Sebut sahaja Bandung...mungkin ada yang teringatkan mee bandung...atau sirap bandung... tapi bandung yang dimaksudkan adalah kota Bandung di Pulau Jawa, Indonesia. Walaupun namanya Bandung, tapi tak jumpa pulak mee bandung atau sirap bandung di kota Bandung ni.
Jalan Cihampelas, Jalan Dago yang penuh dengan factory outlet |
Pertunjukan anak2 jalanan |
Lawatan 4 hari ke Kota Bandung memang padat. Selain shopping di Pasar Baru (tempat paling popular di kalangan rakyat Malaysia untuk shopping telekung, kain pasang, baju kurung, jubah dan sebagainya), Kota Bandung juga popular di kalangan rakyat Malaysia untuk membeli belah di factory outlet. Terlalu banyak factory outlets di sini...cakap je nak beli apa...kasut, beg tangan berjenama, seluar jeans, baju kanak2 berjenama, barangan kulit dan macam2 ada di jual di factory outlet dengan harga yang murah... Empat atau lima kali juga saya terpaksa minta driver hantar ke ATM machine Maybank atau CIMB di sana untuk keluarkan duit..huhuhu..boleh gila dibuatnya...
Shopping di Pasar Baru, Bandung |
Seharian kami tiga beranak menikmati dan menjelajahi Taman WIsata Alam, Gunung Tangkuban Perahu. Ada kisah sedih yang menarik disebalik lagenda Tangkuban Perahu ini. Cuma ada dua perkara yang tak tahan bila ke sana.
Pertama, ramai sangat penjaja yang menjual souvenir atau cenderamata yang akan cuba menarik perhatian kita...kalau tak beli, kesian pulak... Dan kesemua mereka datang dari daerah2 lain, maksudnya mereka bukan penduduk tempatan kota Bandung.. Ketika saya datang ke sini 5 tahun lepas, keadaan lagi tidak terkawal.. rasa amat kurang selesa kerana mereka akan mengekori kita ke mana sahaja kita pergi sehingga kita naik bas atau kenderaan. Kekadang seakan memaksa pulak kita untuk membeli barangan tersebut.. tu yang tension nya.. tapi kali ini, keadaan amat berbeza..mungkin mereka telah diberi amaran oleh pihak berkuasa yang bertanggung jawab agar tidak mengganggu pengunjung...
Kedua, bau belerang atau sulfur yang amat menyucuk hidung...bau seakan bau kentut..nak muntah pun ada bila terbau belerang yang kuat ni... kurang menyenangkan.. tapi apa kan daya, itulah hakikat yang perlu diterima bila berada di puncak gunung berapi yang masih lagi aktif... Cuma kali ini lebih adventure untuk kami tiga beranak sebab kami amik risiko untuk menuruni denai ke kawah gunung berapi... namanya Kawah Domas... Pemandangan dari puncak gunung ini amat cantik dan menarik...flora dan fauna nya amat unik...bila bercakap, mulut akan berasap sebab sejuk...
Bersama tourist guide yang menemani kami |
Kami juga turut membeli 8 biji telur untuk direbus di Kawah Domas ini. Telur rebus tersebut dimakan atau dicicah dengan garam... Selain itu, bagi yang berkesempatan, boleh juga membuat terapi iaitu menyapu mud atau lumpur di kawah gunung berapi ini..atau pun merendam kaki atau mandi di kawah ini....
Pokok batik yang dijadikan hiasan kraftangan |
Mungkin ini bukan lawatan kami yang terakhir. Insya Allah, kami akan ke sini lagi untuk membeli belah... dan melawat tempat2 menarik yang tidak sempat dikunjungi.
Lumpur atau mud dari kawah gunung berapi untuk awek muda dan penyakit kulit |
No comments:
Post a Comment