Tuesday, May 12, 2009

Memancing dan Santai di Kelong Pontian



Ikan Gelama paling Glemer !!
9 Mei 2009

Dua minggu kebelakangan ini saya sibuk menanda kertas peperiksaan akhir students. Tapi dalam kesibukan tu, sempat juga pergi berjalan bersama hubby bagi melepaskan tekanan. Takut jugak kalau stres tahap maksimum disebabkan menanda kertas students nie, nanti tersalah bagi markah pulak... sempena cuti Hari Pekerja yang lalu kami telah ke Setiu mencandat sotong. Minggu lepas sempena cuti Hari Wesak, kami sempat ke Kelong Pontian...

Apa ada di Kelong Pontian? Macam-macam ada... ikan... ikan...dan ikan....
Kami sampai di jeti Pontian selepas Maghrib, lebih kurang pukul 7.30 petang. Sebelum tu kami sempat singgah di pasaraya Maslee Pontian untuk membeli umpan seperti ikan selar, udang dan sotong.


Hari semakin gelap bila kami di jeti untuk memunggah barang-barang keperluan dan kelengkapan memancing. Berdebar jugak nak naik bot fiber nie. Tapi kali ni bot yang disediakan lebih besar sikit dari sampan. Boleh muat 12 orang sekali naik. Tapi tak de la sebesar bot nelayan. Ini merupakan kali kedua saya ke Kelong Pontian. Dua tahun lepas pernah ke sini bersama ahli keluarga iaitu mak, abah, dan adik-adik serta anak saudara, Alesya.

Setelah perjalanan selama 20 minit meredah arus dan ombak-ombak kecil, kami pun sampai di kelong tersebut. Bayaran RM40 seorang dikenakan untuk bermalam di atas kelong ini dan kos pengangkutan naik bot. Ketika sampai, ada sekumpulan kaum Cina sedang sibuk membuat persiapan untuk BBQ dan makan malam.


Memancing di bawah bulan purnama

Selepas solat Maghrib, kami pun mula mencari tempat untuk memancing. Ikan pertama yang berjaya saya naikkan ialah seekor ikan todak... ishh.... macam tak ada ikan lain... banyak betul ikan todak di sini rupanya... Nak pancing ikan lain, ikan todak yang naik guna Apollo. Sejam kemudian, saya dapat menaikkan ikan gelama. Dan selang 5 minit kemudian, saya naikkan ikan gelama lagi... Hahaha... hati hubby saya dah terbakar sebab saya dah naikkan tiga ekor ikan...tapi dia belum dapat seekor pun lagi...


Ikan kekek mak iloi- iloi, ikan gelama mak ilai-ilai

Dapat gelama rasa berbaloi, dapat todak apa pasai??

Bulan purnama sungguh terang malam tu. 14 Jamadil Akhir.. sesuai sangat la tarikh yang kami pilih. Nasib kami baik kerana cuaca baik dan berangin tanpa tanda-tanda hari akan hujan. Rupa-rupanya, minggu sebelumnya iaitu hari yang saya ke Setiu mencandat sotong, kelong ni pun kena ribut jugak. Tapi nasib baik la ada tempat /bilik yang amat luas untuk berteduh atas kelong ini.

Bila perut terasa lapar, kami order maggi goreng dan nasi goreng.. Penuh udang je dalam nasi goreng dan maggi goreng... udang fresh la katakan.... harga boleh tahan jugak..RM4.50 sepinggan.. Malam tu kami berjaya menaikkan 8 ekor ikan yang pelbagai size dan jenis... Pukul 3 pagi kami mula mencari tempat untuk tidur dalam dorm yang panjang...


Panorama indah ketika suria terbit - jam 6.50 pagi


Selepas solat Subuh, kami mula mengatur langkah mencari tempat untuk memancing semula. Ramai pemancing lain tidak tidur rupanya... Atau kalau tidur pun sekejap, tidur-tidur ayam je.
Kami alas perut dengan roti yang dibawa. Sempat jugak cari air panas untuk kembangkan mi segera Maggi dalam cawan.




Hasil memancing pagi tu kurang memberangsangkan. Guna Apollo pun kurang umpph. Salah umpan ke? Ramai pemancing lain turut menaikkan ikan gelama. Tapi ada dua tiga orang apek ni dapat banyak ikan kitang... saya tak pernah tengok ikan kitang sebelum nie.. dah separuh baldi tu penuh ikan kitang je. Mereka pakai umpan roti je... bila digoreng ikan tu ...pehh... memang sedap.
Ikan kitang yang diperolehi oleh apek-apek nie.. Harga pasaran RM10.00 sekilo.

Ada la dalam dua belas ekor kami naikkan ikan dalam trip memancing kali ni.... Namun ia bukan la kepuasan memancing semata-mata yang kami cari. Matahari makin tegak di atas kepala. Nun jauh di hujung selatan sana kelihatan mendung dan seakan2 hujan akan turun. Laut makin bergelora.

Sebelum balik, saya sempat bertanya pada seorang makcik Muaalaf ( owner kelong ni) ni. Dia kata kelong ni sedang dinaiktaraf sebab dalam proses nak tambah pelantar lagi dan tambah bilik-bilik kecil (seakan-akan resort yang mempunyai kemudahan tv, katil dan lain-lain). Dalam perancangannya akan siap dalam tiga atau empat bulan lagi.

Kerja-kerja pengubahsuaian dan pertambahan pelantar sedang dilakukan.

Kemudahan yang disediakan seperti cafe/restoran, surau, bilik air/mandi, BBQ, ruang makan, dorm tempat tidur, tilam dan bantal.

Kami membuat keputusan untuk balik sekitar jam 12 tengahari. Ramai pengunjung sudah pulang seawal jam 8 pagi.

Pelantar menaiki bot dan kelong.. tempat memunggah barang-barang

Walaupun bot kecil ini terumbang-ambing meredah laut, tapi perasaan takut tu tak de la sehebat perasaan takut ketika dipukul ribut ketika mencandat sotong dua minggu lepas. Hmm.. tak serik-serik nampaknya... bukan apa, sesekali dapat beriadah dan makan angin nie, memang melegakan kepala dan otak yang semakin tepu serta badan yang lesu... dan dapat juga la abadikan kenangan dan berkongsi pengalaman bersama kawan-kawan.



Nota marketing-hero: Mungkin bagi pengusaha kelong ni mereka perlu membuat lebih banyak publisiti untuk memperkenalkan kelong Pontian ini. Sebab yang datang ke sini kebanyakannya dari Johor Bahru dan daerah-daerah yang berdekatan dengan Pontian sahaja. Paling jauh pun ada yang datang dari Kuala Lumpur. Pernah sekali dua terbaca artikel mengenai kelong Pontian ini dalam surat khabar - sisipan Joran hari Jumaat, tapi hebahan nya amat kurang. Sekadar word-of-mouth (WOM) dari mulut ke mulut sahaja. Tapi kalau servis bisnes ini bagus, orang akan selalu memperkatakannya dan hebahan tetap sampai....

3 comments:

  1. Salam Niza;
    amboi..aktiviti pengantin baru ni pi tengah laut saja, hehe..

    ReplyDelete
  2. Erk..lupa aku nk tanya. Naper lama tak update blog ko. Amek laa gambar ko kt Segamat nu! Aku taknah sampai Segamat lagi tau, hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cintamanisz.. lama tak update blog.. busy la sangat dengan sikecik ni... nanti bebila update lg.. thanx

      Delete