Thursday, February 13, 2014

Best sangat ke IKEA?

Cuci mata di IKEA Mutiara Damansara
 
 
Anda pernah berkunjung ke IKEA?
 
IKEA adalah salah sebuah syurga membeli-belah bagi kaum hawa.
 
Mengikut sejarah penubuhan IKEA, ia mula dibangunkan sejak enam dekad lalu dari hutan di selatan Sweden. Sehingga kini ia telah berkembang dan menjadi peruncitan utama di lebih 40 buah negara/jajahannya seluruh dunia antaranya di Jepun, Rusia, Singapore, Australia, Amerika Syarikat,  dan Negara-Negara Eropah.

 IKEA bermula pada tahun 1926 tempat pengasasnya Ingvar Kamprad dilahirkan di Småland di selatan Sweden. Beliau di besarkan di 'Elmtaryd', sebuah ladang di perkampungan kecil Agunnaryd.
 
Oleh itu, logo IKEA yang berwarna biru dan kuning adalah  diambil dari warna bendera Swedish.

Lewat tahun sekitar 1800, artis Carl dan Karin Larsson menggabungkan pengaruh klasik dengan gaya hangat bersahaja orang Sweden. Mereka mencipta model reka bentuk kelengkapan rumah Swedish yang menjadi kegemilangan di seluruh dunia kini.
 
Pada tahun 1950an, gaya moden dan mudah guna berkembang sejajar ketika Sweden memperkenalkan asas kemanusiaan pada kesaksamaan sosial.
 
Rangkaian produk IKEA - moden tapi tidak keterlaluan, serba guna dan menarik, mesra pengguna dan mesra kanak-kanak - sentiasa berada dalam tradisi kelengkapan rumah Swedish.
 
IKEA menawarkan pengguna sebagai rakan, sebagai contoh, perabot itu dibuat pasang sendiri agar boleh menjadikan harga rendah. Rangkaian produk adalah mesra kanak-kanak dan merangkumi keperluan keseluruh keluarga, tidak kira tua atau muda.
 
Ia sejajar dengan visi IKEA iaitu untuk mencipta kehidupan yang lebih baik buat semua orang.
 
Jom layan dan cuci mata gambar-gambar yang diambil di sekitar idea bagi terapi minda dan inspirasi bagi mereka yang ingin membuat dekorasi dalaman di rumah anda.
 
Pertama kali si cilik ke IKEA

Ruang bilik tidur anak kecil

Ruang tamu

Dapur

Ruang dapur

Dapur kering

Ruang belajar

Kemas dan jimat ruang

Ruang rehat yang kondusif

Ruang rehat/tamu

Mudah dicapai untuk kanak-kanak



Bilik bacaan

Ringkas

Hitam putih

Simple

Rak TV

Simple dan comel

Warna merah yang menjadi trend kini

Kos melebihi Rm20,000

Ruang yang kecil tapi praktikal

Konsep English

Putih bersih - sejuk mata memandang

Dapur warna putih,,Nampak lebih luas

Pilihan warna gelap

Bangku moden

Tema putih purple


Tema merah dan putih

Kombinasi menarik putih merah

Teratur

Bilik tidur

Bilik anak perempuan.. pink colour

Serba merah jambu - so sweet

Peace....
Memang amat cantik barang-barang yang dipamerkan. Malah pembeli juga boleh membuat pilihan dengan mendapatkan khidmat juru runding di sini. Cuma sediakan ongkosnya sahaja.
 
IKEA juga menawarkan perkhidmatan penghantaran ke rumah bagi sekitar Lembah Klang.
 
Tak salah membeli jika kita berkemampuan. Konsep yang simple, tapi praktikal malah menarik dengan trend terkini.
 
Best juga sesekali dapat cuci mata.. tapi best lagi kalau dapat beli semuanya di sini..
 
 


Monday, February 10, 2014

OPKIM pelajar UiTM Johor di Laman Bangkinang, Batu Kikir N.Sembilan

LATIH PELAJAR JADI SUKARELAWAN
Seramai 100 orang pelajar pengajian ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan menyertai program Kembara Marketeers Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) anjuran Persatuan Marketeers Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Johor, Segamat pada 23 hingga 24 November 2013.
Ia adalah medium terbaik bagi menjalin ikatan ukhuwah di kalangan mahasiswa dan mahasiswi dengan komuniti setempat di Laman Bangkinang, Kampung Tapak, Batu Kikir.

Persembahan tarian tradisional Endang  Negeri Sembilan

Acara pukul bantal

Hutan Lipur Tengkek

Bersih sungai

 

Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang dua hari program dengan penduduk Kampung Tapak. Antaranya adalah gotong-royong memasak dodol dan kuih bahulu, mempelajari tarian tradisional Endang, sukaneka rakyat,  serta bermalam dengan keluarga angkat.
Bergambar kenangan beramai-ramai

Menurut Nur Aiysha Razali, 22, yang merupakan ketua projek, selain dapat mengenali keluarga angkat baru, mereka  berpeluang menikmati masakan tradisi Negeri Sembilan serta buah-buahan segar seperti durian dan rambutan di dusun buah milik keluarga angkat tersebut.

Ketua kampung dan pengerusi JKKK Kampung Tapak, Abdullah Hassan yang merasmikan program ini menyifatkan program seumpama ini memberi peluang dan pendedahan kepada mahasiswa mempelajari kehidupan masyarakat di desa serta adat resam mereka.
Annisa pun nak join juga OPKIM
 
Penasihat Program, Norshahniza Sahari berkata program ini juga dapat meningkatkan kewibawaaan modal insan dan memperkasakan jati diri  dalam melahirkan generasi cemerlang yang berilmu, berkualiti, prihatin dan berdikari.
Kacau dodol
“Walaupun konsep pelaksanaan program ini berbentuk kesukarelawan, penganjuran program ini adalah serampang dua mata untuk mendekati dan mengenali masyarakat,” ujar beliau lagi.
 
Acara tarik upih
 
 
 
 


Program ini juga dapat memupuk kesedaran di kalangan pelajar melalui aktiviti kesukarelawan  melaksanakan gotong-royong membersihkan Hutan Lipur Jeram Tengkek. Para pelajar dapat menabur bakti bagi memelihara persekitaran dan mengekalkan keindahan Hutan Lipur.
Bersama keluarga angkat