Cuci mata di IKEA Mutiara Damansara
Anda pernah berkunjung ke IKEA?
IKEA adalah salah sebuah syurga membeli-belah bagi kaum hawa.
Mengikut sejarah penubuhan IKEA, ia mula dibangunkan sejak enam dekad lalu dari hutan di selatan Sweden. Sehingga kini ia telah berkembang dan menjadi peruncitan utama di lebih 40 buah negara/jajahannya seluruh dunia antaranya di Jepun, Rusia, Singapore, Australia, Amerika Syarikat, dan Negara-Negara Eropah.
IKEA bermula pada tahun 1926 tempat pengasasnya Ingvar Kamprad dilahirkan di Småland di selatan Sweden. Beliau di besarkan di 'Elmtaryd', sebuah ladang di perkampungan kecil Agunnaryd.
Oleh itu, logo IKEA yang berwarna biru dan kuning adalah diambil dari warna bendera Swedish.
Lewat tahun sekitar 1800, artis Carl dan Karin Larsson menggabungkan pengaruh klasik dengan gaya hangat bersahaja orang Sweden. Mereka mencipta model reka bentuk kelengkapan rumah Swedish yang menjadi kegemilangan di seluruh dunia kini.
Pada tahun 1950an, gaya moden dan mudah guna berkembang sejajar ketika Sweden memperkenalkan asas kemanusiaan pada kesaksamaan sosial.
Rangkaian produk IKEA - moden tapi tidak keterlaluan, serba guna dan menarik, mesra pengguna dan mesra kanak-kanak - sentiasa berada dalam tradisi kelengkapan rumah Swedish.
IKEA menawarkan pengguna sebagai rakan, sebagai contoh, perabot itu dibuat pasang sendiri agar boleh menjadikan harga rendah. Rangkaian produk adalah mesra kanak-kanak dan merangkumi keperluan keseluruh keluarga, tidak kira tua atau muda.
Ia sejajar dengan visi IKEA iaitu untuk mencipta kehidupan yang lebih baik buat semua orang.
Jom layan dan cuci mata gambar-gambar yang diambil di sekitar idea bagi terapi minda dan inspirasi bagi mereka yang ingin membuat dekorasi dalaman di rumah anda.
|
Pertama kali si cilik ke IKEA |
|
Ruang bilik tidur anak kecil |
|
Ruang tamu |
|
Dapur |
|
Ruang dapur |
|
Dapur kering |
|
Ruang belajar |
|
Kemas dan jimat ruang |
|
Ruang rehat yang kondusif |
|
Ruang rehat/tamu |
|
Mudah dicapai untuk kanak-kanak |
|
Bilik bacaan |
|
Ringkas |
|
Hitam putih |
|
Simple |
|
Rak TV |
|
Simple dan comel |
|
Warna merah yang menjadi trend kini |
|
Kos melebihi Rm20,000 |
|
Ruang yang kecil tapi praktikal |
|
Konsep English |
|
Putih bersih - sejuk mata memandang |
|
Dapur warna putih,,Nampak lebih luas |
|
Pilihan warna gelap |
|
Bangku moden |
|
Tema putih purple |
|
Tema merah dan putih |
|
Kombinasi menarik putih merah |
|
Teratur |
|
Bilik tidur |
|
Bilik anak perempuan.. pink colour |
|
Serba merah jambu - so sweet |
|
Peace.... |
Memang amat cantik barang-barang yang dipamerkan. Malah pembeli juga boleh membuat pilihan dengan mendapatkan khidmat juru runding di sini. Cuma sediakan ongkosnya sahaja.
IKEA juga menawarkan perkhidmatan penghantaran ke rumah bagi sekitar Lembah Klang.
Tak salah membeli jika kita berkemampuan. Konsep yang simple, tapi praktikal malah menarik dengan trend terkini.
Best juga sesekali dapat cuci mata.. tapi best lagi kalau dapat beli semuanya di sini..
No comments:
Post a Comment