Wednesday, February 14, 2018

Kembara bersama anak kecil ke bumi Kiwi, New Zealand Disember 2017 (Part 9)

Part 9: Tasik berwarna biru turquoise yang memukau. 
Lindis Pass yang penuh dengan bunga lupin. 
Malam terakhir di bumi NZ.
Lindis Pass yang penuh bunga Lupin


Hari Kelapan: Mengembara di South Island, New Zealand

Lake Pukaki berlatarbelakangkan Mt Cook


WANAKA – TWIZEL – LAKE PUKAKI – LAKE TEKAPO (201 KM)

Ringkasan Perjalanan 5 Disember 2017 (Selasa)

WANAKA – OMARAMA – TWIZEL (144 KM – 1 Jam 40 Min)
TWIZEL – LAKE PUKAKI- LAKE TEKAPO (57 KM – 38 Min)
·         7.00 AM Sarapan Pagi dan masak untuk makan tengahari di Motel (ada dapur). Mendobi basuh baju.
·         10.00 AM Daftar keluar motel dan bergerak ke Wanaka Puzzling World.
·         10.40 AM Menuju ke ladang bunga lavender di Wanaka dalam perjalanan ke Twizel.
·         11.30 AM Bergerak melalui Lindis Pass ke Omarama untuk melihat aktiviti mengetam bulu biri-biri di The Wrinkly Rams (optional berbayar)
·         2.30 PM Singgah di High Country Salmon untuk merasa/beli ikan salmon segar atau memberi makan ikan salmon.
·         Bergerak ke Twizel dan berhenti makan tengahari di mana-mana park di tepi jalan.
·         4.00 PM Perjalanan  diteruskan ke Tasik Pukaki.( Terpaksa skip ke Mt Cook kerana keletihan)
·          Setelah bergambar di Tasik Pukaki, teruskan perjalananan ke Tasik Tekapo (tasik besar berwarna turquoise dan penuh bunga lupins yang berbunga setahun sekali sahaja pada musim panas November-December).
·         5.00 PM Check in Lake Tekapo Motel and Holiday Park (1 unit cabin/aprtmnt – 1 katil Queen, 2 katil double decker)
·         Rehat, solat dan minum petang. Masak untk makan malam (ada dapur untuk memasak) untuk menghabiskan stok makanan.
·         8.00 PM Bergerak ke Church of the Good Shepherd dan Tasik Tekapo untuk melihat matahari terbenam. Lake Tekapo terkenal dengan “stargazing” bintang2 di langit dan aurora (cahaya hijau di langit).
·         9.00 PM Balik motel untuk makan malam dan rehat.

 
View dari bilik dekat dengan jalan besar
 Selamat Pagi Wanaka!!!
Pagi-pagi disajikan dengan bunga yang segar di sekitar motel




Perjalanan hari kelapan ini pun tidak lah jauh sangat. Namun banyak juga perhentian yang perlu kami lakukan sepanjang perjalanan ke Lake Tekapo. Kami sempat membasuh pakaian di bilik laundry yang disediakan. Semua baju yang dipakai dibasuh sebab tak nak bawa banyak-banyak pakaian kotor. Jika berlaku apa-apa emergency senang dah ada pakaian bersih.  Mesin membasuh dan pengering di motel ni agak lama jika dibandingkan dengan motel atau apartment yang lain. Namun masih baik kondisinya. Cuma tak berapa nak faham cara nak uruskan mesin lama ini, jadi terpaksa lah panggil owner motel ini untuk tunjukkan cara untuk menggunakannya. Mrs Bridget jika tak salah nama owner ni. Sangat peramah dan mesra.

Office Motel

Owner Motel

Pagi yang kelat

Suka bergambar budak kecil ni

Ini lah bunga lavender

Sambil bersarapan pagi, kami menyediakan makanan tengahari untuk bekalan. Untuk tambahan, kami juga sediakan roti sandwich dan roti disapu butter serta strawberry jem supaya senang dimakan dalam kereta jika kelaparan. Maklumlah, banyak perhentian dan jauh lagi perjalanannya. Selesai mengemas barang-barang dan selesai mendobi, kami pun daftar keluar dari motel. Terima kasih motel… sangat selesa bilik dan tilamnya.

