Terung dan lada hijau yang membuahkan hasil |
Sumber dari: http://aki2004.wordpress.com/hadis-pilihan/
Kelebihan Bercucuk tanam
Sebuah hadis daripada Jabir bin Abdullah:
قال الرسول e : مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَغْرِسُ غَرَسًا إِلا كَانَ مَا أُكِلَ مِنْهُ لَهُ صَدَقَةً وَمَا سُرِقَ مِنْهُ لَهُ صَدَقَةً وَلا يَرْزَؤُهُ أَحَدٌ إِلا كَانَ لَهُ صَدَقَةً – رواه مسلم
Maksudnya: Tidak ada daripada seorang muslim yang menanam satu tanaman kecuali apa saja yang dimakan daripadanya itu melainkan menjadi sedekah. Apa saja yang dicuri orang daripadanya juga menjadi sedekah. Dan tidak diambil daripadanya oleh seseorang kecuali semuanya itu menjadi sedekah.
Bersedekah kepada jiran-jiran |
Pokok buah markisa yang ditanam oleh auntie jiran setaman |
Pokok mangga yang pertama kali membuahkan hasil, berusia 2 tahun 8 bulan (umur Annisa) |
Suami saya sangat suka menanam pokok.. Pokok serai, pandan, halia, kunyit, limau purut, bunga kesidang, bunga melor, suami saya yang tanam. Sejak pindah dan menyewa di rumah yang kami duduki ini, ada beberapa pokok buah yang turut ditanamnya. Antaranya adalah pokok mangga (seperti gambar di atas) yang pertama kali berbuah setelah dua tahun lebih menanamnya (seusia anak sulung - Annisa). Saya tak pasti apa nama buah mangga tersebut.. ada orang kata Harum Manis.. Tapi yang menariknya, buah mangga tersebut berwana hijau dan kemerah-merahan.. Suami saya kata buah tu pakai alat make-up (pemerah pipi).
Buah mangga ni pulak, hanya berbuah 4 biji sahaja. Yang tiga di atas tu konon-kononya saya dan dua orang anak perempuan yang punya. Ada satu biji yang terasing di sebelah atas tu, suami yang punya. Hari-hari suami saya duduk mengadap buah ni.. Suka sangat dia bila tengok pokok mangga ni sempat berbuah..kerana dah dua tiga kali juga batang pokok mangga ini ditetak, kerana kecewa masih belum berbuah.
Antara pokok lain yang ditanam di kawasan dalam pagar rumah adalah pokok pisang, yang telah 3 atau 4 kali berbuah. Pokok mata kucing dan rambutan masih belum berbuah lagi (baru berusia setahun - seusia Arissa).
Dalan riwayat yang lain,
Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya:
“Tiada seorang muslim menanam dan bertani maka hasil pertaniannya itu dimakan
oleh manusia, binatang dan sebagainya melainkan dia akan menerima ganjaran
pahala sedekah – dalam riwayat yang
lain: “melainkan dia akan menerima pahala sedekah hingga hari
Kiamat”.
(Hadis riwayat
Muslim)
Antara jiran yang suka menolong bercucuk-tanam |
Yang membuatkan suami saya teruja menanam pokok dan sayur-sayuran di sekeliling kawasan rumah adalah kerana dua orang auntie berbangsa Tiong Hua yang suka sangat bercucuk-tanam. Dari sekadar suka-suka sahaja, ianya dah jadi hobi yang semakin serius. Kalau kami balik kampung tiga empat hari, auntie ni akan tolong siram bunga. Ada masanya, auntie ni akan mencangkul untuk menerangkan rumput-rumput yang panjang. Itu lah bagusnya ada jiran yang sama hobi dan rajin macam ni.
Kami pun tak kisah...kami suruh auntie ni tanam apa-apa pokok sayur yang dia nak tanam di halaman tepi rumah kami ni sebab rumah mereka tiada tanah atau kawasan lapang untuk bercucuk-tanam. Pokok buah markisa, keledek, cili, kacang bendi, pokok bunga raya, pokok bunga keembong dan pokok ati-ati, auntie ni yang tanam.
Puas... Petik hasil tangan sendiri... |
1) Hobi di masa lapang - dapat mengurangkan kebosanan bila tengok hasil yang menjadi
2) Kesihatan lebih terjamin - dapat mengeluarkan peluh dan ala-ala exercise/senaman especially bila pegang cangkul
3) Jimat - boleh menjimatkan duit untuk beli sayur-sayuran..suatu kepuasan yang tak terhingga dapat petik sendiri sayur2an dan hasil dari titik peluh kita.
4) Segar - dapat makan dan masak sayur-sayuran segar yang kita sendiri pasti tidak menggunakan racun dan bahan2 lain pada pokok.
5) Sedekah - dapat bersedekah kepada jiran-jiran dan kawan-kawan bila hasil tu banyak. Ada jugak binatang-binatang yang tumpang makan sama...
Semoga ianya mendapat manfaat dan ganjaran yang besar dikurniakan dariNya.
Nota: Sewaktu saya kecil, seusia 7-10 tahun, mak dan abah saya akan bawa saya berkebun di tanah tepi sungai tidak jauh dari rumah saya di Bentong. Kami berempat beradik akan membuat batas sendiri dan setiap orang akan menanam sejenis tanaman di batas tersebut. Kalau ada empat batas, ada empat jenis tanaman. Yang seronoknya, saya tanam kacang tanah dan ianyaberhasil. Bila dapat kutip hasilnya dan rebus kacang tersebut, memang amat menggembirakan kami empat beradik... dan kini, setelah 25 tahun berlalu, tiap kali tiba musim durian, abah akan bagitau kami..pokok durian siapa yang dah berbunga dan dah berbuah.... itu lah seronoknya bila ada menanam pokok sendiri..hasilnya kini dapat dinikmati hingga ke anak cucu..
No comments:
Post a Comment