Friday, May 4, 2018

Kembara bersama anak kecil ke Bali - April 2018


Ada berani?? Haaaa.... Sayup mata memandang...

Eco-Pelancongan di Bali yang sangat mengagumkan...


Genap seminggu meninggalkan Pulau Bali. Namun kenangan masih menggamit memori. 

Sebelum ini ramai yang mengatakan Bali sesuai untuk couples atau pasangan sahaja.. Ianya tak sesuai untuk famili atau yang ada anak-anak kecil ni. Namun, ternyata ianya salah dan tanggapan negatif ini tidak tepat. Banyak sungguh aktiviti dan tempat yang kita boleh lawati di Bali. Percutian 5 hari dan 4 malam ini pun tak habis cover semua tempat menarik di Bali.

Ada yang bertanyakan itinerary kami di sana. Secara jujur, kami tiada itinerary lengkap dan bukan dapat dari awal sebelum ke sana. Sebenarnya boleh je minta dari tour agent ini. Sebaik tiba di airport, tour guide yang bertanyakan kami mahu ke mana. Mungkin mereka sudah ada aturcara program ini, tapi ianya customise dan boleh berubah mengikut kehendak pelanggan. 

Boleh ambil brochure di sini.. sebelah tempat ambil bagasi.. 
Sampai airport pun banyak brochure disediakan untuk pelancong. Ianya percuma. Tapi lebih baik buat homework, tengok FB dan blog mereka yang pernah ke sana. Jadi kita boleh plan dan tahu apa tujuan matlamat kita. 
Jarang airport dipenuhi tour guide yang menunggu macam ini... Di sini sangat2 ramai, tak terbaca satu-satu.

Jadi macam kami yg ada anak kecil ini, haruslah flexible dengan masa. Cukup makan, tidur dan rehat budak2 ni, mudahlah nak bawa berjalan.

Secara ringkasnya perjalanan kami selama 5 hari 4 malam ada seperti berikut.....

RINGKASAN 20-24 April 2018

AirAsia dan AirAsiaX :RM1450 (return 5 pax exclude meal, seat selection and luggage). vs MAS RM2,350. Kena cari tiket yang betul-betul murah atau ada offer, sebab kita boleh jimat kat situ. Jika plus meal, luggage dan seat selection, tambah lagi RM300-RM400. Tapi kita tak kisah duduk mana-mana dalam flight, tak payah beli seat ni.
Travel Insurance jangan lupa beli.. ini wajib dibeli sebelum keluar negara.. Takut apa2 berlaku pada kita semasa travel keluar negara. Saya beli dari satu travel agensi di EZZ Travel Segamat berharga RM80 untuk family plan yang cover unlimited insurance. Ianya berbeza mengikut jumlah hari yang kita pergi. 

😎Tour Guide ( Private tour): Merry August (staff under Tole Meong :Whatsapp >> +6285738908514
🚗Kenderaan yg disewa: MPV Avanza (boleh pilih kereta apa). Harganya 400K rupiah sehari.
🏨Hotel: 2 mlm hotel di tempah melalui Tour Guide Tole Meong di Kuta. 2 malam lg ditempah melalui online Agoda di Santika Hotel Seminyak (tempat conference).



🛫HARI PERTAMA : JUMAAT
1. Flight AA 10.50 am ditunda ke 11.15 am kerana flight tiba lewat (dari Palembang). Dalam flight lunch nasi lemak dan nasi ayam yg dibeli secara online masa booking tiket. 
2. 2.15 pm Tiba di Denpasar Airport... terkejut juga waktu di Bali sama dgn waktu di Msia. Di tempat lain seperti di Medan, Palembang, Jakarta waktunya berbeza dgn Msia. 
3. Selesai urusan imigresen dan kastam dgn mudah. Privilege bawa anak bawah 5 tahun, dapat laluan khas untuk cop pasport. Tak perlu beratur panjang. 
4. 3.00 pm Jumpa tour guide Merry di luar balai ketibaan. Di airport ada Free Wifi.
5. 4.00 pm Tiba di Hotel Alron untuk check in. Mandi, solat dan rehat sebentar. Hotel Alron yg baru ni ada adaptor socket mcm Malaysia plug 3 pin. So boleh terus charge hp. Tak perlu traveler's adaptor. Sempat charge kejap, lupa bawa powerbank. Make sure bateri hp full. Setiap detik nak ambil gambar. 
6. 5.00 pm Dari hotel dibawa ke Jimbaran untuk lihat sunset dan candle light dinner di Ganesha Seafood restaurant di tepi pantai Kedonganan (Seafood agak mahal tapi pengalaman candle light tepi pantai dgn sekumpulan pemuzik ukelele yg sgt menarik).
7. 9 pm Pulang ke hotel untuk berehat.
Seronok dah tiba airport Bali. Cantik kraftangan ni..


