Lauk pauk orang dalam 'hari' (pantang) |
Hari ni genap 39 hari saya dalam pantang (bersalin anak kedua). Dan setiap hari la kena makan ikan haruan. Ada pil ikan haruan, sup ikan haruan dan ikan haruan segar. Sampai dah kembang dah tekak ni makan ikan haruan. Kadangkala ikan haruan segar ni digoreng, dibuatkan sup, dimasak gulai masak lemak dan juga dibakar dengan daun kunyit.
Tujuannya untuk menyembuhkan luka dalaman terutamanya orang yang baru lepas bersalin dan selepas pembedahan. Selain tu ikan tenggiri dan ikan bilis adalah menu harian. Sayurnya pula adalah sayur sawi..hari-hari makan sawi bersama dengan nasi putih yang panas dan air kosong yang suam atau panas. Takut salah makan, nanti boleh jadi bentan.. kata orang-orang tua, tak boleh makan makanan sejuk. Takut baby kembung pulak nanti..atau pun ibunya bentan nanti.
Lagi beberapa hari lagi nak menghabiskan 'zaman darurat' nie... dah tak sabar nak merdeka pada 1 Januari ni...terutama nya tengah musim buah ni.. hari-hari tengok je la orang makan rambutan, manggis dan juga DURIAN yang diambil dari kebun.
Tak pe,..tinggal beberapa hari lagi.. sabar...... menyambut tahun baru 2012, baru la merdeka... Selamat Tahun Baru 2012...
No comments:
Post a Comment