Tuesday, June 21, 2016

Makan Angin ke Hatyai dengan Tren ETS (Part 3 - Akhir)

TRIP TO HATYAI via KTM ETS
22-25 April 2016
 
Hari Ketiga - 24 April 2016
 
Setelah bersarapan pagi (beli nasi dagang dan nasi lemak dari Restoran Salma yang berada tidak jauh dari hotel), kami check out. Kami mengambil kereta sewa MPV untuk menghantar kami ke sempadan Thailand- Malaysia iaitu Padang Besar dengan harga 800 Baht atau RM80.
 
 
Sementara menunggu kereta sewa tersebut, kami sekali lagi membeli belah di kaki lima dan sekitar Lee Garden Plaza. Peniaga di sini akan mula berniaga seawal jam 7 pagi hanya untuk beberapa jam sahaja. Selepas itu mereka akan beredar pulang.

 


Berlatar belakang Hotel tinggi tu iaitu Hotel Regency Hatyai
Mc D tu terletak dalam Lee Garden Plaza (non Halal)


Salah satu tempat shopping Central Shopping Centre - berhadapan Lee Garden Plaza



Pulut manga yang sangat lazat
 
Satu lagi makanan yang amat popular di sini adalah pulut manga. Nasib kami baik pada pagi itu sebab dapat juga menikmati pulut mangga dengan harga 50 Baht atau RM5 satu bekas. Sedap tak terkata pulut mangga tu. Anak-anak suka sangat dapat makan pulut ini.
 
 
Sempat juga menghabiskan Thai Baht pagi tersebut dengan membeli tshit dan cenderamata untuk kenang-kenangan. Nak beli banyak tak boleh pula sebab naik tren dan agak sukar nak bawa.
 
 
Sebaik tiba kereta sewa MPV tersebut, kami meneruskan perjalanan ke Padang Besar, Perlis. Alhamdulillah, kami selamat tiba di sempadan Thailand-Malaysia setelah sejam perjalanan.
Kami bermalam satu hari di Arau sebelum pulang ke Kuala Lumpur keesokkan hari nya. Di Perlis, kami sempat cuci mata di Bazar Padang Besar.. makan seafood di Kuala Perlis dan melawat sekitar negeri Perlis. Kebetulan ada musim buah mangga Harum Manis ketika itu... memang sedap yang amat la makan Harum Manis...
 



 
 
 
Hari keempat - 25 April 2016
 
Tren kami ke KL pada pukul 4.31 petang dari Arau. Walaupun tiket tren kami beli dari Padang Besar, tapi kami menaiki tren dari Stesen Arau. Mungkin kerana hari Isnin, jadi penumpang tren tidak berapa ramai.
 
 
Sempat juga sekali lagi berjumpa mak saudara dan sepupu di sini



KepalaAnaconda dah tiba


Selesa dan ruang kaki yang luas


Staff yang check tiket ala2 stewardess


Bergambar kenangan dengan tuan rumah di Arau dan mak saudara

Backpackers kena sikit je beg... tak boleh nak shopping banyak

Pemandangan sawah padi yang indah

Lapar.kita beli nasi lemak dalam tren
 
Perjalanan sangat lancar dari Arau ke KL. Kami tiba di KL Sentral sekitar jam 10 malam. Penat seharian travel, kami memutuskan untuk mengambil cab atau teksi sahaja dari KL Sentral ke Hentian Pekeliling. Agak berpatutan kadarnya dalam RM18 untuk satu teksi.
 
Tiba di rumah sekitar jam 11.45 malam.. Satu pengalaman yang indah untuk anak-anak menaiki encik Thomass Chooochoooo..
 
 
Tips travel: Nak jimat ruang baju dalam beg, baju dan pakaian haruslah di gulung..bukan di lipat...
 


Makan Angin ke Hat Yai dengan Tren ETS ( Part 2)

Trip to Hatyai via ETS
22-25 April 2016
 
Hari Kedua: 23 April 2016
 
Pemandangan sekitar Bandar Hatyai dari hotel
 Sawadeekap... Selamat pagi dari Hatyai...

Nun jauh di sana... Bukit ini lah yang menyediakan cable car dan di kaki bukit ini terdapat Hatyai Wonders Land
 
 
Tujuan utama trip ke Hatyai ini adalah kerana menghadiri persidangan akademik anjuran IPN (International Postgraduate Network) Education Group.
 





