Part 6: SubhanAllah… Ciptaan Indah Milford Sound Keajaiban Dunie ke 8
Hari Kelima: Mengembara
di New Zealand
INVERCARGILL
– MOSSBURN – TE ANAU- MILFORD SOUND – TE ANAU (400 KM)
Ringkasan
Perjalanan 2 Disember 2017 (Sabtu)
INVERCARGILL – TE
ANAU (158 KM- 1 Jam 52 Min tanpa henti) dan
TE ANAU- MILFORD
SOUND – TE ANAU (118 KM x 2 HALA atau 1 Jam 50 Min x 2 hala)
7.00 AM Sarapan Pagi. Masak untuk makan
tengahari.
·
9.30 AM Check out Motel
·
Menziarah
Masjid paling selatan di dunia di Invecargill.
·
10.00 AM Perjalanan menuju ke Te Anau melalui
Mossburn.
·
11.00 AM Berehat di Mossburn – playground dan
tandas
·
12.30 PM Tiba di Te Anau. Isi minyak kereta dan
ke tandas.
·
Meneruskan perjalanan ke Milford Sound untuk
cruise jam 3.30 petang
·
2.50 petang Tiba di kawasan letak kereta Milford
Sound dan beli tiket cruise di kaunter Southern Discoveries. Berjalan kaki ke
jeti sejauh lebih kurang 15 minit.
·
3.30 petang Cruise ferry Milford Sound
·
4.45 petang Tiba semula di jeti.
·
Bergerak balik ke Te Anau. Singgah untuk
bergambar di Homer Tunnel dan kawasan tepi sungai yang penuh bunga lupin.
·
7.30 petang Check in Fiordland Hotel, 91 Luxmore Drive, 9600 Te Anau (2 bilik hotel -
tiada dapur memasak)
·
Solat dan makan malam di bilik. Rehat.
Hari empat di bumi Kiwi. Cuaca
yang sangat sejuk di luar. Setiap katil ada heater elektirik di bawah tilam
untuk panaskan tilam. Heater di bilik pun kami pasang kerana cuaca yang sejuk.
Berat sungguh nak bangun. Selepas bersarapan dan menyediakan makanan untuk
tengahari yang ringkas, kami mula mengemas barang-barang untuk daftar keluar.
|
Strawberi setiap hari..murah dan manis sangat...cicah Coklat. |
|
Chocolate Drink dan English BReakfast Tea yang sangat sedap diberi dalam setiap bilik |
Jam 9.30 pagi, kami ke Masjid
paling selatan di dunia. Ianya adalah sebuah Islamic Centre di kawasan
perumahan. Suasana agak sunyi. Pintu gate masjid sahaja tidak berkunci. Namun
pintu dalam masjid berkunci. Saya meningalkan beberapa buah surah Yassin di kerusi
yang diletakkan di luar masjid ini, dengan harapan surah Yassin di dapat
diwakafkan untuk kegunaan di situ.
|
Check out already |
|
Dalam Masjid |
|
Ada butkti dah sampai sini |
|
Dipanggil Community Centre. Ianya Masjid paling selatan di dunia |
|
Dalam kawasan perumahan je Masjid ni. Sunyi juga kawasan ini |
|
Mercu Tanda di tengah bandar Invercargil. Tak sempat ke museum Invercargil sebab nak kejar ke Milford Sound |
Kemudian kami meneruskan
perjalanan untuk ke Te Anau melalui bandar Invercargill. Bandar nya tidak lah
sebesar bandar Dunedin. Tapi banyak juga kawasana perumahan dan kediaman di
sini. Kami juga berhenti untuk mengisi minyak dan ke bilik air.
|
Vroom vroom.. Kat sini tak ada motor kapcai.. semua motor berkuasa besar aje.. |
|
Isi minyak dulu di sini sebelum ke Invercargill. .setiap hari harga minyak berubah2 di setiap stesen minyak |
Layan gambar dulu sepanjang perjalanan dari Ivvecargill ke Te Anau
|
The sleeping beauty |
|
Tak risau nak memandu di sini.. memang macam ni la jalan nya.. tak banyak kereta |
|
Lembu-lembu tenusu yang gemuk dan sihat |
|
Angin di sini pun kuat... |
|
Awan seakan-akan terapung rendah |
|
Adik-adik yang lain tidur.. kakak seorang je yang turun |
|
Gembira nampak snow cap dan puncak gunung |
|
Lihatlah dunia... |
Tiba di satu kawasan atau pekan kecil iaitu Mossburn, sekali lagi kami berhenti rehat untuk ke tandas awam yang terletak di tepi jalan dan bersebelahan taman permainan. Agak lama juga kami berhenti di sini untuk bagi peluang kepada anak-anak bermain di taman permainan ini. Cantik taman permainan di negara ini. Cantik terpelihara, tiada vandalism dan alatan permainannya pelbagai. Tandas awam di sini juga sangat bersih, walau dalam tandasnya tiada paip air. Jadi kita kena standby dengan baby wipe (tisu basah), atau bawa botol air untuk bersuci. Mossburn juga terkenal dengan ternakan rusanya, selain ladang ternakan biri-biri dan lembu. Dan Mossburn berada di satu persimpangan tiga untuk ke Te Anau atau pun ke Queenstown. Untuk balik ke Queenstown keesokan harinya, kami akan melalui pekan kecil ini semula.
