10-14 Mac 2012... sekali lagi saya ke Bandung. Tapi kali ini saya ke Bandung bersama suami dan anak-anak kerana membentangkan kertas kerja di 3rd International Conference Business and Economic Research (ICBER 2012).
Lawatan dan kunjungan 5 hari kali ini amat berbeza kerana cuti sambil bekerja. Saya membentangkan dua kertas kerja untuk pengesahan jawatan. Pengalaman membentangkan kertas kerja di luar negara amat menyeronokkan. Malah, kesempatan ini digunakan untuk membina 'networking' dengan rakan-rakan dari fakulti dan universiti yang berlainan.
Nasib baik la anak-anak tidak banyak karenah dan meragam. Baby baru berusia 3 bulan setengah dah dibawa keluar negara. Dan kedua-dua mereka tahan lasak walau pun keluar bersiar-siar melawat ke sekitar Jakarta dan Bandung seawal jam 7 pagi sehingga 10 malam. Memang kepenatan bagi kedua-dua mereka. Tapi apa kan daya... ikut je la mama nya...
Kota Bandung memang terkenal dengan tempat membeli belah di kalangan rakyat Malaysia yang gemarkan barang-barang berjenama. Malah ramai jugak penggemar telekung, kain baju kurung manik dan sulaman sanggup berhabis sakan di sana. Biasanya hari pertama menghabiskan duit rupiah...hari kedua menghabiskan duit RM... dan hari ketiga dah keluarkan kad plastik (card credit), menurut tourist guard ....
Walaupun ini merupakan kunjungan ketiga saya... pastinya saya akan kembali lagi ke sini.... "tercari-cari mi bandung dan air sirap bandung di sana", tapi tiada...
|
KLIA - 6pagi.. |
|
Kota Jakarta |
|
Annisa kepenatan dan mengantuk kerana bangun seawal jam 5 pagi |
|
Di taman mini Jakarta |
|
Bergambar kenangan bersama tour leader, Hj Sahari (ayah) yang membawa 35 ahli rombongan guru2 dari Jengka |
|
Pemandangan yang indah , namun baunya kurang enak (macam bau telur busuk) dek belerang gunung berapi |
|
Menikmati makan tengahari menu 'ikan terbang' di Bandung |
|
Kawan2 sejawatan dari UiTM Segamat yang turut bentangkan kertaskerja |
|
Nasib baik ada kemudahan touch screen TV nie..dapat la menarik perhatian Annisa yang keboringan dalam pesawat |
|
Hot Spring yang menjadi pusat tumpuan pelancong |
|
Antara presenter di sessi petang
|
No comments:
Post a Comment