Adat menyambut tetamu di sana. Macam di Hawaii pula.. jika di Thailand, dikalungkan bunga orkid. Di sini bunga kemboja yang wangi.


Seronok dapat bunga yang wangi ni

Sogo pun ada di Bali

Penuh sepanjang pantai ini seafood cafe@restoran. Malam lebih cantik. Masing-masing menunggu sunset di sini.



Seronok dapat main pasir






Boleh sewa naik kuda di tepi pantai Jimbaran




3 beradik... 3 sisters

Mr Boss




Meja di tepi pantai ni semua penuh

Sepanjang pantai ni meja penuh. Untuk couple boleh juga pilih dinner candle light yg special.. ada payung tu..

Candle light sesekali

Mengadap pantai.. Jimbaran

Dinner kami... ikan, udang, sotong

---------------------------------------------- KLIA2---------------------------------------------------

Jom Check In.. Anak-anak paling teruja Bawa dua luggage besar untuk 5 orang, 5 hari. 

Hand luggage hanya 7kg dibenarkan. Ada staff AA yang check sebelum masuk ke balai berlepas

Jalan-jalan cuci mata dulu di duty free

Sini ada wifi free... bole tengok PC sini dulu

Jom berangkat... delay dalam 20 minit 

AA lebih sempit daripada AirAsia X. Jika ada pilihan ke destinasi tu Air Asia X, better pilih AA X.

Colour pink purple flight kami hari ni. ALhamdulillah..smooth landing dan cuaca sangat cantik


