Pembahagian tugas dan kumpulan serta taklimat dari saudara Halis |
Baru-baru ini telah berlangsung Pertandingan Debat Piala Johor 2012 di Dewan Sri Temenggung, UiTM Segamat. Acara ini telah disertai oleh 48 pasukan dari beberapa buah IPTA di seluruh Malaysia. Ada yang datang dari Sabah dan juga Sarawak. Pertandingan ini berlangsung selama tiga hari, dari 6-8 April 2012.
Pusingan kedua yang bertajuk Fitnah Darah Daging Politik |
Saya telah diundang untuk menjadi panel hakim semasa pertandingan debat peringkat kumpulan. Ada lima pusingan kesemuanya dan terdapat 5 kumpulan. Ini lah kali pertama saya menjadi panel hakim yang arif lagi bijaksana. Agak lama juga saya tidak terjebak dan terlibat dalam debat dan pidato ini. Kali terakhir saya mewakili sekolah adalah semasa di tingkatan tiga pada tahun 1990. Selepas saya memasuki MRSM, dek kerana jadual yang padat dan komitmen lain yang dipertanggungjawabkan, saya terpaksa melepaskan minat kepada acara ini. Saya terus meninggalkan aktiviti ini walaupun sayang dan minat saya pada aktiviti ini amat mendalam.
Pasukan dari USIM yang hebat |
Kerana minat itu lah yang membuatkan saya menerima jemputan sebagai barisan hakim ketika tawaran sebagai barisan hakim diwar-warkan kepada pensyarah. Oh, ia agak berbeza jika dibandingkan debat pada zaman saya muda-muda dahulu....memang amat berbeza... kalau dulu ia adalah debat konvensional, kini pertandingan debat telah diberi nafas baru..ala-ala parlimen.. siap ada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan ketika perbahasan.
Pasukan Johan - UPNM A |
Pentas Pertandingan Akhir Debat Piala Johor 2012 |
Tahniah diucapkan kepada pemenang pada pertandingan tersebut. Pasukan dari UPNM A telah dinobatkan sebagai Johan Pertandingan. Manakala naib johannya adalah dari UKM A.
Serta tahniah kepada tuan rumah yang telah menganjurkan pertandingan debat ini yang menghimpunkan pendebat-pendebat terbaik masa kini.
No comments:
Post a Comment