Part 5: Kiri kanan jalan yang penuh emmbekk dan moo mooo
Hari Keempat: Mengembara
di New Zealand
DUNEDIN-INVERCARGILL
+ BLUFF (226KM – 2 jam 51 min +
28 KM (Bluff): Info Google Maps)
Ringkasan
Perjalanan 1 Disember 2017 (Jumaat)
· *7.00 AM Sarapan pagi di apartment. Masak untuk
makan tengahari sekali.
· * Melawat sekitar Dunedin, bandar yang didirikan
oleh masyarakat Scotland.
* Melawat Dunedin Railway Station, kilang coklat
Cadbury World Dunedin, University of Otago.
· * 12.30 tengahari Solat Jumaat di Al-Huda Mosque
Dunedin
· * Melawat Baldwin Street (jalan paling curam di
dunia untuk kawasan kediaman).
· * Jam 2.30 petang memulakan perjalanan ke
Invercargill
· * Makan tengahari di mana-mana Park dala
perjalanan ke Invercargill
· * Melalui Balclutha, Clinton, Mataura, Edendale,
dan Invercargill
· * Tiba di Inverargill sekitar jam 5.00 petang.
· * Check in di Hacienda
Motel, 679 Tay Street, 9810 Invercargill (dua unit – apartment dan studio).
· * Rehat, minum petang dan Solat Jamak Zohor/Asar di
bilik
· *6.30 petang Bergerak ke Bluff Look Up Hill dan
tunggu sehingga matahari terbenam untuk lihat pemandangan yang indah laut lepas
Tasman Sea dan Steward Island, bandar Invercargill Southland dan pelabuhan Bluff dari atas bukit.
· *8.30 malam Bergerak balik ke Invercargill
· * 9.00 malam Singgah di Pasaraya Besar Countdown
· * 9.45 malam Masak untuk makan malam di motel.
Rehat.
Hari ketiga di bumi Kiwi. Kia
Ora… Tidur yang nyenyak dan sangat lena.
Terpaksa juga pasang heater bilik dan di katil kerana suhu yang agak sejuk
sekitar 10°Celcius. Walaupun dah masuk musim panas December ini, tapi sejuk
masih terasa hingga ke tulang. Subuh awal sekitar 3.30 pagi.. nyaris-nyaris tertewas di hujung-hujung
waktu, Syuruk jam 6 pagi. Kerana kepenatan, sambung tidur semula hingga jam 8
pagi. Masih jet lag lagi. Di Malaysia baru jam 3 pagi.
|
Lobby hotel |
|
Belakang tu aje Dunedin Railway Station |
Pagi ni kami masak nasi lemak
untuk breakfast. Rebus ketupat nasi yang berbaki untuk habiskan dengan sambal
kacang yang dibawa. Di sini cuaca sejuk, jadi makanan lambat basi. Baju pun
kurang berbau sebab tak berpeluh. Hajat di hati nak basuh baju malam tadi, tapi
terlupa pula nak beli sabun basuh kain di pasaraya. Maka, tak dapat lah gunakan
mesin basuh dan pengering yang disediakan di dalam bilik apartment ni. Seronok
apartment ni sebab semua kemudahan lengkap. Ini satu-satunya hotel yang kami
menginap ada menyediakan laundry di dalam bilik. Motel lain semua kena share
dan laundry mereka ada disediakan di bilik laundry khas yang lain.
|
Hotel ini tepi jalan sahaja |
|
Nak melintas jalan pun ada bunyi alarm lampu isyarat untuk org cacat penglihatan |
Setelah bersarapan dan masak nasi
beriani untuk makan tengah, kami check out sekitar jam 10 pagi. Semalam kami
sampai dah lewat dekat jam 9 malam. Hampir-hampir counter cashier ditutup. Tapi
sebab di ground floor hotel tersebut ada café dan bar, jadi counter ditutup
lewat. Dah check out dan simpan barang-barang dalam kereta, kami pun melangkah
keluar dari hotel dan bergambar sekitarnya. Pakcik cashier di kaunter hotel
bagitahu, jarak ke kilang Cadbury hanya beberapa langkah dari hotel sahaja. Dan
stesyen keretapi pun dalam 100 meter sahaja di belakang hotel.
