Saturday, February 3, 2018

Kembara bersama anak kecil ke bumi Kiwi, New Zealand 2017 (Part 7)


Part 7: Syurga dunia yang indah … Tempat Pengambaran Filem Lord of the Ring
 
Gleneorchy yang indah

Hari Keenam: Mengembara di New Zealand
TE ANAU – QUEENSTOWN – GLENEORCHY - QUEENSTOWN (282 KM)

Jalan ke Gleneorchy. Tak menyesal ke sini sebab superb view.

Ringkasan Perjalanan 3 Disember 2017 (Ahad)
TE ANAU – QUEENSTOWN (182 KM - 2 Jam 15 Min jika tanpa henti)
QUEENSTOWN- GLENORCHY– QUEENSTOWN (46 KM x 2 HALA atau Anggaran 40 minit x 2 hala)
  • 10.00 Daftar keluar dari hotel.
  • Menghala ke pekan Te Anau untuk membeli cenderamata dan bergambar di pekan Te Anau.
  • 11.30 PM Bergerak menghala ke Queenstown melalui Mossburn. Singgah bergambar di Lake Wakatipu yang luas dalam perjalanan ke Queenstown.
  • 1.30 PM Tiba di Bandar Queenstown.
  • Check in Queenstown Lakeview Holiday Park, 4 Cemetary Road, Queenstown 9300, NZ.
  •  (1 apartment-1 Queen 2 katil double decker).
  • Makan tengahari di Apartment, rehat dan solat.
  • 4.00 PM Bergerak ke Gleneorchy. Singgah di Pasaraya dan Stesyen Minyak terlebih dahulu.
  • 5.30 PM Tiba di Gleneorchy (Tempat Penggambaran Lord of the Ring) dan bergambar di jeti tasik.
  • 6.30 PM Pulang semula ke Queenstown
  • 7.30 PM Menaiki Skyline Gondola (Cable Car) untuk melihat pemandangan bandar Queenstown dari atas bukit dan matahari terbenam.

  • 9.00 PM Pulang semula ke apartment.
  • Rehat, solat dan makan malam di bilik. 

View dari balconi bilik hotel. Di sebalik gunung tu la arah ke Milford Sound


Buka sahaja tingkap bilik hotel, kelihatan puncak gunung-ganang yang indah. Awal pagi kami bersarapan simple sahaja iaitu sandwich dan maggi memandangkan tiada kemudahan dapur di dalam bilik hotel. Kami sediakan banyak roti sandwich untuk bekalan sepanjang perjalanan. Selepas bersarapan, suami mencari mesin basuh pakaian di tingkat atas hotel. Bilik yang kami diami adalah di tingkat bawah (ground floor). Dua kali kami membasuh dan mengeringkan pakaian. Cepat juga keringnya pakaian tebal yang dibasuh. Sangat berpuashati laundry di sini.


Area Lobby Motel


Buat hot chocolate memang sedap air brand ni. 

Famous tea brand jenama Twinnings. Di sini semua bagi fresh milk untuk buat air.. tiada creamer.


Jam 10 pagi kami daftar keluar dari hotel. Hanya serahkan kunci di kaunter receptionist di lobi, dah settle semua urusan check in. Tak ada pun mereka call housekeeping untuk check itu ini di bilik sebelum check out. Hotel dan motel di sini semua macam ini. Mereka percayakan pelanggan dan pelancong yang datang ke situ.


Bilik Laundry.. ada washer dan dryer

Sediakan duit syiling

Dryer ni cukup bagus... jean pun cepat kering

Seterusnya kami ke pekan Te Anau untuk membeli cenderamata. Tercari-cari juga di mana kedai sourvenir murah yang dikatakan oleh bloggers dan travellers. Kami menuju ke arah tasik di pekan Te Anau. Di tasik ini ada juga beberapa aktiviti air yang dilakukan di sini. Ada kapalterbang kecil yang mendarat di atas air juga di sini. Dan ada papantanda ikan trout di tepi tasik ini. Mungkin pemancing boleh memancing di sini, tapi mereka perlu mohon permit atau lesen untuk memancing di tasik ini.
Di sebuah roundabout kecil di hujung jalan mengadap tasik ini ada sebuah stesen minyak. Di sebelah stesen minyak ini letaknya sebuah kedai cenderamata Koh Wai Gift yang agak murah berbanding tempat lain. Ianya milik seorang bangsa Jepun yang telah lama menetap di situ. Sempat juga bergambar dengan pemilik kedai ini. Segala macam cenderamata ada dijual di sini… sempat juga membeli pencil case, T-shirt dan sheep toy kerana stock clearance.

