Mesyuarat Jabatan Pengurusan dan Pemasaran (PDP) di adakan semalam bersama Koordinator Program dan semua pensyarah PDP. Ia adalah mesyuarat yang diadakan sekali setiap semester bagi membentangkan laporan akademik pelajar2 Diploma yang baru sahaja selesai menjalani peperiksaan akhir.. Semester ini nampaknya akan ada 6 orang pelajar dari DBS (Business Studies) yang akan menerina ANC (anugerah Naib Cancelor). Tahniah kepada mereka.. Dan yang pasti, mereka ini juga adalah bekas pelajar2 saya Part 6 yang baru saja mengambil subjek Personal Selling (MKT361).
Antara kreativiti dan kesungguhan pelajar untuk menarik pelanggan ke gerai jualan mereka... Gambar: Nor Faizie (among best students) |
Tiada apa yang paling mengembirakan cikgu, pensyarah atau pendidik selain kejayaan anak murid atau students mereka. Itu lah yang saya rasakan...berkongsi ilmu dengan mereka dan akhirnya berkongsi kejayaan mereka, adalah saat yang paling indah... Apatah lagi mereka ini sedang menuju puncak kejayaan. Cuma pesanan bagi mereka, apabila sudah berjaya dan berada di puncak kejayaan, jangan mudah lupa diri...
Group Alif (students account) yang mendapat tempat ke3 dalam pertandingan iklan |
Dan yang paling menarik pada semester lepas adalah beberapa aktiviti yang dirancang dan dijalankan oleh pensyarah2 untuk pelajar2 MKT243 (Fundamentals of Marketing) dan MKT361 (Principles of Selling). Bagi pelajar2 yang belum pernah bekerja atau berniaga sebelum ini, mereka didedahkan dengan aktiviti jualan sempena MARKETING DAY. Sebanyak 21 gerai jualan dibuka pada hari tersebut. Dan macam2 ragam dapat dilihat ketika mereka memikat pelanggan ke gerai jualan mereka serta pelbagai promosi turut disediakan. Secara tidak langsung, pelajar2 dapat pengalaman sebenar bagaimana menghadapi karenah pelanggan serta aplikasi kepada 4P's dalam Pemasaran.
Amat bersemangat dan teruja untuk mempromosikan produk kepada pelanggan |
Malah, tugasan wajib bagi pelajar MKT243 adalah menghasilkan iklan komersial. Produk yang perlu mereka iklankan adalah sabun basuh kain. Ternyata mereka ini amat kreatif dalam mempromosikan produk dan bukan senang bagi panel hakim untuk memilih pemenang2.
Kumpulan pertama yang tiba di Melaka untuk latihan praktikal jualan . |
Bagi pelajar2 tahun akhir (part 6) untuk subjek Personal Selling pula, mereka amat bertuah kerana dapat mengikuti hands on working experience atau latihan praktikal selamat sehari (beberapa jam) di pasaraya besar (hiper) di Melaka ketika bulan Ramadahan yang lalu. Walaupun ianya merupakan cabaran yang amat besar bagi mereka, namun kesemua mereka dapat mengikuti latihan praktikal ini dengan cemerlang hasil bimbingan serta tunjuk ajar dari kakitangan sebuah syarikat pengeluar air berkarbonat yang terkemuka (multinasional) di Malaysia.
Ternyata pelajar2 ini yang pada mulanya malu2 untuk berkomunikasi dan mempromosikan produk kepada pelanggan, mampu memikat dan menarik pelanggan untuk membeli. Kesemua 6 pasaraya yang terlibat kehabisan stok air setelah tiga hari mereka bekerja di situ. Secara tidak langsung, ia meningkatkan jualan produk tersebut dan pelajar2 juga dapat mengaplikasikan apa yang telah mereka pelajari di dalam kelas tutorial.
Bersama pensyarah pengiring, Ms Lina dan Ms Mazlina di Jusco Bandaraya Melaka |
Walaupun ia amat memenatkan bagi saya dan rakan2 pensyarah yang mengiring bagi memantau pelajar2 tersebut, namun hasilnya dan feedback yang diterima amat positif, baik dari pelajar2 sendiri maupun dari kakitangan syarikat mutlinasional tersebut. Mereka amat berpuashati dengan kerjasama yang diberikan serta kesungguhan yang ditunjukkan oleh mereka ketika mempromosikan produk tersebut.
Semoga mereka memperoleh dan dapat menimba ilmu dan pengalaman yang berguna untuk dijadikan bekalan di masa hadapan ketika mereka bekerja kelak. Sekurang2nya, sijil yang mereka perolehi dapat meningkatkan saham diri mereka dan membantu dalam meningkatkan nilai resume (CV) mereka nanti.
No comments:
Post a Comment