|
Dah jumpa kilang Cadbury. Menariknya mesin ni. |
|
Christmas tree |
|
Dalam kedai Coklat Cadbury |
|
Boleh tulis-tulis di sini |
Kami berjalan dalam 30 meter
seberang jalan dan jumpa World Cadbury Factory. Sangat mengasyikan berada di
sini. Kanak-kanak yang paling teruja. Tapi kami tak bayar masuk untuk Cadbury
factory tour pun. Cukup lah bergambar di entrance, dalam café, kedai menjual
barangan Cadbury dan sempat juga acah-acah masuk di laluan keluar Factory tour
ni untuk bergambar. Sempat juga beli beberapa cenderamata di sini seperti beg
tote Cadbury Dunedin berharga NZD3, alatulis, dan coklat di sini. Banyak betul
perasa coklat Cadbury yang dijual yang tiada di Malaysia. Tapi hati-hati juga
membeli kerana tiada tanda halal. Cuma pastikan tiada gelatin dan E471 di label
coklat ini.
|
Siap duduk lagi nak ambil gambar |
|
Art work yang menarik di sini |
|
Antara sejarah kilang Cadbury |
|
Rambang mata semua nak... |
|
Nak itu...nak ini... Toblerone tak dipandang pula |
|
Akhirnya dah dapat... |
Setelah 40 minit berada di sini,
kami melangkah keluar. Baru ternampak pasaraya FreshChoice di seberang jalan
kilang Cadbury ini. Tapi memandangkan barang-barang keperluan masih cukup, kami
meneruskan tour kami ke Dunedin Railway Station yang terletak dalam 100 meter
berjalan kaki. Sampai sahaja di depan bangunan keretapi ni, masing-masing mula
la berposing.. Cuaca yang cantik dan cerah tapi tetap terasa kedinginannya. Anak-anak mula la bergambar sana sini.
Kebetulan ketika kami di situ, ada pula keretapi yang baru sampai. Maka, lagi
teruja mereka melihat ketibaan keretapi encik Thomas ni.
|
Taman bunga yang cantik |
|
Bangunan lama yang klasik |
|
Kanak-kanak riang |
|
Macam-macam style |
|
sini pula |
|
nak yang ni pula |
|
Sejarah dan memori Railway Station ni |
Di bahagian atas bangunan stesyen
keretapi ini ada galeri seni. Sempat juga la masuk untuk bergambar. Dah puas
bergambar di dalam bangunan, kami keluar dan berjalan semula ke hotel untuk
mengambil kereta.
Destinasi seterusnya adalah untuk mencari signboard yang
bertulis University of Otago. Itu antara mercu tanda dan kebanggaan rakyat
Dunedin. Ianya antara Universiti yang tertua di New Zealand. Malangnya kami tak
dapat jumpa mercu tanda Universiti tersebut. Sebab bila guna google map, ada
beberapa kampus Univeristy of Otago. Bila kami ke sana, jumpa bangunan akademik
dan kampus tersebut, tapi bukan lah signboard atau mercutanda besar yang
dicari.
|
Berehat sebentar menunggu keretapi Encik Thomas |
|
Lantai yang cantik dan unik |
|
Keterujaan yang terlebih |
|
Penuh penghayatan |
|
Tingkat atas ada galeri seni |
|
Teruja tengok bunga ros yang besar dan sangat wangi |
|
Nak bau lebig dekat... sangat wangi bungi di sini |
|
Gembira di dalam hati dapat solat Jumaat di sini |
Setelah solat Jumaat, jam 2.00
petang kami bergerak mencari Baldwin Street yang terletak dalam 5 km dari
Masjid. Ianya menghala ke arah Dunedin Botanical Garden. Ramai juga tourist
yang ke Baldwin Street ini. Ianya merupakan salah satu tarikan di Dunedin untuk
melihat jalan paling curam dan tinggi untuk kawasan kediaman di dunia. Ini
kerana kawasan ini berbukit dan rumah-rumah didirikan di sekitar lereng bukit
yang curam ini. Ada sebuah rumah kedai yang menjual gambar-gambar dan poskad
serta beberapa barangan cenderamata di sini.
