Tepat jam 9.30 pagi, penceramah yang dimaksudkan tiba bersama Pengarah Kampus UiTM Johor, Prof. Dr. Hj. Kamil. Saya sendiri tertarik dengan personaliti Puan Aliya Yeoh. Beliau seorang yang kecil molek, berwatakan lembut dan sopan. Beliau mempunyai blog sendiri iaitu "Musings of a Mualaf".
Rata-rata hadirin yang mendengar ceramah ini tersentuh dengan pengorbanan dan cabaran yang dilalui oleh Puan Aliya Yeoh. Tapi kecekalan dan ketabahan hati serta iltizam yang kuat telah membuatkan beliau akhirnya bergelar seorang Muslim. Ada yang sebak dan menitiskan air mata bila mendengar kisah beliau. Saya turut merasakan kesedihan itu. Tapi saya bersyukur kerana dilahirkan ke dunia ini sebagai seorang Muslim tapi perlu menempuh cabaran berliku seperti yang dilalui oleh Puan Aliya dan saudara-saudara baru yang lain.
Kisah bagaimana beliau berjuang selama 10 tahun untuk memeluk Islam ketika beliau masih bergelar seorang isteri kepada seorang lelaki berketurunan Cina, serta bagaimana penolakan keluarga beliau dan pelbagai perasaan yang menghantui beliau ketika mengharungi perjuangan dalam menukar agama, amat menyentuh perasaan.
Semoga apa yang beliau lakukan sentiasa mendapat hidayat dan keberkatan Allah S.W.T. Sesungguhnya, kita yang masih hidup di dunia ini perlu menghargai dan bersyukur dengan apa yang kita ada, mencari apa yang masih belum kita perolehi dan memperbaiki apa yang belum disempurnakan di samping mengharap keredhaan Allah S.W.T.
Nota Marketing Hero:
- Walaupun tidak mempunyai produk untuk dijaja dan dijual, idea serta cerita-cerita kita juga boleh dijadikan produk untuk dikongsi dan dinikmati bersama
Salaam,
ReplyDeleteYa, Puan Alia memang sangat berdedikasi dan komited dengan dakwah terutamanya untuk non-muslims; dan dia pun juga sangat berharap kita orang melayu pun dapat melakukannya kepada bangsa lain di Malaysia yang masih belum menikmati Islam, insyaAllah, kita perlu sebarkan Islam secara diam mahupun dengan kata-kata ataupun apa jua cara! Kerana Islam kerana Allah, sungguh dirimu begitu berharga!
salaam