Friday, January 12, 2018

Kembara Bersama Anak Kecil ke Bumi Kiwi, New Zealand 2017 (Part 4)



Part 4: Wow…. Sepanjang Jalan…

Hari Ketiga Mengembara ke New Zealand

CHRISTCHURCH- TIMARU-OAMARU-MOERAKI BUILDER-DUNEDIN (420 KM)
Ringkasan Perjalanan 30 November 2017 (Khamis)
  • Sarapan pagi di bilik
  • Jam 8.30 am ambil kenderaan di Omega Car Rental Christchurch.
  • Jam 10.00 am ke International Antartic Centre Christchurch.
  • 1.30 petang bergerak ke Dunedin melalui Timaru.
  • Singgah di Pasaraya Pak'nSave Timaru  untuk beli barang-barang mentah.
  • 6.00 petang Singgah di Moeraki Builder untuk melihat batu-batu bulat semulajadi di tepi pantai.
  • Tiba di Bandar Dunedin sekitar jam 7.45 malam.
  • Bermalam di Law Courts Hotel, 53, Stuart Street, 9016 Dunedin. (1 unit Apartment 3 rooms)
  • Masak untuk makan malam dan rehat.

7.00 pagi. Hari yang sangat indah. Walaupun kami mengambil dua unit apartment, tapi semuanya nak tidur dalam unit apartment dua bilik ni. Jadi satu studio tu memang tak guna la jawabnya. Bayar saja…tapi disebabkan memang syarat dan polisi di sini macam ni, kami terpaksa juga ambil bilik extra. Hanya kanak-kanak bawah 2 tahun sahaja dibenarkan guna existing bed tanpa bayar. Kanak-kanak berumur 2 tahun ke atas memang dikira satu kepala dan wajib ambil katil. Jika staff hotel tak tahu, tak apa la.. tapi kami ni ‘kantoi’ sebab bila nak ambil shuttle van dari airport terpaksa bagitahu bilangan kanak-kanak yang tepat kerana mereka perlukan kerusi khas kanak-kanak dalam van atau kereta.

Awal pagi kami dah bangun menyediakan sarapan pagi dan juga bekalan yang dimasak untuk makan tengah hari. Nasi impit atau ketupat segera telah dimasak. Dan kami bersarapan nasi goreng juga. Tepat jam 8.30 pagi syarikat kenderaan kereta sewa Omega Car Rental Christchurch menelefon bilik kami. Kerana semasa tempahan, saya dah maklumkan kepada mereka tempat penginapan kami dan meminta mereka menjemput kami dari motel untuk ke depot kenderaan mereka.
Bagi memudahkan urusan, anak-anak kami tinggalkan di motel dahulu dengan mak abah. Sempat lah mereka mandi dan bersiap nanti. Sementara saya dan suami pula menaiki van shuttle Omega Car Rental ini ke depot mereka yang tak jauh dari airport.
 
Sementara tunggu siap berkemas,mereka main-main dulu di taman permainan
Sampai di pejabat mereka, saya perlu sign dokumen perjanjian pinjaman kereta dan sign credit card sebagai jaminan dan untuk caj bayaran sewa kereta NZD854 (untuk 7 hari).  Proses nya cukup mudah. Tak sampai 5 minit pun sebab dokumen semua telah siap dicetak. Kemudian kami dibawa keluar dan MPV putih telah menunggu kami di luar. Raman, staff Omega Rental menyuruh kami memeriksan kenderaan tersebut dan mengajar kami serba sedikit cara memandu kenderaan tersebut dan menerangkan rules memandu di New Zealand. Kami meminta beliau menerangkan cara menggunakan GPS navigator dan Child Car Seat (maklumlah, di Malaysia tak guna pun sebab anak-anak tak nak).
 
Omega depot berhadapan dengan Jucy Car Rental
Setelah berpuashati, kunci kereta diserahkan kepada kami. Maka bermulalah episode nak memandu si putih ni. Lahai… maklumlah orang kampong yang tak pernah guna kereta mewah ni… nak start kereta tak tahu pula… Panggil semula Raman, warganegara India yang dah lama kerja di sana untuk tunjukkan cara nak start engine kereta. Ada push button rupanya… tak perlu guna kunci pun… memang lawak la nak start engine pun tak tahu..