Ini lah kedai souvenir Kowhai GIft  yang kami jumpa, mengadap tasik

Barang cenderamata di sni agak murah berbanding di Christchurch atau Queenstown

Makcik kecik ni nak juga beg dari bulu biri-biri


Pencil case ni hanya NZD3 atau sekitar RM8.00

Cuba try test

Antara produk madu buatan tempatan yang sangat laku keras
   
Rupa-rupanya di sebelah kanan stesen minyak ini ada sebuah lagi kedai cenderamata. Menurut beberapa blog travellers, ianya kepunyaan seorang Cina dari Malaysia. Dan kedai ini juga menjual cenderamata yang agak murah juga. Saya tak ke sini pada hari tersebut, sebab tak perasan. Dan kereta dah parking depan tasik serta taman permainan, so, sempat pergi yang terdekat aje la.. Itu pun perasan ada banyak item yang tengah sales clearance di luar kedai. Terus terjah ke sini. Di luar kedai ini ada replika seekor burung. Dapat juga la bergambar dengan mascot atau landmark pekan Te Anau ini.
Ini lah replika burung Takahe yang merupakan mercu tanda pekan Te Anau. Dekat kedai sourvenir ni je. 

Inilah burung tempatan Takahe yang menjadi mercu tanda di Te Anau

Sebelah stesen minyak ni ada sebuah lagi kedai cenderamata yang murah. Tak pasti pemilik atau pekerjanya orang Cina dari Malaysia

Aktiviti memancing ikan trout yang agak popular di tasik Te Anau ini

Tasik Te Anau ni ada menjalankan perlbagai aktivti air. Ada kapal terbang kecil mendarat atas air juga.
BErgambar dengan replika burung tempatan

Pemilik kedai cenderamata Kowhai ini dari Jepun


Tak jauh dari kedai ini juga ada taman permainan. Taman permainan di sini agak menarik dan membuatkan kanak-kanak teruja. Ada pelbagai permainan yang ada di sini namun tiada di negara kita. Ada sesetengah permainan di situ memang diperuntukkan untuk orang dewasa. Mereka menggalakkan aktiviti kekeluargaan dan santai di hujung minggu. Sebab tu jika pada hujung minggu ramai penduduk tempatan yang berkelah dan bersantai di padang atau taman rekreasi. Kalau boleh anak-anak nak main lama di sini, tapi kami harus ke Queenstown pula selepas ini.


Tak ada pula jumpa tali-tali ni taman permainan awam di Malaysia kan..

The wheel on the bus go round and round...

Buaian ini memang khas untuk anak kecil dan orang dewasa

Mengadap tasik dan dibelakang ini kedai cenderamata
Selesai membeli-belah cenderamata untuk kenang-kenangan, kami terus ke Queenstown melalui pekan Mossburn. Jalan menuju ke Queenstown masih lagi dikelilingi oleh ladang-ladang ternakan lembu, biri-biri dan sesekali kelihatan rusa. Cuaca panas dan cerah hari tersebut membuatkan pemandangan gunung-ganang jelas kelihatan dan cantik. Di tambah pula dengan awan putih seolah-olah terapung. Memang sukar melelapkan mata sepanjang perjalanan kerana takut terlepas pemandangan yang indah.

Jom kita ke Queenstown pula

Here we go.... Queenstown lagi 115km

Hati-hati... macam-macam kenderaan yang panjang  yang jarang dijumpai di Malaysia ada di sini.