Selepas seharian bersidang dari pagi hingga 5.30 petang membuat pembentangan , selesailah sudah tujuan utama kedatangan ke sini. Anak-anak ditinggalkan dengan suami dan Atok serta Wan di bilik hotel.
 
Waktu Lunch tengah hari sementara nak menunggu sidang petang, kami sempat keluar dari hotel menaiki Tuk Tuk untuk ke pasar/bazar membeli belah pakaian. Tak ingat pula apa nama bazar ni..tapi orang-orang di Hatyai ni tahu bazar ni.. Setiap kali naik Tuk-tuk bayaran adalah 20 Baht atau RM2 seorang.
 Bersebelahan dengan Bazar ini ada satu bangunan lama dua tiga tingkat. Kami menaiki tingkat atas sekali untuk makan tengahari. Makan tengahari di sini jauh lebih murah.. tapi kurang selesa dan laluan tangga tersebut agak kotor. Kita boleh ambil macam-macam lauk pauk di sini dan nasi putih. Jauh lebih murah dari Restoran Hamid. Menu pun lebih kurang macam kita di Malaysia.
First time naik anak-anak naik Tuk Tuk
Sekitar jam 6 petang, kami mencari kenderaan untuk ke Floating Market dan juga Hatyai Ice Dome. Anak-anak dah teruja bila nak datang ke sini untuk bermain salji di Ice Dome. Pihak Hotel kata Ice Dome ditutup untuk pengubahsuaian. Tapi bila bertanya kepada driver kenderaan Tuk-Tuk mereka kata masih dibuka.
 
Setelah berunding dan tawar menawar dengan seorang driver Tuk Tuk di depan hotel, kami menaiki Tuk Tuk untuk ke Ice Dome ini. Pada mulanya driver Tuk Tuk minta 1200 Baht untuk kedua tempat ini. Setelah menawar kami membayar 800 Baht atau RM80.00 untuk kedua-dua tempat ini. Driver ini akan menghantar dan menunggu kami di kedua-dua tempat ini serta menghantar kami pulang ke hotel kemudian. So, bermula lah pengembaraan kanak-kanak riang ini menaiki Tuk Tuk buat pertama kalinya.
Di sini pintu masuk untuk ke 4D letaknya Wonders Land, I-City Park dan Cable Car
Di Entrance 4D Wonders Land

Bergambar kenangan dulu dengan penguin Coke


Bila sampai di sini, kami agak kehairanan... oh..rupa-rupanya betul lah Ice Dome telah ditukar menjadi 4D Hatyai Wonders Land. Tak pasti kenapa mereka dah tukar tempat tu.. mungkin juga maintenance yang tinggi atau kurang sambutannya. Kecewa kanak-kanak Ribena ni bila kata tiada snow di sini.. Dah siap bawa stokin dan baju sejuk lagi..


Kebetulan waktu tu ada promosi tiket. Warga emas berumur 70 tahun ke atas masuk percuma. Untuk kanak-kanak bayar 100 Bath (RM10) - harga promosi. Untuk dewasa bayar 200 Bath atau RM20 (harga promosi). Untuk penumpang Air Asia ada juga harga promosi...

Sebenarnya ada satu lagi 3D Magic Art Musem di Hatyai ni. Ianya terletak di sebuah shopping complex yang baru. Agak menarik juga di sini.. Yang itu lebih kepada lukisan mural di dinding. Tapi di Wonders Land ini 4 D adalah lampu-lampu terang yang penuh graphic. Untuk melihat kesan sebenar lampu ini, kita akan diberi cermin mata 4D. Staf-staff Wonders Land akan membantu kita macam mana nak mengambil gambar. Kerana ianya sedikit tricky dan susah untuk menggambarkan image tesebut. Bila dilihat kesan cahaya dalam camera atau handphone, baru Nampak 4D effect tersebut. Baru Nampak WOW... cantiknya.. Dalam tu Nampak gelap sahaja..dan tak jelas pun image apa... Nak ambil gambar pun ada teknik. Kena tukar mode camera dulu kepada night mode. Mereka akan bekalkan lampu suluh.. bila lampu suluh difokuskan kepada muka kita, baru snap camera atau handphone tu.. mula2 memang la confuse sikit nak buat pun tak tahu..
 
