Thursday, May 3, 2012

Makan angin ke negeri di bawah bayu

Kota Kinabalu - Sabah ( 21 April 2012)

Bersempena dengan Ulangtahun Annisa yang ke dua tahun, saya mengambil kesempatan semasa Mid Sem Break pelajar2 degree UiTM untuk membawa suami dan anak2 makan angin ke Borneo baru-baru ini.

Sebenarnya tiket dah dibeli tahun lepas lagi ketika ‘offer’ dari Air Asia 0.10 sen… Masa tu baby Arissa pun tiada lagi. Jadi bila dah bertambah sorang lagi ahli keluarga baru ni, kena la tambah beli satu tiket untuk infant pula.

Agak lama saya tidak ke Kota Kinabalu. Kali terakhir menjejakkan kaki ke Kota Kinabalu kira-kira 8 tahun yang lepas (tahun 2004). Banyak juga perubahan di Bandar Kota Kinabalu ni. Dulu tiada shopping mall yang besar2 dan bangunan pencakar langit yang gah2. Kini banyak shopping complex yang baru dan masih dalam pembinaan.

Kami menginap di sebuah hotel di Jalan Tugu, Kg Air. Hotel tersebut betul-betul bersebelahan dengan pasar malam (night market). Night market ni diadakan setiap hari. Agak menakjubkan kerana harga di sini jauh lebih murah jika dibandingkan dengan Pasar Filipina (handicraft market) atau di pasar tamu Jalan Gaya pada hari Ahad. Namun jika dibandingkan antara Pasar Filipina dan Pasar Tamu, di Pasar Tamu harganya lebih murah untuk membeli barang2 kraftangan seperti keronsang mutiara, gelang mutiara dan sebagainya.

Pada hari pertama (Sabtu), kami hanya mengunjungi pasar malam (night market) kerana tiba di Kota Kinabalu sekitar jam 6.30 petang. Hari kedua (Ahad) adalah hari untuk mengunjungi pasar-pasar… awal paginya kami ke Pasar Tamu Jalan Gaya. Kemudian selepas Asar dan berehat di hotel, kami ke Pasar Filipina dan pasar basah (wet market) berdekatan dengan Waterfront.

Teruja bila melihat ikan2 segar di pasar basah. Ternyata makanan laut di sana amat murah. Antaranya ikan merah atau kelisa 14 ekor di jual dengan harga RM5.00 sahaja. Jika di pasar malam Jementah, 4 ekor ikan kerisi ni dijual dengan harga RM5.00. 2 kilo ikan pari  pun hanya RM5.00 di pasar Kota Kinabalu.. Ikan kerapu 14 ekor pun RM5.00. Malah sayur-sayuran segar amat murah sekali.

Keesokan harinya (Isnin) kami ke Pulau Manukan pula. Ada tiga pulau di Taman Tunku Abdul Rahman (Tunku Abdul Rahman Park) di sini. Kesemuanya sesuai untuk aktiviti snorkeling, scuba diving, sea walking, dan aktiviti laut lain. Tapi disebabkan anak2 yang kecil dan atas faktor keselamatan bayi, kami disarankan ke Pulau Manukan sahaja. TIket bot dari Jesselton Point (Terminal bot dan feri ke pulau2 berdekatan dan ke Pulau Labuan) agak berpatutan. Untuk orang dewasa, harga untuk ke satu pulau adalah sekitar RM30 (pergi dan balik). Bayaran dikenakan bergantung kepada berapa buah pulau yang hendak kunjungi.

Baby Arissa okay je cuma kakaknya Annisa sahaja yang menangis ketika naik speed boat. Ini adalah pengalaman pertama Annisa menaiki speed bost. Mungkin itu yang membuatkan ANnisa agak takut. Perjalanan sekitar 20 minit. Sampai di Pulau Manukan jam 12.20 tengahari. Makan tengahari di pulau tersebut. Agak mahal caj makanannya. Sepinggan nasi putih dengan ayam dan telur dadar serta air, harganya RM10.00. Mungkin bagi yang bawa ramai ahli keluarga, mereka boleh bawa makanan sendiri ke sana bagi menjimatkan kos.

Jam 2 petang kami menunggu boatman untuk membawa kami pulang semula ke tanah besar. Nun jauh di puncak Gunung Kinabalu kelihatan awan nano tebal yang berarak mendung. Tepat jangkaan kami kerana sebaik sahaja tiba di terminal/ jeti , hujan mulai turun. Kami menaiki teksi untuk pulang ke hotel.