Masih dengan kawasan ladang ternakan yang luas

Layan tablet dalam kereta

Jangan tidur semasa dalam perjalanan.. sungguh cantik.. capture the moment

 Perjalanan ke Queenstown sejauh 182km memang cukup menarik. Suatu ketika kami dikelilingi oleh ladang yang luas terbentang… ada ketika di kiri kanan jalan adalah bukit bukau yang hijau… ada ketika kami menyusuri tasik Wakatipu yang luas dan membiru. Sempat juga turun bergambar di satu kawasan di tasik Wakatipu ini. Semuanya terpukau dengan keindahan tasik ini. Sepanjang perjalanan ke Queenstown ini tiada kelihatan bunga lupin di kiri kanan jalan. Ternyata, bukan semua tempat ada tumbuhnya bunga lupin.





Tasik yang luas. Antara yang terbesar di South Island

Ramai juga traveller lain yang berhenti untuk bergambar di sini


Tasik di sini warna biasa sahaja.. tak biru turquoise ... tak macam di Lake Tekapo dan Pukaki


Ada jajan je senyap la dia

 Bandar Queenstown agak besar dan ramai pelancong yang berkunjung di sini. Ianya adalah pusat komersial yang menjalankan pelbagai aktiviti lasak air, udara dan darat. Sebab tu ianya bandar yang agak ‘happening’. Kami menuju ke Holiday Park yang telah ditempah dan dibayar terlebih dahulu secara online. Memandangkan Queenstown agak popular di kalangan pelancong, maka kebanyakan hotel akan cepat ‘fully booked”. Apatah lagi pada bulan Disember, pasti cepat penuh. Kami bernasib baik kerana masih ada kekosongan bilik apartment di sini. Ianya dipanggil tourist flat. Ada ruang tamu dan bilik. Boleh memuatkan maksimum 6 orang dewasa. Kedudukan hotel ini betul-betul di sebelah Skyline Gondola. Bila-bila masa sahaja kami boleh ke sana.


Jalan menyusuri tasik Wakatipu yang sangat luas menghala ke Queenstown

Sukanya ini budak kecik

Menikmati pemandangan indah

Tiba-tiba terlihat batu-batu yang disusun cantik begini

Dah menghampiri bandar Queenstown.. cantik pula batu disusun begini


Dah mula memasuki kawasan bandar Queenstown. Di sini ada airport juga.

Setelah daftar masuk jam 1.30 petang, kami rehat dan makan tengahari di bilik. Anak-anak pun sempat tidur lagi selepas makan. Penting untuk menjaga makan minum, tidur dan rehat anak-anak kecil ini agar mereka tidak meragam sepanjang perjalanan. Sekitar jam 4 petang, kami keluar dari motel ini untuk ke Glenorchy. Rancangan asal ke Gleneorchy adalah esok pagi sebenarnya. Namun memandangkan kami tiba awal dan hari masih cerah, kami membuat keputusan untuk ke Glenorchy pada petang tersebut supaya keesokan hari kami tak perlu tergesa-gesa check out awal pagi. Setiap detik yang ada kita perlu gunakan sepenuhnya dan sebaiknya. Sebab ini kembara sendiri, jadi kita boleh rancang dan tukar jadual perjalanan sendiri mengikut kesesuaian keluarga. Tak perlu tergesa-gesa nak check out dan menunggu ahli rombongan cik kiah yang lain.
Sebaik masuk sahaja ke kawasan Holiday Park ni, dah nampak banyak bunga ros besar-besar

2 bunk beds /katil double decker






Sampai je bilik terus makan tengahari. Di sini lah ruang tamu.. ruang makan dan juga bilik tidur utama. Ada balcony mengadap town dan tasik

Sebelum ke Glenorchy, kami mengisi minyak dulu di petrol station Caltex yang dekat dengan motel. Setelah itu kami ke sebuah pasaraya berhadapan dengan Caltex. Pasaraya Fresh Choice ini adalah bangunan dua tingkat. Kami sempat membeli telur (menu wajib), beras, susu segar, buah-buahan dan roti (menu wajib – hari2 makan sandwich atau roti sapu butter dan jem strawberry). Memang itu lah rutin hampir setiap hari di sini. Setelah selesai membeli barang makanan dan keperluan, kami menuju ke Gleneorchy.

Stesen Caltex. Setiap kali isi minyak, minta tolong pam attendant di sini.