Dah start engine, cari handbreak pulak tak jumpa …. Si Raman ni tunjukkan pula mana tempat handbreak... rupanya memang bukan handbreak tapi break di kaki (footbreak)… ada di kaki sebelah kiri… terkial-kial nak tekan…. Akhirnya dapat la masuk gear dan mulakan pemanduan yang sungguh berhemat untuk ke motel. Saya la yang drive mula-mula tu sebab suami masih belum biasa dengan suasana nak drive di sana.. Macam la saya biasa drive di NZ… belasah je la… mula-mula rasa takut, tapi lama-lama syok pula.. kereta mewah la kan.. memang takut jika berlaku apa-apa pada di Putih ni.

Kami balik ke motel untuk mengambil anak-anak dan Mak Abah. Setelah sampai di motel, kami kemas dan masukkan beg-beg dalam kereta. Nasib baik MPV bernama Previa ni di NZ dan Australia cukup besar dan muat untuk masukkan tiga beg bagasi yang besar. Jam 10 pagi kami check out dengan menyerahkan kunci bilik di kaunter reception. Hanya hantar kunci je, itu sahaja. Mereka dah siap charge bilik dalam credit card sebelum sampai rupanya.

Kami membuat keputusan untuk ke International Antarctic Centre yang berada tidak jauh dari lapangan terbang. Dari Motel ke Antarctic Centre ni tak la jauh pun..lebih kurang 5 atau 10 minit sahaja. 10 minit tu pun sebab kami bawa slow nak biasakan diri drive kereta baru ni. Kereta baru tu... .tahun 2016, jadi condition sangat bagus dan tip top.

Kami membeli tiket masuk di kaunter masuk. Jika kita beli secara online dari website centre ni, https://www.iceberg.co.nz/ ada harga diskaun yang diberikan.. Atau juga anda juga boleh ke laman web ini untuk dapatkan harga promosi mana-mana aktiviti di New Zealand, iaitu https://www.bookme.co.nz/.  Mereka ada jual tiket untuk harga individu dan juga pakej family. Macam kami tak pasti nak pergi ke tak, jadi kami tidak mahu mengambil risiko.. jadi kami beli saja di kaunter. 
Pakai kasut khas dan jaket tebal di sini.. 

-10 Celclius tu.. ketaq 



ATok yang hebat berjaya di tengah-tengah ribut salji



Mula-mula masuk kami terus diarahkan ke bilik salji untuk merasai pengalaman ribut salji di Antartika. Kami dipakaikan jaket tebal dan kasut boot. Masuk je memang dah sejuk.. bawah 0°C rupanya.. Anak-anak dah menggigi-gigil kesejukan. Dan bunyi ribut tu memang menakutkan… tak boleh bayangkan jika kita seorang terkandas dalam ribut salji..  Cepat-cepat posing ambil gambar yang kesejukan. Setelah 10 minit dalam tu, kami pun keluar. Sebenarnya, boleh je jika nak duduk lama-lama dalam bilik salji tu.. tapi mau beku dibuatnya. Hilang rasa nak main snow. Anak-anak yang paling excited nak main snow di sana. Bila dah masuk sini, semua nak keluar. Hahaha…

Tempat Show Little Blue Penguin


Little Blue Penguin yang terdapat di dalam ni.. Tak perlu pergi Shag Point untuk lihat penguin di North Otago

Misi menghantar bantuan ke Kutub Selatan Antartika

Hagglund Ride yang sangat adventure - Kenderaan di kawasan pergunungan salji


Tayar-tayar tu pun habis diredahnya dengan selamba.. 

Bukit tinggi yang curam pun dia belasah aje... cuak juga ni...



Misi mencari Aurora

Lepas tu kami pusing-pusing dalam tu. Ada show untuk beri makan penguin jam 10.30 pagi dan 1.30 tengahari (jika tak silap), tapi kami dah terlepas show tu. Jadi dapatlah tengok penguin yang tak berapa banyak di situ. Budak-budak ni first time dapat tengok penguin secara dekat (tapi di Sydney Featherdale Wildlife Park pun dapat tengok lebih banyak penguin ni dengan lebih dekat).  Banyak info yang kita dapat tentang Antarctic di sini. Ada show 3D yang kami tak sempat nak masuk sebab lama waktu menunggunya. Kami tak nak buang masa, jadi kami keluar pula untuk merasai pengalaman menaiki hugglund iaitu sejenis kenderaan yang digunakan di kawasan gunung yang bersalji.