Bye bye Motel
Macam ni tar jalan di sini. Lengkap uniform nya
Ni mandur nya la kot.. seluk tangan dalam poket seluar
Lokasi pertama kami pada hari ini adalah Puzzling World. Petang semalam kami dah melalui Puzzling World ini ketika hendak check in ke motel. Namun disebabkan hampir jam 5 petang, jadi kami terus ke motel sahaja. Jadi pagi yang indah ini, kami terus menuju ke sini untuk bergambar. Memang kami dah plan tak nak masuk ke dalam untuk bermain lorong-lorong sesat dalam tu. Mungkin jika ada anak remaja, ianya sesuatu yang menyeronokkan. Itu pun mungkin akan memakan masa selama dua atau tiga jam. Namun dengan anak kecil dan warga emas ni, ia mungkin kurang sesuai. Jadi kami hanya bergambar di depan bangunan ini dan main beberapa puzzle game yang diletakkan atas meja-meja di dalam kedai ini. Setelah kira-kira 40 minit berada di sini, kami ke lokasi kedua iaitu Lavender Farm. Ianya tidak la jauh sangat dari Puzzling World. Lebih kurang dalam 5-10km sahaja ke hadapan.












Harga tiket untuk masuk ke sini

Main la puas-puas... free je yang di luar sini


Macam-macam puzzle dan mainan silap mata ada dijual di sini

Kenangan keluarga


Lavender farm ni bukan sentiasa mengeluarkan bunga. Kebetulan waktu kami tiba di sini, bunga lavender sedang banyak berbunga dan berkembang. Dari pintu masuk dah bau bunga lavender yang wangi. Ada sebuah kedai di sini. Dan jika kita nak masuk ke taman lavender yang luas itu kita dikenakan bayaran. Tapi disebabkan di keliling kedai ini dah ada banyak ditanam bunga-bunga lavender, jadi kami hanya bergambar di sekitar kawasan ini. Itu pun dah memadai rasanya. Maka hati pun berkembang juga la dapat bergambar di sini. Produk berasaskan bunga lavender turut dijual di dalam kedai tersebut. Tapi harganya pun boleh tahan. Maka, kami tahan nafsu untuk membeli di sini. Saya pun baru tahu di sini ada animal farm. Ada juga binatang seperti Alcapas atau Illama tu. Kami tak masuk pula sebab tak tahu.. dah balik baru la terbaca info ini. Bayaran masuk hanya NZD5 untuk dewasa. Kanak-kanak hanya NZD2 untuk umur 5-12 tahun. Info lanjut di sini: https://www.wanakalavenderfarm.com/

Entrance masuk. Ada kedai di sini


Ini pun cantik. Pokok krismas


Cantiknya... mampu tengok je






Lavender pun ada macam-macam jenis

Dah puas bergambar di sini, kami meneruskan perjalanan ke Twizel. Perjalanan dari Wanaka ke Twizel adalah dalam 144 km. Lebih kurang sejam lebih jika non-stop. Tak berapa jauh dari ladang Wanaka Lavender Farm ni terletaknya muzium kenderaan iaitu National Transport and Toy Museum http://nttmuseumwanaka.co.nz/. Macam-macam jenis kenderaan lama, permainan dan pesawat turut dipamerkan di sini. Yang ni kami tak masuk sebab kena bayar. Budak-budak pun tak berminat sangat nak tengok kenderaan lama ni. Dan di sini juga ada landasan kapalterbang untuk skydiving. Ramai yang buat aktiviti skydiving dan helicopter ride untuk melihat puncak banjaran dan gunung Cook. Tapi harganya mencecah ratusan ringgit juga.

TIba di jambatan yang selorong, kena tengok arah signboard tu. Jika merah sebelah kiri kita, kena berhenti dulu dan bagi laluan kenderaan dari hadapan yang datang. 


nampak banyak je Moo Moo tu... 

