Wednesday, December 30, 2015

Academic Conference Nov 2015


Asia Pacific Conference on Business and Social Sciences 2015, Kuala Lumpur

Penghujung November yang lalu kami ke Grand Seasons Hotel di Kuala Lumpur kerana saya membentangkan hasil kajian. Sebagai ahli akademik, ini adalah antara tugas hakiki kami.
Banyak sebenarnya tanggungjawab pensyarah ni. Bukan saja mengajar, bahkan kena aktif menulis, menerbitkan artikel dalam jurnal, menghadiri persidangan akademik, melibatkan diri dengan aktiviti pelajar dan masyarakat juga.. malah banyak lagi aktiviti-aktiviti lain yang tiada dalam senarai (jadi AJK itu dan ini)..
Nyawaku yang sentiasa menemani ke mana saja

Seperti biasa, bawa ahli keluarga bersama-sama menemani ke KL. Sempat juga melayan karenah anak-anak yang nak mandi kolam.. (aktiviti wajib kalau ke hotel). Ikut aje la janji tak ganggu mama buat kerja..



Rasa seronok sangat dapat menghadiri persidangan ini kerana ianya adalah tajaan bersama University of South Australia (UniSA). Malah Chairman conference ini adalah Prof Stephen Boyle iaitu Dekan Fakulti dari UniSA. Dapat juga la networking dengan ahli-ahli akademik dari my former university yang telah ditinggalkan sejak tahun 1998. Punya la lama..dekat 20 tahun meninggalkan Adelaide.





Bergambar kenangan bersama Prof. Dr Stephen Boyle dari UniSA
 Associate Professor Stephen Boyle
Dean Academic, UniSA Business School, University of South Australia, SA, Australia
Editor-in-Chief, Australian Journal of Business and Economic Studies
Bersama one of the committee - Dr Ezaz Ahmed

Di hari kedua conference setelah membentangkan hasil kajian.


Agak gementar sebelum membentangkan hasil kajian yang bertajuk  EXPLORING BRAND EQUITY DIMENSION IN MALAYSIAN BEVERAGE INDUSTRY: A CASE OF LOCAL BRAND HERO.
Komen dari dua orang Professor dalam bidang pemasaran yang menghadiri parallel session ini agak meyakinkan dan positif. Alhamdulillah, mereka sangat berminat dengan case study tersebut. Komen-komen yang diberikan dapat menambah ilmu baru dan boleh diketengahkan.

Semoga ilmu ini dapat dimanfaatkan pada masa-masa akan datang untuk practitioner dan ahli akademik yang lain.

Untuk maklumat lanjut boleh layari :
https://www.aabss.org.au/asia-pacific-conference-business-social-sciences-2015-kuala-lumpur
https://www.aabss.org.au/conference/APCBSS-2015-Kuala-Lumpur/proceedings/all-papers


No comments:

Post a Comment