|
Rumput kering atau hay bale untuk kegunaan makanan haiwan di musim sejuk |
|
Pemandangan indah |
|
Rumput-rumput yang disiram dengan paip/saluran air yang besar. |
|
Saluran air untuk siram tanaman dan rumput |
|
Sangat teruja tiap kali nampak salji di puncak gunung |
|
Tandas awam yang bersih dan percuma |
|
Wan tolong jaga cucu |
|
Kena study dulu ni. Lebih kurang macam di Malaysia juga.. cuma speed limit tu 100 km/j |
|
Sejarah Mossburn.. Gambar rumput oren RedTussock yang indah sepanjang jalan dari Mossburn ke Te Anau |
|
Rumput merah yang menjadi tarikan dan spesis rusa yang diternak di sini |
|
Tak ada rumput di semua taman permainan di sini.. hanya pasir atau batu-batu kecil, atau pun habuk/serpihan kayu sahaja di permukaan lantainya. |
|
Buai nya sangat klasik.. guna kayu je pun.. tapi kukuh. |
|
Kisah dan sejarah Mossburn. |
|
Kena baca cara pemanduan yang betul di sini |
|
Posing dulu di sini.. rehat-rehat jap |
Kini giliran saya pula untuk
memandu. Angin agak kuat dalam perjalanan ke Te Anau. Ada satu kawasan yang agak cantik
pemandangannya kerana kiri kanan jalannya terdapat rumpun-rumpun rumput panjang
yang berwarna kemerahan. Kami terserempak dengan konvoi Motorhome dari arah Te
Anau yang hendak ke Dunedin, Gore atau Invercargill. Sesekali bila berselisih
dengan motorhome, boleh goyang juga kereta ini. Pemanduan harus dikekalkan
bawah 100 km/sejam. Ada ketikanya angin yang kuat juga boleh membuatkan kereta
bergoyang. Pemandu perlu lebih focus dan memperlahankan kenderaan. Walaupun
jalannya agak lurus, namun harus berhati-hati dengan angina yang kuat. Pemandangan
di kiri kanan jalan juga tidak putus-putus dengan ladang ternakan biri-biri
yang sangat luas.
|
View dari Invercargill ke Moss Burn |
Kami mengejar masa agar sampai
awal di pekan Te Anau. Ketika berhenti untuk mengisi minyak dan ke tandas di
sebuah stesyen minyak di situ, saya membuat panggilan telefon ke sebuah
syarikat yang mengendalikan cruise ferry di Milford Sound, iaitu Southern
Discoveries. Ada beberapa syarikat yang mengusahakan feri ke Milford Sound ini.
Antaranya adalah Jucy Cruise, Go Orange, Realjourneys dan Southern Cruise. Jika kita membuat
tempahan secara online, sudah tentu harganya lebih murah dan dapat diskaun 10
%. Tapi memandangkan kami tidak mahu mengambil risiko kerana tidak pasti dengan
keadaan cuaca atau tiket yang kehabisan, jadi kami membuat keputusan untuk
membeli tiket di kaunter di jeti sahaja. Setelah mendapat pengesahan dari pihak
Southern Discoveries bahawa jalan ke Milford Sound baik dan tidak ditutup serta
masih sempat untuk menaiki cruise jam 3.30 petang, maka kami bergegas
meneruskan perjalanan ke sana.
Pada rancangan asalnya dalam
tentative program, kami sepatutnya ke Milford Sound keesokan pagi untuk
mengambil cruise jam 9.15 pagi atau 12.30 tengahari. Dalam sehari ada tiga masa
perjalanan cruise feri ini. Namun,
setelah melihat ramalan kajicuaca di website, cuaca di Milford Sound keesokan
pagi diramal akan hujan. Agak sukar jika ke sana pada waktu hujan. Malah kita
kena berjalan dari tempat parking ke jeti yang agak jauh juga. Jadi kami
mencari peluang untuk ke sana pada petang tersebut. Melihat weather forecast,
cuaca akan hujan sebentar dan mendung di Milford Sound pada sebelah petang.
