Tuesday, May 5, 2009

XPDC Mencandat Sotong di Setiu (Terengganu) - Part 1



Sotong Oh Sotong...(Sutun)
30 April'09 (10.30 mlm)


Setelah sebulan perancangan untuk melakukan aktiviti mencandat sotong, akhirnya hari yang dinantikan telah tiba. Group kami seramai 4 orang dari Segamat, manakala adik dan isteri beliau dari Seri Kembangan. Naga (kawan adik dari KL) dan 5 rakannya yang lain sudah menunggu ketibaan kami di Kuala Terengganu.


Dengan 5 rod pancing yang lengkap dengan peralatan memancing, kami memulakan perjalanan dari Segamat ke Kuala Terengganu tepat jam 11.15 malam. Tiba di Kuantan kira-kira jam 1.30 pagi (1 Mei'09). Kami membuat keputusan untuk melalui jalan pantai iaitu menempuhi Kemaman, Kijal, Kerteh, Paka, Dungun dan Rantau Abang.

Jam menunjukkan pukul 3.45 pagi ketika tiba di Rantau Abang. Kami membuat keputusan untuk menginap di chalet Rantau Abang (berhadapan Masjid Rantau Abang) memandangkan masing-masing keletihan dan kepenatan.

Tepat jam 10.30 pagi, kami check-out dari chalet dan meneruskan perjalanan ke Setiu. Konvoi dua buah kereta dari Kuala Terengganu ke Penarik, Setiu, sementara yang lain sedang menunggu di Masjid Penarik. Terasa berbeza benar bandar Kuala Terengganu jika dibandingkan dengan 5 tahun yang lalu.. Jalan makin sesak (mungkin sebab public holiday)...dan semakin banyak bangunan dan kedai-kedai baru. Mydin dan Giant Hypermarket juga agak penuh dikunjungi pelanggan di hujung minggu. Memang amat strategik kedudukan kedua-dua shopping mall ini yang berdekatan dengan jalan utama ke Kota Bharu.


Hati berasa amat girang dan melonjak-lonjak kegembiraan sebab perjalanan ke Penarik semakin hampir. Perjalanan melalui jalan pantai dari K.T ke Penarik hanya mengambil masa 45 minit. Pemandangan pantai yang amat indah sekali menyambut ketibaan kami. Namun panasnya bukan kepalang...


Selepas solat zohor di Masjid Penarik, kami berkumpul dan bertemu dengan rakan-rakan yang akan menyertai XPDC mencandat sotong ini. Masing-masing mula mengeluarkan pil tahan mabuk, Novomin. Nak tak nak, kena makan jugak sebab kat tengah laut tu belum tahu lagi daya ketahanan mabuk laut.


Selepas seorang rakan membacakan doa di atas bot, tepat jam 4.20 petang, bot mula meninggalkan jeti Penarik. Seramai 17 orang menyertai XPDC ini iaitu 12 orang ahli kumpulan kami beserta 2 orang kawan lama F&NCC dari Setiu dan 3 orang boatman (tekong dan pembantu). Cuaca amat baik sekali. Panas dan angin sepoi-sepoi bahasa. Sambil menikmati pemandangan pantai yang putih bersih, pohon rhu yang melambai-lambai, dan bau air laut yang segar, ada juga di antara kami yang bersembang-sembang bercerita setelah lama tak jumpa. Betapa indahnya ciptaan Yang Maha Esa. Tak kurang juga ada yang sempat melelapkan mata sementara menunggu sampai ke destinasi.


Masing-masing tak sabar memancing setelah sampai di tengah laut yang terbentang luas.. daratan sudah tidak kelihatan. Cuma dari jauh masih kelihatan beberapa buah pulau-pulau kecil seperti Pulau Lang Tengah dan Pulau Redang.

Setelah 2 jam perjalanan, enjin bot dimatikan dan sauh diturunkan. Tekong menggunakan kepakaran dan pengalaman beliau serta peralatan GPS untuk mengenalpasti lubuk ikan. Masing-masing makin tak sabar dan mula mencampak mata kail. Belum tiba masa mencandat sotong lagi, kata tekong.... tunggu maghrib nanti.... Kita pancing ikan dulu sementara ini.


Hati gembira bila seorang demi seorang dapat menaikkan ikan. Hilang rasa mengantuk bila dapat menaikkan ikan. Makin riuh dibuatnya bila dapat menaikkan ikan. Bila hari semakin gelap, mula la aktiviti mencandat sotong.



Ini merupakan pengalaman pertama kami semua mencandat sotong. Sebelum ini hanya dengar dari kawan-kawan sahaja pengalaman mereka mencandat sotong. Bukan la susah sangat nak mencandat sotong ini. Tak de skil yang dahsyat pun diperlukan. Cuma campakkan alat/umpan mencandat sotong, dan tarik-tarik sikit tali tangsi tu.... kalau rezeki baik, dapat la sotong yang besar-besar.... Tapi bila dah sangkut sotong tu, bahaya jugak. Sebabnya bila nak naikkan sotong tuh, ada masanya sotong tu garang dan marah. Maka berlaku la peperangan air atau dakwat sotong yang hitam. Sapa yang pakai t-shirt putih, confirm dapat lakaran free corak abstrak pada baju.

Perut mula terasa lapar.... bila dah memancing dan mencandat sotong ini, tak ingat waktu nak makan.... paling ringkas, kami masak maggi sotong...hmm.... boleh tahan jugak... maklum la sotong fresh... ini la pertama kali kami makan maggi sotong....


Ada dua tiga orang dah mula mabuk laut...pening-pening dan muntah.... munkin kerana ubat yang diambil tadi dah makin berkurangan.... Cuaca baik dengan bulan dan bintang yang bergemerlapan di langit. Sesekali bayu meniup dan keriuhan kedengaran dari beberapa buah bot lain yang berdekatan. Seumpama pesta pula kerana lebih kurang 10 buah bot berada berdekatan untuk aktiviti mencandat sotong ini. Nak kata banyak dapat sotong malam tu, tak de la banyak sangat..biasanya boleh dapat 30-50 kg, bagitahu Pok Leh (kawan lama di F&NCC). Tapi malam tu dapat sotong, tak sampai 10 kilo pun....

Kira-kira jam 12.15 pagi (2 Mei), Pok Leh datang mendekati dan membisikkan.. " Hari nak hujan dan ribut"..... Terdetik dalam hati saya, harap-harap apa yang beliau cakap kan itu tidak betul....


Hari makin gelap. Bulan sabit dan bintang-bintang yang bergemerlapan dan berkilauan tadi sudah menyorokkan diri. Hanya tinggal awan-awan tebal yang gelap dan sesekali kelihatan kilat.

Ikuti sambungan kisah pengalaman ngeri yang mendebarkan di landa hujan ribut di tengah laut dalam Part 2....


5 comments:

  1. hahahaha...dulu ambition nak jadi reporter/journalist, tapi dah salah pilih bidang... end up as a lecturer pulak...

    ReplyDelete
  2. Amboi...pandainya kak long menulis.... memang mewarisi darah ayahnya jugak... betulla kata orang kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi ye tak.... Rupanya yang azan ari tu suami kak long ye.

    ReplyDelete
  3. baru je nak berjinak-jinak dalam dunia penulisan... nak tulis jurnal dan buku, macam malas pulak.. tapi since dah involve in teaching line nie, kena la rajin2 sikit.

    Tak puas ati tak dapat ikan...macam nak pi Kelong pontian esok petang...

    ReplyDelete
  4. Pegi kak jgn tak pegi....kami sibuk sikit minggu ni

    ReplyDelete