Setiap hari beli strawbery yang segar, besar dan manis

Wajib beli juga fresh milk di sini.. Hari-hari minum susu

Suka sangat la dapat troli kecik ni. Buah orange dan pisang dalam tu dapat free..Khas untuk kids

Pasaraya Freshchoice ini berada di tengah bandar Queenstown. Ada beberapa pasaraya lain agak jauh menghala jalan ke airport

Jalan ke Gleneorchy hanya satu. Itu lah jalan untuk pergi dan balik antara Gleneorchy ke Queentown. Ini adalah antara lokasi ‘wishlist’ saya untuk sampai ke pekan koboi ini. Ia hanya sebuah perkampungan kecil yang penduduknya mungkin tak sampai seratus orang pun. Ramai blogger atau traveller yang tidak ke sini atau skip (tinggalkan) pekan Gleneorchy ini dari itinerary mereka kerana menyangka tiada apa yang menarik di sini. Namun rakan-rakan saya yang pernah ke sini menasihatkan saya untuk ke sini jika ke Queenstown. Walaupun ia seperti perkampungan kecil yang berhantu dan seperti tidak berpenghuni, namun pemandangannya yang cukup indah membuatkan ia sangat-sangat berbaloi untuk ke sini.



Dah tidur pulak... jajan masih di tangan... Kepenatan tapi tak meragam.

Dah nampak snowcap. Hti-hati drive.. jangan sampai masuk tasik.. ada jalan sempit yang selorong sahaja.

Syukur..cuaca sangat cantik..gambar pun cantik. Cuaca sangat memainkan peranan.

Kamera memang kena standby di tangan ... 

Ketenangan

Di sini pun dah cukup cantik.. Subhanallah.. Jalan yang semakin sempit dan curam.

Maka tak hairan lah banyak pengarah filem yang suka ke sini untuk menjalani pengambaran filem mereka. Antaranya adalah filem Lord of the Ring trilogy, The Chronicles of Narnia dan X-Men. Khabarnya jeti yang digunakan di sini adalah antara lokasi dalam fiem Lord of the Ring. Kawasan gunung-ganang yang cantik di Paradise ini juga adalah tempat filem Lord of the Ring dirakamkan. Sepanjang jalan untuk ke sini, kita akan lalu menyusuri Tasik Wakatipu. Tasik ini antara yang besar dan luas di South Island. Dari jauh kelihatan salji atau snowcap di atas puncak gunung. Subhanallah… sekali lagi mata terpaku melihat keindahan ini. Jika dulu selalu tengok filem-filem barat kawasan gunung ganang yang cantik, kini ia berada depan mata kami. Sungguh kerdil rasanya diri ini melihat kebesaran Ilahi.

Panorama indah ... dari dalam kereta

View yg sungguh cantik

Soaring upward

Waib bergambar di sini

Mercu tanda di sini..

Rumah merah

Tarikan yang unik di sini.. pokok dlm air yang cantik






Kawasan Glenorchy ini masih juga dipenuhi dengan ladang ternakan biri-biri dan kuda. Lembu tak kelihatan pula di sini. Dan di sini amat popular dengan aktiviti skydiving. Kami mencari arah jeti dan rumah merah bata yang menjadi mercu tanda serta tarikan di Glenorchy. Bila memasuki kawasan perumahan atau perkampungan ini, ianya agak sunyi kerana ketika itu jam sudah menunjukkan pukul 5.30 petang. Masih lagi cerah, tapi tak ramai orang di sini. Ada dua tiga buah kereta kelihatan di bawah pokok di tepi padang berdekatan dengan rumah merah ini. Mereka sedang berehat dan berkelah. Dan kebetulan ada sebuah lagi van yang membawa sekumpulan pelancong baru tiba. Mereka nampaknya nak mandi di tengah tasik ini. Tak pasti aktiviti apa yang mereka akan lakukan di tengah tasik, selain mandi.


Ada kisahnya di rumah merah ini


Kira-kira sejam kami berada di sini. Anak-anak dah bangun tidur dan berjalan menuju ke rumah merah ini. Yang penting bila dah sampai sini, harus ambil gambar rumah merah, gambar jeti dan juga satu lagi tarikan ialah sebaris deretan beberapa batang pokok dalam air. Ini antara tarikan di sini yang menarik ramai photographer professional untuk merakamkan gambar pemandangan indah di sini. Di puncak gunung masih kelihatan gunung yang dilitupi salji putih.