Di sini dah mula banyak pokok bunga laveder

Melalui jalan Lindis Pass yang cantik

Kiri kanan jalan penuh lavender

Lembah dan gunung... dipenuhi bunga lupin

Capture the moment... Lindis Pass

Jadi perjalanan seterusnya adalah melalui Lindis Pass untuk ke Omarama. Lindis Pass ini adalah kawasan lembah dan pergununganan antara Lindis dan Ahuriri River. Ia terletak di antara Cromwell di Central Otago dan dan Omarama di utara Otago.  Pemandangan di sini sangat cantik. Di New Zealand ni tiada satu pun tak cantik.. semua cantik pemandangan country side nya. Mungkin disebabkan bentuk muka buminya yang sedemikian dan ditambah dengan pula cuaca cerah menjadikan langit membiru. Dan banyak sangat bunga-bunga lupin liar di kiri kanan jalan. Terleka seketika. Dan masih terdapat juga ladang ternakan biri-biri di kiri kanan jalan. Namun sukar untuk melelapkan mata sepanjang 100 kilometer nak ke Omarama kerana warna rumput kuning keemasan di bukit dan pergunungan memukau mata memandang.



Lindis Pass  ... bukit bukau yang cantik..

Cerita-cerita epik klasik sesuai berlakon di sini..

Dah puas tidur, makan pula.. lepas tu tidur makan lagi..

Jika musim sejuk (winter) macam ni keadaan Lindis Pass yang putih dipenuhi salji. (gambar encik google)

Kami tiba di The Wrinkly Rams di pekan kecil Omarama. Di sini adalah tempat persinggahan pelancong. Ada kedai makan@cafe dan kedai cenderamata. Dan yang paling utama, di sini juga ada pertunjukan mengetam biri-biri secara ‘live’. Pada asalnya hati berbelah bagi samada nak masuk atau tidak melihat pertunjukan biri-biri ini. Ini kerana Mak, Abah dan saya telah melihat pertunjukan biri-biri seumpama ini di Australia beberapa tahun dahulu. Namun bila bertanyakan kepada anak-anak, mereka teruja untuk melihat biri-biri ini. Maka, saya dan anak-anak serta ABah yang masuk ke dalam sebab kami ambil pakej family 2 dewasa dan 2 kanak-kanak. Zarra berumur bawah 5 tahun masih percuma. Suami dan Mak tinggal di luar dan di restoran situ. Jadi kami tunggu show jam 1.30 petang.

Show jam 1.30 petang.. kita tunggu dulu

Crew ini yang tolong translate dalam bahasa Jepun






Manja betul sheep ni..

TEngok demo ketam bulu biri-biri

Wah.. besar betul.. tebal bulunya..


Habis sebotol..lapar betul

Bagi minum susu di lamb ni




Biri-biri Merino.. dapat la pegang biri-biri ini akhirnya

Menyaksikan demo anjing pengembala kambing biri-biri

Sekumpulan biri-biri




 Abah wajib masuk sebab diakan cameraman. Memang sentiasa merakamkan setiap detik moment terindah. Show tersebut lebih kurang sejam suku. Mula-mula kami diperkenalkan kepada pengembala biri-biri dan seorang penterjemah Bahasa Jepun. Ramai juga pelancong dari Jepun ni.. dekat-dekat 40 orang satu bas yang datang melihat pertunjukan ini. Kami ditayangkan sebuah video mengenai sejarah dan cara bulu biri-biri yang dijadikan produk serta kehidupan biri-biri di ladang di sini. Seterusnya pengembala biri-biri ini mula memanggil seekor biri-biri Merino untuk membuat demo cara mengetam bulu biri-biri. Baik pulak kambing ni.. diam je semasa bulunya di ketam.