Sebelum itu cuaca di Te Anau sangat cerah dan panas. Namun, ketika kami sampai
di Homer Tunnel iaitu sebuah terowong sehala di puncak gunung, hujan renyai
mulai turun. Sejuk tak terkata di sini dan masing-masing memakai jaket tebal,
sarung tangan dan stokin.
|
wow..... wow... cukup indah gunung-ganang di sini |
|
Semua cari glove dan baju sejuk sebab sejuk yang teramat |
Tak dapat nak gambarkan bagaimana
cantiknya pemandangan bukit-bukau, gunung-ganang yang masih bersalji putih di
puncak gunung. Air dari glasier yang cair turun dari puncak gunung ini memukau
mata memandang. Dari Te Anau untuk sampai ke puncak gunung yang ada terowong ni
pun sungguh cantik. Pada mulanya kiri kanan jalan terdapat banyak bunga-bunga
kuning. Kemudian di suatu lembah dan kawasan yang ada sungai-sungai jernih yang
mengalir terdapat banyak bunga lupin liar. Hati sangat gembira tatkala pertama
kali melihat deretan bunga lupin ini. Sebelum ini di Christchurch, Dunedin dan
Invercargil tiada bunga lupin. Bunga kegillaan ini bukan berada di semua tempat
di New Zealand. Ianya hanya ada pada hujung musim bunga dan awal musim panas
iaitu mulai pertengahan bulan November hingga hujung bulan Disember sahaja.
Kami juga melalui satu kawasan
dipanggil Mirror Lake. Di tasik ini akan berlaku pembalikan pada permukaan air.
Jadi gambar yang seolah-olah menjadi dua kerana berlaku pembalikan di atas air
tasik ini. Namun ketika itu cuaca mendung dan kebiasaannya cuaca mendung ini
tidak berlalu pembalikan cahaya. Jadi, kami memilih untuk tidak singgah di
sini. Kerana kawan yang telah datang pada hari sebelum kami ke sini juga telah
ke Mirror Lake ketika cuaca mendung. Jadi katanya, gambar yang diambil tak
berapa cantik sebab tiada pembalikan berlaku.
|
Berlatarbelakangkan motor home |
|
Sedang menunggu lampu isyarat dari merah ke hijau |
Ketika kami sampai di terowong
Homer Tunner, kelihatan beberapa buah kenderaan yang sedang beratur untuk menungu
lampu merah. Semua penumpang kenderaan turun untuk bergambar. Kami turut turun
untuk bergambar, namun anak-anak sedap tidur di dalam kereta. Ketika bergambar,
ada beberapa ekor burung KEA yang berbulu tebal datang ke arah kereta. Nampak agak friendly burung ini. Siap duduk
atas bumbung kereta lagi. Disebabkan lampu isyarat bertukar ke warna hijau,
kami menaiki kereta semula takut kelewatan.
|
Terkejut tiba-tiba ada seekor burung bertenggek atas kereta.. |
Ketika memasuki terowong yang
gelap ini, hati mula terasa resah dan berdebar. Panjangnya terowong ini adalah
1.2km. Dalam terowong sangat malap dan bertemankan cahaya lampu kereta sahaja.
Ianya tidak seperti terowong di Malaysia yang cukup cerah. Jadi kami memandu
dengan perlahan dalam 30 atau 40 km/jam. Dalam hati turut berdoa agar semuanya
berjalan lancar dan tiada berlaku apa-apa yang tak diingini. Di sebabkan jalan
yang licin kerana hujan telah mulai turun, kami memperlahankan lagi kenderaan.
Setelah kelihatan cahaya cerah di hujung terowong, baru rasa sedap hati dan
lega.