Dalam perjalanan pulang, singgah pula di papantanda yang ada nama Glenorchy Skydiving. Sebenarnya nak bergambar dengan kuda-kuda di sini, tapi kena seberang jalan pula. Maka, hasrat tersebut terpaksa di lupakan. Saya pun tak ingat ada satu kawasan lagi yang menarik iaitu Paradise yang berada tidak jauh dari sini. Tapi kami tak ke sana pula memikirkan jalannya mungkin lebih sempit dan kami nak pulang semula ke Queenstown. Jalan ini walaupun dua hala, namun ada di sesetengah tempat yang sempit dan di jambatan, kita mungkin kena mengalah dan berhenti untuk memberi laluan kereta dari arah bertentangan. Kena tengok anak panah pada papan tanda tersebut, kenderaan mana yang perlu jalan dahulu di jalan sempit tersebut.  Bila berselisih dengan motorhome, pasti kita kena ke tepi sedikit memberi laluan. Jalan di sini ada kalanya mendaki, ada kala lurus. Tapi pemandangan kiri kanan jalan menambat hati dan mempesonakan. Sempat lagi anak-anak tidur dalam perjalanan pulang ke Queenstown.


Jom balik ... ke Queenstown semula

Kira-kira 45 minit perjalanan, kami tiba semula di Queenstown. Hajat di hati nak cari Fish and Chip yang popular di Queenstown ini. Khabarnya ada di tepi tasik Wakatipu ini. Tapi sebab susah nak cari parking petang tu, kami terus menuju ke motel, untuk ke Skyline Gondola. Jika bernasib baik, dapat lagi tengok sunset yang cantik dari atas bukit ini.

Kami membeli tiket di kaunter. Ada juga mereka yang membeli tiket secara online untuk dapatkan harga diskaun. Tapi kami tak. Sebab kami tak nak ambil risiko dan terkejar-kejar. Jadi bila sampai di suatu tempat, baru kami beli tiket. Ada harga untuk individu iaitu dewasa dan kanak-kanak atau warga emas. Dan ada juga pakej family untuk 2+2. Warga emas atau senior citizen juga dapat special price sama dengan harga kanak-kanak. Boleh check harga tiket di sini…https://www.skyline.co.nz/en/queenstown/


Luge

 Harga Tiket 

Kaunter tiket

Sebenarnya di atas puncak ini ada juga persembahan kebudayaan masayarakat tempatan Maori iaitu tarian Haka. Kita juga boleh tempah untuk makan malam/dinner di sebuah restoran di atas sana sambil melihat matahari terbenam serta keindahan bandar Queenstown pada waktu malam. Namun kami hanya membeli tiket untuk menaiki Gondola atau cable car sahaja. Antara tumpuan lain di atas ini adalah menaiki luge. Tapi kami datang dengan anak kecil dan warga emas, maka ianya kurang sesuai untuk mereka. Dan ketika jam 7 malam, aktiviti luge ini dihentikan kerana hampir gelap dan agak merbahaya.
Gayat ...jgn tengok belakang

I am me... 

Dalam cable car


Love is in the air

Mengabadikan gambar kenangan sekeluarga dari puncak bukit
Pemandangan sekitar bandar Queenstown

Hingga ke Syurga


Recycle bin yang cantik

Baca info pasal lake Wakatipu.. 


Cantik pemandangan dari puncak bukit ini

Melihat pemandangan sekitar bandar Queenstown dari atas puncak bukit ini memang best. Anak-anak paling gembila menaiki gondola. Walaupun di Malaysia dah naik cable car ke Genting dan Langkawi, tapi gondola di sini tak rasa takut atau gayat sangat. Ianya nampak sangat curam kerana bukit yang tinggi, tapi laju dan banyak unit tanpa perlu menunggu lama. Pandai-pandai lah kita naik sendiri dalam gondola tu.. hihi… Ketika kami naik, tak ada pun staff yang menunggu di tempat menaiki gondola tu. Semua buat sendiri dari validate tiket kat mesin nak naik gondola tu, sampailah naik dan turun dari gondola tu... pandai-pandai la nak terjun ke...nak golek ke.. nak dive ke..  Ish..ishh… mereka sangat pentingkan aspek keselamatan. Dan camera CCTV merata tempat.