|
Sampai juga ke sini akhirnya... |
|
Ramai yang mendaki jalan di belakang tu.. kami bergambar di kaki bukit ini sahaja.. |
|
Ramai mak jemah mendaki sampai ke atas... hanya rumah-rumah rakyat NZ je di sini. |
|
Kedai yang menjual poskad dan souvenir |
|
Papan tanda |
Selesai bergambar, kami menghala
ke Invercargill. Kononnya nak berhenti di Dunedin Botanical Garden untuk makan
tengahari, namun parking agak penuh pula di situ. Jadi kami teruskan perjalanan
ke arah Selatan terus menuju ke Invercargill. Memandangkan ketika itu jam 3
petang, kami tidak berhajat untuk ke Peninsular Otago dan St Kilda Beach.
|
Selamat Tinggal Dunedin |
|
Kawasan kediaman di Dunedin |
|
Menuju ke Invercargill |
Perjalanan ke Southland,
Invercargill sangat cantik. Di kiri kanan jalan penuh dengan ladang ternakan
haiwan kambing biri-biri, lembu, dan kuda. Cuaca yang cantik, langit yang
membiru nampak seolah-olah lakaran lukisan. Kami mencari taman yang menyediakan
kerusi meja untuk makan tengahari. Ada signboard taman rekreasi kecil di tepi
jalan di sediakan untuk kita berhenti. Namun di sini tiada kemudahan paip air
atau tandas. Taman/Park ini hanya menyediakan kerusi dan meja untuk kita
berehat dan berhenti makan. Dapat lah kami berkelah untuk makan tengahari di
sini membuka bekalan yang telah dimasak di hotel pagi tadi.
Kita layan gambar-gambar pemandangan sepanjang perjalanan ni dulu....
|
Patuhi speed limit |
|
Sesekali baru jumpa kenderaan |
Selesai makan tengahari jam 4
petang, kami meneruskan perjalalan semula melalui beberapa bandar seperti
Balclutha, Clinton, Mataura, Edendale. Setiap kali lalu di pekan atau bandar,
kita perlu patuhi had laju di sana iaitu 50 km/sejam. Bila tiba di pekan atau
bandar sahaja baru kelihatan ramai orang. Sepanjang jalan agak sukar untuk
berjumpa orang atau melihat rumah.
|
Teruja dapat tengok biri-biri dan lembu... |
|
Terjumpa satu park untuk berhenti makan tengahari di sini |
|
Sebelum tu dah alas perut makan sandwich dalam kereta.. Late lunch ni.. |
|
Nasi beriani dan Ayam Kurma |
|
Muka baru bangun tidur |
|
Berselera picnic di sini |
|
Lagi 158 KM ke Invercargill ..jauh lagi... |
|
Jalan lurus |
Ladang-ladang di sini agak luas. Di tengah
ladang yang luas itu akan kelihatan rumput-rumput kering dalam gulungan yang
besar dipanggil Hay Bale untuk disimpan yang akan digunakan untuk makanan
haiwan ternakan ketika musim sejuk. Ladang-ladang ini mempunyai paip siraman
air yang besar-besar. Jentera atau kenderaan pertanian di sini juga agak
canggih dan jarang dilihat. Mereka sangat maju dari segi teknologi pertanian
dan kejuruteraan.
|
Dah geram sangat tengok sheep ni... akhirnya berhenti juga la tepi ladang sheep.. |
Ketika tiba di Bandar Edendale,
kami melalui sebuah kilang tenusu yang besar. Kelihatan banyak tanker atau lori
tangki yang membawa susu lembu atau kambing ke arah kilang ini. Kilang ini
adalah tempat memproses hasil tenusu bagi jenama besar seperti Fernleaf, Anmum,
keju Anchor dan sebagainya. Kilang ini adalah juga perkongsian dengan penduduk
tempatan yang mempunyai ladang ternakan haiwan. Mereka menjalinkan hubungan
perniagaan secara ‘partnership’ dan menggunakan sistem koperasi bagi membantu menguruskan
jualan hasil ternakan peladang di sini.
