TRIP TO HATYAI via KTM ETS
22-25 April 2016
Hari Ketiga - 24 April 2016
Setelah bersarapan pagi (beli nasi dagang dan nasi lemak dari Restoran Salma yang berada tidak jauh dari hotel), kami check out. Kami mengambil kereta sewa MPV untuk menghantar kami ke sempadan Thailand- Malaysia iaitu Padang Besar dengan harga 800 Baht atau RM80.
Sementara menunggu kereta sewa tersebut, kami sekali lagi membeli belah di kaki lima dan sekitar Lee Garden Plaza. Peniaga di sini akan mula berniaga seawal jam 7 pagi hanya untuk beberapa jam sahaja. Selepas itu mereka akan beredar pulang.
Berlatar belakang Hotel tinggi tu iaitu Hotel Regency Hatyai Mc D tu terletak dalam Lee Garden Plaza (non Halal) |
Salah satu tempat shopping Central Shopping Centre - berhadapan Lee Garden Plaza |
Pulut manga yang sangat lazat |
Satu lagi makanan yang amat popular di sini adalah pulut manga. Nasib kami baik pada pagi itu sebab dapat juga menikmati pulut mangga dengan harga 50 Baht atau RM5 satu bekas. Sedap tak terkata pulut mangga tu. Anak-anak suka sangat dapat makan pulut ini.
Sempat juga menghabiskan Thai Baht pagi tersebut dengan membeli tshit dan cenderamata untuk kenang-kenangan. Nak beli banyak tak boleh pula sebab naik tren dan agak sukar nak bawa.
Sebaik tiba kereta sewa MPV tersebut, kami meneruskan perjalanan ke Padang Besar, Perlis. Alhamdulillah, kami selamat tiba di sempadan Thailand-Malaysia setelah sejam perjalanan.
Kami bermalam satu hari di Arau sebelum pulang ke Kuala Lumpur keesokkan hari nya. Di Perlis, kami sempat cuci mata di Bazar Padang Besar.. makan seafood di Kuala Perlis dan melawat sekitar negeri Perlis. Kebetulan ada musim buah mangga Harum Manis ketika itu... memang sedap yang amat la makan Harum Manis...
Hari keempat - 25 April 2016
Tren kami ke KL pada pukul 4.31 petang dari Arau. Walaupun tiket tren kami beli dari Padang Besar, tapi kami menaiki tren dari Stesen Arau. Mungkin kerana hari Isnin, jadi penumpang tren tidak berapa ramai.
Sempat juga sekali lagi berjumpa mak saudara dan sepupu di sini |
KepalaAnaconda dah tiba |
Selesa dan ruang kaki yang luas |
Staff yang check tiket ala2 stewardess |
Bergambar kenangan dengan tuan rumah di Arau dan mak saudara |
Backpackers kena sikit je beg... tak boleh nak shopping banyak |
Pemandangan sawah padi yang indah |
Lapar.kita beli nasi lemak dalam tren |
Perjalanan sangat lancar dari Arau ke KL. Kami tiba di KL Sentral sekitar jam 10 malam. Penat seharian travel, kami memutuskan untuk mengambil cab atau teksi sahaja dari KL Sentral ke Hentian Pekeliling. Agak berpatutan kadarnya dalam RM18 untuk satu teksi.
Tiba di rumah sekitar jam 11.45 malam.. Satu pengalaman yang indah untuk anak-anak menaiki encik Thomass Chooochoooo..
Tips travel: Nak jimat ruang baju dalam beg, baju dan pakaian haruslah di gulung..bukan di lipat...
No comments:
Post a Comment