Thursday, March 11, 2010

Lawatan Akademik ke Kumpulan Karangkraf dan Royal Selangor (Pewter)


10 Mac 2010
Lawatan Akademik bersama Pelajar-Pelajar Semester Akhir Diploma Perbankan,
UiTM Segamat


Dalam kesibukan dan di saat-saat akhir menanti kelahiran anak sulung, saya sempat membawa pelajar-pelajar tahun akhir Diploma Perbankan untuk subjek MKT361, Principle of Selling, melawat Kumpulan Karangkraf di Shah ALam dan Royal Selangor Pewter di Setiawangsa.
Ianya bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar ini tentang jualan, pemasaran, pembuatan, promosi dan segalanya berkaitan dengan produk agar mereka bersedia menghadapi dunia pekerjaan pada masa akan datang.
Semoga ianya bermanfaat dan berguna untuk pelajar-pelajar ini sebelum mereka bekerja atau sambung belajar kelak.












Family Gathering & Birthday Ngah

23 Februari 2010

Ulang Tahun Ngah ke 33




Sedar tak sedar dah meningkat setahun lagi usia adik kedua saya (Ngah). Bila ada ahli keluarga yang menyambut ulangtahun mereka, kami adik-beradik pasti meluangkan masa bersama-sama untuk meraikannya. Selain itu, dapat la bertukar-tukar cerita, bertanya khabar dan yang penting...makan-makan..





Nampaknya ahli keluarga pun semakin ramai. Insya Allah, tahun ini akan bertambah lagi anak saudara dan cucu baru mak dan abah saya.... Insya Allah, 3 orang cucu baru akan lahir pada tahun ini.. Rezeki...rezeki....





Kali ini kami berkesempatan pergi makan di Genting Sempah. Bagi mereka yang biasa melalui Lebuhraya Karak, mereka pasti tahu di mana R&R Genting Sempah ini. Ianya berdekatan dengan terowong Genting di Karak Hiway...



Apa yang menarik di situ? Pastinya pengunjung yang belum pernah lagi singgah di sini akan teruja bila dapat menikmati makanan barat seperti Lamb Chop, Chicken Chop dan Fish and Chips yang dijual oleh salah satu gerai di R&R Genting Sempah ini.




Pemilik Restoran/ gerai ini adalah En Rosli yang merupakan bekas chef yang telah lama berkhidmat di beberapa buah hotel mewah di Malaysia dan Brunei. Beliau juga pernah 3 kali ditawarkan berkhidmat di tanah suci Mekah oleh Tabung Haji untuk menyediakan makanan kepada jemaah haji... Selain itu, beliau juga pernah menjadi tukang masak kepada kerabat diraja Brunei.. Jadi, tak syak lagi,makanan yang disediakan di sini amat enak dan apa yang penting, adalah harganya juga murah. Tak sampai pun RM10.00 sepinggan, tapi kualiti ikut standard hotel...




Malah, sejak 7 tahun yang lepas, setiap kali kami sekeluarga makan di sini dan meraikan sambutan ulang tahun, pasti empunya restoran akan memberi diskaun dan pengecualian bayaran kepada "birthday boy/ girl" ini...


Nak tau sedap ke tak...cuba la sendiri di De Feira Cafe, Genting Sempah ini...


MAJLIS REUNION (BEKAS PELAJAR2 DAERAH BENTONG)

15 Februari 2010
2nd Reunion (Bentong Gang)




Sempena cuti perayaan tahun baru Cina (CNY) yang lepas, saya berkesempatan meluangkan masa bersama kawan-kawan lama mengadakan majlis perjumpaan bekas-bekas pelajar daerah Bentong di Rumah Rehat Bentong.


Walaupun sambutan kali ini kurang menggalakkan dari kawan2 kerana ramai yang menarik diri di saat akhir serta tidak dapat hadir pada majlis ini atas sebab-sebab peribadi, saya rasa cukup bertuah kerana dapat menjemput beberapa orang bekas guru yang pernah mengajar kami. Antaranya ialah Tn Hj Abd Aziz (bekas guru besar SRKS),Cikgu Noraziah Jaafar, Cikgu Rohani (ex-SRKS) dan Cikgu Nasir.

Kehadiran mereka amat dinanti-nantikan. Beberapa orang guru juga tidak dapat menghadiri majlis ini pada saat-saat akhir di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Baby Cup Cakes sebagai cendarahati kepada ahli Bentong Gang

Bagi guru-guru ini apa yang penting dan menggembirakan hati mereka tidak lain dan tidak bukan adalah melihat anak murid mereka berjaya menjadi manusia berguna dan memperolehi ilmu sehingga ke peringkat tertinggi di menara gading.. . Sesungguhnya keberkatan ilmu yang diperolehi dari guru-guru serta iringan doa mereka yang membuatkan pelajar-pelajar berjaya menjadi insan berguna.

Sedar tak sedar, rupa-rupanya sejak dari kecil lagi nilai-nilai kemanusiaan SATU MALAYSIA telah kami terapkan dalam diri sewaktu di zaman persekolahan. Mana kan tidak, kami boleh belajar dan bermain dalam kelas yang sama seperti adik-beradik, boleh mengikuti lawatan belajar bersama-sama dengan berkongsi bilik dengan kawan-kawan dari bangsa lain serta mengikuti perkhemahan dan tidur sebantal dengan kawan-kawan dari berlainan agama...

Semoga usaha ini berterusan malah menjadikan persahabatan kami lebih erat, akrab dan mesra sampai bila-bila...