, telur dan beras. Terjumpa satu pasaraya bernama New World Wanaka Supermarket berwarna merah. Kami membeli segala keperluan di sini. Selesai membeli barangan, kami segera pulang ke motel untuk makan malam dan  berehat.

Mood Christmas


Di ladang cherry baru NZD15 untuk sekilo cherry. Tapi yg ini masih murah..

Kiwi ada dua jenis.. yg hijau dan kuning keemasan. Yg kuning lebih manis.. HIjau masam

Wajib beli fresh milk hari-hari... memang sedap dan murah

Kaunter bayaran.. banyak kaunter di sini self service.. bayar sendiri, timbang sendiri

Chrsitmas decoration



Usai makan malam kebab yang dibeli tadi, kami makan buah cherry, strawberry dan kiwi yang dibeli. Mewah dengan buah-buahan segar di sini. Ianya sungguh manis. Akhirnya jam 10 malam masing-masing masuk bilik untuk berehat. Selamat malam Wanaka… cuaca yang sejuk sekitar 10°Celcius.
Dinner pun buah

Mewah buah di sini.. segar, manis dan besar.. kiwi, cherry dan strawbeerry

Besar penumbuk strawberry ni... 


Selamat malam Wanaka….


Maklumat lanjut mengenai hotel: http://www.archwaymotels.co.nz/
Archway Motels & Chalets, 64, Hedditch Street, Wanaka 9305, NZ

Kelebihan Motel ini:
1.       Ada service laundry yang lengkap dengan mesin basuh serta pengering.
2.       Dekat dengan pekan Wanaka.
3.       Semua bilik apartmentnya di lantai bawah (ground floor) dan boleh parking kereta betul-betul depan bilik.
4.       Bilik yang selesa dan kemas. Interior dalam bilik yang cantik
5.       Ada playground untuk kanak-kanak.
6.       Kemudahan dapur yang lengkap. Microwave dan peti sejuk juga disediakan.

Bersambung… to be continued  ...; Part 9



No comments:

Post a Comment