Part 3: Perjalanan yang lama dan dugaan untuk ke
Christchurch
Hari Pertama dan Kedua
28 November 2017 (Selasa)
KL-SYDNEY-CHRISTCHURCH
Perjalanan dari Jementah ke
Bentong bermula dari jam 10.30 pagi setelah urusan di UiTM selesai kerana
menjadi vendor serta mentor untuk program pelajar UiTM bagi subjek Consumer
Behavior. Kami tiba di Bentong sekitar jam 2
petang dan makan tengahari di rumah Mak. Usai makan, kami berehat dan packing
semula beg bagasi yang besar untuk masukkan barang stok makanan serta periuk
nasi kepunyaan Mak. Jadi kami satukan semua barang makanan dalam satu beg sahaja untuk memudahkan membuat declaration nanti di kastam.
Van tiba di rumah pada jam 4 petang
seperti yang dijanjikan. Dan kami menaiki van yang disewa khas dari Sri Marong,
Bentong ini untuk ke KLIA2. Dalam perjalanan, kami berhenti rehat di R&R Dengkil
untuk solat Asar dan minum petang. Seterusnya kami tiba di KLIA2 jam 8 malam
dan selesaikan urusan check in di kaunter.
|
Adik dan adik ipar yang turut menghantar ke airport |
|
Untung berjalan dengan warga emas dan kanak-kanak ni.. dapat keutamaan |
|
Naik buggy di KLIA2 |
Penerbangan Air Asia X D7 222 berlepas
dari lapangan terbang KLIA2 tepat pada masanya iaitu jam 11.20 malam. Dalam flight,
anak-anak tidur lena mungkin kerana dah penat berlari sana-sini bermain. Pesawat agak penuh juga pada malam itu kemungkinan kerana cuti
sekolah. Kami telah membuat tempahan nasi lemak dan nasi ayam secara online.
Anak-anak pesawat cabin crew akan menghidangkan dua kali meal dalam kapal
terbang. Memandangkan anak-anak tidur sebaik berlepas, jadi kami ambil meal
yang telah ditempah ketika kali kedua cabin crew bawa dan hidangkan makanan
sekitar jam 5 pagi waktu Malaysia. Penerbangan selama lebih kurang 8 jam
berjalan lancar tanpa sebarang keadaan cuaca buruk. Jam 5.30 pagi dah mula nampak
ufuk timur kemerah-merahan matahari bakal terbit. Sangat cantik pemandangannya.
Sempat juga ke bilik air mengambil wuduk dan menunaikan solat Subuh.
|
Muka mengantuk tapi teruja |
Jam 10.25 pagi waktu di Sydney,
kami tiba di lapangan terbang antarabangsa Kingsford. Kami tiba 20 minit lebih
awal dari yang dijangkakan. Ketika pendaratan yang agak ‘cantik’ dan tidak
terasa gegarannya, penumpang-penumpang bertepuk tangan dalam kapal terbang.
Syukur, anak-anak tak meragam sepanjang pernerbangan dan mereka sangat teruja.
Ini adalah pertama kali mereka terbang jauh dan lama selama lapan jam. Sebelum
ini pernah ke Korea tapi tak selama ini.
|
Kosongkan ruang di kaki... lepas ni kita tidur |
Cuaca mula terasa dingin sebaik
sampai. Kami diberi pilihan samaada mahu keluar ke balai pelepasan dan ketibaan
di lapangan terbang atau duduk sahaja di dalam ruang transit di balai
pelepasan. Kami memilih untuk keluar dan berehat di balai ketibaan kerana
flight seterusnya adalah jam 6.45 petang menaiki penerbangan Qantas ke
Christchurch. Jadi kami perlu check in jam 3.45 petang. Masa yang ada selama 5 jam
ini kami gunakan untuk makan, solat dan mandi serta berjalan-jalan di dalam dan
luar airport.