Macam-macam image dalam tu ... ada kesan bunyi sekali... Tapi bila bawa budak-budak ini... ada ruang gambar yang menggerikan gambar alien dan hantu...mula la ajak keluar nak balik..
 
So, ni adalah antara beberapa gambar cun yang sempat dirakamkan.... Memang tak ada langsung pengunjung masa tu...mungkin sebab dah nak malam agaknya..Dan tempat ini pun baru siap ubahsuai daripada Ice Dome kepada 4D wonders land.. jadi seronok la berlari-larian dalam ni..
 

Gambar pertama... tak tahu apa image ni sebab gelap dalam tu.. bila dalam hp baru Nampak image cube ni. Duduk aje la atas lantai tu.. kena tanggal kasut masuk sini.





dah lama-lama dok dalam ni baru pandai nak berlakon..

orang dewasa pun teruja...


takutnya...gunung berapi

Kesan cahaya 4D yang sangat cantik..



macam real je baby Zara nak jatuh tu...

 
 Sebenarnya ada magic show di sini.. Tapi kami dah terlepas slot magik show tersebut. Tak pe lah..takkan nak datang semula esok... Dah selamat bergambar dan berposing dalam ni dalam setengah jam, kami pun keluar untuk ke lokasi kedua iaitu Floating Market Khlong Hae.
 
 Orang kata tak sah ke Hatyai kalau tak ke Pasar Terapung ni... Pasar ini dibuka pada hujung minggu sahaja katanya.. dari hari Jumaat hingga Ahad. Dari Hatyai Wonders Land tadi, kami menaiki Tuk Tuk yang disewa khas ke sini. Meninggalkan Hat Yai Muncipal Park, perjalanan agak jauh juga lebih kurang 20 minit.




Terdapat banyak gerai-gerai menjual hasil kerja tangan, cenderamata, makanan exotic sepanjang jalan menuju Pasar Terapung ini. Pengunjung perlu berjalan kira-kira 300-400 meter dari jalan besar untuk ke sini. Di bawah jambatan di tepi sungai kelihatan lampu-lampu yang cukup meriah di Pasar Terapung atau Floating Market Khlong Hae ini.


Floating market dari atas jambatan

lebih kurang 40-50 sampan kecil yang menjual perlbagai makanan tempatan
Hampir kesemua peniaga di sini adalah kaum wanita. Mereka adalah wanita Muslim yang menjual makanan-makanan tempatan. Ada lebih kurang 30-40 buat sampan kecil di sini. Pasar terapung ini dibuka pada hujung minggu sahaja Jumaat- Ahad dari jam 5 petang hingga tengah malam.





 Apa yang menarik adalah cara pembayaran dibuat. Peniaga akan menghulur kayu atau pendayung yang diikatkan bakul kecil. Duit akan dimasukkan ke dalam bakul kecil ini.

Jagung manis


Air buah manga dan kelapa
 
 Air buah dijual dalam pasu-pasu comel. Ada gambar Hello Kitty juga. Jika air kelapa dalam buluh, ianya berharga 20Baht. Jika dalam pasu harganya dalam 30Baht atau 40Baht. Kita boleh ambil dan bwa pulang pasu tersebut setelah minum.

Telur puyuh




Samosa dan keropok goreng

Setelah membeli dan menikmati makanan tempatan di sini kira-kira sejam, kami pun beredar untuk pulang ke hotel.

Pengalaman manis dan baru yang sukar dilupakan melihat kesungguhan kaum wanita berniaga di sini demi sesuap nasi... Cenderamata juga banyak dijual di bazar atau gerai-gerai di atas tebing di sini. T-shirt, key chain, barangan cenderamata lain turut dijual murah di sini. Namun kita kena pandai menawar harga di sini untuk mendapatkan pada harga yang berpatutan.

Selesai urusan di sini, kami pulang ke hotel. Disarankan jika pengunjung hendak ke sini, anda perlu menyewa Tuk Tuk untuk menyewa atau menghantar pergi dan balik dari hotel kerana agak sukar untuk mendapatkan Tuk Tuk ke sini terutama pada sebelah malam.

Sambungan Part 3...