Laluan yang kami pilih untuk ke
Invercargill agak terpencil. Kurang kenderaan tapi masih ada kenderaan yang
lalu-lalang untuk ke Invercargill. Mungkin agak sunyi jika di waktau malam. Tapi pada waktu siang hari,jalan
ini masih lagi selamat dan kurang berisko. Walaupun laluan ini terpencil, namun
jalan raya di sini agak baik dan jarang rosak. Had kelajuan jalanraya juga harus
dipatuhi iaitu 100 km/sejam.
Jam 5.30 petang, kami tiba di Hacienda Motel. Kedudukan motel ini adalah
sebelum tiba bandar Invercargill. Kami diberi dua unit apartment (untuk 4 orang
dan 3 orang). Semua bilik motel ini adalah di atas tanah (ground level). Jadi
semua kenderaan boleh diletakkan di hadapan apartment. Mudah untuk kami
mengangkat beg-beg yang besar.
|
Tak dapat tidur sebab takut ter miss pemandangan yang indah sepanjang jalan |
|
Check in Motel dulu |
|
Parking depan motel je |
|
Bilik yang luas |
|
Ada kemudahan dapur yang lengkap |
Setelah selesai urusan
memindahkan beg dari kenderaan ke bilik, kami berehat seketika dan menyediakan
hidangan minum petang, sementara yang lain menyempurnakan solat Asar. Waktu Asar
agak lewat, lebih kurang jam 5.30 petang. Rancangan asal untuk ke Bluff
sepatutnya keesokan pagi. Tapi memandangkan kami sampai awal dan hari masih
cerah, jadi kami perlu manfaatkan masa yang terluang. Jika kami ke Bluff pada
petang tersebut, kami dah dapat jimatkan masa 2 jam esok hari, agar kami dapat
terus ke Milford Sound pada sebelah petang keesokan hari. Kerana, mengikut
ramalan kajicuaca, hujan akan turun pada pagi lusa. Dan laluan ke Milford agar
sukar dan merbahaya ketika hujan. Adakalanya jika ada tanah runtuh, jalan ke
Milford Sound akan ditutup. Jadi untuk mengurangkan risiko tersebut, kami
membuat Plan B untuk ke Milford Sound pada sebelah petang esoknya (plan asal
adalah lusa sebelah pagi). Agak penting juga untuk kita semak ramalan kajicuaca
di sini supaya mudah perjalanan kita nanti. Saya guna weather foreacast untuk
semak ramalan cuaca harian sepanjang berada di sana kerana jika cuaca sejuk,
kita boleh sediakan baju tebal untuk anak-anak.
|
Kilang tenusu |
|
Ladang rusa |
|
Sesekali jumpa rumah di tengah ladang |
Perjalanan ke Bluff dari Motel
yang kami diami dalam 20 minit. Ada laluan alternative lain yang lebih dekat
tanpa kami perlu melalui bandar Invercargill. Dari Invercargill ke Bluff ada jalan highway yang lebih lebar. Menggunakan aplikasi navigator Google
Map, kami menuju ke arah Bluff Hill. Sebenarnya plan asal setelah
membaca beberapa blog traveller yang telah ke Bluff, kami nak mencari Stirling
Point yang ada papantanda destinasi beberapa tempat. Malangnya tak jumpa pula.