|
Tiba di Airport Sydney |
Sebaik tiba di kaunter imigresen,
mereka memberi keutamaan kepada keluarga yang membawa anak kecil dan warga
emas. Mereka membenarkan kami satu kumpulan untuk ke kaunter tanpa perlu
beratur panjang. Di kaunter ini borang declaration atau pengisytiharan yang
telah diisi dalam kapal terbang disemak. Untuk ahli keluarga yang lain memang
tiada barang-barang yang diisytiharkan. Hanya satu form sahaja kepunyaian saya yang
saya isytihar. Ini bagi memudahkan urusan yang lain agar ahli keluarga tak
perlu beratur panjang dan dibenarkan ke laluan green lane. Jadi saya seorang
sahaja ke laluan khas untuk pemeriksaan beg.
|
Pokok Krismas |
Mereka bertanyakan barang-barang makanan
yang dibawa dan telah diisytihar. Sambil menunjukkan senarai panjang 4 helai
kertas barang makanan dan ubatan yang dibawa, saya dibenarkan keluar tanpa perlu membuka beg. “What a long shopping
List you have here”, kata seorang pegawai kastam di situ. Saya terangkan barang
makanan tersebut untuk kami gunakan di New Zealand nanti dan kami hanya transit
beberapa jam di Sydney sebelum berlepas malam nanti. Akhirnya mereka benarkan
saya keluar tanpa banyak soal.
|
Bunga lily ni wanginya Mama |
Ahli keluarga yang lain ke lorong
hijau atau green lane yang tiada barang-barang declare. Mereka membawa beg
pakaian sahaja. Dan mereka perlu berhenti di suatu tempat secara berkumpulan
dan seorang anjing pengesan akan mengelilingi beg tersebut. Alhamdulillah,
ianya pantas dan tiada keraguan. Semuanya lepas tanpa sebarang masalah.
Sebenarnya nasib-nasib juga bila lalu di kastam checkpoint ini… maka banyakkan
berdoa agar dipermudahkan urusan kita.
|
Kristal ball kononnya |
Seterusnya kami ke balai ketibaan
dan berehat di sana. Sempat juga saya dan anak-anak keluar di pintu airport
untuk bergambar di luar dan menghirup udara segar di situ. Cuaca baik namun
agak sejuk. Kami hanya makan biskut, roti dan membeli kentang goreng McDonald
di sana. Kagum dengan servis McDonald di sana. Kita tak perlu menunggu lama di
kaunter. Kurang dari 2 minit memang kita akan dapat makanan yang dipesan. Di
sana pelanggan juga boleh membuat order makanan dari mesin khas untuk pesanan
makanan dan membayar menggunakan kad debit atau credit sahaja. Jadi tak perlu
risau jika tiada wang tunai. Semua kemudahan ada dan mudah serta pantas.
|
Ronald Mc Donald |
|
Mesin ni la untuk order dan bayar makanan yang dibeli |
|
Tak perlu bawa wang tunai.. bawa kad sahaja di mana-mana |
|
Duit tukaran Australia |
Banyak juga kedai makanan halal
di airport ni. Ada juga restoran Thai yang halal di balai pelepasan. Dan ada
beberapa kedai Kebab milik orang Turkey di sana. Setelah makan, kami bertanyakan
surau kepada seorang staff restoran yang memakai tudung di McDonald. Surau dan
bilik air untuk mandi (Shower) ada di tingkat atas balai pelepasan. Maka kami
perlu naik ke tingkat 2.
|
Mesin ni pun guna kad debit atau credit juga ya.. tak perlu tunai pun... |
Anak-anak sempat mandi dan
menukar baju di bilik air yang ada kemudahan pancur air (shower). Wuduk boleh
diambil di bilik air ini kerana surau atau prayer room di tingkat 3. Setelah
siap dan membersihkan diri, kami ke surau di tingkat 3. Jika tak pasti arahnya,
boleh bertanya kepada staf-staf airport. Mereka sangat peramah dan boleh
tunjukkan.