 HARI KEDUA : SABTU
1. 8.45 am Breakfast di hotel
2. 9.30 am Menuju ke Bali Bidadari Batik. Boleh beli tshirt kosong harga 108,000 rupiah sehelai untuk lukisan canting batik. Siap dalam 10-15 minit.Bayar upah pekerja melukis seikhlas kita. 
3. Di kawasan Celup ini ada beberapa tempat persembahan Barong Dance dan Keris Dance, taruan tradisional selain Kecak Dance. Tapi mula seawal jam 9.30am. Kami tak tengok Barong Dance. Takut anak2 ketakutan. 
4. Bergerak ke Tegalalang. Melalui kawasan industri desa pembuatan product silver dan gold. Kami tak singgah kedai silver sebab anak2 dah tidur. Tapi kami singgah sebuah kedai jahit baju kebaya di sebuah desa. Ada baju yg dah siap untuk anak2 kecil. Beli 3 pasang berharga 370K rupiah. Di butik2 sangat mahal. Melalui kawasan industri desa pembuatan kayu jati dan ukiran perabot kayu. 
5. 11.30 am Tiba di Uma Pakel Swing. Ada tiga jenis buai besar. Boleh pilih. Jika nak naik, bayar 100K atau 150K seorang ( tak pasti sbb takut nak naik). Masuk sini Free. Naik sarang burung tempua, sarang anak burung dan kapal titanic buluh tu pun Free. Shoot lah seberaoa banyak yg nak. Ada sawah padi kecil juga di sini. Ada coffee tester juga jika nak. 
6. Melalui sawah2 padi bertingkat. Ada gerai2 souvenir di kiri kanan jalan. Boleh turun bergambar ke lembah tanaman padi jika mahu. Tapi kami tak singgah sebab dah bergambar dgn pokok padi ( masih belum menguning) di Uma Pakel Swing. 
7. 1.30 pm Terus menuju Kintamani. Kawasan tinggi yang nyaman dan berangin sejuk. Lunch di Restoran Batur Sari. View yang sangat superb betul2 mengadap gunung berapi Mt.Batur. Ada surau di tingkat bawah. Boleh pilih ala carte atau Buffet. Boleh pulak tawar menawar harga minta diskaun sbb kenal tour guide ni. So dapat lah 100K seorang. Jika tak, 130K perpax. Jika ala carte pun mee goreng 65K rupiah sepinggan. Kanak2 free. Save bajet. So kami ambil 3 adult, makan sekali dengan tour guide (walaupun tour guide biasa x makan dgn guest). Boleh beli jeruk atau buah limau di kawasan ini. Ada dijual kiri kanan jalan dan byk ladang limau (jeruk). 
8. 4.30 pm Tiba di Satria Kopi Luwak untuk lihat pemprosesan kopi luwak secara tradisional. Masuk free. Lihat musang kenali pokok kopi. Mereka bg tester coffee. Ada 12 jenis kopi. Jika nak beli, ada jual di kedai. Kami beli paket kecil 100g kopi Satria. Tutup jam 6 petang. 
9. 7.30 pm Kami tiba di Kuta. Minta Merry bawa ke kedai souvenir Krishna. Kedai ni besar mcm supernarket dan 24 jam. Macam2 souvenir berkualiti dgn harga murah di sini. One stop centre. Ada tshirt, beg, topi, batik, kerepek, body scrub, silver dan mcm2 lagi. 
10. 9.00 Balik Hotel. Tunai hajat anak2 mandi swimming pool. Makan di bilik. Kemas barang2. Tidur.

Layan Gambar dulu hari kedua dulu..
Tunggu tour guide di lobby hotel

Mencanting batik

Kain tenunan

Ada juga dijual batik dan kebaya di sini

Dalam 10 - 15 minit mereka menyiapkan lukisan batik ini pada T-shirt. 

Wajib singgah di tempat buatan batik ini.


Banyak ukiran batu di buat di sini..


Ukiran kayu yang cantik2 juga terdapat di sini.. sepanjang jalan nak ke Uma Pakel Swing

Dah tiba di Uma Pakel Swing

Ada demo buat kopi luwak


Ada berani ke?? Bayar 150K seorang jika nak naik buai ini. Ada tiga jenis buai...untuk dewasa sahaja.

Wow...berani sungguh la...

Yang ni ketaq lutuk juga.. tapi cantik langitnya ..cuaca cerah dan langit biru yang membuatkan gambar lebih cantik

Merajuk ke tu??

Masa hubby naik ni, dah cuaca mendung pula

Anak orang ke anak burung ni?

La... anak sapa la dalam hutan ni sorang2.

Eh....anak burung tiga beradik


Lihatlah alam...

Mak burung sekali


Titanic





Si putera katak...


Kedai ni dari buluh..cantik binaannya

Sawah padi

Nak kenal pokok padi

Ada pula kebaya yang siap di kedai jahit di desa ni.. terus sambar untuk tiga beradik..baju raya tahun ni dah siap.. lebih murah jika kita beli di kedai di luar bandar ni..


Selain Uma Pakel Swing ini, ada dua tiga tempat lain yang ada buai... antaranya di Ubud dan Puncak Wanagiri Begudul. 

Lunch di Kintamani.. Di restoran Batur Sari

View yang superb.. sangat cantik





Sempena birthday Atok.. Tapi atok tak dapat ikut sekali sebab ada appointment doktor pakar.




Lihat pemprosesan kopi luwak (najis musang)



Musang tengah tidur.. malam nanti dia berjaga...

12 jenis kopi nak cuba ... kembung perut... ada air koko untuk kanak2 juga.



Belakang tu pun dalam proses untuk buat swing@buai.. daya tarikan baru


Pokok kopi..