Alhamdulillah, kami sampai dengan
selamat di kawasan meletak kenderaan di kawasan ini. Namun agak jauh juga untuk
berjalan ke jeti. Kami terus mencari tandas awam kerana masing-masing
kesejukan. Setelah itu, kami ke kaunter tiket feri Southern Discoveries di
kawasan parker ini untuk membeli tiket kerana takut kehabisan tiket. Untuk info
lebih lanjut mengenai cruise di sini, boleh layari di sini.
https://www.southerndiscoveries.co.nz/ Atau anda juga
boleh dapatkan tiket dengan harga diskaun di Bookme
https://www.bookme.co.nz/
Setelah membeli tiket di kaunter
tersebut, kami berjalan kaki dalam 10-15 minit untuk ke jeti. Sempat juga
bergambar di kawasan jeti ini. Di jeti ini ada satu bangunan khas bagi beberapa
buah syarikat pengendali cruise ferry yang menjual tiket. Pelanggan juga boleh
minum dan berehat di sini sementara menunggu feri. Kami perlu tukarkan resit/bil
yang dibeli dari kaunter di atas berhampiran tempat letak kereta terdahulu di
kaunter dalam bangunan yang terdapat di jeti ini untuk dapatkan token sebelum
menaiki feri. Setelah token diberi kepada crew, kami dibenarkan menaiki feri
ini.
Milford Sound adalah tasik dan
juga penghubung kepada lautan Tasman Sea. Ianya juga dikenali sebagai 8th
wonder of the world. Sekeliling kawasan ini bergunung-ganang dan banyak air
terun dari gunung. Jika bernasib baik,
kita akan dapat melihat ikan lumba-lumba, New Zealand Fur Seal (singa laut),
ikan paus dan haiwan liar lain. Namun ketika kami ke sana, hanya kelihatan
singa laut yang terdampar di atas batu-batu. Feri juga akan ke satu kawasan air
terjun di mana pelancong boleh memakai baju hujan yang disediakan jika hendak
merasa air glasier ini dan bergambar di bawah air terjun ini.
|
Tercari-cari dolphin dan singa laut |
|
Kenangan indah kami bersama atok dan wan |
|
Jom balik... dah penat |
Ketika menghampiri penghujung
danau yang terbentang Lautan Tasman, bot berpatah balik semula ke jeti. Cuaca
mendung dan berkabus kerana hujan sebelum kami tiba di jeti. Setelah bersantai
selama sejam setengah dalam feri, kami tiba akhirnya di jeti. Kami berjalan
kaki semula ke arah letak tempat kereta sejauh 10-15 minit. Sempat juga ke
bilik air sebelum balik ke Te Anau. Menaiki feri adalah sama rasanya macam
menaiki feri di tasik-tasik lain. Cuma pengalaman melalui jalan yang curam, pemandangan
gunung-ganang yang sangat cantik untuk ke Milford Sound ini membuatkan ianya
suatu pengalaman yang sangat berharga dan berbaloi. Rugi jika dah sampai ke
South Island, tapi tidak ke sini.
|
View yang superb |
Jam 5 petang kami bergerak balik
ke Te Anau. Keadaan jalan agak sunyi dan jarang terjumpa kenderaan kerana feri
terakhir adalah jam 3.30 petang iaitu feri yang kami naiki tadi. Pekerja-pekerja
di kaunter di jeti juga semuanya pulang jam 5 petang. Kenderaan mendaki bukit
semula untuk ke terowong Homer. Sesekali memang rasa kecut perut bila kiri
kanan jalan adalah curam dan gaung. Hujan sebentar tadi membuatkan jalan licin
dan kami memperlahankan kenderaan. Kali ini hanya ada tiga buah kenderaan
sahaja di bersama-sama kami memasuki terowong ini. Sunyi sepi ketika memasuki
terowong ini. Dalam hati masih berdoa agar perjalanan kami lancar dan selamat.
Kami memperlahankan kenderaan sebaik keluar dari terowong dan berhenti untuk
bergambar. Keindahan gunung-ganang di puncak gunung ini cukup mempesonakan.
Cukup cantik dengan aliran air mengalir dari salji yang mencair dari atas puncak
gunung. Subhanallah… nikmat mana yang harus didustakan?
|
Milford Sound ini Dikenali juga sebagai Piopiotahi. |
Setelah puas bergambar, kami
turun menghala ke Mirror Lake. Namun keadaaan cuaca yang mendung dan tiada
pancaran matahari, membuatkan kami terpaksa melupakan impian untuk singgah
bergambar di sini. Jika keadaan cuaca cantik dan cerah, ramai photographer akan
singgah di sini untuk mengambil gambar tasik ini. Akhirnya kami tiba di suatu
kawasan yang penuh dengan bunga lupin. Kawasan di sini memang penuh dengan
bunga lupin ungu, merah jambu, putih dan merah.
Ramai yang menyangka ini adalah
bunga lavender. Namun ianya bukan lavender, kerana lavender bersiaz lebih keci.
