Tamat Kursus dengan jayanya....17-23 Mei 2009 Group Photo bersama panel microteaching, Pn Rita dari INTEC Sek.17
Alhamdulillah, setelah seminggu berkampung di Intekma Resort Seksyen 7 Shah Alam, akhirnya tamat sudah kursus yang dinantikan. Kini tinggal satu lagi kursus induksi (kursus paling lama dalam sejarah hidup saya - 3 minggu di Kg Gajah, Perak) yang tak tahu bila nama akan dipanggil...mungkin juga tahun hadapan...
Ini la antara syarat-syarat untuk pengesahan jawatan (confirm kerja) sebagai pensyarah di UiTM nie. Selain Kursus Asas Pengajaran dan Kursus Induksi, kami juga kena buat research.... lepas tu, baru la boleh confirm kerja.. hmm..mungkin amik masa 2 hingga 3 tahun nak confirm kerja.. (agak2nya, ada tak jalan pendek atau 'short cut' untuk confirm kerja dengan jabatan kerajaan nie ya??)
Dulu masa kerja dengan private company di industri, tak de la lama sangat nak confirm kerja... biasanya syarikat-syarikat swasta ni bagi tempoh sebulan hingga tiga bulan untuk pengesahan jawatan.. paling lama pun 6 bulan... tak ada la sampai 2 atau 3 tahun ... Ntah la...ada baik dan tak baiknya bila lama sangat nak confirm kerja nie... tapi nak buat macam mana kan.. dah itu prosedur nya.. kena la patut pada arahan.. lain la company sendiri kan..kan...
Seramai lebih 240 orang pensyarah baru dari UiTM seluruh Semenjung Malaysia mengikuti kursus ini. Sebenarnya, ia bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pensyarah-pensyarah baru tentang teknik dan asas pengajaran, sistem dan prosedur di IPTA nie, tanggungjawab serta integriti di kalangan kakitangan kerajaan, learning style, bagaimana menjadi kreatif di dalam kelas, E-learning dan segala-galanya yang berkaitan dengan pengajaran kepada pelajar dan sistem organisasi.
Bila dah menghadiri kursus ini, baru la faham tentang banyak perkara berkaitan sistem pembelajaran dan pengajaran ni. Memang betul, setiap orang ada cara tersendiri untuk mengajar menggunakan kreativiti dan pengalaman masing-masing. Yang diajar masa kursus tu hanyalah asasnya sahaja.. tapi sekurang-kurangnya minda kami ni terbuka juga la sebab banyak jugak di sentuh tentang "do and don'ts" semasa mengajar. Hmm.. bila diselami dan difikir-fikir semula, bukan la senang profession ini. Banyak dan besar tanggungjawabnya kerana kalau salah ajaran dan didikan kita, maka sampai bila-bila pun students ini akan dapat ilmu yang tak betul. Bukan setakat salah jawab exam, tapi bila dah kerja dan sampai tua pun akan tak betul jugak.
Sebab tu dari hari pertama mendaftar masuk kerja di IPTA ni, seorang kawan telah mengingatkan saya, sebagai seorang pendidik ni, kita kena banyak membaca, sentiasa kemaskini atau 'update' ilmu yang kita ada dan banyak bersabar melayan karenah pelanggan kita iaitu pelajar-pelajar kita ni sebab mereka ni tak macam zaman kita dulu. Students sekarang ni proaktif dan semakin berdaya saing. Kalau kita salah, mereka akan tegur kita...dan mereka berani tegur dan komen sampai ke tahap jumpa orang atasan atau jumpa pengarah.... zaman kita dulu, ada berani ke kita nak mengadu kat pengarah atau dekan kalau kita tak puas hati dengan pensyarah?
Di hari terakhir - bergambar kenangan bersama kawan-kawan dari UiTM Segamat
Ketika mendengar syarahan dari Ms Frances dari MindWorks berkenaan
Bulding Creativity in Teaching and Learning
Kemuncak acara kursus asas pengajaran ini adalah pada hari terakhir di mana semua peserta@ pensyarah baru ini kena buat "microteaching" atau mengajar olok-olok di dalam kelas atau lecture room. Seorang demi seorang kena present topik dari subjek yang kami ajar sebelum ni. Ada seorang panel iaitu pensyarah senior yang menilai kami untuk micro teaching ni. Dan peserta-peserta lain berlakon konon-kononnya jadi students di dalam kelas... Hmm.. memang panik pada mulanya sebab nak kena set dalam kepala bahawa peserta kursus atau kawan-kawan kita dalam kelas tu adalah students... tak kan nak tanya soalan dalam kelas, panggil nama Puan..Encik... Cik dan sebagainya.. semuanya kena la berlakon jadi students...
Tapi ahli kumpulan saya (Group 10) memang best....telah ditakdirkan group members kami semuanya perempuan sebab pemilihan kumpulan berdasarkan abjad nama. Jadi dalam kelas semuanya bermula dengan abjad N (Nor...Noor...Nur....). 16 orang students 'lama @senior" dalam kelas dah jadi macam pasar...sesekali kecoh dan riuh dibuatnya. Mereka semua sporting dan sentiasa memberi positive feedback. Tiap kali tanya soalan semua berebut-rebut nak bagi pendapat dan jawapan, walaupun topik yang diajar tu tak pernah dengar pun dan tak tahu. (kalau la dalam kelas yang kita ajar, hari-hari kita dapat response macam nie...alangkah seronoknya). Tapi ada jugak yang dah berpakat dengan kawan-kawan sebelum present, minta kawan-kawan participate dan bagi jawapan yang semestinya telah dirancang atau dengan kata lain, soalan bocor!!!