Shopping di Krisna

BUka 24 jam... bila2 boleh pergi untuk beli souvenir

Sempat lagi tunaikan hajat anak mandi kolam.


🏖HARI KETIGA : AHAD
1. 9.00 am Breakfast di hotel dan check out.
2. 9.30 Tour guide hantar ke Hotel Santika Seminyak tempat conference. Request early check in dan hantar beg ke bilik. 
3. 10.30 Bergerak ke bahagian selatan pulau Bali iaitu Nusa Dua. Melawat pusat peribadatan 5 rumah ibadat yang sebelah menyebelah. Masuk Percuma. 
4. 12.00 Tiba di Pantai Pendawa. Wow dari jauh bila lihat pantai dr atas bukit. Wajib bergambar di Signboard Pandawa dan buai di tepi pantai. Naik kereta, tour guide bawa terus ke belakang gerai makan tepi pantai. Jika bas, jauh berjalan dari parking lot. Tiada bayaran masuk. Lunch di sini. Beli air kelapa, roti, kebtang goreng. Boleh mandi, tapi panas terik. Bawa sunblock jika perlu. Pantai Jimbaran dan Kuta tak secantik pantai Pandawa. 
5. 3.00 pm Bergerak ke Pantai Melasti Ungasan. Lihat keindahan pantai ombak bergulung2 dan tempat wedding photoshoot. 
6. 4.30 pm Tiba di Uluwatu. Bayaran masuk ke kawasan Uluwatu 20K untuk Dewasa dan 10K jika tak silap utk kanak2. Hanya bayar 50K (dapat diskaun Merry kenal pekerja situ).Diberi kain purple utk dipakai jika pakai seluar pendek. Dan juga kain oren ikat di pinggang. Boleh bergambar tepi tebing dan jika rajin daki ke temple atas tu. View sangat cantik dari atas ni.
Untuk menyaksikan Kecak Dance Uluwatu ni bayar 100K seorang (dewasa dan kanak2 sama harga). Bayar 4 orang sahaja =400K ( seorang kanak2 dpt Free, rezeki Zarra). Limit 1,400 orang sahaja penonton setiap hari. Datang awal utk dpt tempat duduk yg best. Agak2 la tempat duduk yg selesa dan sukar utk si monyet putih tu datang kacau. Mau lari budak ni jika monyet pelakon Kecak tu datang sebelah. Boleh bawa air dan makanan ringan mcm roti, biskut, jajan dlm beg. Sementara tggu show, boleh makan dan ambil2 gambar. Mula persembahan 6 ptg -6.45 ptg. Di sini paling best Kecak Dance sbb dapat tengok sunset dan dengar deruan ombak tepi tebing. Ada watak2 yg nakal cuba kacau penonton. Memang best lihat tarian tradisional kenali budaya baru tarian tanpa alat muzik. Hanya suara dari 70 orang lelaki. 
7. 7.15pm Balik ke Kuta. Jalan sangat jem menghala ke Kuta. 
8. 9.00 pm Singgah makan di KFC sebab tengok anak2 dah tak lalu nak makan. KfC yg ada mainan sebelah sebuah pasaraya. KFC sini halal. 
9. 10 pm Balik Hotel. Rehat.

Layan gambar dulu untuk hari ke tiga (3)

Ready for check out


MPV kami untuk 5 hari (bayar 1.6 juta untuk 5 hari)





Entrance masuk ke Pantai Pandawa.. ada bayaran masuk


Terpegun dan terpesona keindahan pantai


Wow... tak sabar nak mandi

Main main di gigi air


Footsteps

Wajib bergambar di buai ni.. macam yang di Lombok tu..

Dah  basah kena ombak..





Panas terik betul tengahari ni





Makan dulu... lunch








Sayang mama...




Wedding Photoshoot banyak di pantai Melasti Ungasan ini

Memang cantik pemandangan dari sini. Jalan baru Tar.. 

Cuci mata couples sedang photoshoot...








Bergmbar kenangan di Pantai Melasti.. Panas terik di sini.. tapi cantik...