Rupa-rupanya mereka memang kena ketam bulu biri-biri yang tebal ini pada musim panas. Nanti masa musim sejuk, sempat la tumbuh bulu biri-biri ini. Jika tak ketam bulunya, kesian biri-biri pada musim panas. Memang tebal sungguh agak-agak dalam 2 atau 3 inchi panjang bulunya. Selesai demo mengetam bulu biri-biri ini, kami diajak keluar untuk melihat cara seekor anjing mengembala dan mengarahkan kambing biri-biri ini masuk ke kandang. Anjing ini telah dilatih oleh tuannya menggunakan beberapa isyarat bunyi dari siulan atau mulut tuannya. Maka anjing pengembala ini akan mengikut arahan untuk ke kiri atau kanan, depan atau belakang. Pandai pulak anjing ni.. nampak macam senang je… Jika tak guna anjing, mereka akan guna kuda untuk menghalau biri-biri balik dan masuk kandang. Sebab di sini ladang ternakan terlalu luas.. seorang pemilik mempunyai entah berapa hektar…

Kami juga diberi peluang untuk memberi makan kepada biri-biri ini. Pengujung boleh memberi minum susu dalam botol yang disediakan. Manakala untuk biri-biri dewasa akan diberi rumput kering. Ooh..baru tau, ini lah gunanya rumput-rumput kering dan banyak gulungan besar rumput kering yang kita nampak di ladang-ladang. Untuk kegunaan ternakan di sini dan ada juga dieksport keluar negara. Rumput di sini sangat tinggi kualiti mutunya. Patutlah gemuk-gemuk biri-biri di sini. Mungkin kerana jenis tanah dan kesuburan tanahnya.

Anak-anak takut pula nak bagi minum susu kepada biri-biri ini. Jadi saya lah yang bagi minum susu dan makan rumput kering tu kepada biri-biri. Sungguh seronok anak-anak dapat memegang anak biri-biri ini. Selalu tengok dari jauh sahaja. Kali ni dapat pegang biri-biri comel ini. Pengalaman baru bagi mereka. Berbaloi untuk mereka yang pertama kali melihat cara mengetam bulu biri-biri ini. Hampir dua jam kami di sini, perut pula terasa semakin lapar…. dah pukul 2 petang rupanya…

Banyak lembu di sini



Sini banyak lembu pula


Okay.. dah sampai...



Jadi kami terus set GPS untuk ke High Salmon Country sebelum pekan Twizel untuk melihat tempat ternakan ikan salmon. Ianya terletak di tepi jalan sahaja dan pasti kita tak akan sesat untuk mencari tempat ini. Di sini ada disediakan makanan ikan (macam pallete) secara percuma untuk pengunjung memberi makan ikan-ikan salmon di sini. Seronok pula tengok ikan-ikan salmon ni menerkam makanan yang diberi. Ada pula itik-itik liar di sini yang turut menumpang untuk bergambar dengan ikan salmon. Hampir setengah jam juga kami di sini untuk berehat dan ke bilik air. Disebabkan kami bukan penggemar ikan salmon atau sushi, maka kami tak ada pun ambil tester yang disediakan di situ. Dan tengok harga ikan di sini pun boleh tahan mahal juga.. mungkin sedap kot.. Tapi tak membelinya pun sebab tinggal sehari sahaja lagi kami di bumi Kiwi ini dan kami nak habiskan semua makanan yang kami bawa.

Jom bagi makan ikan ni secara percuma

besar besar ikan ni..







Ikan yang belum disiang.. lebih murah daripada yng dah disiap di potong

Harga seekor ikan Salmon ni

Dah siap di potong kecil







Perut dah semakin lapar. Roti sandwich dan roti strawberry serta buah-buahan yang dipotong pun dah kehabisan. Maka kami mula mencari-cari tempat perhentian untuk makan tengahari. Alhamdulillah tak jauh dari sini ada sebuah taman kecil untuk berehat dan berhenti makan. Di sini memang banyak taman-taman kecil yang menyediakan kerusi dan meja untuk makan serta berehat. Ada signboard juga disediakan di tepi jalan bagi memberitahu pemandu akan ada tempat untuk berehat. Itulah gunanya bawa bekalan. Tak perlu tunggu sampai motel, kami pun berkelah di taman kecil ini. Zarra sibuk pula mengutip bunga-bunga kuning kecil. Makan tengahari sambil berlatarbelakangkan puncak Gunung Cook, memang berselera sekali. Walaupun cuaca panas, tapi masih sejuk dingin di sini. Tapi tak perlu lah memakai jaket sebab tak sejuk mana pun.
Nampak di belakang tu Mount Cook