Yang paling best (hmm...memang semuanya best dan tak ada apa yang tak best pun), Norzizi Zulkifli, seorang pengarah teater dan pelakon (anak pelakon Normala dan Zulkifli) turut serta dalam kumpulan saya. Ini merupakan kali kedua saya berjumpa beliau di UiTM ni sebab dulu masa beliau konvo di UiTM ni ambik ijazah sarjana muda, kebetulan saya juga menghadiri konvo adik saya. Masa tu tengok Zizi dari jauh je dan admired beliau sebab beliau dapat anugerah Emas. Rasa bangga jugak la sebab ada jugak artis dan pelakon yang berjaya dan berilmu macam Zizi nie.. Lepas tu beliau dapat offer sebagai Tenaga Pengajar Muda (TPM) dari UiTM dan melanjutkan pelajaran dalam Sarjana Theatre Directing di Middlesex, London. Beliau sempat juga mempromosikan teater baru TITIS SAKTI arahan beliau yang akan dipersembahkan pada 3-7 June 2009.
Berbalik pada kisah microteaching di kelas ni tadi, saya present topik berkenaan "Product" atau Produk. Kononya ajar subject Fundamental of Marketing untuk students diploma. Nak present tu hanya ambil masa 7-10 minit je, tapi persediaan mengajar tu yang lama. Kena mentally dan physically prepared la jugak sebab nak ajar budak-budak pandai dan 'senior' dalam kelas tu nanti. Takut jugak kekawan ni tanya soalan yang bukan-bukan dan yang tak dijangka-jangka. Tapi pada hari tu, memang semua buat yang terbaik dan memainkan peranan masing-masing sebagai pelajar senior/veteren.. Menariknya, banyak perkara dan ilmu baru yang kami pelajari pada hari berkenaan.
Masa coffee break, saya sempat berborak dengan Fishah dan Zizi. Memang betul pun, kekadang ni kita tengok orang lain bagus dan berjaya dalam bidang mereka, kita pun nak jadi macam orang tu atau kita nak jadi orang tu. Tapi pada hakikatnya, bila orang lain tengok kita, mungkin orang tu pulak nak jadi macam kita. Sebabnya, setiap insan ada kelebihan dan kekurangan sendiri. Mana yang baik dan kejayaan yang telah dicapai oleh mereka, kita boleh jadikan ia sebagai impian dan cita-cita atau idola kita agar kita bekerja keras untuk mencapai kejayaan itu sebagai diri kita, tanpa perlu kita menjadi orang lain.. Pendek kata, just be yourself....
Antara topik yang di ajar dalam kelas microteaching itu ialah:
Event Management (Norazlina dari UiTM Dungun), Telecommunication (Norfishah dari Electrical Engin. Shah Alam), English words (Noridah dari UiTM Segamat), Fishbone @CauseEffect (Norina dari Shah Alam), Group /Org Behavior (Norulhuda dari UiTM Jengka), 4 siblings/ rempah ratus dalam masakan melayu (Norzaidah dari UiTM Dungun), Elektrik (Norziana dari Electrical Engin Shah Alam), Stage (Norzizi dari Fac. Teknologi Kreatif dan Artistik), dy/dx (Nur Asiah dari INTEC Shah Alam), Spine (Nur Farhana dari Fakulti Sains Kesihatan, PJ), Arabic words (Nurhafizah dari UiTM Dungun), Website (Nur Hazwani dari Dungun), Nematodes/ worms (Nur Nadiah dari Sains Gunaan Shah Alam), Wastewater (Nur Shafieza dari Uitm Arau), dan Animal Defense (Nur Thabitah dari UiTM Jengka).
Pendek kata, macam-macam ilmu yang kami dapat dan jugak kami pelajari tentang teknik mengajar dari kawan-kawan yang kreatif. Boleh digunapakai mana-mana yang berkenaan. Sekurang-kurangnya kami juga dapat kawan-kawan baru dari fakulti dan cawangan lain. Lain kali kalau nak mintak tolong dari kawan-kawan, senang la sikit.. contohnya kalau terdesak nak mintak resipi masakan, boleh email atau call Zai di UiTM Dungun...
Selepas habis microteaching, kami sempat amik group photo untuk kelas kami (Group 10). Maklumla, semuanya datang dari fakulti dan cawangan yang berlainan. Tak tahu bila lagi akan jumpa mereka. Tapi masing-masing bila balik semula ke kampus dan fakulti, dah tersemat dalam hati dan sanubari serta menanam cita-cita untuk mendidik anak bangsa menjadi seorang yang berguna dan berilmu serta menjadi pensyarah yang unggul.... Semoga Allah S.W.T makbulkan impian dan doa kami serta memberkati segala usaha kami....
Note: Kepada kawan-kawan yang baru mengikuti KAP ni, jangan lupa submit 2 assignments yang telah diberi kan...dan juga Good Luck semasa penilaian oleh pembimbing nanti...Kalau sesapa ada klu nak jawab soalan assignment tu, share-share la dengan kawan2....
Kepada peminat-peminat teater, anda boleh ke KLPAC (Pentas 2) untuk menonton Titis Sakti. Malam Prebiu 3 Jun @8.30 pm(RM10.00 sahaja). Malam-malam lain RM35.00
TQ to Fazlina sebab sentiasa mengikuti blog saya... dah dua minggu tak update blog sebab attend kursus ni dan sibuk menanda kertas peperiksaan pelajar.