Di Wanaka ada taman bunga lavender yang memang dalam perancangan untuk kami
pergi nanti. Dan bunga lupin ini khabarnya
dibawa dari tanah Eropah ke South Island, New Zealand suatu ketika dahulu untuk
menyerikan suasana sekitar Tasik Tekapo. Jadi jika anda ke Pulau Utara New
Zealand, anda mungkin tidak berpeluang untuk merasai dan menikmati pemandangan
bunga lupin ini. Atau jika anda datang pada musim lain atau bulan lain selain
Disember atau akhir November, anda juga tidak mungkin melihat keindahan bunga
lupin ini. Jika di Korea dan Jepun terkenal dengan bunga sakura nya, di Turki
dan Holland dengan bunga tulips nya, maka di South Island dan beberapa tempat di South Amerika dan Eropah terkenal
dengan bunga lupinnya.
Jam sudah menunjukkan pukul 6.30 petang.
Kami akhirnya bergerak pulang ke pekan kecil Te Anau. Hari masih cerah kerana
Maghrib sekitar jam 9 malam. Kami meneruskan perjalanan sambil menikmati
pemandangan indah bunga lupin dan bunga-bunga kuning di kiri kanan jalan dengan
hati yang puas. Segala impian dan hajat untuk melihat dan bergambar dengan
lupin ini telah tercapai. Syukur Ya Allah, kerana mengizinkan kami untuk
menjejakkan kaki ke sini dan melihat syurga dunia ini walaupun banyak halangan
pada awalnya untuk sampai ke bumi Kiwi ini. Dan dapat lihat Lupin ini kiranya suatu bonus juga...
|
Ada wifi |
|
Bilik agak kecil tapi selesa dan bersih |
|
Bilik belakang kereta.... boleh buka pintu dan hulur je barang-barang dari kereta |
|
Dah penuh parking.. jam 9 malam |
Memandangkan di bilik hotel tiada
dapur, jadi kami panaskan nasi goreng menggunakan rice cooker yang dibawa.
Boleh la goreng sambal sardine dalam rice cooker di bilik juga. Bilik hotel ini
agak kecil. Setiap bilik ini ada satu katil Queen dan satu katil bujang. Tilam
dan bantal tetap empuk dan selesa. Biasanya di hotel dan motel, bantal dan
kusyen diberi lebih. Jika katil Queen, mereka akan beri 4 bantal dan 2 atau 4
kusyen kecil. Tambahan pula hotel ini juga lengkap dengan cawan, cerek, serta keperluan
untuk membuat air. Di semua hotel atau motel di sini, mereka tidak bekalkan
creamer untuk membuat air. Di sini, mereka sediakan teh uncang, coffee, coklat,
gula beserta fresh milk (susu segar untuk menggantika creamer) secara percuma
di bilik penginapan.
Kerana keletihan perjalanan yang
cukup jauh siang tadi, maka selepas makan malam, semuanya berehat dan masuk
tidur lebih awal. Di hotel di Dunedin dan motel di Christchurch kami dapat Wifi
percuma di hotel/motel. Di sini juga kami mendapat wifi secara percuma. Hajat
di hati nak mendobi. Namun kerana kepenatan, kami buat tugasan mendobi ini
keesokan paginya di bilik laundry di tingkat dua. Langit nampak cerah dengan
bintang yang berkedipan dan bulan yang terang di malam hari. Walau cuaca yang
indah di luar namun ianya tetap sejuk menusuk kalbu dan kami masih menggunakan
heater di bilik. Suhu sekitar 15 °Celcius. Sebab tu jika bawa anak-anak kecil
dan warga emas, adalah disarankan untuk menginap di motel atau hotel kerana
lebih selesa dengan kemudahan heater di bilik dan heater di bawah tilam.
Selamat malam Te Anau…
Fiordland Hotel, 91 Luxmore Drive, 9600 Te Anau
Kelebihan hotel ini:
1. Ada
service laundry yang lengkap dengan mesin basuh serta pengering.
2. Tidak
berapa jauh dari sebuah stesyen minyak.
3. Bilik
yang selesa dan kemas. Boleh parking kereta depan bilik/apartment.
4. Laundry
atau mesin basuh serta mesin pengering juga disediakan di motel, sebelah
office. Boleh guna sebelum jam 9 malam. Atau pada waktu pagi mulai jam 8 pagi.
5. Check
in baru mereka charge ke dalam credit card atau pembayaran juga boleh dibuat
dengan tunai.
6. Boleh
request minta bilik di tingkat bawah untuk kemudahan warga emas dan anak kecil.
Bersambung… to be continued ke
Part 7
No comments:
Post a Comment