LATIH PELAJAR JADI SUKARELAWAN
Seramai
100 orang pelajar pengajian ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan menyertai
program Kembara Marketeers Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) anjuran Persatuan
Marketeers Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Johor, Segamat pada 23
hingga 24 November 2013.
Ia
adalah medium terbaik bagi menjalin ikatan ukhuwah di kalangan mahasiswa dan
mahasiswi dengan komuniti setempat di Laman Bangkinang, Kampung Tapak, Batu Kikir.
Persembahan tarian tradisional Endang Negeri Sembilan |
Acara pukul bantal |
Hutan Lipur Tengkek |
Bersih sungai |
Pelbagai
aktiviti dijalankan sepanjang dua hari program dengan penduduk Kampung Tapak.
Antaranya adalah gotong-royong memasak dodol dan kuih bahulu, mempelajari
tarian tradisional Endang, sukaneka rakyat, serta bermalam dengan keluarga angkat.
Bergambar kenangan beramai-ramai |
Menurut
Nur Aiysha Razali, 22, yang merupakan ketua projek, selain dapat mengenali
keluarga angkat baru, mereka berpeluang
menikmati masakan tradisi Negeri Sembilan serta buah-buahan segar seperti
durian dan rambutan di dusun buah milik keluarga angkat tersebut.
Ketua
kampung dan pengerusi JKKK Kampung Tapak, Abdullah Hassan yang merasmikan
program ini menyifatkan program seumpama ini memberi peluang dan pendedahan
kepada mahasiswa mempelajari kehidupan masyarakat di desa serta adat resam
mereka.
Annisa pun nak join juga OPKIM |
Penasihat
Program, Norshahniza Sahari berkata program ini juga dapat meningkatkan
kewibawaaan modal insan dan memperkasakan jati diri dalam melahirkan generasi cemerlang yang
berilmu, berkualiti, prihatin dan berdikari.
Kacau dodol |
“Walaupun
konsep pelaksanaan program ini berbentuk kesukarelawan, penganjuran program ini
adalah serampang dua mata untuk mendekati dan mengenali masyarakat,” ujar
beliau lagi.
Bersama keluarga angkat |
No comments:
Post a Comment