Thursday, May 28, 2009

Kerja Sendiri atau Makan Gaji?

Usahawan Muda

Semasa saya, Nora dan Pn Hjh Rohani berjalan-jalan di sekitar Kompleks PKNS, Shah Alam minggu lepas (selepas menghadiri Kursus Asas Pengajaran di Intekma Resort), kami disapa oleh seorang anak muda. Rupa-rupanya beliau merupakan pelajar UiTM Segamat dan anak didik Pn Hjh Rohani.

Rasa bangga juga la sebab ada pelajar yang masih ingat dan sudi menyapa pensyarah mereka. Tapi saya tidak sempat bertanya nama pelajar ni. Menurut beliau, dia menolong ibunya yang mengusahakan produk makanan seperti muffin, cookies dan kek (bake house / bakery). Sementara cuti semester dan menanti kemasukan semester baru, beliau menghabiskan masa di bakery ini.

Dalam hati, seronok, gembira dan teruja sebab semakin ramai bumiputera dan wanita yang menceburi bidang perniagaan. Tak kira la, perniagaan secara kecil-kecilan, sederhana atau besar. Yang penting adalah niat yang ikhlas untuk mencari rezeki yang halal. Bukan kah setiap rezeki yang kita perolehi itu telah ditetapkan oleh Allah?



Oven Fresh adalah jenama yang telah dikeluarkan oleh pengusaha ini kira-kira 10 tahun yang lalu. Packing box nya pun menarik dan mudah. Terpapar nama dan alamat pengeluar di atas kotak ini. Ini lah salah satu cara pengeluar atau pengilang memperkenalkan dan memasarkan jenama dan produk mereka.



Harga yang ditawarkan pun amat berpatutan. Sempat juga la pensyarah-pensyarah ini membeli muffin dan cookies di sini.



Saya kagum di atas kesungguhan remaja ini menjalankan aktiviti sebegini. Mereka tidak malu untuk berniaga di kompleks atau di masa saja. Malah yang penting, beliau ini tidak membuang masa melakukan perkara atau aktiviti yang tidak berfaedah (melainkan beliau dipaksa oleh ibunya).


Kekadang ada sebilangan graduan di luar sana yang terlalu memilih kerja dan hanya mahu kerja di pejabat sahaja. Manusia hanya boleh merancang, tapi Tuhan yang menentukan. Kita boleh cuba memohon di mana sahaja tempat kerja yang kita ingin atau hajati. Tapi bila kita gagal dipanggil untuk temuduga kerja atau gagal selepas temuduga, itu bukan la jalan terakhir dan tertutup sudah pintu rezeki kita. Masih ada banyak lagi peluang di luar sana yang mungkin kita belum nampak dan jumpa. Kalau bukan rezeki kita makan gaji dengan company yang gah dan besar atau dengan jabatan kerajaan, mungkin juga telah tertulis rezeki kita adalah dengan bekerja sendiri...



Hanya sekadar berkongsi pengalaman lalu, saya bermula bekerja di sebuah syarikat bumiputera yang kecil sahaja selepas pulang belajar dari Australia dulu. Itu la company yang mula-mula memanggil saya temuduga bekerja selepas 2 hari mendarat di tanah air. Saya terima tawaran kerja tersebut dengan harapan untuk menimba pengalaman kerja walaupun gaji yang ditawarkan tak la besar sangat.Tapi selepas 6 bulan di situ, saya ditawarkan bekerja di sebuah syarikat multinasional. Rezeki yang Allah bagi dan tanpa diduga-duga...


Tetapi saya juga pernah berniaga menjual kuih-muih dan roti jala di tepi jalan (simpang Kg. Baru Bentong) ketika menunggu keputusan melanjutkan pelajaran ke Australia. Semasa tu saya dan adik saya, Ngah (sedang menunggu keputusan SPM) hanya sekadar suka-suka untuk menimba pengalaman berniaga. Nasib baik la mak dan abah tak larang kami menjual kuih di gerai tepi jalan.


Kekadang ada juga pelanggan yang tertanya-tanya, tak malu ke anak cikgu ni jual kuih-muih di tepi jalan. Tapi kami senyum je dan malas nak argue. Sebabnya kerja yang kami buat tu bukan menyusahkan atau menggangu orang lain dan kami sekadar mencari rezeki yang halal. Tak dinafikan pada mulanya memang ada timbul perasaan takut, malu dan risau. Tapi bak kata pepatah, "hendak seribu daya, tak nak seribu dalih".


Ternyata berniaga kuih-muih ni amat memenatkan kerana setiap hari kena masak, beli barang2 keperluan di pasar, mengemas dan memunggah peralatan dan lain-lain. Selepas 3 bulan, kami terpaksa memberitahu pelanggan kami bahawa itu adalah hari terakhir kami berniaga. Sebabnya, saya kena mendaftar di sebuah universiti di Australia dan adik saya dapat tawaran belajar di A-Level di PPP/ITM.


Sekurang-kurangnya ketika remaja, kami melalui dan merasai betapa susahnya untuk mendapatkan duit sendiri. Terasa nikmatnya bila dapat duit hasil kudrat, dan titik peluh sendiri tanpa bantuan orang lain. Kami amat menghargai apa yang ibu bapa kami berikan serta usahakan untuk kami selama ini. Hanya Tuhan saja yang dapat membalas jasa kedua ibu bapa kami demi membesarkan anak-anak dan mendidik kami adik-beradik sehingga berjaya.

Nota Marketing-Hero:
  • Usahawan or an entrepreneur is a person who has possession of an enterprise, or venture, and assumes significant accountability for the inherent risks and the outcome. It is an ambitious leader who combines land, labor, and capital to create and market new goods or services.
  • Entrepreneur in English is a term applied to the type of personality who is willing to take upon herself or himself a new venture or enterprise and accepts full responsibility for the outcome. (Source: Wikipedia)

No comments:

Post a Comment