Buka bekal... dah lapar ni



Pada awal iterinery yang dirancang, kami masukkan Mt Cook dalam aturcara tersebut. Tapi memandangkan ketika itu dah jam 4 petang dan anak-anak pun dah keletihan, maka kami membuat keputusan untuk tidak ke Mt Cook. Yalah, untuk ke Mt Cook ia akan memakan masa selama 45 minit. Pergi balaik dah sejam setengah.. berhenti ambil gambar lagi.. makan masa juga dua jam lebih. Dari Twizel nak ke Lake Tekapo pun dah 57 kilometer. Mungkin kami akan sampai ja 8 malam jika kami ke Mt Cook. Walaupun hari masih cerah, sebab musim panas ni Maghrib jam 9 malam, namun kami tak nak ambil risiko.

Bila bertanyakan kawan-kawan yang dah ke sini, mereka kata mereka ke sini hanya untuk bergambar latarbelakang Mt Cook. Tak ramai yang hiking pun. Sebab jika nak tengok glacier di sini, memang kena hiking jalan kaki jauh juga sejam dua ke sana. Dengan anak kecil dan ada mak Abah sekali, kurang sesuai untuk berjalan hiking ke kaki gunung Mt Cook. Maka ini antara sebab kenapa kami terpaksa ‘skip’ dan lupakan Mt Cook. Mana tahu, ada rezeki pada masa akan datang, kami ke sini juga nanti. Kami banyak meluangkan masa di The Wrinkly Ram untuk melihat pertunjukan biri-biri tadi. Jika tak singgah lama melihat pertunjukan, mungkin sempat ke Mt Cook dan tak lah terkejar-kejar ke Lake Tekapo pula selepas itu.

Biru nya air di tasik Pukaki ini

Itu lah Mount Cook










Masa kami ke sini, air tasik ni tak berwarna turqiose sangat

Maka, perjalanan kami diteruskan ke Tasik Pukaki. Kami nampak signboard kiri ke Mt Cook. Dalam hati macam meronta-ronta aje nak ke sana… tapi apa kan daya, anak-anak dah kepenatan. Jadi kami singgah di Lake Pukaki untuk bergambar. Memang benar, ianya sangat cantik dengan air yang berwarna biru turquoise. Ia adalah tasik semulajadi yang besar di Pulau Selatan ini. Untuk ke Mt Cook juga, kita kena menyusuri Tasik Pukaki ini. Dari sini juga kelihatan salji putih di puncak gunung Cook. Disebabkan panas terik, kami tak lama bergambar di sini. Masing-masing masuk kereta untuk melelapkan mata.

Sepanjang jalan dari Lake Pukaki ke Lake Tekapo sangat cantik. Ada beberapa terusan atau cannal yang airnya juga berwarna biru. Tapi tak sempat nak ambil gambar dari kereta yang sedang bergerak. Maka, bila kita berada di sini, mata yang lelap atau berkelip pun… dan tangan harus sentiasa standby dengan camera. Jika sanggup, berhenti dan ambil lah gambar banyak-banyak sampai memori dalam handphone atau camera tu penuh.. Memang bila balik Malaysia nanti, pening la nak pilih gambar mana yang nak dicuci atau print… huhuhu… (saya lah tu).

Tiba di Holiday Park Lake Tekapo

Setelah menempuh perjalanan sejauh lebih kurang 55 km atau 40 minit, kami pun tiba di Lake Tekapo Holiday Park. Sebelum sampai sini, ada sebuah jalan sebelah kiri untuk ke sebuah tempat observation bintang yang diusahakan oleh sebuah university tempatan. Namanya Mt John Observatory. Jika anda ada masa, boleh la ke sini untuk melihat pemandangan sekitar Lake Tekapo dari atas puncak bukit. Memandangkan anak-anak dah penat, maka kami terus daftar masuk motel sahaja.


Tasik Tekapo ni sangat popular dan dikenali di kalangan astrofotografi untuk merakam aurora australis dan stargazing

Tasik Tekapo di hadapn pejabat reception holiday park ini. 

Dapur

Ruang makan

Ruang tamu yang luas

seronok ada katil double decker ni

bilik air

Masterbed room

Mengadap tasik...cantik


Parking kereta depan cabin apartment ni


Kami request unit bawah..