Surau ini adalah subuah bilik
yang telah diubah suai. Hanya ada satu surau yang boleh dikongsi oleh Muslimin
Muslimat. Bangsa dan mereka yang beragama lain juga boleh menggunakan prayer room ini. Ada selipar dan sejadah disediakan di dalam cabinet kecil di belakang
pintu. Ruangnya agak besar. Boleh berehat di sini seketika dan selesa. Ada beberapa
orang staff Imigresen yang berbangsa Pakistan yang kami temui di surau ini bekerja
di airport Sydney. Mereka telah lama migrate ke Sydney. Mereka juga yang memberitahu ada beberapa
restoran halal di airport tersebut.
|
Tandas dan ada gambar 'shower' pancuran untuk mandi |
|
Boleh cari bilik air ni.. untuk ambil wuduk dan mandi |
|
Notis dalam surau |
|
Ruang dalam surau |
|
Ini lah prayer room atau surau yang boleh digunakan di Sydney Airport |
Jam 3 petang (Waktu Sydney) kami
keluar dari Surau untuk mencari kaunter Qantas untuk check in. Tiket yang
dibeli sebenarnya dari Emirates. Memandangkan kedua-dua syarikat ini adalah
business partner, ketika pergi ke Christchurh, flight operated oleh Qantas.
Manakala penerbangan balik nanti dari Christchurch adalah flight Emirates.
|
Di kaunter Qantas untuk daftar masuk |
Ketika tiba di kaunter untuk
check in, kami adalah antara orang yang terawal. Banyak mesin check in
disediakan. Namun kami lebih suka check in di kaunter. Ketika di kaunter Qantas
untuk check in, masalah melanda. Semua ahli keluarga yang lain dah dapat
boarding pass. Tapi masalah untuk anak bongsu Zarra yang terdapat keraguan
tentang maklumat beliau. Dalam system di sana, jantina Zarra adalah ‘boy’.
Dalam passport jantina nya perempuan. Agak lama juga pakcik kaunter ini cuba
menyelesaikan masalah ini. Kerisauan mula menyelubungi diri.. risau tak lepas
pula nak naik flight ke Christchurch. Setelah hampir 40 minit pakcik crew tu
telefon sana sini untuk pengesahan jantina, akhirnya baru selesai masalah ini.
Suatu perasaan yang sangat lega…. Macam-macam masalah nak sampai ke bumi
Kiwi... dari mula nak beli tiket flight, masalah visa suami, dan akhirnya
masalah jantina dalam sistem imigresen di Australia la… banyak dugaan kami
lalui untuk sampai ke sini.
|
Serius betul muka pakcik ni.. tapi sangat-sangat baik untuk menyelesaikan masalah kami |
Nasib baik kami check-in awal 3
jam. Bayangkan lah jika kita ambil connecting fligt yang jarak masanya agak
pendek dan singkat, pasti terkejar-kejar dan boleh terlepas flight. Dah la beli tiket tu mahal. Belum tentu ada seat atau tiket lain jika tertinggal flight.. Sebab tu
kami reserve kan masa menunggu beberapa jam yang agak lama.., dan kami tak berani keluar ke
Sydney untuk berjalan-jalan dan balik semula ke airport, sebab tak nak
terkejar-kejar sana sini kerana kekadang masalah yang timbul tidak dapat
dijangka. Ada juga traveller yang sanggup keluar ke Sydney CBD semasa menunggu
connecting flight malam. Tapi banyak risikonya juga.
|
Dah penat menunggu |
Ketika masuk ke kaunter imigresen
untuk cop passport, sekali lagi kami diarahkan ke laluan khas yang membawa
kanak-kanak dan warga emas. Jadi kami tidak perlu beratur panjang di kaunter
imigresen. Cuma bila tiba di tempat nak scan beg dan laluan x-ray tu, suami
pula dipilih secara rawak untuk masuk ke dalam satu bilik kecil x-ray
pemeriksaan menyeluruh. Pmeriksaan pihak kastam dan imigresen di Australia
sangat-sangat ketat. Sentiasa lah berdoa agar urusan dipermudahkanNya. Syukur,
akhirnya kami dapat bersantai-santai menunggu masa untuk berlepas di ruang
legar balai berlepas sambil cuci-cuci mata.
|
Akhirnya dapat juga boarding pass |
Akhirnya penerbangan Qantas
berlepas dari airport Sydney jam 6.45 petang. Sebelum tu kami dah ke gate 31.