Ini rupanya kenderaan hagglund tu.. 
Fuhh.. memang hebat betul kenderaan ni. Habis diredahnya panjat bukit yang curam, jalan berlopak dan berlubang… macam kereta kebal askar tu rasanya.. Selamba je jalan atas curam. Memang cuak juga dibuatnya. Kanak-kanak pun kena pakai seat belt dalam ni dan kena pegang tali pemegang bergayut pula sebab terhoyong hayang. Memang pengalaman yang sangat berharga dan mahal.. sebab tu harga nak masuk sini pun mahal. Akhirnya jam 1.00 tengahari kami keluar dari Centre ini, sebab jauh lagi perjalanan kami nak ke Dunedin.



Pasaraya Pak'nSave Timaru berada di tepi jalan. 
Dalam perjalanan ke Dunedin, kami singgah di pasaraya Pak'nSave Timaru untuk membeli bahan- bahan mentah seperti telur, roti, buah, butter, juice buah, fresh milk dan beras.
Jika anda membeli barang di pasaraya di sini, sila lihat di belakang resit. Kadangkalada ada discount untuk beli petrol di petrol station yang berhampiran.

 Perjalanan dari Christchurch ke Timaru memakan masa selama lebih kurang 2 jam. Anak-anak tidur sepanjang perjalanan kerana masih keletihan. Jalan ke Lake Tekapo pun melalai jalan yang sama. Cuma apabila di Geraldine, akan ada simpang yang berbeza. Macam kami hanya terus mengikut arah ke Dunedin. Selesai membeli segala keperluan, kami meneruskan perjalanan lagi ke Moeraki Builders. Kami hanya makan buah-buahan, biskut, roti dan makanan ringan sahaja sepanjang perjalanan kerana masih jauh jarak lagi nak ke Dunedin. Dan sempat juga singgah beli French Fries di McDonald di Timaru.

Wajib beli choclate Whittakers ni.. memang sedap.. made in New Zealand
Timaru ke Moeraki Builders, pantai Koekohe jaraknya lebih kurang dalam 125km atau 1 jam 35 minit. Sepanjang jalan dari Timaru ke Moeraki Builders dan Dunedin pemandangan tepi lautnya sangat cantik. Ketika kami sampai jam 6.00 petang di sini, café dan kedai souvenir dah pun tutup. Kononnya nak berhenti makan bekalan yang kami masak untuk lunch. Tapi tak jumpa tempat yang sesuai pula nak berhenti makan.

Signboard kecil di tepi jalan untuk ke Moeraki Builders

Kerana terlalu teruja melihat pantai yang cantik, kami abaikan dulu untuk makan tengahari. Ketika sampai di pantai ini, air sedang surut. Rezeki kami anak beranak dapat bermain-main di tepi pantai dan bergambar di atas batu-batu bulat semulajadi ini. Kerana ada ramai travelers yang ke sini ketika air sedang pasang. Jadi sukar untuk bergambar di atas batu ini. Kira-kira 30 minit bergambar di sini,kami meneruskan lagi perjalanan ke Dunedin. Dari Moeraki Builders ke Dunedin adalah sekitar 80 km atau satu jam perjalanan. Pemandangan yang indah sepanjang perjalanan ke Dunedin kerana sesekali nampak laut yang terbentang luas.


Gembira tak terkata setelah berjam-jam drive ke sini


Kanak-kanak Ribena
Soaring upwards
Nak juga la mama dan Ayah posing di batu gergasi ni
Panas terik walau baru jam 6 petang
Mendaki sikit nak naik ke parking kereta




Atok dan Wan rehat kejap di sini...
Sepanjang perjalanan, memang sukar melelapkan mata walau kepenatan kerana pemandangan yang sangat indah di kiri kanan jalan. Kononnya plan asal nak ke Shag Point untuk lihat tempat penguin liar naik ke darat, tapi memandangkan masing-masing dah keletihan dan dah tengok blue penguin di International Antarctic Centre, jadi kami teruskan perjalanan ke Dunedin sahaja. Kami terus menuju ke bandar Dunedin dan mencari Hotel yang telah ditempah. Kami lalu di hadapn sebuah stesen keretapi yang sungguh unik rekaannya. Kedudukan hotel tak jauh dari stesen ini mengikut Google Map.

