Pejam celik, pejam celik dah berakhir pun semester Jan-April 2011.
Sememangnya minggu terakhir ini adalah minggu yang paling sibuk bagi semua pensyarah dan pelajar. Mana tidaknya, masa itu lah nak settlekan marking kertas test 2, presentation, tugasan individu atau kumpulan dan sebagainya. Itu belum termasuk lagi meeting jabatan, meeting kelab, nak follow up dan kejar students yang tak hantar assignment dan tak attend test dan sebagainya.
Mungkin itu lah rutin yang dilalui oleh semua pensyarah. Dan kini genap lah dua tahun saya melalui fasa hidup dan liku2 kehidupan sebagai pensyarah. Alah bisa tegal biasa... kalau dulu kerja manager, dok mengarah dan monitor je orang, kali ni kena monitor orang jugak, tapi students.. monitor dari awal semester, sampailah tamat semester.
Sudah menjadi kelaziman bagi pendidik, guru, pensyarah dan seangkatan dengannya, mereka pasti mahukan kejayaan dan kecemerlangan dalam akademik bagi pelajar2 mereka. Itu lah amanat yang dapat saya kongsikan kepada pelajar2 saya di hari terakhir. Antara nasihat untuk mereka :
1) Sebelum peperiksaan akhir, cuba bertemu ibu dan bapa semasa minggu ulangkaji atau sekurang2nya menghubungi mereka bagi memohon keberkatan dan doa dari mereka.
2) Jika mereka telah berjaya kelak dan berada di puncak kejayaan, jangan lupa diri.
3) Jika ada peluang sambung belajar, sambung pelajaran setinggi yang mungkin bagi memajukan diri dan bersaing dengan bangsa lain.
Dan yang pasti, tips-tips menghadapi peperiksaan akan saya bagi dan ingatkan kepada mereka. Mudah2an mereka akan berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan akhir yang akan bermula 20 April depan.Dan mudah2an mereka dapat menggunakan segala ilmu dan maklumat yang telah dikongsi sewaktu mass lecture dan tutorial di masa akan datang, di samping menjawab soalan peperiksaan dengan mudah.
No comments:
Post a Comment