Bergambar dengan bunga lupin purple lagi

Belakang tu gambar Cable car untuk naik ke atas ke tempat main luge

Luge kononnya

Terlindung pokok dan bukit gambar sunset

Sunset di atas puncak QUeenstown

Dah hampir malam, jadi tak ramai pengunjung ketika itu. Beli tiket pun tak perlu beratur. Terus aje ke kaunter tiket. Yang ni saya pakai kad debit bank je. Kad yang kita guna di ATM untuk keluar duit tu. Make sure kita dah activate kan dulu dan inform bank atau aktifkan di ATM mesin sebelum keluar negara. Baru la kita boleh guna kad debit kita ni untuk beli apa-apa tiket atau barang-barang di sana. Tak perlu risau jika tiada credit card sebab mereka terima debit kad ini. Lagi mudah... Tap sahaja atau swipe je pun macam credit card. Tapi pastikan ada duit dalam akaun.

Agak sejuk juga di atas puncak bukit ini. Posing sana sini… dan kami tunggu juga matahari terbenam. Tak nampak penuh sangat matahari terbenam sebab agak terlindung dengan pokok-pokok di sebalik bukit ni. Namun sangat-sangat berpuashati dapat melihat sunset sekali lagi dan keindahan bandar Queenstown dari atas bukit ini di waktu malam.

Cantik hasil seni dari Jelly Bean ini.. 


Ini juga dari Jelly Bean.. cantik dan berseni hasil kerja mereka

Ini juga dari Jelly Bean



Sejarah Skyline Gondola ni.. dari tahun 1961


Naik sendiri tau... tak ada staff pun.. dah balik.

Eh.. Wan, Atok dan ANnisa dalam gondola ni..

Kami naik sendiri je.. tak ada staff pula... dah balik la tu dah jam 8.30 malam. Tapi masih cerah di luar.. 

Uiit... gayat sebab curam

BUdak tak tahu penat ni.. 

Happy aje walau macam nervous dok dalam ni

Setelah puashati bergambar,kami turun semula ke stesen bawah. Rasanya turun bawah lagi seram. Gondola ini lebih kurang macam yang di Genting Highland. Muat untuk 4 atau 6 orang. Dan setelah sampai bawah, kami terus balik ke motel untuk rehat, makan malam di bilik serta solat. Hari yang cukup indah dengan pengalaman dan pemandangan yang indah. Nikmat Allah mana yang harus didustakan. Begitu indahnya bumi ciptaanNya. Melihat bintang-bintang yang berkelipan pada waktu malam di luar balkoni bilik. Banyak sungguh bintang sebab cuaca baik. Semoga di Lake Tekapo nanti bintang-bintangnya lagi banyak dan cantik.

Birdpark ni sebelah Skyline GOndola sahaja... Tapi kami tak masuk pun.. dah malam.

Kiwi

Inilah burung kiwi... bukan buah aje nama kiwi tau..

Balik bilik masak nasi goreng kampung.. 

Panaskan aje nasi goreng kampung ni.. goreng sardin atau telur dadar aje..

Lapar... lapar...sejuk..

Goodnite Queenstown

Stargazing... tapi camera hp aje... banyak juga bintang di langit.


Selamat malam Queenstown…


Queenstown Lakeview Holiday Park, 4 Cemetary Road, 9300 Queenstown

Kelebihan Holiday Park ini:
1.       Ada service laundry yang lengkap dengan mesin basuh serta pengering.
2.       Dekat dengan Queenstown CBD. Boleh juga berjalan kaki dari Holiday Park ini.
3.       Lokasinya bersebelahan dengan Queenstown Skyline Gondola.
4.       Bilik yang selesa dan kemas. Boleh parking kereta depan bilik/apartment.
5.       Ada playground untuk kanak-kanak.
6.       Banyak motorhome yang bermalam di kawasan ini. Namun apartment atau flat ini lebih dekat degan  kawasan entrance dan office Holiday Park.
7.       Ada free WIFI disediakan.
8.       Kemudahan dapur yang lengkap. Microwave dan peti sejuk juga disediakan.
9.       View yang cantik mengadap tasik dan bandar Queenstown.


Bersambung… to be continued ke Part 8

No comments:

Post a Comment