Tiba di Uluwatu.. beli tiket di sini





Tebing tinggi... ada pura(temple) di atas tu. jenuh nak panjat tingginya


Jika pakai seluar pendek, kena pakai kain purple tu.. 







Kisah tarian Kecak 








Sangat teruja lihat tarian ini




Hari-hari lihat sunset yang indah 



Tarian yang unik dan menarik.. 

Dinner KFC


Dinner bersama tour guide kami.. yang banyak sangat membantu..



🏞HARI KEEMPAT: ISNIN
1. 8.30 am Mama seorang je gi breakfast sebab nak bekerja. Yang lain tidur lagi n rehat.
2. 1.30 pm Aunty Merry datang picked up di hotel. Last minute plan ni sebab conference tamat awal, petang plan nak ke Bedugul pula. Sebab ada buai dan view cantik di sini. Plan nak ke Tanah Lot jika sempat ( tapi x sempat sunset di Tanah Lot). Suka budak2 ni dpt jalan lagi hari ni. Dah cukup rehat.
3. 3.30 pm Tiba di Puncak Wanagiri. Memang dah aim tempat ni jika ke Bedugul. Kawasan bukit tinggi mcm Tanah Rata Cameron. Sejuk. Ada strawberrry farm, jagung bakar dan sayur2an. Jika cuaca cerah, view danau dan gunung sangat cantik. Macam2 attraction utk bergambar atas puncak selfie ni. Selain buai, boleh bergambar dgn ular, kelawar, arnab, iguana dan lain2. Untuk masuk di buai ni, bayar 20K seorang. Puashati dapat bergambar dengan buai, buai sangkar, kapal titanic dan pokok nan sebatang berlatar belakang tasik. Buai sebelum ni background lembah dan pokok2 kelapa. 
4. Turun ke Danau Beratan. Pura UlunDanu (temple) di sini yang ada pada gambar duit 50K rupiah. So wajib lah bergambar dgn duit tu. Boleh bergambar dlm taman yg luas ni. Jauh berjalan. Bayar masuk 20K jika tak silap utk dewasa (rate orang tempatan, jika foreigner lagi mahal). Ada rusa@kancil dalam ni. Boleh bergambar dgn seorang photographer situ siap print sekali dgn harga 20K. Tutup jam 6 petang. Hujan mula turun masa nak keluar.
5.6.00 pm Bergerak pulang ke Kuta. Strawberry farm pun dah tutup. Tanah lot pun tak sempat pergi. Dah muka gelap dan hujan renyai. 
6. 8.00 pm Terus menuju ke KFC lagi di Kuta. Lepas makan, ke sebuah pasaraya di shopping mall utk beli brg2 makanan, kek lapis, Coke (koleksi Coke) dan souvenir sikit. Krishna jauh beza lebih murah utk brg souvenir.
7. 9.00 pm Minta Merry hantar ke Hard Rock Cafe dan memorial pengeboman Bali 2002. Happening nightlife di Kuta, Legian dan Seminyak. Banyak kedai2 kiri kanan jalan di sini. 
8. 10.00 pm Balik Hotel dan kemas beg.

Waktu untuk Mama bekerja pula


Alhamdulillah...rezeki hari ini... best paper


Lunch dengan kawan2 baru




Berlatarbelakangkan danau@ tasik



Buai laju laju... Dah mendung ni




Sukanya naik sangkar ni

























Wajib ke sini.. macam di Malaysia, wajib ke Gunung Kinabalu sebab ada gambar dibelakang duit kertas tu.




Ikan kaloi gergasi

Pengsan kepenatan








Cantiknya bunga ini

Teringin nak drive la tu..



Jom makan dulu



Memorial peringatan Bom Bali 2002

🛬HARI KELIMA : SELASA
1. 8.30 am Breakfast
2. 9.00 am Mandi swimming pool di rooftop hotel 
3. 10.00 am Check out
4. Aunty Merry picked up dari hotel. Jalan sangat sesak kerana ada perayaan dan pembinaan. Terpaksa ikut jln short cut takut lambat. Kena keluar awal dari hotel ke airport sebab kadangkala jem teruk walaupun dekat.
5. 12.05 pm Tiba airport untuk check in. Flight 1.30 pm. View sangar cantik utk take off. Airport betul2 sebelah pantai atau atas air. Lunch Nasi lemak dalam flight (booking online RM10.00 jimat RM5). 