Namun tiba-tiba ketika menunggu di situ, baru perasan pintu gate telah ditukar
ke gate 25. Dan bila tukar gate ini lah, rupanya bantal busuk Zarra tertinggal
di gate 25. Dan sedar ketiadaan bantal ini dalam flight sebab nak tidur. Nasib
baik la Qantas ada bagi bantal kecil dan selimut. Dapatlah mereka gunakan dalam
flight. Malangnya saya terlupa nak request halal meal beberapa hari awal
sebelum berlepas. Jadi kami hanya diberi vegetarian food, roti dan biskut.
Lapar punya pasal, kami siap request lagi roti dan biskut dari crew cabin. Crew pun baik-baik belaka... siap tanya nak apa-apa lagi sebab kami je Muslim dalam flight tengah malam tu dan bawa anak kecil. Anak-anak semua lena dalam penerbangan yang memakan masa 3 jam itu. Untuk kanak-kanak, dapat juga la travelling kits dan goodies bag berisi alatan tulis dan mewarna.
|
Cuci-cuci mata di duty free shop |
|
Sabar ya Dik.. nanti balik semula ke Sydney kita beli koala bear ya |
|
Di airport Sydney memang banyak USB port untuk charge handphone atau gadget |
|
Kenangan dengan bantal busuk yang tertinggal.. Dah emel kepada airport, malangnya tak jumpa juga |
|
Bantal yang hilang |
|
Sebelum tukar Gate untuk naik flight.. Patut la ada Vietnam Airlines di situ... Sentiasa check gate mana takut tiba-tiba tukar |
|
Port untuk Charge HP dan Devices |
|
Float Coke yang cukup murah..AUD1.00 sahaja |
|
Nak order McD pun canggih mesin order nya. Bayar guna card ATM atau credit card pun boleh. |
|
Plane dah sampai.. tunggu boarding |
|
Sibuk nak earphone sorang satu |
|
Agak selesa ada entertainment lagi |
Kami tiba di lapangan terbang
antarabangsa Christchurch jam 11.40 malam. Ketika sampai, tiada fligt lain yang
tiba. Jadi airport agak lengang dan tiada orang. Di airport duty free shop,
saya membeli simkad New Zealand untuk memudahkan saya menelefon pihak motel,
kereta sewa dan menggunakan GPS sepanjang perjalanan kelak. Simkad NZ dan data
yang dibeli berharga NZD43 (beli di Airport ada diskaun). Mereka siap masukkan
kad sim tersebut dan kita dah boleh terus guna.
Seterusnya ke kaunter imigresen
untuk urusan chop passport. Pegawai di kaunter ini sebenarnya yang menandakan
pada form declaration kita sama ada kita perlu ke green lane atau lorong
barang-barang yang telah diisytihar. Pastikan kita mengisi form declaration dan
arrival card New Zealand ini di dalam kapal terbang. Sekali lagi, hanya saya
seorang yang mengisytihar barang makanan. Ahli keluarga lain melalui lorong
hijau. Alhamdulillah, anjing pengesan ada seorang sedang bertugas tapi anjing
tersebut sibuk menghidu-hidu beg orang lain. Dan kami lepas tanpa masalah.
|
Ada movie dan games tak la bosan sangat |
Saya juga tunjukkan list senarai
barang yang dibawa. Mereka hanya tanya kepada kita barang apa yang dibawa..
Mungkin kerana sudah lewat malam, jadi ianya tak ada lah rumit dan prosesnya
agak cepat.. Tak sampai sejam pun urusan di sini selasai dan kami keluar di
balai menunggu ketibaan. Di sini saya membuat panggilan telefon kepada Motel
yang ditempah. Mereka menyediakan pengangkutan atau airport transfer ke motel
sehingga jam 2 pagi. Dan kita perlu maklumkan kepada mereka terlebih dahulu
semasa booking motel.
|
Ketika sampai di Christchurch International Airport, suasana lengang |
|
Boleh guling-guling tak ada orang di kaunter imigresen |
|
Beli SIm kad terus di duty free shop airport sebab dapat diskaun. Beli NZD43 dan boleh cover seminggu sebab guna GPS |
|
Tolak beg keluar dari airport cari gate 3 untuk tunggu van shuttle ke motel |
|
Dah mula rasai suasana Christmas |
|
Dah mula sejuk... sekitar 20 Celcius |
|
Sejuk beku.. sementara tunggu van shuttle dari motel |
Wakil motel tersebut mengarahkan
kami menunggu di luar airport di pintu 3 domestik. Kami mengambil beg dan
menolak troli ke pintu 3. Kira-kira 10 minit kemudian, tiba van shuttle yang
ditunggu. Sebaik sampai, kami diberi kunci bilik. Kami diberi satu apartment 2
bilik (dua queen bed dan 2 single bed) dan satu bilik studio (2 katil single).
