Thursday, March 11, 2010

MAJLIS REUNION (BEKAS PELAJAR2 DAERAH BENTONG)

15 Februari 2010
2nd Reunion (Bentong Gang)




Sempena cuti perayaan tahun baru Cina (CNY) yang lepas, saya berkesempatan meluangkan masa bersama kawan-kawan lama mengadakan majlis perjumpaan bekas-bekas pelajar daerah Bentong di Rumah Rehat Bentong.


Walaupun sambutan kali ini kurang menggalakkan dari kawan2 kerana ramai yang menarik diri di saat akhir serta tidak dapat hadir pada majlis ini atas sebab-sebab peribadi, saya rasa cukup bertuah kerana dapat menjemput beberapa orang bekas guru yang pernah mengajar kami. Antaranya ialah Tn Hj Abd Aziz (bekas guru besar SRKS),Cikgu Noraziah Jaafar, Cikgu Rohani (ex-SRKS) dan Cikgu Nasir.

Kehadiran mereka amat dinanti-nantikan. Beberapa orang guru juga tidak dapat menghadiri majlis ini pada saat-saat akhir di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Baby Cup Cakes sebagai cendarahati kepada ahli Bentong Gang

Bagi guru-guru ini apa yang penting dan menggembirakan hati mereka tidak lain dan tidak bukan adalah melihat anak murid mereka berjaya menjadi manusia berguna dan memperolehi ilmu sehingga ke peringkat tertinggi di menara gading.. . Sesungguhnya keberkatan ilmu yang diperolehi dari guru-guru serta iringan doa mereka yang membuatkan pelajar-pelajar berjaya menjadi insan berguna.

Sedar tak sedar, rupa-rupanya sejak dari kecil lagi nilai-nilai kemanusiaan SATU MALAYSIA telah kami terapkan dalam diri sewaktu di zaman persekolahan. Mana kan tidak, kami boleh belajar dan bermain dalam kelas yang sama seperti adik-beradik, boleh mengikuti lawatan belajar bersama-sama dengan berkongsi bilik dengan kawan-kawan dari bangsa lain serta mengikuti perkhemahan dan tidur sebantal dengan kawan-kawan dari berlainan agama...

Semoga usaha ini berterusan malah menjadikan persahabatan kami lebih erat, akrab dan mesra sampai bila-bila...

No comments:

Post a Comment