Lake Tekapo Holiday Park ni paling popular di sini. Ianya adalah yang terbesar di sini. Dan selalunya memang cepat lah sold out atau fully booked. Saya dah check trivago, expedia, booking.com, skyscanner dan beberapa agent yang lain, semuanya penuh pada tarikh yang kami nak pergi. Cuma ada rezeki kami untuk apartment unit yang terakhir ni untuk kami bila saya cari melalui local service provider. Terus booking dan bayar la takut habis apartment tu. Cuma apartment unit ini jauh sikit dari kawasan Lake tekapo holiday park atau office nya. Dan di sini pun tiada wifi. Line telefon pun bukan di semua kawasan ada. Maka tiada lah wifi di sini.

Kami terus unit cabin atau apartment yang diberi. Hanya ada 4 unit sahaja. Memang kami request unit bawah, jadi dapat lah kami unit bawah. Apartment ni luas dan besar. Sesuai untuk 6 orang dewasa. Belakang apartment ini ada backyard yang sangat luas. Ada pula ampai kain. Maka, saya pun terpaksa memilih kain yang tak berapa kering tadi dan menjemurnya semula. Jam 5.30 petang, tapi masih panas terik. Ketika jemur kain ni, ada pula arnab-arnab liar berkeliaran. Suka la budak-budak ni kejar arnab tu..

Di apartment, kami menyediakan minum petang. Apa lagi…. Anak-anak nak makan maggi. Kena habiskan segala bekalan makanan yang dibawa. Tak mau bawa balik apa-apa. Lepas makan, mandi, solat dan luruskan badan rehat jap, jam 8 malam kami ke pekan kecil Tekapo ini. La.. memang tak ramai pun… agaknya ada la penduduknya tak sampai seribu orang pun di sini.. Yang lain ramai pelancong. Kedai pun tak berapa banyak. Tak ada pasaraya pun. Ada la juga beberapa buah kedai runcit, restoran dan satu sahaja stesen minyak di sini.


Church lama yang menjadi tarikan photographer di sini


Berlatar belakang matahari terbenam

Posing sekali di sini

Sunset 


Sunset

Belakng tu masih nampak lagi Mt Cook

Ramai yang photoshoot di sini



Lupin putih ada di sini



Lupin dan sunset




I love you Mama.. Mama love you Zarra

Ramai pula yang susun batu di sini

Sejuk air di sini.. ada ke yang nak mandi di tasik ni?







Pekan ini agak sunyi. Ada beberapa motel atau hotel di sini. Kami terus menuju ke tempat wajib bergambar di Lake Tekapo iaitu The Church of the Good Shepherd. Ia adalah sebuah gereja lama sejarah Lake Tekapo. Ketika kami sampai, matahari hampir terbenam. Maka ramai lah photographer professional dan photoshoot wedding sedang berlangsung di sini. Masing-masing dengan kamera muncung panjang. Kami sempat juga lah bergambar di tepi tasik dan latarbelakang matahari terbenam. Memang sungguh cantik pemandangan di sini. Pasti esok hari kami akan ke sini semula kerana hari dah semakin gelap.

Sejarah gereja lama ini
Mereka menanti sunset
Di sini kami terserempak juga dengan pelajar-pelajar dari Australia yang sedang bercuti. Seorang dah tamat dan tunggu untuk konvokesyen. Kawan-kawan yang lain temankan beliau untuk bercuti di sini. Memang ramai rakyat Malaysia yang kami jumpa di South Island ni. Ada juga pelajar dari Auckland, ada yang bercuti dengan kawan-kawan dari Kuala Lumpur, dan ada family yang muda-muda dengan baby pun bercuti bersama keluarga mereka dari Gombok. Kebanyakan mereka ini drive kereta bersendirian dan tak ikut trip mana. Ada konvoi motorhome orang Malaysia yang kami jumpa di Dunedin pun dah balik. Memang popular South Island ni. Kalau lah Air Asia masih buat penerbangan direct KL-Christchurch ni semula, memang lah sangat best… Tak pasti kenapa dulu Air Asia hentikan laluan ini… selepas gempa bumi besar di Christchurch atau sebelum tu… mungkin mereka ada sebab tersendiri.