Bangunan keretapi Dunedin yang unik dan menarik
Memang sengaja saya memilih hotel di tengah bandar kerana ada beberapa tempat menarik untuk dilawati di bandar ini. Maka, untuk tidak membuang masa kami, dapat juga la hotel apartment di tengah bandar yang agak berpatutan harganya. Jika dilihat dari luar, memang tak sangka itu hotelnya.. Ia kelihatan seperti kedai lama yang klasik. Bawahnya adalah bar dan kafe. Tingkat atas adalah tempat penginapan.


Dua kali pusing mencari-cari hotel ni walaupun google maps tunjuk kami dah reach destination. Rupanya bangunan klasik ini hotel yang nak dituju. Betul-betul tepi jalan.


Bilik pertama
Bilik kedua. Mewah dengan bantal. Semua bilik memang banyak bantal dan kusyen.

Bilik ketiga. Double decker ni menarik budak-budak ini untuk memanjat.


Big boss sedang berehat setelah perjalanan yang cukup jauh drive dari pagi hingga 8 malam

Pemandangan dari bilik. Seberang jalan tu letaknya pasaraya Countdown dan kilang coklat Cadbury.. beberapa langkah aje..

Sesampai sahaja di bilik hotel, kami solat dan berehat serta buka bekalan tengahari yang dibawa. Di hotel ini kami menempah satu unit apartment 3 bilik yang mempunyai 1 Queen Bed dan dua katil double decker. Hotel ini lengkap dengan mesin basuh dan mesin pengering. Walaupun luaran nampak klasik, namun dalam bilik sudah diubahsuai nampak moden dan baru. Dapur juga sangat lengkap dengan peti sejuk, microwave, pinggan mangkuk serta dapur untuk memasak.

Dapur yang lengkap

Mesin basuh dan dryer di bilik air. Kena beli sabun basuh pakaian.

Bilik air... 

Kelaparan...  Makan nasi lemak dan nasi impit

Nasi impit 

Kedudukan hotel yang strategic di tengah-tengah bandar amat memudahkan kami bergerak. Setelah parking kenderaan di belakang hotel, kami daftar masuk hotel jam 7.50 petang. Tapi hari masih cerah kerana Maghrib jam 9 malam. Untungnya berjalan ketika musim panas ini kerana siangnya lebih panjang. Jadi kami sempat solat jamak qasar di bilik hotel sahaja. Kononnya nak cari surau atau Islamic Centre di Timaru, namun tak jumpa pula. Tak ada rezeki nak ke surau tersebut.
Pintu depan hotel 
Ada sebuah pasaraya yang terletak kira-kira 100 meter berjalan kaki dari hotel ini. Dan lebih kurang 150 meter dari sini juga letaknya Dunedin Railway Station yang unik reka bentuk bangunannya. Kilang Coklat Cadbury juga hanya 50 meter berjalan kaki dari hotel ini. Ianya rezeki kami dapat hotel yang sangat dekat dengan perlbagai kemudahan dan berbaloi menginap di sini. Dah mula terasa duduk di oversea… baru nampak ramai mat salleh di sini… Dan baru nampak ramai orang di bandar ini, kerana sepanjang perjalanan yang berates-ratus kilometre siang tadi, kami jumpa lebih banyak haiwan ternakan lembu, kuda, dan kambing biri-biri. Jika sesat tengah jalan, memang susah nak jumpa orang untuk bertanya. Masing-masing keletihan dan tidur awal sekitar jam 10 malam.


Maklumat lanjut mengenai hotel: http://www.lawcourtshotel.co.nz/

Law Courts Hotel, 53, Stuart Street, 9016 Dunedin
Kelebihan hotel ini:
1.       Lokasi sangat baik di tengah-tengah bandar Dunedin.
2.       Dekat dengan pasaraya dan tempat2 menarik seperti Dunedin Railway Station dan Kilang Coklat Cadbury
3.       Tempat parking kereta disediakan untuk mereka yang menginap di sini iaiatu di belakang hotel. Parking percuma untuk mereka yang menginap di sini, kerana parking di tengah bandar agak sukar dan perlu bayar parking fee.
4.       Bilik yang telah diubahsuai dan cantik. Kusyen dan bantal pun banyak untuk setiap katil.
5.       Kelengkapan dapur yang lengkap.
6.       Laundry atau mesin basuh serta mesin pengering juga disediakan, Cuma kita perlu beli sabun (kami terlupa beli sabun basuh , jadi tak dapat guna).
7.       Check out di sini jam 10.00 pagi, jika kita lewat, pihak hotel akan call bilik kita untuk soft reminder.


Bersambung… to be continued ke Part 5







No comments:

Post a Comment