Bergambar bersama penulis buku Bukan Sekadar Resipi ( Kak Roza) |
28 Jun yang lalu (sebelum Ramadan) saya membawa ahli keluarga saya dan juga ibu bapa saya ke UiTM Johor. Kebetulan pada hari tersebut, penulis buku dan blog "Kehidupan Ringkas tapi Signifikan" http://muhdkamil.org/ iaitu Prof Kamil dan isteri beliau, kak Roza menjejakkan kaki semula ke UiTM Johor.
Kedua-dua mereka adalah bekas warga kerja UiTM Johor. Prof Kamil adalah boss saya (beliau pernah berkhidmat sebagai Pengarah/Rektor UiTM Johor) dahulu , manakala Kak Roza adalah rakan setugas iaitu pensyarah Pengurusan di jabatan yang sama. Prof Kamil adalah antara panel yang menemuduga saya di sesi terakhir ketika saya menghadiri temuduga kerja untuk jawatan pensyarah di UiTM Johor ini. Dan Allah telah buka kan hati beliau untuk memilih saya (antara banyak2 calon temuduga tersebut) sebagai salah seorang kakitangan dan pensyarah di Jabatan Pengurusan dan Pemasaran di sini. Syukur Alhamdulillah.
Bergambar kenangan bersama penulis buku Travelog Haji dan Bersyukur Saat Diuji (Prof Dr Kamil) |
Dan pada hari tersebut, 28 Jun juga adalah hari yang amat menggembirakan saya. Selain dapat membawa bersama kedua ibu bapa saya berjumpa dengan Prof Kamil dan Kak Roza, hari tersebut adalah hari lahir/ ulangtahun saya. Selain itu, saya juga telah menerima surat pengesahan jawatan dari UiTM Shah Alam. SYukur dipanjatkan kepada Yang Esa di atas NikmatNya... Dan pada hari tersebut (ketika sesi menandatangani autograf buku), saya tunjuk surat pengesahan jawatan tersebut kepada Prof Kamil. 3 tahun menunggu untuk pengesahan jawatan... (standard biasa).
Saya masih ingat lagi ketika sesi temuduga kerja fasa terakhir bersama Prof Kamil, beliau ada bertanya, tak menyesal ke gaji yang UiTM tawarkan jauh berbeza dengan gaji yang saya perolehi ketika bekerja dengan syarikat Multinasional swasta.. Walaupun jauh di sudut hati, agak berat untuk meninggalkan pekerjaan dan jawatan terakhir di sektor swasta, saya redha dan pasrah andai itu rezeki yang Allah berikan kepada saya. "No turning back", detik hati kecil saya. Pasti akan ada hikmahnya..
Kak Roza sedang sibuk menandatangani Autograf |
Mak duduk bersebelahan dengan penulis buku tersebut (Kak Roza) sedang membelek2 helaian buku |
Pertemuan Kak Roza dan Prof Kamil bersama dengan kedua ibubapa saya adalah pertemuan yang kedua. Mereka pernah berkunjung ke rumah kak Roza (Rumah Kecil di Jabal Uhud) di Madinah beberapa minggu sebelum Kak Roza kembali ke tanahair. Semoga pertemuan tersebut mendapat keberkatanNya.
Buat Prof Kamil dan Kak Roza, berkaryalah walau di mana anda berada kerana ilmu dan pengalaman anda yang mahal itu amat bermakna bagi kami yang mungkin tidak melaluinya, namun sampai-sampaikan kepada kami di sini agar kami tidak lalai... Terima kasih kepada kedua-dua mereka.. Dan semoga Allah sentiasa memberikan ide 2yang baik kepada mereka...
Tahniah kepada kak Roza dan Prof Kamil di atas pelancaran buku terbaru mereka...
Entah bila la agaknya saya dapat menulis buku seperti mereka..
Insyaallah..suatu waktu akan sampai masanya utk niza dpt menghasilkan sebuah buku ilmiah utk diterbitkan dan memberi manfaat kepada para pembacanya..
ReplyDeleteYa, mudah2an...ada dua orang budak kecik ni, memang susah nak concentrate.. baru nak buka laptop, dah sibuk nak tgk you tube cari lagu kanak2..
ReplyDelete