Wednesday, June 19, 2013

Travelog Korea Selatan (20-24 April 2013)

Terpegun dengan keindahan Tulip

Sambungan ( Part 3)


Annyeong Haseyo
 
Hari Ketiga (22 April 2013) - Selepas lawatan ke Kimchi School dan bergambar dengan pakaian tradisional Korea, Hanbook, kami dibawa ke Everland iaitu taman tema terbesar di Korea Selatan.

Everland adalah di bawah pengurusan Everland Samsung. Ia merupakan salah satu anak syarikat Kumpulan Samsung. Everland menerima kunjungan pelancong dalam dan luar negara sekitar 6.6 juta setiap tahun. Pada tahun 2011, Everland diiktiraf sebagai Taman Tema ke 11 terbaik di dunia.

Banyak tarikan menarik di Everland. Antaranya adalah Double Rock Spin dan T-Express iaitu roller coaster yang ke enam terpanjang di dunia yang dibina pada tahun 2006. Ia juga merupakan roller coaster yang pertama di dunia yang diperbuat daripada kayu.
Ini lah rupanya Double Rock Spin yang sentiasa menjadi tumpuan pelancong... Menakutkan dan gayat, tapi ramai jugak yang nak naik...


Stroller yang dipinjam dari Everland. Disewakan kepada pengunjung dengan harga lebih kurang RM10 satu..

Taman Tema Everland terbahagi kepada 5 segmen iaitu Global Fair, Zoo-Topia, European Adventure, Magic Land and American Adventure. Di Global Fair, pengunjung boleh membeli makanan di gerai-gerai makanan dan restoran yang disediakan. Pengunjung juga boleh menyewa locker @ peti simpanan dan menyewa stroller untuk anak kecil di sini dengan harga yang murah.


Harimau putih antara tarikan dan mascot di sini
Manakala Zoo-Topia pula menyajikan hidupan liar dan jinak untuk pengunjung. Pengalaman menaiki bas Safari untuk melihat haiwan liar seperti harimau putih, beruang gunung dan singa dari dekat amat mengujakan buat saya dan anak-anak. Kami dapat melihat sendiri beruang gunung yang besar seberat 200 kg dan setinggi 7 kaki berdiri di sebelah kami. Selain itu, pengunjung boleh menunggang kuda, memberi makan kambing, zirafah dan hidupan liar lain.
Kawasan European Adventure
European Adventure pula menyediakan pelbagai restoran yang berkonsepkan Eropah. Rekabentuk bangunan-bangunan di sekeliling kawasan ini semuanya bertemakan English.Yang paling menarik adalah bunga-bunga di taman di sini yang sentiasa bertukar-tukar mengikut musim di Eropah. Ketika saya berkunjung pada bulan April, bunga tulip yang pelbagai warna sedang mekar menarik perhatian pengunjung. Ketika itu berlangsung Festival Tulip. Masing-masing bergambar sakan dengan bunga tulip merah dan kuning. Manakala bulan Mei dan June dijangkakan musim bunga ros/mawar.  

Malah terlalu luas kawasan taman tema ini untuk kami habiskan dalam masa 4 jam yang diperuntukkan. Kebiasaannya bagi pengunjung tempatan, mereka akan menghabiskan masa seharian di Everland ini. Tiket masuk juga agak mahal untuk ke sini. Malah, lokasinya agak jauh memakan masa beberapa jam perjalanan dari Seoul. Namun, amat berbaloi untuk masuk ke taman tema ini dan pengunjung pasti dapat merakamkan pengalaman baru yang berbeza.


http://www.everland.com/web/multi/english/everland/everland_guide/ticket/Tickets_and_Coupons.html

Ticket Usage Guide

  • Admission hours : Day Ticket - Opening ~ 30 Minutes before closing,
    Night Ticket – 5 p.m. ~ 30 Minutes before closing
  • Operating hours : Day Ticket - Opening ~ closing.
    Night Ticket – 5 p.m. ~ closing