Ada papantanda dari atas Bukit ini, untuk ke Stirling Point tu perlu berjalan
sejauh 2 km menuruni bukit tersebut. Agak curam dan macam kawasan belukar pula
nak ke sini, jadi kami tak berani untuk menuruni laluan ini. Sebenarnya ada
laluan berkereta lain untuk terus ke Stirling Point ini. Info lanjut boleh lihat di sini:
https://southlandnz.com/discover/bluff dan link ini :
https://www.bluff.co.nz/a-look-at-bluffs-past
|
Kelihatan Steward Island dan Selat Foxeaux |
|
Jalan turun/tracking track untuk ke Stirling Point |
|
Silau...matahari hampir terbenam ketika ini jam 8.00 malam |
Dengan flora dan fauna yang
sangat cantik, ianya membuatkan kami terleka seketika. Setelah puas bergambar
di puncak Bluff Hill ini, kami turun ke pekan kecil Bluff. Keadaan senyap sunyi
seperti tiada langsung penghuni dan penduduk tetap di sini. Boleh kira dengan
tangan bilangan tourist yang datang sini. Agak rugi jika anda telah sampai di
Southland New Zealand ini tapi tidak ke puncak bukit ini untuk melihat
pemandangan yang sungguh menakjubkan kerana kita berada di lautan lepas
menghadap benua selatan Antartika dan Selat Foveaux.
|
Bluff Hill atau dalam bahasa Maori nya adalah MotuRohue |
|
Dari Bluff ini ada feri yang boleh dinaiki untuk ke Steward Island |
|
Signpost setiap tempat menunjukkan arah sesebuah tempat dari atas puncak bukit |
|
Latar belakang Port of Bluff |
|
Kagum dan terpegun melihat bunga berwarna coklat |
Dalam perjalanan pulang, kami
menuju kea rah bandar Invercargill. Jalan yang agak sunyi dan lengang. Sesekali
terserempak dengan lori panjang dari Port Bluff ke arah yang sama ke
Invercargill. Di sini terdapat juga kilang tenusu. Dari Bluff untuk ke Invercargill melalui highway adalah sekitar 25 minit. Jika ke Bluff, jalan lupa mengambil gambar signpost (di penghujung South Highway di Bluff ni) dan signboard bertulis Bluff. Dan jika kenderaan anda sesuai untuk mendaki, luangkan masa ke Bluff Hill untuk menikmati keindahan bumi Allah yang sangat indah.
Ketika dalam perjalanan pulang jam 8.45 malam, matahari mulai turun dan terbenam. Malangnya kami dah dalam kereta dan hujan renyai mulai turun. Jadi kami hanya dapat mengambil gambar dalam kereta sahaja. Namum, ianya cukup indah.. kebesaran yang Maha Esa.
Sabun basuh pakaian juga telah
dibeli di pasaraya untuk membasuh baju, malangnya laundry di motel di tutup
pula pada jam 9 malam. Maka, kami simpan semula pakaian kotor yang nak dibasuh.
Usai makan malam, kami berehat. Anak-anak yang paling gembira dapat menikmati
strawberry bercicahkan coklat. Sudah dua hari kami membeli buah strawberi yang
segar ini dari pasaraya.
Malam berpasangkan heater, masing-masing
tidur keletihan. Suatu kepuasan yang tak terkata dapat melihat matahari
terbenam dari puncak bukit. Lena diulit mimpi yang indah. Terima kasih Ya Rabb.
Selamat Malam Invercargill
Hacienda Motel, 679 Tay Street, 9810 Invercargill
Kelebihan hotel ini:
1. Lokasi
sangat baik di tidak jauh dari beberapa buah pasaraya Countdown dan Pak’nSave
Invercargill
2. Tidak
berapa jauh dari Masjid Invercargill (dalam kawasan perumahan berdekatan)
3. Bilik
yang selesa dan kemas. Boleh parking kereta depan bilik/apartment.
4. Kelengkapan
dapur yang lengkap.
5. Laundry
atau mesin basuh serta mesin pengering juga disediakan di motel, sebelah
office. Boleh guna sebelum jam 9 malam. Atau pada waktu pagi mulai jam 8 pagi.
6. Check
in baru mereka charge ke dalam credit card atau pembayaran juga boleh dibuat
dengan tunai.
Bersambung… to be continued ke
Part 6
No comments:
Post a Comment