Bersama kawan sekerja (Pensyarah Pengurusan & Pemasaran), Siti Farrah dengan buku motivasi beliau " Tika Bidadari Berbisik" |
Petikan dari buku "TIKA BIDADARI BERBISIK".... penerbit Karangkraf.
Wanita adalah ciptaan terhebat. Andai di syurga ada bidadari sebagai penyinar maka di dunia ada wanita solehah sebagai perhiasan duniawi. Sehingga ada yang mengatakan andai mereka tidak wujud, sepilah dunia ini. Jika itu hakikatnya, tidak berbanggakah kita dicipta sebagai wanita? Ya... daripada kitalah lahirnya seorang bijaksana dan daripada kita juga wujud seorang Rasul pemimpin dunia! Maka, benarlah sabda Nabi, wanita itu lebih baik daripada bidadari syurga.
Fitrahnya... kita sebagai wanita tidak akan sepi dengan cubaan. Semakin menjauh semakin pula ia mendekat. Andai demikian, bangunlah segera. Carilah punca dan berusahalah memurnikannya sebelum ia membakar diri. Ingatlah, wanita hebat ialah apabila seluruh hatinya diserahkan kepada si Pemilik, bukan hanya meratapi takdir yang tertulis. Teruslah menjadi insan terhebat yang dapat menggoncang dunia, menggenggam bara walau diuji bertubi-tubi.
Fitrahnya... kita sebagai wanita tidak akan sepi dengan cubaan. Semakin menjauh semakin pula ia mendekat. Andai demikian, bangunlah segera. Carilah punca dan berusahalah memurnikannya sebelum ia membakar diri. Ingatlah, wanita hebat ialah apabila seluruh hatinya diserahkan kepada si Pemilik, bukan hanya meratapi takdir yang tertulis. Teruslah menjadi insan terhebat yang dapat menggoncang dunia, menggenggam bara walau diuji bertubi-tubi.
Saya tertarik dengan isi kandungan buku ini (baru sempat membaca hampir separuh buku sahaja walau dah 10 hari membaca buku ni - agaknya bila la boleh habis baca). Di dalamnya terkandung kisah-kisah kehidupan serta pengalaman yang berlaku di sekeliling kita. Malah, ianya memberi pedoman, maksud tersirat dan tersurat, pengajaran, motivasi dan panduan untuk kita menangani masalah yang biasa melanda wanita, suri rumah, ibu, atau anak perempuan. Mungkin ianya adalah catatan dan coretan berdasarkan pengalaman si penulis itu sendiri. Gabungan karya dan idea dua orang penulis yang melihat dari perspektif yang berbeza. Siti Farrah adalah kenalan dan rakan sekerja saya di jabatan yang sama iaitu Fakulti Pengurusan Perniagaan, dan masih lagi single. Manakala Puan Noraini Ismail adalah pensyarah undang-undang di UiTM Johor ini juga yang merupakan seorang ibu kepada empat orang cahaya mata. Bagi Siti Farrah, ini bukan lah hasil pertama beliau. Sebelum ini, beliau juga telah menulis beberapa buah novel.
Teruskan lah berkarya wahai rakan-rakan ku sekalian..semoga ianya memberi manfaat, pedoman dan renungan bagi kami, kaum hawa... yang sentiasa diduga dengan pelbagai cabaran dan dugaan yang kadangkala tak terduga dek akal, tak tertanggung dek bahu, tak tersimpan dek hati. Tapi itu lah tanggungjawab yang perlu digalas kerana kita adalah insan-insan yang hebat yang telah dipilih olehNya.
Nota: Kadangkala saya akan beli buku-buku agama atau motivasi atau bahan bacaan yang sesuai untuk dihadiahkan kepada mak dan abah saya. Macam bidalan atau proverb omputih "What goes around, comes around". Masa kecil-kecil dulu, mak selalu belikan saya buku cerita, buku penyiasatan dan buku novel atau cerpen sebagai hadiah jika saya dapat antara No 1 - 5 dalam peperiksaan akhir tahun. Harga buku tu mungkin murah je, tapi amat besar nilainya bagi saya ketika itu dan ianya adalah pencetus motivasi untuk saya buat yang terbaik dalam peperiksaan akhir.
No comments:
Post a Comment