Pada asalnya ketika membuat tempahan bilik melalui booking.com saya menempah
satu apartment dua bilik (2 queen bed dan 2 single bed). Tapi memandangkan kami
bertujuh dan ketika menempah airport shuttle van motel ni dengan menyatakan
kami 4 dewasa dan 3 kanak-kanak, mereka cuba membuat pengesahan semula. Saya
nyatakan ada tiga kanak-kanak semuanya dan seorang kanak-kanak tidak memerlukan
katil atau tilam. Dan saya sanggup bayar extra bed jika mereka nak. Sebenarnya
bukan masalah bayaran mengikut kata manager yang menghantar emel tersebut.
Mengikut fire policy di sana, sejak berlakunya gempa bumi yang dahsyat di
Christchurch tahun 2011 (jika tak silap saya), maka fire policy untuk
hotel/motel lebih ketat. Seorang perlu ada katil sendiri. Saya tak pasti dengan
keperluan lain. Maka, mereka mengesyorkan untuk menambah satu bilik studio
untuk dua single bed.
Jika di Malaysia,syarat di
homestay atau hotel tak ketat sangat berapa orang boleh bermalam dalam sesebuah
hotel, tapi di luar negara agak berbeza. Di Malaysia pun child car seat tak
pakai pun tak apa, tapi di New Zealand dan Australia, jika tak pakai boleh
dikenakan saman.
|
Van Motel yang ditunggu telah tiba |
|
Cantik dan selesa |
|
Ada heater di bilik. Lega dapat bilik yang selesa.. |
|
Dapur |
|
Ruang Tamu |
|
Tiba-tiba ada seekor kucing ni ikut masuk dalam bilik juga |
|
Gemuk nya kucing ni |
|
Apa kah ini? Gula pasir ..complimentary untuk buat air... packaging nya pun cantik.. |
Sampai sahaja di bilik jam 1 pagi
waktu Christchurch (5 jam lebih awal dari Malaysia), kami buka beg stok makanan
dan panaskan nasi goreng kampong dalam microwave. Nak guna pinggan mangkuk di
sana, kami akan gunakan sabun Taharah yang dibawa untuk sertu terlebih dahulu.
Selesai makan, kami berehat dan
tidur dengan nyenyak setelah perjalanan yang sangat jauh dan berliku untuk tiba
di sini. Cuaca sangat dingin di luar sekitar 10°Celcius. Terpaksa lah kami
menggunakan heater dalam bilik. Masing-masing kepenatan dan lena diulit mimpi.
Saya solat Subuh dulu jam 3.30 pagi sebelum tidur sebab takut tak sedar
keesokkannya. Dah janji dengan company car rental untuk mereka datang mengambil
kami di motel ini jam 8.30 pagi. Harap-harap dapat bangun awal esoknya.
|
Motel yang selesa |
Penginapan di sini sangat baik.
Sangat disyorkan kerana:
1) Menyediakan
airport transfer dari Airport ke Motel dari jam 7 pagi hingga 2 pagi.
2) Tak
berapa jauh dari airport (lebih kurang 5 km)
3) Bilik
yang selesa dengan kelengkapan dapur
4) Servis
yang baik dan staff yang peramah (milik orang Cina warga Hongkong)
5) Bilik
apartment semuanya atas tanah (ground level), dan boleh parking kereta hingga
depan bilik.
6) Ada
taman permainan untuk kanak-kanak.
Airport Lodge Motel, 105, Roydvale Avenue, 8053 Christchurch.
http://www.airportlodge.co.nz/
|
Ingatkan ini pokok lupin |
|
Reception.. nak check out hantar kunci sahaja.. tak ada sign apa-apa pun... |
No comments:
Post a Comment