Hari ke empat, kami hanya bersantai di bilik. Nak keluar ke Wildlife park (Lok Kawi Zoo) pun dah tak boleh sebab hari hujan. Ruginya tak sempat mengunjungi cultural village seperti Monsopiad dan Mari-mari Cultural Village. Jadi, kami tunggu sehingga jam 12.30 untuk check out. Penerbangan balik jam 3 petang. Tiba di Kuala Lumpur jam 5.30 petang.

Pastinya saya dan famili akan kembali lagi ke sini bagi mengunjungi banyak lagi tempat-tempat yang menarik yang belum sempat saya kunjungi seperti Taman Negara Gunung Kinabalu, Lok Kawi, Labuan, kampung budaya dan sebagainya.
Dalam pesawat
Rambang mata di Pasar Tamu Jalan Gaya (hari Ahad sahaja)

Menaiki speed boat ke Pulau Manukan

Wet Market - ikan segar yang amat murah


Pasar Filipina atau Pasar Kraftangan
Makan tengahari di Pulau Manukan
Hasil kraftangan yang dijual di Pasar Filipina
Buah2an dan sayur-sayuran segar

Banyaknya ikan...

Murah dan amat murah...sebelah ikan tongkol ni hanya RM6.00.. ikan baru turun dari bot.. dari laut kat belakang tu..

Macam-macam kuih tradisional di jual di gerai bersebelahan dengan Pasar Filipina.. kuih tempatan- kuih cincin

Rumpai laut antara makanan laut yang popular

Di Pulau Manukan tak boleh pancing ikan daa...

Nun jauh di sana di puncak Gunung Kinabalu kelihatan awan nano mendung

Pemandangan Stadium Likas dari dalam pesawat

Bandung 2012


10-14 Mac 2012... sekali lagi saya ke Bandung. Tapi kali ini saya ke Bandung bersama suami dan anak-anak kerana membentangkan kertas kerja di 3rd International Conference Business and Economic Research (ICBER 2012). 
Lawatan dan kunjungan 5 hari kali ini amat berbeza kerana cuti sambil bekerja. Saya membentangkan dua kertas kerja untuk pengesahan jawatan. Pengalaman membentangkan kertas kerja di luar negara amat menyeronokkan. Malah, kesempatan ini digunakan untuk membina 'networking' dengan rakan-rakan dari fakulti dan universiti yang berlainan.

Nasib baik la anak-anak tidak banyak karenah dan meragam. Baby baru berusia 3 bulan setengah dah dibawa keluar negara. Dan kedua-dua mereka tahan lasak walau pun keluar bersiar-siar melawat ke sekitar Jakarta dan Bandung seawal jam 7 pagi sehingga 10 malam. Memang kepenatan bagi kedua-dua mereka. Tapi apa kan daya... ikut je la mama nya...

Kota Bandung memang terkenal dengan tempat membeli belah di kalangan rakyat Malaysia yang gemarkan barang-barang berjenama. Malah ramai jugak penggemar telekung, kain baju kurung manik dan sulaman sanggup berhabis sakan di sana. Biasanya hari pertama menghabiskan duit rupiah...hari kedua menghabiskan duit RM... dan hari ketiga dah keluarkan kad plastik (card credit), menurut tourist guard ....

Walaupun ini merupakan kunjungan ketiga saya... pastinya saya akan kembali lagi ke sini.... "tercari-cari mi bandung dan air sirap bandung di sana", tapi tiada...
KLIA - 6pagi..

Kota Jakarta

Annisa kepenatan dan mengantuk kerana bangun seawal jam 5 pagi


Di taman mini Jakarta


Bergambar kenangan bersama tour leader, Hj Sahari (ayah) yang membawa 35 ahli rombongan guru2 dari Jengka

Pemandangan yang indah , namun baunya kurang enak (macam bau telur busuk) dek belerang gunung berapi

Menikmati makan tengahari menu 'ikan terbang' di Bandung
Kawan2 sejawatan dari UiTM Segamat yang turut bentangkan kertaskerja
Nasib baik ada kemudahan touch screen TV nie..dapat la menarik perhatian Annisa yang keboringan dalam pesawat

Hot Spring yang menjadi pusat tumpuan pelancong
Antara presenter di sessi petang


Community Service UiTM Segamat

Program: Khidmat Masyarakat “ Kenali UiTM”
Tarikh Program: 30 April – 1 Mei 2012
Tempat: UiTM Kampus Segamat

 
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT DEKATKAN UKHWAH DENGAN MASYARAKAT SETEMPAT


Baru-baru ini bertempat di UiTM Johor Kampus Segamat telah berlangsung dua hari program khidmat masyarakat oleh mahasiswa-mahasiswi UiTM Johor kampus Segamat bersama dengan pelajar-pelajar tingkatan lima dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Segamat.

Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh 49 orang mahasiswa dan mahasiswi Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Perbankan Islam sebagai sebahagian tugasan penilaian semester untuk subjek Pembangunan Personal dan Etika.

Menurut Ketua Projek, Ag. Juhari Bin Abdul Rahman, program seumpama ini dapat menjalinkan ukhwah dalam diri setiap pelajar serta menerapkan nilai-nilai tanggungjawab sosial yang perlu ada dalam diri mereka. Semangat kerjasama dalam melaksanakan kerja secara berpasukan turut diterapkan.

Antara intipati penting program dua hari ini adalah memberi maklumat dan pendedahan kepada pelajar-pelajar tingkatan lima ini mengenai tatacara dan etika temuduga yang bakal mereka hadapi selepas tamat pelajaran tingkatan lima nanti. Selain menghadiri seminar temuduga kerja dan biasiswa ini, mereka turut diuji oleh panel temuduga yang dilantik dari kalangan pensyarah UiTM ketika sesi “mock interview”.

Bagi pelajar-pelajar SMKA, mereka amat teruja namun gemuruh ketika menjalani sesi temuduga kerja olok-olok (mock interview) tersebut kerana ia seumpama keadaan sebenar proses temuduga dengan majikan.

Malah, kesemua mereka amat gembira dan berbangga kerana terpilih untuk menghadiri program dua hari ini kerana pengalaman sebegini tidak dapat diperolehi di sekolah mahupun dari pembacaan buku sahaja.

“ Seronok dapat bermalam di asrama kolej di dalam kampus UiTM kerana kami dapat merasai suasana dan kehidupan sebagai mahasiswa walaupun kami bakal menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) beberapa bulan lagi, malah ini dapat membakar semangat kami untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM” ujar Nur Izyan Nabihah Said dari SMKA Segamat.

Dalam majlis penutupan program yang turut dihadiri oleh Rektor UiTM Kampus Segamat, Prof. Madya Dr. Hj. Omar bin Samat semalam, beliau bangga dan memuji usaha murni pelajar-pelajar UiTM ini untuk mendekati masyarakat setempat dalam kesibukan mereka menghadiri kuliah kerana program seperti ini merupakan platform terbaik untuk memperkenalkan UiTM sebagai pilihan terbaik untuk pelajar-pelajar tingkatan lima yang akan melanjutkan pelajaran kelak.

Malah, menurut beliau lagi, keintelektualan yang diterapkan oleh universiti adalah bermanfaat untuk melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang sentiasa kritis dan kreatif untuk mengembangkan daya pemikirannya supaya mampu menghurai, mencerakin, merumus dan berupaya memanfaatkan ilmunya tidak sahaja kepada dirinya tetapi juga kepada orang lain dan alam sekitar.


Antara pensyarah yang terlibat sebagai fasilitator dan panel temuduga


Adik-adik dari SMKA Segamat

'Hands on Interview' - panel Cik Mazida dan Cik Adila


Soalan yang agak sukar dari panel Mr Muruga dan Cik Mazilah


Rumusan di akhir sesi temuduga oleh panel - Pn Hjh Rohani dan Pn Roha
Bergambar kenangan bersama Cikgu Fara, Kaunselor SMKA Pn Rosidah, Ustaz Jamil (Pemangku Pengetua SMKA), Ustaz Ashaari dan Koordinator Kursus dari UiTM Sgmt - Pn Noreen Noor
Pelajar puteri SMKA

Pelajar putera SMKA
Saudara dan Saudari Pengerusi Majlis - Irwan dan Suhaida

Rektor UiTM Segamat memberi sepatah dua kata serta kata-kata semangat untuk pelajar2 SMKA

Antara tetamu dan peserta yang hadir di Dewan Karyawan UiTM Johor
Cenderamata kenangan dari SMKA kepada Tuan Rektor UiTM Johor

Ucapan dari Ketua Projek, saudara Juhari