6. 4.35pm Selamat tiba di tanah tumpahnya darahku. Cuaca cantik dan mendarat pun smooth je.

Hotel Santika Seminyak

Staff yang friendly

Swimming pool di rooftop

Sempat lagi mandi kolam sebelum balik

Jumpa lagi yaa

Bersih dan cantik tandas ini.. Sesuai untuk family yg ada anak kecil.. rasa selamat tak perlu tinggalkan anak di luar


Ada family toilet yang besar.. Kalau lah di Malaysia ada macam ni di setiap R&R.


Surfers Paradise



Last minute purchase.. boleh habiskan wang rupiah di Hard Rock Cafe di Airport ini.

Flight Air Asia X ini lebih besar.. kena pilih yang ada Air Asia X.. seat nya 3-3-3




Welcome Home

Tunggu grab car di balai ketibaan.. pintu 1.


📢Tips: 

1. Jika ke hutan atau kawasan pokok2, pakailah baju yg warnanya contrast dan cerah supaya terang dlm gambar. 
2. Bawa selipar atau sandal bila ke pantai. 
3. Better booking hotel online sbb lebih murah dan ada offer. Walk in biasanya jauh lebih mahal. 
4. Dalam setahun, ada satu hari dlm bulan Mac yg dipanggil Hari Nyepi atau Silent Day. Tiads hiburan, airport dan semua kedai ditutup. Tak dibnarkan keluar dr rumah atau hotel. Hari keagamaan penduduk sana. Cuba elak pergi tarikh ini. 
5. Ada sesetengah temple, wanita menses keuzuran tak boleh masuk. Ada pantang. Sila jujur utk elak yg tak diingini berlaku. Mulut pun jgn lepas sangat masuk kawasan temple. 
6. Hotel terlalu banyak.. range harga berbeza. Ada yg sampai RM11 ribu satu malam. Boleh tanya tour guide jika tak pasti lokasi hotel sebelum booking. Tak perlu hotel mahal2 sbb setiap hari keluar pagi dan balik dah malam untuk tidur sahaja. Melainkan untuk honeymoon tak keluar bilik la kot 🤔.
7. Hati2 bila tukar duit di money change, semak dan kira semula sebelum beredar. Atau aktifkan kad atm sebelum keluar negara. Senang je keluar duit dari mana2 auto teller ATM ni di sana. 
8. Banyak tempat saya tak sempat pergi. Memang tak habis jalan. Better keluar awal dari hotel supaya dapat cover byk tempat semaksima yang boleh. 
9. Cuaca tak boleh harap sangat pada weather forecast. Kadangkala ramalan hujan, tapi di sesetengah tempat berbukit sahaja. Tapi di area pantai atau selatan pulau panas terik. Bawa pakaian yg sesuai. Kedai laundry DIY pun banyak. 
10. Tukaran wang ketika itu RM288= 1 juta rupiah (tukar di money changer Billion Segamat). 
11. Biasanya kita beri tipping kpd tour guide. Bergantung pd ikhlas kita sebagai token of appreciation. Paling kurang saranannya RM10 perday. Apa2 pun terpulang pd kita nak beri atau tak. 
12. Jika nak pilih tour pakej dari mana2 agensi pelancongan, sila baca detail itinerarynya. Ada banyak company yg first day dan hari nak baliknya ditulis "Free and Easy" and transfer to airport. Mereka untung, kita rugi. Rugi rugi dah datang jauh2 tapi stay di bilik hotel je. Gunakan waktu semaksima mungkin sbb byk tempat utk dilawati.


Moga perkongsian ini memberi manfaat dan rezeki anda pula ke sana melihat kebesaranNya.

No comments:

Post a Comment