Bersama students Malaysia  dari Melbourne

Dulu Mama pun teringin nak ke NZ masa zaman belajar di Ostalia, tapi tak kesampaian...

Selepas puas bergambar dengan matahari terbenam, kami pun pulang ke apartment/cabin. Masing-masing kelaparan dan keletihan. Dalam pada tu sibuk juga nak lipat kain dan kemas semua beg sebab esok dah nak fly ke Sydney. Mana yang tak perlu kita terpaksa buang atau lupuskan atau tinggalkan.
Masih malu-malu bulan ni... jam 10 malam

Bintang pun tak berapa banyak waktu ni. macam mendung aje

Try guna flash pula... 

Jam 10.30 malam.. bulan masih belum penuh dan tinggi.

Jam 10.30 malam anak-anak masuk tidur. Sementara melipat pakaian dan kemas beg, sempat juga la saya meninjau-ninjau depan apartment yang mengadap tasik Tekapo ni. Kononnya di sini lah tempat melihat aurora Australis dan juga stargazing. Namun melihat dengan mata kasar, tak ada banyak pula bintang malam tu. Bulan pun tak berapa nak tinggi lagi ketika tu jam 10.30 malam. Tapi bila dah habis mengemas sekitar jam 2 pagi, bila jengok tingkap apartment, wow… bulan penuh yang sungguh cantik dengan pembalikan cahaya bulan di atas air tasik. Subhanallah, mempesonakan sungguh. Sempat juga lah snap gambar bulan dengan handphone camera.
Jam 2.30 pagi dah penuh dan tinggi bulan ini.

Cantik ada pembalikan cahaya. Cuaca cantik dan terang

Selesai mengemas beg, dapur dan segala yang patut, maka tibalah masa untuk beradu di malam terakhir di bumi New Zealand ini. Terasa sayu juga nak meninggalkan New Zealand. Beribu batu kali mengembara untuk melihat ciptaan indah Yang Maha Esa, ternyata ianya suatu pengembaraan yang sangat berbaloi. Rehat lah badan dan minda, lena lah mata.

Lena... sejuk...


Selamat malam Lake Tekapo …. Selamat malam NZ.. Malam terakhir kami di bumi kiwi..

Maklumat lanjut mengenai hotel: http://laketekapo-accommodation.co.nz/
Lake Tekapo Motel and Holiday Park, Lake Tekapo, NZ or Lakeside Drive Lake Tekapo
NZ Phone: (64) 3 6806 825

Kelebihan Motel dan Apartment ini:
1.       Kedudukan apartment ini agak terasing dari Receptionist dan kawasan penginapan Holiday Park yang lain. Hanya ada 4 unit apartment di jalan masuk untuk ke kawasan Holiday Park ini. Sebab kawasan holiday park untuk motorhome, campsite dan hostel agak jauh dari apartment ini namun masih mengadap tasik.
2.       Kedudukannya tepat mengadap tasik Lake Tekapo. Sangat cantik di waktu pagi dan malam.
3.       Dekat dengan pekan kecil dan deretan kedai di Lake Tekapo.
4.       Hanya ada empat unit apartment. Dua atas dan dua di bawah (ground floor). Kami request unit bawah, dan permintaan ini dipenuhi oleh crew motel semasa check in. Boleh parking kereta betul-betul depan bilik.
5.       Ada ruang besar backyard di belakang rumah. Sempat juga jemur baju yang tak sempat kering sepenuhnya di ampai kain besar di backyard ini.
6.       Bilik yang selesa dan kemas. Interior dalam bilik yang cantik. Bantal dan tilam yang enak empuk.
7.       Ada haiwan liar seperti arnab dan itik dua tiga ekor yang datang berdekatan apartment ini pagi dan petang. Anak-anak suka bagi makan.
8.       Namun tiada kemudahan free WIFI disediakan di sini. Line telefon pun tiada wifi.
9.       Kemudahan dapur yang lengkap. Microwave dan peti sejuk juga disediakan.

Bersambung… to be continued ke Part 10