Thursday, March 11, 2010

Family Gathering & Birthday Ngah

23 Februari 2010

Ulang Tahun Ngah ke 33




Sedar tak sedar dah meningkat setahun lagi usia adik kedua saya (Ngah). Bila ada ahli keluarga yang menyambut ulangtahun mereka, kami adik-beradik pasti meluangkan masa bersama-sama untuk meraikannya. Selain itu, dapat la bertukar-tukar cerita, bertanya khabar dan yang penting...makan-makan..





Nampaknya ahli keluarga pun semakin ramai. Insya Allah, tahun ini akan bertambah lagi anak saudara dan cucu baru mak dan abah saya.... Insya Allah, 3 orang cucu baru akan lahir pada tahun ini.. Rezeki...rezeki....





Kali ini kami berkesempatan pergi makan di Genting Sempah. Bagi mereka yang biasa melalui Lebuhraya Karak, mereka pasti tahu di mana R&R Genting Sempah ini. Ianya berdekatan dengan terowong Genting di Karak Hiway...



Apa yang menarik di situ? Pastinya pengunjung yang belum pernah lagi singgah di sini akan teruja bila dapat menikmati makanan barat seperti Lamb Chop, Chicken Chop dan Fish and Chips yang dijual oleh salah satu gerai di R&R Genting Sempah ini.




Pemilik Restoran/ gerai ini adalah En Rosli yang merupakan bekas chef yang telah lama berkhidmat di beberapa buah hotel mewah di Malaysia dan Brunei. Beliau juga pernah 3 kali ditawarkan berkhidmat di tanah suci Mekah oleh Tabung Haji untuk menyediakan makanan kepada jemaah haji... Selain itu, beliau juga pernah menjadi tukang masak kepada kerabat diraja Brunei.. Jadi, tak syak lagi,makanan yang disediakan di sini amat enak dan apa yang penting, adalah harganya juga murah. Tak sampai pun RM10.00 sepinggan, tapi kualiti ikut standard hotel...




Malah, sejak 7 tahun yang lepas, setiap kali kami sekeluarga makan di sini dan meraikan sambutan ulang tahun, pasti empunya restoran akan memberi diskaun dan pengecualian bayaran kepada "birthday boy/ girl" ini...


Nak tau sedap ke tak...cuba la sendiri di De Feira Cafe, Genting Sempah ini...


No comments:

Post a Comment