Thursday, May 3, 2012

Makan angin ke negeri di bawah bayu

Kota Kinabalu - Sabah ( 21 April 2012)

Bersempena dengan Ulangtahun Annisa yang ke dua tahun, saya mengambil kesempatan semasa Mid Sem Break pelajar2 degree UiTM untuk membawa suami dan anak2 makan angin ke Borneo baru-baru ini.

Sebenarnya tiket dah dibeli tahun lepas lagi ketika ‘offer’ dari Air Asia 0.10 sen… Masa tu baby Arissa pun tiada lagi. Jadi bila dah bertambah sorang lagi ahli keluarga baru ni, kena la tambah beli satu tiket untuk infant pula.

Agak lama saya tidak ke Kota Kinabalu. Kali terakhir menjejakkan kaki ke Kota Kinabalu kira-kira 8 tahun yang lepas (tahun 2004). Banyak juga perubahan di Bandar Kota Kinabalu ni. Dulu tiada shopping mall yang besar2 dan bangunan pencakar langit yang gah2. Kini banyak shopping complex yang baru dan masih dalam pembinaan.

Kami menginap di sebuah hotel di Jalan Tugu, Kg Air. Hotel tersebut betul-betul bersebelahan dengan pasar malam (night market). Night market ni diadakan setiap hari. Agak menakjubkan kerana harga di sini jauh lebih murah jika dibandingkan dengan Pasar Filipina (handicraft market) atau di pasar tamu Jalan Gaya pada hari Ahad. Namun jika dibandingkan antara Pasar Filipina dan Pasar Tamu, di Pasar Tamu harganya lebih murah untuk membeli barang2 kraftangan seperti keronsang mutiara, gelang mutiara dan sebagainya.

Pada hari pertama (Sabtu), kami hanya mengunjungi pasar malam (night market) kerana tiba di Kota Kinabalu sekitar jam 6.30 petang. Hari kedua (Ahad) adalah hari untuk mengunjungi pasar-pasar… awal paginya kami ke Pasar Tamu Jalan Gaya. Kemudian selepas Asar dan berehat di hotel, kami ke Pasar Filipina dan pasar basah (wet market) berdekatan dengan Waterfront.

Teruja bila melihat ikan2 segar di pasar basah. Ternyata makanan laut di sana amat murah. Antaranya ikan merah atau kelisa 14 ekor di jual dengan harga RM5.00 sahaja. Jika di pasar malam Jementah, 4 ekor ikan kerisi ni dijual dengan harga RM5.00. 2 kilo ikan pari  pun hanya RM5.00 di pasar Kota Kinabalu.. Ikan kerapu 14 ekor pun RM5.00. Malah sayur-sayuran segar amat murah sekali.

Keesokan harinya (Isnin) kami ke Pulau Manukan pula. Ada tiga pulau di Taman Tunku Abdul Rahman (Tunku Abdul Rahman Park) di sini. Kesemuanya sesuai untuk aktiviti snorkeling, scuba diving, sea walking, dan aktiviti laut lain. Tapi disebabkan anak2 yang kecil dan atas faktor keselamatan bayi, kami disarankan ke Pulau Manukan sahaja. TIket bot dari Jesselton Point (Terminal bot dan feri ke pulau2 berdekatan dan ke Pulau Labuan) agak berpatutan. Untuk orang dewasa, harga untuk ke satu pulau adalah sekitar RM30 (pergi dan balik). Bayaran dikenakan bergantung kepada berapa buah pulau yang hendak kunjungi.

Baby Arissa okay je cuma kakaknya Annisa sahaja yang menangis ketika naik speed boat. Ini adalah pengalaman pertama Annisa menaiki speed bost. Mungkin itu yang membuatkan ANnisa agak takut. Perjalanan sekitar 20 minit. Sampai di Pulau Manukan jam 12.20 tengahari. Makan tengahari di pulau tersebut. Agak mahal caj makanannya. Sepinggan nasi putih dengan ayam dan telur dadar serta air, harganya RM10.00. Mungkin bagi yang bawa ramai ahli keluarga, mereka boleh bawa makanan sendiri ke sana bagi menjimatkan kos.

Jam 2 petang kami menunggu boatman untuk membawa kami pulang semula ke tanah besar. Nun jauh di puncak Gunung Kinabalu kelihatan awan nano tebal yang berarak mendung. Tepat jangkaan kami kerana sebaik sahaja tiba di terminal/ jeti , hujan mulai turun. Kami menaiki teksi untuk pulang ke hotel.

Hari ke empat, kami hanya bersantai di bilik. Nak keluar ke Wildlife park (Lok Kawi Zoo) pun dah tak boleh sebab hari hujan. Ruginya tak sempat mengunjungi cultural village seperti Monsopiad dan Mari-mari Cultural Village. Jadi, kami tunggu sehingga jam 12.30 untuk check out. Penerbangan balik jam 3 petang. Tiba di Kuala Lumpur jam 5.30 petang.

Pastinya saya dan famili akan kembali lagi ke sini bagi mengunjungi banyak lagi tempat-tempat yang menarik yang belum sempat saya kunjungi seperti Taman Negara Gunung Kinabalu, Lok Kawi, Labuan, kampung budaya dan sebagainya.
Dalam pesawat
Rambang mata di Pasar Tamu Jalan Gaya (hari Ahad sahaja)

Menaiki speed boat ke Pulau Manukan

Wet Market - ikan segar yang amat murah


Pasar Filipina atau Pasar Kraftangan
Makan tengahari di Pulau Manukan
Hasil kraftangan yang dijual di Pasar Filipina
Buah2an dan sayur-sayuran segar

Banyaknya ikan...

Murah dan amat murah...sebelah ikan tongkol ni hanya RM6.00.. ikan baru turun dari bot.. dari laut kat belakang tu..

Macam-macam kuih tradisional di jual di gerai bersebelahan dengan Pasar Filipina.. kuih tempatan- kuih cincin

Rumpai laut antara makanan laut yang popular

Di Pulau Manukan tak boleh pancing ikan daa...

Nun jauh di sana di puncak Gunung Kinabalu kelihatan awan nano mendung

Pemandangan Stadium Likas dari dalam pesawat

2 comments:

  1. Hi. Nak tanya, mase pegi pasar ikan yg murah2 tu, pergi masa awal pagi ke?

    ReplyDelete
  2. Nur Atikah... masa tu pergi sekitar jam 5 petang..

    ReplyDelete