Tickets


Tickets view
TypeAdultTeenagerChildren/SeniorNote
One-day Ticket44,000won37,000won34,000won
  • Free admission to Hoam Gallery
    for the day and extra charges for
    coin-operated rides, rental, animal
    rides, and special exhibitions
  • No online purchase is available for
    Night Tickets or Two-day Tickets
  • No double discount option including
    the use of discount cards is
    available for Two-day Tickets
Night Ticket36,000won30,000won27,000won
Two-day Ticket70,000won59,000won54,000won

Tickets view
TypeAdultTeenagerChildren/SeniorNote
Day ticket
(One-day ticket)
36,000won30,000won27,000won
  • No online purchase is available
    for admission tickets.
Night Ticket29,000won26,000won24,000won



Antara lain, pengunjung juga boleh menyertai persembahan-persembahan yang mereka lakukan di jalanan. Penduduk Korea amat sporting.. mereka akan bersama-sama menyanyi, menari dan bertepuk tangan melihat persembahan di jalanan.


Safari Ride - dalam bas yang disediakan

Satu patung white tiger yang kecil ni berharga lebih kurang RM60.00

Cable car yang boleh mengangkut stroller di belakang tempat duduk


Gambar stroller yang disangkut belakang cable car.. sungguh simple tapi canggih


Sesekali terasa seram dan gayat bila melihat bawah


Nak bawa balik satu.. satu pokok berharga lebih kurang RM4.00

Kepenatan hingga tertidur

Kedai cenderamata yang menjual gula-gula. Hiasan dan cara susunatur yang menarik

Akhirnya, masa untuk pulang

Kawasan parking bas yang luas.. semua bas dan kenderaan perlu ditinggalkan di kawasan ini.
 
Setelah beriadah selama lebih kurang 4 jam di dalam taman tema Everland, tiba masanya untuk pulang ke Seoul. Semua pengunjung akan menaiki bas transit yang panjang (dua coach yang disambung) untuk dihantar ke kawasan parking kenderaan dan bas yang disediakan. Ianya adalah satu kawasan lapang yang amat luas dan sejauh kira-kira 4 kilometer dari Everland.

 
Selepas keluar dari Everland, kami dibawa untuk menikmati makan malam di sebuah restoran halal yang menyajikan makanan Thai. Semuanya makan dengan berselera kerana ianya memenuhi citarasa kami dan hampir sama dengan selera orang Malaysia.

Pemandangan sakura atau cherry blossom di kiri-kanan jalan

Exit tol dari Everland
Akhirnya jam 9 malam kami tiba di Seoul. Perjalanan sejauh 2 jam yang panjang dan amat memenatkan. Namun kami berasa sungguh puas sebab dapat bergambar dengan Tulip yang sangat cantik dan beli beberapa pasu Tulip untuk dibawa balik ke Malaysia...
 
 
 Tips: Bawa jaket tebal ketika musim sejuk/winter kerana cuaca lembap dan hujan. Pakai sarung tangan dan stoking untuk mengelakkan sejuk. Pakaian yang dipakai masa musim sejuk kurang berbau, tak seperti kita di Malaysia... cepat berbau dan perlu selalu basuh pakaian tersebut. Muka dan bibir akan cepat kering..so, sentiasa bawa losyen atau pelembap bibir bersama.

2 comments:

  1. berapa cost pegi sne madam? ke madam ade pegi trip ape2?

    ReplyDelete
  2. Amirah, perbelanjaan sendiri..Lebih kurang RM3,300 (all in). Kalau nak murah lagi, kena booking air asia lebih awal.. kalau last minute, mahal sikit... Kalau pergi ramai2, rombongan Cik Kiah dalam 40-80 orang mungkin kos lagi murah.. boleh dapat dalam RM2,900 atau RM3,000. And again, bergantung kita nak pergi berapa hari ke South Korea tu.. dan tempat yang nak pergi tu termasuk tak Jeju Island....

    ReplyDelete